#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM110

- Premium Box (30sachet) RM180 -Trial Box (10sachet) RM60 *Promo

-30g RM55 -50g RM65

-RM250 (SM) -RM260 (SS)

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

-RM183 (SM) -RM186 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

opps she did it again

semalam hari yang sangat busy.
pergi post barang petang.
then singgah JJ kejap beli barang sikit.
balik rumah.
sebab rumah kancah tak sempat nak kemas.
so nak mengemas la.

umah aku ada few kotak dalam rumah tak sempat nak letak luar.
memang kucing suka la main kotak kan lompat sana sini.
keluar masuk. terbalik kotak. eee pitam aku.
oh aku tak cerita lagi kan kat blog.
aku umah ada ada 4 ekor kucing.
sebab aku bawak lagi dua ekor dpd umah mama ke sini.
so ada satu kucing adult n 3 kitten la.
nasib 2 kitten baru tu dengar kata n tak nakal macam mochi. so ok la.

nway,
semalam balik n aku nak letak barang kat dapur.
aku dengar bunyi kucing suara kecik dok ngiau dpd dalam kotak.
aku cepat-cepat la tengok.
sebab aku ingat riri (one of the kitten) tu tersepit ke. nak mati ke.
ye la mana nak tau kan.
sebab riri tu memang manja n suara kecik je.
sekali terkejut aku tengok dalam kotak ada ceceh n a newborn kitten!!!!!!
whattttttttttt?
cecehhhhhhhhhhhhh!!! bila masa kau beranak?
bila masa kau mengandung pun?!!!!


ooppppssss she did it again.
again tetiba je beranak aku tak tau cerita.
again sekor je anak dia.
sebab tu la takda ciri-ciri memboyot ke apa.
then aku ingat balik.
i know macam mana dia mengandung.

sebab few months back tak sure aku ada cerita ke tak.
ada sekali aku dengar la bunyi bising2 kat luar rumah.
aku jenguk la. terkejut aku ceceh ada kat luar rumah nak masuk.
aku bagi masuk la.
yang aku call Mr.B marah kata dia pergi kerja tak check.
ceceh kat luar terkunci. agaknya laki ku pergi kerja ceceh dapat keluar.
laki aku tak perasan ke apa.

tu takpa. tu takpa.
later tu aku nak keluar post barang.
aku tengok kat luar siap ada terberak2 ceceh ni.
agaknya lama sangat kat luar.
then aku nampak ada pasu tepi tingkap tergolek jatuh.
tengok tingkap terbukak.
aku rasa laki aku bukak tingkap sikit. dia didih menyelit sempit2 nak keluar gak.
tu jatuh semua barang.
gatal kau yea sampai panjat tingkap.
kalau manusia ni mesti stock suka sneak out time mak pak tidur. hahahha.
so aku rasa time tu kot dia sempat berpoya-poya.







haih la ceceh.
nasib la kau kucing ceh.
kalau kau anak dara aku. mau bapak kau (Mr.B) pergi carik jantan mana yang pregnant kan kau.
pastu dia tetak budak tu ceh.

tapi since kucing umah aku banyak kan.
ceceh macam tak tentu arah sikit. risau kot.
padahal takda siapa kacau.
kecuali mochi la suka nyibuk. jealous kot.

so tadi aku bangun tengok dia takda kat kotak dia.
anak pun hilang.
aku mencari tak jumpa. kecik kan.
tu takpa. sekali aku masuk bilik.
ceceh tengah masuk almari aku.
terbukak sikit pintu tu. aku cecepat check.
kong jaq la lepak almari aku.
tapi takda.
tutup almari balik. tak lama lepas tu dia masuk bawak anak dia.
menggelupur dia tengok almari takleh masuk.
siap tolak2 nak bukak. sian lak tengok.
tapi takleh la masukkkkkk.
so cecepat aku amik kotak bagi dia.
tapi ni aku tengok dah kosong balik.
tak tau la mana dia bawak anak dia.
pepandai kau la ceceh.

anyway, sekarang aku ada 5 ekor kucing.
i is die.

kecik ati kita tau.

hari tu kan balik melaka untuk wedding izza.
aku tak update lagi sebab aku memang malas amik pic kan now.
Mr.B pulak kemain ke hulu ke hilir amik pic sana sini.
seronok aku. bagus rajin.
tapi bila tengok pics yang dia amik amatlah kecewa.
sebab ada ke tetiba muka aku half kena cut.
dia kata ok. kau geram tak geram la kan.
paling tak tahan masa reception kata banyak pic dia amik.
aku pun balik tengok la.
memang banyak. tapi sibuk dia amik pic wartawan melodi la apa semua.
gambar aku satu pun takda ok!
aaa stress.
nasib ada few terselit kat camera mama.
so biar mama update dulu. nanti aku corik pic dpd dia. huhu.

nway, masa malam nikah tu.
makanan adalah super sedap.
kita orang dah la lapar.
last makan pukul 2ish pm sebelum bergerak daripada KL.
makan pun sikit gila alas perut katanyer.
pastu since traffic jam nak ke sana.
sampai pun dah kul 6pm. bersiap apa. tak sempat la makan.
sebab aku one of the dulang girls.

matiklah nak kul 10pm baru dapat makan hoih.
gila aku n noy amik makanan macam gunung.
n makan licin ok.
dah la sedap lak tu lauk.
nasi putih, asam pedas ikan tenggiri, sayur campur, ikan kering, ulam2, sambal belacan.

kau jangan.
dia kata je tetamu sila menjamu selera.
aku n noy pecut ok!
aku rasa kita orang orang ke 5 beratur kot. hahahhahahahahah.
lapar rasa nak pukul orang dah.

lepas je makan Mr.B datang ke meja aku.
sedappp gila. ni asam pedas kan ja.
tak pernah la i makan asam pedas sesedap ni.
ni betul asam pedas melaka.
yang kelakar dia tak abis2 kata sedapnya asam pedas mak ngah (mak izza)
masalahnya tu asam pedas catering buat. bukan mak ngah.
tu nama lembu punya susu sapi dapat nama. huahuahauahaua.

ok aku ingat ia akan berakhir di situ.
no no no.
he rave about the assam pedas selama kita orang ada kat melaka tu.
tak abis2 sedap gila assam pedas mak ngah.
tak pernah rasa sesedap tu la. assam pedas melaka terbaik la apa.

semua dia nak bandingkan ngan asam pedas tu.
bawak gi makan ikan bakar.
"biasa je. baik makan asam pedas mak ngah tu"
tetiba je.
then ada makan kat bandar hilir. makan asam pedas gak.
"takda la sedap mana. takleh lawan mak ngah punya. tu terbaik"

eee malas aku nak layan.
bukan nak appreciate orang bawak gi makan. condem pulak.
paling aku tak tahan later tu lepak la umah mak ngah.
ramai lak ada sedara mara.
so kita orang lepak luar.
ada la pengantin baru, sepupu aku, ayol, aku n Mr.B.

dia dok la puji kata sedap2.
serious tak pernah dia makan asam pedas sedap.
aku sentap la. hoi aku masak tak sedap ke.

me : abis asam pedas i tak sedap ke?
him : tak modip(sedap) sangat.

pastu semua gelak.
aku dah macam whattttt?
semua orang suka. dia kata macam tu.
maybe sebab aku suka buat asam pedas pekat.
yang hari tu punya jenis cair.
but stillllllllllll!!!!!! tumbuk kang kutuk masakan aku.

pastu dia kata la sambal ikan bilis kentang aku memang terbaik la.
tapi jangan la selalu sangat buat. muak. buat la masakan lain
sumpah aku bengang gila.
woiii kau yang kalau boleh hari2 or selang sehari request.
pastu leh cakap macam tu.
eee bengang.

malas aku layan dia.
tapi lepas tu aku pikir n emo.
memang tak sedap ke aku masak.
ke aku je syok sendiri. siap share resepi kat blog.
sekali orang follow sebenarnya hampeh.
tapi mostly orang yg makan kata aku masak sedap.
ke orang tu semua puji tak ikhlas n nak jaga hati aku je.

terus rasa tak semangat ok.
n macam malu je nak jamu orang makan.
mungkin aku kena panggil juri pastu masak2.
suruh dorang judge ala2 masterchef. hahaha.
tak pun masuk pertandingan masak ke.
wahahha tetiba.
tapi aku ni reti masak untuk makan sendiri je.
tak reti pulak nak fancy2 poyo2 hias2 ke apa.

ahhhh biaq pi la tak sedap.
lepas ni biar aku masak aku sorang je makan.
*flips perut*

mari shopping kat Le Chantique Shope

[sticky post - scroll down for latest entry]

aku berpeluang mencuba beberapa produk daripada Le Chantique Shope.
Selama ni ada la dengar-dengar n ternampak.
sendiri cuba tak pernah.
so bila dapat cuba ni adalah sangat excited.
dah dapat daripada minggu lepas malam sebelum aku balik melaka tu.
tapi tak berkesempatan lagi nak cuba.
semalam baru dapat cuba.
so mari check out apa yang aku try.

Fantabulous Pearl Scrub & Masker



beginilah rupa dia.
ada fantabulous masker, fantabulous pearl scrub, 5 keping gauze, berus sintetik (dalam pouch organza)
so memula aku try pearl scrub dia dulu.
elok sangat sebab dah 2 minggu aku macam rimas ngan hidung aku banyak white n black heads.
nak beli pore pack or scrub daripada sehari ke sehari tak jugak beli.
so ada ni memang best sangat la.


cara pakai pun senang.
picit 1-2 kali pun cukup then ratakan la kat muka.
eyyy cara pakai scrub pun nak ajar memang over ok.
so ratakan la n tenyeh. mana bahagian yang mcm hidung, dahi, dagu tu tenyeh lebih.
lepas pakai tu rasa best. rasa macam kulit muka kau la paling licin n lembuts uolls.

 :: berseri tak kak ton jah? ::

then lepas pakai scrub tu n rasa best.
bersemangat nak try fantabulous masker ni pulak.
ok ni ada renyah sikit. so aku kena terangkan details sikit.


masker dia dalam bentuk serbuk macam ni.
so kau kena bancuh masker ni.
aku bancuh kat penutup dia tu je. huhu.
so aku masukkan few masker ni n tambah air. ala macam buat cekodok.
hahaahha matiklah perumpaan macam cekodok katanya.
so bagi bancuhan likat macam ni.


since ini adalah masker.
jadi dia adalah cepat kering bila terdedah dgn angin.
aku boleh lupa.
sibuk nak amik pic.
by the time aku nak sapu kat muka dia macam dah kering keping2 kau. hoihhh.
tambah air nak adjust pun takleh dah. uwaaa terpaksa buang. apa la nasib.
so if nak pakai ni kena pantas. takleh lembab macam aku.
so aku bancuh again.

terus aku sapu nipis kat muka.
sekadar untuk nak pastikan gauze tu melekat ke muka.
then lepas dah lekatkan gauze tu, kau sapu again atas tu n kali ni tebal n make sure rata semua n tutup gauze tu.
ada dua cara pakai. guna gauze boleh. taknak pun boleh.
direct terus cara dia. kau je terus sapu kat muka n tebal tu la.
tapi if pakai gauze lagi senang la kerja masa nak bukak tu.

tapi walau sepantas mana aku buat pun.
tetap tak berapa pantas. sebab still ada certain masker ni dah berketul nak kering masa aku apply tu. huhuhu.
so ini hasil.



cam whore memang macam ni sempat amik pic kasi upload kat intagram. huhuahauahau.
paling tak tahan.
aku pakai ni tak sedar masa.
padahal ada customer dah janji nak amik barang.
time dia datang memang tak kering lagi masker ni. sebab kena tunggu 30 minit kan.
sesuka hati aku jumpa customer muka macam ni. hahahahha.
siap sembang kau.
tapi aku dok tahan2 la. cakap pun mulut kepit n gelak sopannn sangat.
sebab benda ni kan mengeras. so kalau boleh kurangkan pergerakan. jangan la kau gelak besar ke apa bagai kan. ;p
tak pasal retak nanti.

masa pakai ni berkata gak la kat hati.
hoih lecehnya nak apply benda alah ni.
tak sanggup aku.
tapiiiiiiiii....perasaan itu bertukar bila masker dah kering n aku dah bukak.
pastu basuh muka kasi clear mana tercomot sana sini tu.
n wallahhhh. oittt sukanya.
esp bila kau nampak white heads n blacks heads melekat sana sini kat masker tu.


so aku rasa.
walaupun agak renyah untuk pakai fantabulous masker ni.
tapi hasil dia bila dah pakai adalah menarik.

satu lagi produk le chantique shope yang dapat ku cuba adalah Bedak Arab Kokuryu / Super Summer Cake.
dah lama produk ni aku nampak.
tertanya-tanya gak best sangat ke benda ni sana sini orang mention
again aku tengok je la. cuba tak pernah.
so dapat peluang cuba ni lets try.

Bedak Arab Kokuryu/ Super Summer Cake

:: ada bedak arab ni, n beauty sponge kokuryu ::

:: aku amik colour russet ::

russet sesuai untuk kulit melayu.
nasib melayu. kalau aku latina nanti kena amik colour lain la pulak. ewah. hahah.

memula aku pelik dah kenapa siap ada sponge sendiri.
takleh ke pakai sponge biasa.
rupanya ada cara pakai dia.
memula kau kena basahkan sponge tu. then perah la. 
aku dah macam, amboih kemain.
takpa ikut je arahan.
then lepas sponge dah lembab tu. sapu la kt bedak ni.
then apply ke muka.
ohhhh ok baru paham.
dia akan lembab kan bedak tu. kalau tak dia macam keras n kering.
so sponge lembab tu buatkan senang nak apply kat muka.
dia jadi macam 2 way cake tu.
pastu ku sapu2 kat muka.
aku rasa kagum jap.
macam senang je nak apply ni.
naik syok sebab lebam bawah mata pun dia dapat coverline.
tak perlu aku nak concealer ke apa bagai.
aku apply ni kat bawah tempat cahaya ala-ala je.
so bila amik pic. haa kau. macam over lak rasa.
maybe gak sebab aku memang jenis jarang berbedak.
so rasa pelik.

oh nanti lepas dah pakai tu sponge tu basuh la.
pakai sabun sampai bersih jadi putih blk sponge tu.
then keringkan. 
gituh lah.
sebab tu sponge ni special sikit.



buttttt. aku adalah suka.
sebab sesuai untuk hari2 malas.
i mean kau malas nak make up berkati ke apa.
kau boleh pakai bedak arab ni je.
tengok pic atas kanan tu. lebam mata pun tak nampak khennn.
pic yang bawah kiri ni aku snap selepas berpeluh agak sakan baru lepas jemur baju satu bakul.
ok la kan. still maintain. aku suka sebab start berminyak sikit.
aku tak gemar sangat muka nampak kering. haha saiko tak.
but serious macam best bedak ini.
tak caya sila cuba.
mintak nasihat le chantique shope color apa sesuai ngan kulit korang nanti.

so sesiapa belum try bedak arab kokuryu ni.
sila try ok.
sebab serious agak menarik. :)

then ku korek2 bag nampak ini pulak.



pelik. eh apa ni.
ku tanya. ohhh rupanya foot patch untuk buang toksin n lemak la apa.
ok lets pakai.
ni takleh nak review.
sebab masa aku menaip ni. aku tengah memakai benda ni.
1st time weyh pakai. haha jakun sat.

:: ceceh : eh apa tu? macam best je. untuk kucing takda ke? ::

haaaaa. bestkan. memacam ada.
nak tau harga benda-benda aku dah try ni?
ni details.

Bedak Arab Kokuryu 

Colours - Russet, Orange Blush, Jade(concealer)
Price - Russet/ Orange Blush (50g)
         - 1 pcs RM55
         - 2 pcs RM100
         - + Free Gift + Free postage (SM)/ RM5 (Sabah/Sarawak)

         - Jade (25g)
          - 1 pcs RM30
         - 2 pcs RM50
         - + Free Gift + Free postage (SM)/ RM5 (Sabah/Sarawak)


Fantabulous Pearl Scrub + Masker - RM60 (SM) RM65 (Sabah/Sarawak)

free gift: (tertakluk kepada stock)
- 1 berus sintetik
- 5 gauze
- 1 pouch organza
- 1 sabun susu beras
- 1 tasbih handmade
- 1 brooch handmade

bukan ni je produk yang Le Chantique Shope jual.
bermacam lagi ada.

- aura white
- myracles beauty
- fellina inchloss
- VCOA treanea
- Candy lip tint
- etc

if nak tau apa lagi ada or interested ngan apa yang aku try ni.
boleh check out Facebook page Le Chantique Shope.

kasi pilih apa nak.
pastu beli.
apa-apa boleh sms/whatsapp Zainab at 0122292739

satu benda yang aku paling teruja adalah ini.

:: cheesy sos - RM10. 11 packet n above RM9. Exclude postage ::

aku belum berpeluang nak test sebab rumah aku takda stock barang goreng2 ni.
kang semangat bancuh tapi takda benda nak cicah buat apa kan. huhuhu.
dah la instruction nak buat senang gila.
pakai air panas je bancuh. i like.
ok nanti aku try aku akan eksyenkan kat blog ye. :)

ok jangan lupa check out facebook page Le Chantique Shope.

Expose Mistik : pengalaman2 seram.


assalamualaikum kak peej...

dah lama x share cita mistik kat blog kak peej.. 
last saya kongsi EXPOSE MISTIK : SEEKERS.
ok, kali ni saya nak share banyak cerita. sorry la kalau boring sikit ye.. :)

1st
saya baru lepas habis SPM 2012. 
so dah lepas SPM, layan movie aje la kan kerja saya.
selalunya saya layan movie Korea sampai pagi. 
kadang-kadang sanggup tak tidur. 
lepas subuh baru tidur sampai tengah hari. hehehe. 
abang n kakak saya dah kahwin, so tinggal aje la saya kat rumah sorang2 bila abang dah pindah rumah lain kan? 
hujung minggu aje dia balik lepak sini kejap. 
selalunya dia balik hari Jumaat and kalau dia balik tu mesti nak main futsal waktu malam lepas tu dia akan stay kat sini. 
nak dijadikan haritu, kalau tak silap saya hari khamis kot. 
kakak saya balik rumah mak mertua dia, ayah dan mak saya dah tido. 
waktu tu dalam pukul 12 tengah malam, masa tu saya tengah layan funny show Korea. 
dah kalau funny show, tak gelak mesti tak sah kan?
Tergelak-gelak la saya sorang2 masa tu tengok show tu. 

bilik saya dekat tingkat atas, depan bilik saya bilik parents saya. 
tingkat bawah, bilik abang n kakak saya. 
so, bilik saya dengan tingkat bawah ni kalau orang tekan suis, orang tarik kerusi, bukak tv, saya boleh dengar la dari atas. 
dah jadi habit abang saya tengok tv sampai last-last tv yang tengok dia. 
k, sambung balik, bila gelak-gelak tu (gelak slow aje sebab saya tahan dari gelak kuat-kuat), saya dengar macam ada orang tekan suis lampu kat tingkat bawah. 
saya stopkan kejap show tu, saya fikir," hari ni hari khamis, takkan abang balik dah kot? sebab jumaat dia kerja. mungkin balik nak main futsal kot". 
macam-macam saya fikir n last-last saya yakin abang saya balik rumah. 
saya dengar macam bunyi ada orang bukak tv, so lagi la saya yakin abang saya dah balik sebab kakak saya dah cakap dia akan balik lusa.

saya punya style, tak takut nak keluar bilik turun bawah minum air kalau saya tahu ada orang tak tidur lagi dalam rumah saya tu. 
so, at that time, dah saya yakin abang saya tak tidur lagi, saya pun bangun dari katil then turun bawah. tapi saya rasa pelik sebab tingkat bawah gelap aje n tv tak bukak pun. 
mula rasa tak sedap hati, saya beranikan diri (buat-buat berani sebenarnya) turun bawah sambil dalam hati saya cakap "abang mungkin dah tidur dalam bilik dia.". 
saya pun bukak la lampu ruang tamu, bagi terang sikit kurang sikit rasa seram tu. 
saya nak pergi dapur kena lalu bilik abang n kakak saya. 
masa saya lalu depan bilik abang saya tu, saya rasa muka saya memang pucat dah waktu tu, coz bilik abang saya terbuka n gelap. 
so saya nak make sure kan abang saya balik rumah atau tak, saya pun masuk bilik dia bukak lampu, KOSONG! 
tak ada sesape pun dalam bilik dia. 
masa tu la bulu roma saya meremang. 
sah, memang ada benda nak kacau saya malam-malam. 
saya rasa macam nak menjerit aje masa tu, tapi saya tahu, 'dia' lebih suka kacau kalau kita takut, so saya coolkan diri kejap, saya tutup lampu bilik abang saya n tutup lampu ruang tamu, saya terus naik bilik. masuk-masuk bilik terus saya tutup laptop saya n terus selimut satu badan. 
n then saya bukak balik selimut tu sebab saya terbayang 'dia masuk dalam selimut.' (sempat lagi berangan.) 
saya terus pejam mata n paksa diri suruh tidur. 
5 minit macam tu, saya dengar macam bunyi orang naik tangga nak naik tingkat atas, sebab tangga saya mcm ala-ala  kayu + besi, so boleh dengar la kalau ada orang naik or turun. 
"dia" nak kacau lagi. 
saya terus paksa tidur lagi sekali. 
n then, saya dengar bunyi orang ketawa mengilai. 
aihhh.. serammm masa tu. 
ketawa sebijik macam dalam cerita hantu. 
dalam 5 minit macam tu, terus hilang n saya pun tidur. 
esok tu, bangun sambung balik cite Korea yang tak sempat nak tengok. 
tapi serius kalau ingat balik memang seram. 


2nd 
benda ni jadi kat cousin lelaki saya n terjadi di kampung saya, Pahang.
kalau kat kampung kan, malam-malam memang sunyi, orang tak keluar rumah sangat n jalan pun gelap. 
kampung saya ni kawasan pantai n banyak la pokok2, semak-samun sikit. 
jalan dalam kampung saya ni kiri kanan penuh dengan pokok kelapa. 
so, sempadan nak pergi kampung sebelah ada la pokok besar n semak sangat kat situ, pokok besar ni kiri kanan jalan ada, kalau lalu jalan tu redup la kan sebab pokok tu lebat. 
so, satu malam tu pak lang saya ni tak kahwin lagi, umur dia dalam 29+, ajak la cousin saya ni, Razif teman dia pergi mana tah tapi lalu kawasan kampung sebelah la n lalu la pokok besar tu.. 
henfon pak lang saya bateri low, so dia pinjam henfon si Razif ni yang kebetulan pakai dua fon. diorang pergi kedai telefon kalau tak silap, pak lang saya nak beli charger fon sebab yang dia dah rosak. 
diorang naik moto masa tu and yang bawak moto tu pak lang saya. 
waktu tu tak silap dalam pukul 11 lebih nak masuk tengah malam dah, diorang on the way nak balik rumah. 
n diorang tengah nak lalu kawasan pokok besar tu, entah macam mana pak lang saya pegang henfon si Razif ni sampai terjatuh betul-betul kat kawasan pokok besar tu. 
pak lang saya berhentikan moto atas jalan kat pokok besar tu. 
Razif pun turun la moto nak cari henfon dia satu lagi, dia guna torclight dari fon dia, cari henfon dia yang jatuh kat kawasan tu. 
waktu tu kawasan memang gelap n lampu jalan memang tak de, ada pun jauh dari pokok besar tu, pak lang saya tunggu atas moto cari guna lampu kat moto tu. 
Razif dan jauh sikit dari pak lang saya, sampai dia tak sedar pak lang saya dah tak dak kat situ, khusyuk dia cari henfon dia sebab jatuh dekat dengan semak kan? 
so terbongkok-bongkok la dia cari. 
n then dia kata, dia dengar suara pak lang saya tanya dia "Zif, cari apa tu?" suara yang macam garau sikit. 
dia ingtkan pak lang saya yang tanya, so dia pun jawab la "Cari henfon la pak lang, kan jatuh tadi. pak lang tolong Zif cari sama." Razif jawab tanpa toleh belakang. 
suara tu pun diam. 
sunyi aje Razif rasa masa tu n tiba-tiba bulu roma dia meremang. 
dia rasa seram sejuk. 
dia panggil pak lang saya sambil toleh belakang tempat pak lang saya berhenti tadi n KOSONG. 
pak lang dah tak dak. 
masa tu dia tak fikir apa dah, dia terus pecut lari balik rumah. 
jarak dalam 250 m la nak sampai rumah dia. 
dia lari tak pusing belakang dah. 
sampai-sampai rumah terus masuk tidur. 

oh, lupa nak cerita, rumah Razif dengan rumah nenek saya selang sebuah aje. 
pak lang duduk rumah nenek so malam tu Razif tak jumpa dengan pak lang saya.
esoknya, dia bangun dia pergi rumah nenek saya.
kebetulan saya dengan pak lang tengah sarapan kat luar rumah tegur si Razif , "Kau pergi mana semalam? pak lang panggil tak menyahut pun, kau tinggal pak lang n balik rumah eh senyap-senyap?" 
Razif yang baru nak duduk atas kerusi terkaku n terus tengok saya n pak lang. 
"Biar betul pak lang? saya ingat pak lang yang tinggal saya? saya sampai rumah 12.30 mlm." 
pak lang terkejut. 
razif cerita balik apa yang berlaku semalam. 
saya yang dengar dah meremang bulu roma. 
selepas sarapan, kami bertiga jalan kaki pergi ke pokok besar tu, payah kalau nak naik moto 3 orang lagipun saya yang nak ikut sangat. 
so kami pun pergi la ke pokok besar tu, cari punya cari henfon si Razif ni, ada kat tepi jalan. Razif terkejut n dia cakap dia dah cari kat kawasan tu banyak kali tapi tak dak. 
kami pun balik rumah cerita pada nenek dan yang lain. 
nenek cakap, kat kawasan tu memang ada benda pun. 
so sekarang, suara siapa yang tegur Razif malam tu???
 *:-/ confused hishh.. syeraaammmm..*:-? thinking


3rd
Kembali ke alam persekolahan saya balik. 
benda ni jadi waktu form5. 
waktu tu saya jadi salah seorang fasilitator sebuah kem ibadat. 
kem ini untuk budak form 1,2,3. 
buat di sekolah la kan, waktu tu nak maghrib, diorang bersiap nak solat maghrib la kan. 
kebetulan waktu tu saya PMS n ada 2,3 orang fasi yang PMS macam saya, so kitorang pun tolong la bina khemah kat padang sekolah. 
lepas siap khemah, baru la azan maghrib. 

kem ni memang cikgu tak masuk campur langsung, cikgu just datang, jadi pemerhati n kalau kami perlukan bantuan cikgu, baru cikgu masuk. 
cikgu nak tengok kebolehan kami menguruskan sesuatu event. 
so kami uruskan semua. 

masa azan maghrib, kami kena kumpulkan budak2 masuk surau sembahyang jemaah. 
cikgu suruh kami kira berapa orang pelajar, cukup atau tidak dengan bilangan yang daftar. 
so kami pun buat, kira punya kira terlebih seorang, ingatkan salah kira or apa kan, tapi kami dah kira lebih 10 kali seorang. 
stil lebih seorang. 
tak nak kasi budak2 takut, kami just hantar isyarat antara satu sama lain. 
cikgu pun tak tahu masa tu sebab cikgu tengah ambil wudhuk.
waktu tu just seorang cikgu aje sebab cikgu-cikgu yang lain akan datang tengok lepas isyak. 
kami panik sikit, n then ketua fasi kami pun azan. 
budak2 hairan la sebab azan dua kali, kami pun kasi alasan mcm2 sampai diorang diam.

lepas tu, kami kira balik bilangan pelajar n alhamdulillah cukup n tak lebih.
lepas tu kami ada ceramah sedikit n bacaan yassin lepas maghrib. 
waktu tu saya n beberapa orang yang PMS n lelaki siapkan makan malam. 
waktu tu kami dengar bunyi bising dalam bangunan kelas. 
so, kami pelik la. kami ingatkan ada budak2 yang nakal masuk dalam bangunan. 
pintu tangga bangunan tak berkunci untuk spare part kalau hujan kami tidur dalam kelas.

so, dua orang budak lelaki, Syah dan Naim pun naik la cari budak2 yang nakal tu. cari kat mana sumber bunyi macam kerusi di tarik, meja di tolak, sampai saja depan kelas tu, mereka rasa seram sejuk n meremang bulu roma. 
mereka baca ayat kursi n segala jenis ayat yang diorang hafal. 
mereka nampak satu lembaga hitam ada dalam kelas. 
Syah dan Naim ni berani sikit orangnya so si Syan bacakan ayat-ayat yang dia hafal kuat-kuat, n si Naim call ketua fasi kami, Hakim yang menjadi imam n pemberi ceramah kepada budak2. 
Naim call suruh pendekkan ceramah tu, n terus baca yassin kuat-kuat kalau boleh satu kawasan sekolah dengar. 

saya yang tengah bakar ayam terkejut bila dengar Hakim baca Yassin dengan volume kuat. 
masa tu, saya rasa tak sedap hati dan seram sejuk, terus saya call Naim tanya macam mana bunyi bising tu. 
Naim kata tak ada apa-apa. kucing aje. 
Naim just tak bagi saya dan yang lain-lain takut. 
so, waktu tu, lepas aje Hakim bacakan yassin, lembaga tu pun hilang dan tak de dah bunyi bising-bising tu. 
Naim dan Syah turun dari bangunan dan pergi ke tempat siapkan makanan dengan muka yang slumber macam tak ade apa-apa yang berlaku. 
selepas solat isyak, kami adakan aktiviti sampai pukul 1 pagi. 
Alhamdulillah, tak ade apa-apa yang terjadi lepas tu. 
semuanya berjalan dengan lancar, cikgu pun puas dengan hasil kerja kami dan budak2 happy. 
saya dan rakan2 fasi yang lain tak tahu cerita ni sampai la habis kem baru Naim, Syah dan Hakim cerita. 
kami semua terkejut. 
Hakim kata, dia ada dengar bunyi bising dalam kelas dan dia dapat agak apa yang terjadi. 
tapi dia teruskan sahaja memberi ceramah sehingga Naim suruh baca Yassin. 
diorang cakap benda tu marah sebab kitorang adakan kem ni.

4th
ni terjadi di sekolah juga. tapi benda ni terjadi pada budak lower form. budak form3, Syifa. 
nak dijadikan cerita, dia ni period masa kat sekolah, so dia nak tukar pad n dia tak cuci pad dia tapi dia terus letak macam tu aje kat tempat nak flush tandas tu (pengotor n pemalas kan?). 
tak tahu la macam mana keadaan pad dia masa tue. 
dia pergi tandas dengan kawan dia. 
so bila dia keluar tandas, budak-budak lain tengok dia pelik aje. 
muka pucat semacam, ada yang dah histeria, menjerit macam kena rasuk.
so dia terkejut dia tanya kawan dia, kenapa dengan budak tu, histeria kenapa? 
kawan dia tengok dia, kawan dia berubah pucat n terus lari pergi jumpa cikgu. 

budak-budak yang lain dah banyak yang histeria, cikgu-cikgu terkejut la bila jadi macam tu. 
kawan dia cakap, dia nampak lembaga hitam ada kat belakang syifa. 
lembaga tu ikut aje syifa pergi mana, seolah-olah bayang-bayang. 
ustaz dan ustazah semua pergi tengok tempat kejadian. 
budak-budak yang histeria semua dah ditenangkan oleh ustaz, ustaz baca ayat quran dan renjis air di muka diorang. 
si syifa ni tiba-tiba nangis n then meraung. 
ustaz terus baca ayat quran then renjis muka dia. 
ustazah sapu air ke muka syifa. 
lembaga tu pun lesap. 
lembaga tu boleh dilihat certain people aje n kebanyakkannya budak pompuan yang boleh nampak.
syifa macam tersedar, dia tanya ustazah apa yang dah jadi,. 
ustazah tanya syifa balik, "kamu ada buat apa-apa tak tadi?" 
syifa macam tengah berfikir n then dia terus cerita pada ustazah tentang pad yang dia tinggal macam tu aje. 
ustazah geleng kepala bila dengar. 
ustazah terus arahkan dia cuci pad dia. 
esok tu pula, kecoh satu sekolah fasal benda ni. 
saya macam tak percaya bila dengar cerita ni tapi cikgu kaunseling buat perjumpaan untuk semua budak perempuan sahaja. 
cikgu cakap soal period, soal pad tak boleh letak macam tu saja dalam tandas, barulah saya percaya cerita tu. 
ya la, lagipun benda tu memang suka darah kotor pun kan? 
hish, jadi risau pula bila time period, tambah-tambah bila ingat cerita ni.

p/s:-
panjang pulak cerita kali ni. sorry ye kak peej. :)
banyak lagi cerita ni, tapi nanti2 la yer saya post kan.
btw, thanks for publish my story.

-Farah Finas-
..............................................................................................

lambat sikit aku post hari ni.
sebab terlalu busy n keletihan.
tadi around 9ish aku tertidur.
terjaga around 11ish.
lepas buat kerja bagi tracking num n all.
baru teringat hari ni patut share expose mistik.

seronok baca cerita ni.
seram2 meremang gak aku.
seronok baca sebab teratur betul adik ni cerita.
ejaan semua ok. mostly cerita expose mistik semua aku kena betulkan ejaan sebab banyak guna ejaan gaya baru tu kan.
bukan apa. aku memang faham tapi pembaca aku ada yang golongan berumur.
risau dorang tak faham.
so bila tengok karangan adik ni elok je, seronok. baru habis SPM katanya harus la cara penulisan pun baguih lagi. BM dapat A1 ke dik? hihihi.
dia buat gaya karangan perenggan. tapi aku jenis if baca macam tu mata al julings.
so aku yang edit setiap ayat bagi barisan baru. senang baca kan.

terkejut aku bila adik ni kata dia baru abis SPM.
tak sangka aku ada pembaca muda.
ingat semua lingkungan 20an or lebih. :p

siapa nak share cerita expose mistik boleh email aku ye.



drama swasta petang hari

semalam aku dok membuat kerja kat living room.
noy busy buat trial set tu.
oh nak eksyen jap.
sebabkan noy ibarat machine factory.
laju gila dia buat.
so aku ada banyak stock trial set. penuh rak.
mih mih mih.


ramai puji suka botol ni.
cantik n comel je.
memang pun geram je.
sesiapa yang nak beli untuk bawak travel pun boleh.
senang. nanti habis korang refill la sendiri balik.
ok habis pasal ni.
sambung cerita.

so tengah duduk berdua tu sambil dengar lagu.
yang laki ku dalam bilik office dah tertidur pun depan pc.
dia memang macam tu. ngantuk tapi tetap taknak berganjak dpd pc.
tetiba dia keluar muka mamai mata terbeliak2 tengok depan.
aku n noy dah macam. eh dah kenapa ni.
pastu dia kata apa kecoh2 tu kat depan? bergaduh ke?
hah ye ke? apesal tak tau apa. sebab maybe lagu kita orang bukak kuat kot.
tutup lagu.
baru dengar kekecohan melampau.

rupanya apa. ada mak bapak orang serang umah wilcha kau.
sebab kan aku pernah kata. dia suka benar biar bebudak lepak umah dia. reramai.
pernah sembang ngan abang meniaga kat atas.
abang kata dia memang masalah.
pernah mak bapak carik dia.
sebab bebudak ponteng tak gi sekolah dia biarkan lepak umah dia.
bengang la orang kan.

aku memang annoyed dah lama.
sebab memang sentiasa penuh.
kadang tu memekak sangat bebudak ni.
pastu aku jemur baju pun tetiba dengar bunyi orang swiitt swiiitt. agak2 la.
aku tak cerita kat laki aku. kang cerita mau terbalik rumah aku.
walaupun aku tau bebudak tu memain je. takda nya dia hingin pun kat aku ni.
tapi still i find it very rude la.

memula budak laki lepak.
then aku nampak bebudak perempuan lak lepak.
bebudak lak tu aku rasa for 2 or form 3.
dah la umah dia time tu ada bangla sewa.
tak kisah la bangla ke, bebudak lelaki lain ke.
stilllll, kang jadi apa2 anak orang. bodoh tau.

kelmarin baru Mr.B pergi sound.
sebab memekak bebudak lelaki reramai terjerit2.
dia kata la kau satu umah nak jerit2 dah kenapa.
tak hormat ke orang lain bla bla bla. haaa kau tau semua balik. bagus.
sekali semalam drama ok.

aku tak sure yang datang tu mak bapak budak lelaki or perempuan.
aku malas keluar. macam kepochi sangat.
tapi aku duduk la tepi pintu intip. hahahahhaha. 
dengar la jerit2.

aku parang kau baru tau.
kau nak jadi bapak ayam ke apa.
kalau jadi apa-apa kat bebudak ni macam mana.
pak aji nampak takleh tegur ke.
aku dah tegur banyak kali tapi sama jugak.

tak pasal pak aji jiran pun kena sound. hua hua.
tapi memang la. dah ramai kot sound. nanti sama gak.
laki aku laki la. lepas ni dia kata dia nak call polis je. huhuhu.
masalahnya polis layan ke benda gini?

masa ngamuk2 tu aku tengok bebudak lelaki lelain semua start motor gerak.
aku tak dengar sangat sbb dalam rumah kan.
then later aku rasa adik wilcha datang.
pun sama jerit2 n nangis2.

abang ni, bapak tinggalkan rumah ni elok bagi tinggal abang buat macam ni.
tak boleh ke jaga maruah keluarga.
abang fikir kenapa adik beradik taknak datang sini jenguk abang, abang ni asyik bawak masalah.
abang nak jadi bapak ayam ke apa?
nak jadi bagi tau. aku carikkan yang betul-betul. atleast kau dapat duit. hidup mewah.
ni kau buat macam ni pun apa kau dapat.
simpan semua bebudak ni.
orang marah bang. 
bla bla bla.

jerit2 kau. drama gila.
tapi since aku taknak kepochi sangat sampai keluar.
duduk dalam pun tak dengar sangat.
so biarkan la. malas aku layan.

tapi lepas tu aku tengok sepanjang malam tak nampak wilcha.
kemain tutup sliding door semua.
tapi ni aku tengok dah ramai balik bebudak rumah dia.

aku rasa orang sini pun malas dah nak amik tau.
sebab bertahun gitu. aku je la baru nak tau kan.
cuma sekali sekala akan nampak la parents bebudak ni datang amukan.

aku rasa dia lonely.
ok memang betul.
bebudak tu ada ada peneman la dia.
tapi salah dia adalah bebudak tu some ada ponteng sekolah, tapi datang lepak umah dia. dia bagi.
then hisap rokok semua.
mesti la mak bapak marah.
ok memang anak kau yang jahat sapa suruh.
tapi dorang remaja. remaja jiwa memang suka memberontak gitu.
tapi kau si orang dewasa memberi galakan n bagi ruang untuk bebudak tu lagi jahat dah kenapa.

aku perasan bangla 3 orang yang sewa umah dia pun dah takda.
Mr.B la perasan. bila dia cakap baru aku pun perasan.
ye la agaknya kau bayar sewa. tapi umah bising n ramai sibuk macam tu. bangla pun tau rimas.
tak pun maybe ada barang hilang. Wallahualam.
ye la wilcha sendiri yang kata bebudak tu suka rembat barang kan.

memacam hal.
aku memang tak amik tau.
sebab i is no like.
aku tengok laki aku pun dah tak layan sangat.
tapi laki aku tu depan aku or cakap je.
nanti kejap aku tengok dia bawak gula sepeket.
aku dah, nak buat apa tu?
wilcha nak, i belikan lah.
T_______T





me lobster me assistant.

bangun tadi dengan berpuluh email, whatsapp n sms.
jarang begini. maybe sebab orang tengah gaji kot.
comelnya sebab ada banyak jugak adalah daripada reader ku.
yang lepas baca entry lepas aku, menawarkan diri nak jadi assistant.
ramai lak tu. sampai keliru aku.

prob ngan aku, aku ni susah percaya orang.
no offence. bukan sebab apa pun. memang aku macam tu.
tengok la dah berapa lama aku blogging. kau boleh kira berapa kerat je yang aku rapat sikit yang aku kenal thru blog ni.
aku memang macam tu. tak reti buat kawan baru. selesa ngan yang aku dah bebetul kenal ke apa.

so sama macam kes assistant ni la.
semalam aku meluahkan perasaan kat Mr.B kata aku nak assistant.
aku akan bagi la satu set sekian ringgit.
terus dia cakap adik dia boleh buat.
terus capai phone nak call.
aku stop kan. cakap, nanti la duluuuu aku pikirkan.
dia coverline kata nak mana ada nak call, dia nak check tgkk ada tak hp dia kat poket. ecehhhh.

then balik rumah aku pikir.
sebelum aku bukak ke orang luar baik aku tanya noy dulu.
kang aku tak tanya dia padahal dia nak, kang sentap lak.
dia taknak aku offer ayol, ayol taknak aku offer p.g
which aku doubt p.g nak buat. kang aku yang pening dia tu asyik merungut je.

so semalam tanya noy, amazingly dia nak.
gigih malam semalam gak datang umah aku.
n siapkan few set.
gila perempuan tu laju buat.
aku pun masih terkial2.
tapi orang otak tak center buat kerja ada gak la silap.
ada yang terang2 toner dia gi tampal sticker cleanser. eee sabar je la.
tapi betulkan la lepas tu.
then bukak botol facial soap tu. dia tak reti.
aku je kena bukak.
aku kata ok aku potong seringgit.
aku memain kot.
sekali dia taknak potong rm1 dia bukak sendiri.
to p orang bukak botol ada liquid mesti la botol mengadap atas.
dia tak. botol melintang. tak pasal tumpah sikit.
eeee sabar je la budak tu.

dia boleh gelak2 happy.
aku dah la semalam extra stress.
so benda kecik macam tu pun aku stress.
ye la aku kan ada isu nak pass kerja ke orang.
so bila jadi tak macam aku nak memang aku stress lebih. hua hua.

tapi ok la. now tengok dia dah ok.
ni dia sambung buat.
rajin gila.
siap ada target tu nak dapat berapa ratus.
aku lak juling dengar, sebab if dia dapat siapkan aku kena bayar ni.


buat pun ceria.
laju lak tu.
sejam dia dapat siapkan 9 set.
aku sejam 3 set kot. tah apa aku kebek pun aku tak tau la. kahkahkah.
lega sikit ni aku leh concentrate reply email n mengadap blog jap.
kepada yang offer diri tu.
thank u yea. sorry buat masa ni since noy nak tolong. will stick with her.
kalau tetiba dia dah jemu buat.
aku akan bebel2 lagi sini. :)

oh satu lagi.
bagi customer yang nak beli barang.
tolong gunakan 1 medium je untuk order n communicate ngan aku.
if email, emailllll je.
if sms, continur ngan sms,
if nak whatsapp then stock with whatsapp.
jangan kat semua kau nak hantar.
sumpah aku keliru nanti.
esp bila nama kat email lain. nama kat sms bg lain. nama kat whatsapp lain.
okeyh?

ok bye. nak sambung buat kerja.

no more free postage

aku rasa macam dah tak larat je nak menanggung free postage ni.
esp bila aku banyak bagi discount kat produk yang aku jual kan.
sekali post mesti RM200 ke RM400. *lap peluh*

so promo FREE POSTAGE ni aku bagi sampai 31st may yea.
lepas ni akan ada balik postage charge.

Tabita Exc & Reg set - RM10 (extra set RM3/per set)

Tabita Trial Set (up to 6 set) - RM10 (more than 6 set RM3/per set)

BE & SNE - RM10

Ephyra - RM10 (extra set RM3/per set)


aku selaraskan je harga untuk Semenanjung/ Sabah/ Sarawak.
takmo pening.
n harga ni untuk satu alamat sahaja.
if korang beli 6 box/ set. tapi bagi 2 alamat berbeza, or 3 alamat berbeza, charge untuk postage di kira ikut berapa alamat yang di provide ye.

ok boleh?
so siapa nak borong beli banyak.
n nak saving n dapat free postage.
sila beli sebelum 31st may ni ye.

harap maklum.

hari paling kelam kabut rasanya.

serious aku dah sampai tahap tak boleh buat kerja sorang la.
aku perlu carik assistant. cea poyo benar bunyinya.
bukan la assist apa pun.
tapi aku memerlukan bantuan untuk buat trial set tu la.
nak tanya if noy or ayol willing to help.
aku bagi upah.
if takda kena carik orang.

serious since buat trial aku sangat la tak menang tangan.
kucar kacir hidup rasa.
trial aku kan by day 1 tu dah abis semua.
tapi kemain orang order aku aku ada je.
sebab memang benda tu ada je.
sama ada kau rajin buat or tak je.

semalam baru aku dapat bottles.
kawan aku bagi 50 set terus.
siat ada bottles yang dia bagi 200 terus.
supaya takyah sepuluh kali dia hantar.



so semalam pukul 11ish aku start la buat.
hanya larat buat 9 set je. itu pun dah makan masa sampai 3am ok.
aku dah tak larat sebab semalam seharian busy ke sana sini ngan urusan memacam kan.
then masuk bilik. tak larat sangat dah.
online kejap kat phone. tau-tau phone terlepas dpd tangan. nasib jatuh atas katil gak.
eh dah penat sangat ni.
simpan semua. tidur.

bangun around 10ish.
sebab seriously hp aku bunyi sana sini.
orang call tanya nak order macam mana.
sebenarnya kat blog semua aku dah terangkan.
wonder why masih ada tanya macam mana nak order.
aku letak no phone untuk yang nak whatsapp/ sms n call time nak pick up barang.
tapi ada yang rajin call tanya macam mana order. call inform dah buat payment. call tanya dah post ke barang. call tanya bila barang akan dapat? walaupun dah sms ni no tracking. *urut dada*
things yang aku kena face bila ni line kerja yang kita pilih kan.

ok la dah alang terganggu tidur.
terus bangun la.
bangun je check phone.
reply semua orders, confirm payment bla bla.
huiks. makin ramai order trial.
terus lepas reply email semua kena tambah buat trial set.

duduk kejap je bunyi door bell.
rupanya orang unifi datang.
bagussss. nasib tak amik masa lama untuk fix.
rupanya cable dah jahanam lubang2.
dia kata kucing kot gigit. huahuahuahaua.
bila unifo datang tu terus cakap Allahuakhbar.
sebab benda yang aku rungut kena jawab phone awal sampai ganggu tidur aku.
yang buatkan aku bangun n bad mood.
sebenarnya ada hikmah.
if la takda call tu, aku mesti masih tidur kat belakang.
tekan la bell macam nak meletop pun mesti aku takkan dengar.
Allah dah susun semua.
So now unifi dah ok boleh online macam biasa.
if not tah bila la dia nak reschedule n fix masalah ni kan.



then balik je dorang aku sambung buat kerja.
ahhh hari ni extra susah.
sebab facial soap likat semacam. menangis rasa nak buat payah nak mampuih.
tapi tetap gigih.
dah set pukul 3pm kena stop buat sebab nak kena start packing barang untuk post.


now trial kami dah ada label. hihihi.
cari yang transparent tapi kedai tu takda.
ni pun dah ok sangat kan.
yang 1st batch jual takda label. huhuhu.
kawan aku tanya aku nak special label ke by peejburhan la apa.
tak payah. alah ngada. pakai je apa dorang provide.
ibu desi bagi kebenaran untuk buat trial tapi kena tulis by siapa.
so boleh monitor lepas ni.

nway,
gigil weyh siapkan.
by 3pm stop.
aku sempat buat lagi extra 9 set je.
pastu start isi segala borang pos laju.
then packing pulak.
hari ni Mr.B balik awal sikit.
aku mintak tolong tapi apa pun dia tak tau.
tak pernah amik tau apa aku buat.
so bila mintak tolong dia macam tak tau nak tolong apa.
i is so penat, sangat bad mood, rasa nak nangis, ngan mengejar masa lagi.
mintak tolong dia tuliskan details kat envelope.
dia kata tulisan dia tak elok.
pastu dia dok mengadap je aku.
pastu tanya, nak main game boleh tak.
uwaaaaaaaaa. aku mcm nak gila ni dia nak main gain.
aku cakap suka hati la.
dia gi main. agaknya tak sedap hati lepas 5 mins kata nak tolong apa.
terus aku bagi tugas.
simple. ceraikan consignment note.
ok settle.
pastu masukkan dlm pocket tu n stick kat envelope.
1st contoh aku tunjuk.
ok paham.
pastu dia buat.
sambil2 tu aku jeling tengok. tengok elok dia tampal kat bahagian yang aku dah tulis kat envelope.
tak rasa nak menjerit kau?
aaaaa. simple task je.
sebab tu aku jenis tak caya nak bg orang buatkan kerja

tapi lepas tu ok la.
dah ada momentum kan.
pastu aku ajar dia.
ok tengok kat borang aku tulis apa.
so masukkan barang. aku percaya trial je la.
yang lain dia tak tau lagi.
bayangkan aku dah jual berapa lama ni.
dia still tak tau jenis2 barang yang aku jual.
selalu if aku mintak dia pass kan barang kat customer time aku takda.
kena call n bagi tau details. amik ni, bag dia ni.
dia kat rak belah atas kiri, belah bawah kanan bla bla.
papa selalu bising.
sebab kadang if aku kat rumah dorang. ada customer aku nak amik barang.
n quite a few.
aku kena bergegas balik.
sebab nak pesan kat Mr.B dia tak tau.
what to do.
takpa lepas ni aku paksa dia amik tau.

by the time settle pack semua n masukkan ke bags ikea.
terus bergegas ke poslaju.
dah la sampai line panjang sampai ke pintu depan dah. sobs.

so settle tu, singgah makan jap.
ada reader tegur.
sorry dik if akak macam blur.
satu segan pun ye.
satu lagi its been a lonnnnnnngggg day n penat n bad mood.
balik rumah.
duduk kejap. check hp. tengok dah ramai tanya tracking number. T____T
penatttttttt...
later la aku bg semua.

dalam kereta tadi Mr.B tegur aku.
sebab petang tadi aku penat sangat n rasa macam rushing.
time tu la nonoy nak facetime bagai.
aku lak time tu tengah guna phone nak tgk alamat nak isi borang.
rupanya sebab papa nak tanya customer yang nak amik barang tu berapa ringgit?
padahal aku dah pesan dpd semalam. aku dah bagi berapa bag.
dia kata kurang. tapi sebenarnya papa tak check pun cukup ke tak.
time facetime tu baru dia jenguk n cakap cukup. T____T
pastu mama pulak ceria2 bagi tau dia buat asam pedas.
ok di hari relax aku mmg happy n terus akan ke sana.
i guess aku tadi stress to the max.
so aku mcm garang2. n macam malas nak layan sembang ke apa.
aku nak siapkan kerja kot.

so dalam kereta Mr.B tegur la.
dia kata jangan la marah2 papa n mama.
sian dia tengok papa n mama.
dorang selalu doakan business u. u garang2.
uwaaaaa. now i feel bad.
bila kau lapar, penat, bad mood kau selalu mcm tak fikir kan.
ni rasa nak ke rumah sana. nak makan asam pedas mama.
mesti sedap.
tapi serious aku macam terlalu penat.
ni tadi ada yang order trial set 6, 4, bla bla bla.
nak kena siapkan ni.

i need a vacation.
wahhahaha tetiba.
tapi betul la. penat n stress.
tapi takleh. sebab tadi orang electric datang.
walawei bill elektrik umah aku mahal gilaaaa woiiiii.
time tu terus aku tutup a/c. hahaha
sebab panas kan siang tadi n aku buat kerja on la.
tengok bil tau menggelupur.
cissssss. duit tu memacam aku boleh buat.

ok la nak rehatkan badan sat.
later nak sambung buat trial set.



Unifi buat hal

Ke melaka last weekend.
So kata tggl rumah lama.
Aku mmg cabut semua plug.
Keselamatan.

Semalam sampai rumah around 2am.
Memang aku x online apa sangat.
Masuk tidur sebab kepenatan.
Gila kau dekat 4 jam nak sampai KL.
Penat bukan sebab aku drive tp penat kematu bontot duduk x dpt strecth. Huahua.

Laptop aku tertinggal kat rumah mama.
So segala online dpd hp je.
Membalas itu ini.
Then sedar wifi aku xde.
Maknanya pakai data la.
Data nak max limit dia.
Whattt.

Terus call unifi punya call centre.
Memang prob. Dah try memacam tak boleh.
Baru nak report bla bla. Xtau la bila technician datang.

So now segala urusan sementara aku pakai phone je.
Tau la line phone ni kekadang macam harem.
Kalau 3G ok la.
Kalau dia edge apa pun aku xleh buat.
So nak pantas mengreply whatsapp ke apa payah. 

Hopefully esok ada la technician kan. 
If tunggu few days al pitams la.
Susah sebab bila kerja kau memang kena ada internet baru kerja jalan

Nanti i update lagi yek.
Banyak urusan hari ini.
Nak keluar ni. 
Ok chiow. 


Bercuti

Salam to all,

Sorry x reply email, whatsapp, sms yg order or buat payment untuk barang2.
Currently not at home.
Sbb aku ada wed cousin weekend ni.
Akan blk tomorrow.
Jadi dah selamat sampai, akan ku mula bekerja kembali.
Sorry lambat inform. Andai ada tang tertanya2 why aku x reply n sepi je.
;)



Expose Mistik : Rumah Kuarters

Salam,

Kak peej, saya silent reader blog akak & ur mom sejak bertahun yg sudah...
saya nak kongsi citer time saya muda2 remaja dulu dalam tahun 1997 kot pasal rumah kuarters yg kita org satu family duduk.
Abah saya keje ngan Jabatan Pertanian, so kita org dapat dok satu rumah dalam kuarters kat negeri Kelantan.


Bilik 2
Tandas
Bilik 3
Dapur
Bilik depan
Ruang tamu


Rumah ni mmg agak besarla, ada tiga bilik.
Saya ngan adik beradik tido bilik depan sbb bilik depan agak besar jd bolehla memuatkan dua katil bujang dan satu katil double decker bg kami empat beradik.
Saya share katil dua tingkat tu dgn adik pompuan yang setahun je beza umur dgn saya.
Saya tido katil bawah, adik saya pulak tido katil atas. 

Satu malam tu, dalam kul 12 lebih kot, saya takleh tido sbb panas.
Punyala pusing kiri kanan tapi mmg takleh tido.
Dalam samar2 cahaya lampu tido tu, tetiba pintu bilik kita org terbukak padahal kita org mmg tutup rapat je pintu tu.
Kejap je, dlm beberapa minit, pastu pintu tu tertutup balik. Nak tengok takut.
Saya sedapkan hati, my parents yg bukak pintu tu coz nak check kita org adik beradik. (time kecik2 slalu abah atau mak check kita org adik beradik tiap2 mlm). 

Tp tiba2 saya teringat yang abah mmg xde malam tu coz lawatan kerja, jd my mom suh kunci pintu dari dalam. Bila ingat je bnda tu saya mula menggigil.
Saya tengok adik2 yg lain lena je.
Dalam tak tau nak buat apa tu, saya dengar adik pompuan yang tido tingkat atas tu berbisik, " sis, ko nampak tak tadi pintu tu terbukak?? bukan kita da kunci ke? ".
Dengar je suara dia, saya bingkas bangun jenguk tingkat atas, adik saya tu pon dah terbangun dan turun ke bawah.
Kita org amik keputusan nak tengok sama ada pintu tu betul2 kunci atau tak.
And guest what, pintu tu mmg berkunci!
Kitaorg mmg menggigil giler time tuh.
Sampai pagi xleh tido n juz dok je atas katil sampailah kitaorg dengar our mom bangun barulah kita org bangun. 

Bila tanya abah, abah ckapa xpelik coz dulu2 belakang umah kita org tu tempat pemujaan.
Jadi benda tu mmg ade lagi. Juz dia xkacau je dan kadang2 usik camtu je.
Lama jugakla kita org dok umah tu dan mcm2 benda yang kita org kena.
Pernah kita org tido kat ruang tamu and kita org nampak ada something merayap masuk dapur.
Ada jugak time pintu terkunci sendirik sampai kena tendang baru boleh bukak.
Macam2lah....Last2 kita org pindah coz abah kena tukar ke tempat baru.
Dekat tempat baru ni pon kita org dok kuarters.
Rumah yg amat besar coz dua bijik rumah dijadikan satu.
Ingatkan oklah rumah ni, tapi malangnya lagi teruk gangguan kita org kena. 

Oklah, utk kuarters kedua ni citer lenkalilah plak.
Sorry kak peej kalau bahasa tunggang langgang, saya taip time jaga bebudak exam....hehe....curik tulang. 

OK kak peej, till then...wassalam.

-che nur ain-