#sayajual

Tabita Desi Damayanti Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

28/4/12 - 28/4/13

semalam genap setahun kawin ngan Mr.B.
kejap je rasa. sedar tak sedar kan. huhuhu.
bertahan gak sampai setahun ni hah.
memang kawan lama gila. dpd tahun 2004.
tapi serious kawan n kawin tak sama.
memula kawin tu nak adjust kot.
hoi gaduh teruk gak la kadang2.
sama naik la dedua.
tapi sesama sabar. dia tak tahan ngan aku dia keluar.
gi lepak memana. aku lak duduk umah je takda perasaan.
by the time dia balik dedua dah reda. fuuuhh.

ingat lagi ada sekali tu lepak luar ngan P.G n kawan p.g.
dia sibuk la cerita pasal kawin la. suami isteri la.
paling tak tahan kita orang gelak sakan.
sebab dia cerita, ....
"kau jangan sesekali naik tangan ke kaki kat bini kau.
memang la akan gaduh. hangin jeeee.
bila kau rasa darah kau naik. kau cecepat keluar rumah."

aku yang dengar ni diam je la. memang dia selalu buat macam tu.
rupanya cerita dia tak abis di situ.

"keluar rumah tu.
kau carik orang kau pukul orang tu.
lepaskan geram kat dia. bini kau jangan sentuh."

kita orang semua dah gelak gila time tu.

"nak senang kau capai jiran kau pukul dia.
paling dekat kan. kalau abang, abang akan pukul wilcha sebelah tu.
terbalikkan dia daripada wilcha tu."

bongokkkkk tau.
tak pasal wilcha kena. gila ke apa.
yang tak tahan kita orang gelak macam nak gila.
dia cerita muka serious je. hahahhahahaha.
eh tapi dia memain. bukan la bebetul dia gaduh ngan aku dia gi pukul orang.
poyo lebih tau.
selalu dia lepak kedai atas minum sembang ngan abang meniaga tu. hhuhuhu.

takleh la nak cakap dia perfect. setiap orang ada flaw dia.
but selalu gak la bersyukur kawin ngan dia.
hati dia sangat baik.
tak pernah berkira daripada segi duit n tenaga.
rajin tanpa di suruh kat mana jua berada la.
kadang aku rasa macam aku melampau2 je.
tapi masalahnya aku tak suruh, dia yang buat sendiri.
percaya tak if aku cakap sepanjang tinggal sama ni.
aku tak pernah mop rumah ni. dia buat ok!
vacuum maybe aku pernah buat tak sampai 5kali. semua dia buat.
n dia happy pulak tu buat.
mana kau nak carik laki rajin terlebih macam ni.
belum bab dapur.
if aku masak. if rajin terus basuh semua periuk ke apa.
if malas, letak kat sink dulu.
nanti by the time aku nak kemas.
tengok semua dah settle. basuh dah semua periuk kuali, dapur semua dah bersih dia lap.

belum part dia tka pernah complain aku comot ke, masam ke, buruk ke, gemuk ke,
terima je seadanya. baik betul.
Alhamdulillah.
jangan baik ada makna macam cerita p.ramlee sudah la kan. hahah.
tapi Insyallah tak. sebab daripada kenal dia back when aku baru 21years old pun, macam ni la karakter dia.

pagi anniversary tu.
supper lepak makan kat atas. aku lapar.
balik dpd makan dia masuk dulu.
aku lak kat luar sebab angkat kain baju yang dah kering.
settle masuk dalam kunci pintu semua.
toleh nampak ni.



terkejut tak.
tetiba jadi datuk K.
tak suka.
aku memang tak suka dia ada misai. ngeri je.
pastu misai lak if rupa gini. pitam aku.
bak kata papa dulu. papa ada kawan rupa gini.
ada sekali tu dia call kawan dia tu intro, "assalamualaikum ****** misai kecik, daripada depan cantik, daripada tepi tak cantik".
hahaha sesuka hati tau.
tapi memang pun.
sekali hah tetiba surprise ite macam ni tau. tak sukerrrr.
dia dapat sebab malam sebelum tu boss dia mintak dia kerja.
ada event. so dia dapat la benda ni.
main2 je. eeee lawak tak suka.


hahah cannot go.
semalam keluar celebrate lite2.
shopping hadiah memasing.
tu nanti update proper. i is busy sangat la.
di akhiri dengan pic nak gi detim.
kemain ahkak mode love love baju pun terpancar2 love. hua hua.


happy 1st year anniversary. yeay uhhhhhhhh.



bil elektrik

kan hari tu aku ada pasang aircond kat rumah.
satu kat depan n satu lagi kat bilik aku.

sekarang kau tau la musim panas macam mana kan.
memang bahang weyh.
rumah setingkat. terasa bahang tu.
kau pasang la kipas berapa hala pun sama je.
dulu kat rumah mama pun sama. if lepak bawah ok la. tak rasa sangat.
but lepak atas dia punya bahang. ibarat sauna ok.

umah aku if takda aircond dulu tempat yang selesa tidur memang kat depan je la.
ok la. takda la horror sangat.
if tidur bilik memang bangun lencun la.
so bila dah pasang aircond memang nyaman tidur sampai tak sedar diri la kan.

bila noy ke sesapa datang rumah pun aku suruh tidur depan la.
bentang comforter tidur. sejuppp.
sesuka hati bukak siang malam. lantak janji selesa kan.
ada la perasaan seram nak dapat bil.
tapi ahhh lantak la.

aku memang terlebih bayar bil kot sebelum ni.
so fir the past 4-5 months memang tak bayar la. sebab jumlah -RMsekian2.
dulu bil aku selalu dalam rm50 macam tu la.
so tolak je la.
then after a week pasang aircond bil sampai.
tengok still rm160 ok noted. still takyah bayar.

aku anticipate bil dalam rm150 to rm200 la sebulan. ok no prob.
so tadi tengah supper ngan Mr.B dia cakap.

Mr.B : bil elektrik dah sampai tau.
me : ye. berapa?
Mr.B : tinggi bil.
me : ye la berapa?
Mr.B : 345 ringgit.
me : ye? *tenang sungguh jawapan*
Mr.B : u la suka aircond. i takda pun takda. tak tahan sejuk ni. (dia tu tolong la. kipas pun suruh tutup. agak2 la. tak tau ke bini dia ni ratu peluh)
me : takpa la. lepas ni kurangkan la. bila orang datang baru bukak ke. pastu kena beli remote la. sebab dulu i suka set timer. so sekian time dia off sendiri.
Mr.B : ye la.

pastu teruskan kehidupan.
dalam otak terpikir. hoiiiii rm300+ mahal.
berdua je pun.
aku la gila tu.
asal panas pap bukak. aaahhh nyaman.
gedik gila.
padahal setahun duk sini sauna pun ok je kan.
tak sadar diri betul.

then balik rumah terus aku selak sana sini carik mana bil ni.
carik2. eh ni bil lama. mana laki aku letak ni.
nak la checkidaut.

him : carik apa?
me : mana bilnya? ni bil lama. kata dah dapat.
him : kat kotak motor i la. letak situ sebab takut kena hujan if biar kat post box.
me : pergi la amik nak tengok.
him : mana ada 300. 20 sen je. hihihihi.
me : cakap la bebetul.
him : 20 sennnnnnn. ite tu mentong je (kita tu kelentong je)
me : u ni suka main2 tau. memang 20 sen je ke?
him : iyooooooo.

phewwww.
kong ajo tau kelentong ite macam tu.
so maknanya last bil -rm160.
yang ni dapat 20 sen je.
so ok la. maknanya bil rm160.20 je.
yeeee. kena ngan yang aku budget.
kalau 300 memang mengurut buah dada la weyh.

ok tak mahal sangat.
so boleh tidur sambil buat snow bed angel atas katil.
*kepak2 kan tangan n kaki*



kenyataan from ibu desi

ni kenyataan from ibu desi owner of tabita.
malam semalam kawan ku bagi so share sini yea.






so kepada customer ku.
diharap untuk tidak gampang terpancing atas isu2.
huhu.

pemberitahuan mengenai isu tabita

ok ada masa sikit ni.
update regarding tabita tu.

aku tau daripada semalam.
a dear friend from singapore bagi link tu.
supaya aku tau sebelum benda ni kecoh.
thank u.

so aku pun reply seperti apa yang aku tau.
then masuk lagi email daripada customer aku.
pun share link yang sama.
thanks to kawan di singapore yang awal2 dah bagi tau.
so bila dapat email. memang dah jangka apa kandungan tersebut.
tapi email dia sangat relax.
just nak bagi tau pasal berita tu.
n dia sendiri tau yang tu tentunya tabita fake.
n dia dah beli n dah pakai tabita yang aku jual lama.
dia ok je. takda masalah semua tu. so dia kata dia tetap akan repeat order.
Alhamdulillah.

then dapat lagi message dpd kenalan di singapore. again aku just cakap benda sama.
then masuk hari ini.
kemain ramai share pasal berita tabita tu.
paling tak tahan share n perli2.
n paling tak sangka, yang rajin share adalah dpd kenalan.
harap maklum fb aku ni 80% readers dpd yang aku betul2 kenal.
tapi mostly readers aku sangat berhemah boleh private message aku bertanya.
tapi yang ku kenal terus share siap ngan macam2 kata.
takpa. suka hati.
yang kelakar. yang beria share tu penjual produk lain.
n tak pernah pun cuba tabita yang aku jual.

ku biarkan saja semua orang tu.
then bila check email ramai bertanya.
ada yang just nak bagi tau.
mostly ok just nak confirmation.
tapi ada jugak garang2 tanya. haha sabar je la.
ku balas mana larat.
sampai banyak gak la masuk ku dah tak larat reply.
memang kena buat entry.
dah la busy 3-4 hari ni kan.
dengan nak confirm order, nak confirm payment. nak layan pertanyaan ni semua.
again tangan sotong sangat hari ni.

so sini nak bagi tau.
yang di test tu adalah tabita fake.
if tengok pic yang di provide tu pun akan nampak terselit wujudnya botol cream yang tabita tak keluarkan pun.
aku dah jual lama. n lately banyak la kisah tabita aku tau.
dan aku tau mana yang ori. mana yang terang2 tak ori.
tapi kalau boleh memang taknak sentuh pasal orang lain.
if ada customer ku personally tanya. aku akan jawab.
tapi saja-saja aku nak up entry kata jangan la beli daripada sekian-sekian sebab dia punya tak ori memang takkan la.

kat sana memang banyak group yang keluarkan yang tak ori ni.
so sila berhati-hati bila beli tu.
make sure kau beli daripada sumber yang betul.
macam aku ada share kat entry aku sebelum-sebelum ni. CLICK HERE
aku agent under kawan aku ni.
dia memang amik ngan ibu desi. owner tabita ni.
so tabita kita orang bukan amik sembarangan je daripada mana-mana agent.

btw kenyataan tu adalah daripada singapore yea.
bukan daripada Malaysia.
berita harian yang orang share kat fb semua tu bukan daripada akhbar malaysia.
boleh beli or check kat online memang takda berita tu.
and ada kawan yang dah contact nstp n kkm memang takda sebarang kenyataan dikeluarkan.
so sebelum share sesuatu benda tu check dulu. taknak nanti jadi fitnah kan.

and seperti biasa yang aku selalu cakap.
so far aku dah pakai setahun lebih. memang puas hati n ok sangat.
sama macam family aku, kawan semua.
takda pun segala masalah macam yang di claim dalam news tu.
rasanya almost all of my customer pun puas hati.
takleh kata all. so kena cakap almost kan.
kang confident kata all, tetiba ada customer aku yang baca ni cakap, "hotak kau la puas hati. aku benci tabita kau!" kang tak pasal kan. hahahaa.

ok so yea. terjawab tak persoalan?
sorry if ada aku tak reply.
sebab dah tak larat la tu. sorry sibuk sangat lately ni.
ni je yang boleh ku terangkan now.
nanti kawan ku dah balik, akan ku cerita lebih details yea.
aku taknak la memandai cerita semua sebab yang deal direct with ibu desi kawan aku.
aku ni bawahan aje.
okies.

selamat berhujung minggu semua.

di minta bersabar.

Ya Allah tak menang tangannya aku beberapa hari ni.
nak gi jenguk jumpa mama pun takda masa.
rindu rasa lama tak jumpa. selalu selang sehari aku gi sana.
ni last aku pergi last monday kot. sobs.

dengan nak menjawab email isu tabitanya.
mana aku sempat, aku balas la.
ni terlalu banyak sampai tak tau mana dah reply, mana tak.
nanti ada masa aku buat entry ye. maybe malam ni or esok.
or dalam minggu ni la.
sebab serious takda masa.
ini bukan statement poyo.
takda masa sampai tadi dok sembang kat phone sambil belek kaki sendiri.
pastu terkejut sebab hoi buls kaki ngeri.
tak sempat hokeyh nak belek diri sendiri pun.

pastu daripada bangun tadi dok mengadap whatsapp, emails semua.
Alhamdulillah permintaan for ephyra banyak.
cecepat reply mana boleh.
pastu basuh baju n jemur baju.
mandi n groom kan diri sendiri yang terbiar ni.
pastu nak hujan lak. angkat baju balik.
terus siap n berdesup keluar pergi restock ephyra dalam hujan tu.
then pergi post barang seketul.
sebab semalam post kemain 2 bags tapi boleh tertinggal seketul BE. huhu.
so sebab dah janji maka aku postkan adik tu punya satu.
siap budak poslaju tu tegur la, "eh satu je pos? macam tak boleh caya je". hahahha.
terpaksa cerita aku lupa bla bla. esok baru post yang lain.
oh ya, yang mana lelain esok aku post yea. seperti yang dijanjikan.
sebab aku tak sempat nak pack.
n mostly bagi alamat office.
kang post today esok hantar takda orang kat office dah leceh kan.



so lepas post baru makan. time tu dah kul 5ish kot.
makan kat thurkah. nasi daun pisang.
layan je sensorang. ada aku kisah.
tapi ada satu group pakcik2 kat meja dekat aku ni asyik la tengok2.
apesal ntah.
nampak menyedihkan sangat kot perempuan gemuk kesepian makan sorang tapi tetapp gigih jilat jari makan nasi daun pisang. kah kah.
nasib la pakcik. janji perut ku kenyang senang hati kan.

so sementara aku keluar tu tak dapat la aku nak layan email ke apa.
sebab ye la drive, makan semua. macam mana nak layan semua kan.
plus aku malas reply if aku takda ngan log book aku.
kang aku memandai reply. aku lupa. tak pasal orang dah bayar. aku tak post barang.
tapi tu la. orang dah buat payment tapi kita tak confirmkan.
orang akan risau lebih. amik kau bertalu2 ditanya.

i is manusia biasa yang bekerja sendirian.
so takda la aku efisyen sangat masuk je email ek apa semua berdesup aku reply.
amik masa sikit. so harap bersabar.
Alhamdulillah dah setahun lebih buat meniaga ni belum ada kes orang report polis ke apa dah amik duit orang aku sepi ke apa.
Insyallah akan teruskan begitu.
aku pun ada blog. aku pun bagi if orang nak datang jumpa aku personally n amik barang.
some amik kat rumah parents aku.
so takdanya aku nak lari ke apa yea.
if lari pun senang2 je boleh carik aku kat mana kan.

so jangan risau.
tapi ada la kes aku pernah lupa hantar barang.
sebab macam tu la. reply email confirm. tapi kat luar.
balik lupa catit. amik kau tak berpost.
adik tu pun lepas 2 weeks baru bagi tau n tanya.
menggelupur aku post. sheeesshhh.
so harap tak berlaku lagi macam tu.

so harap bersabar ye.
ni aku tengah gigih balas segala pertanyaan korang.
if ada aku tak reply please resend ye. takut aku tak sedar.
terima kasih.

ephyra promo until 5 may.

ok since ada few yang berminat nak beli.
tapi katanya boleh tak bayar deposit je dulu.
balance tunggu minggu after dapat gaji.
tak sanggup pulak aku.
aku kata takpa tunggu gaji je nanti baru beli.
plus senang if bayar sekali gus kan.
dorang takut pulak nanti takda stock untuk dorang.

so oleh itu aku lanjutkan promo ephyra tu until 5 may ye.
siapa berminat boleh contact aku.
memang murah if beli more than one.
tu yang mostly nak 1 je.
bila aku bagi harga promo. terus amik 2, 3, 4...n so on.

if nak penjimatan berganda.
ajak la kawan-kawan join beli sama ke.
family ke. so jangan amik satu je kan.
if amik more than 1 box boleh save more than rm40.
lagi banyak amik lagi saving banyak. :)

so ye. jangan lepaskan peluang ni.
bila lagi aku nak bermurah hati macam ni kan.
bagi harga best.
maybe lepas ni promo lain pulak ke.
tak pun nak raya nanti baru buat promo lagi ke kan.

so berminat kan email me at nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
whatsapp/ sms at 012-2758575



letih tapi masih burung hantu.

tadi nasib MrB balik n teman aku pos barang.
sebab setelah di kumpul2 barang yang kena post.
penuh 2 bag ikea tu.
if aku sorang angkut tu pitam weyh.
dah la penat mengpack barang pun tak abis lagi.
ni campur post menangis la kan.
tapi dalam kekalutan tu. boleh tercicir satu order aku tak pack.
takpa post kemudian. dah bagi tau adik tu.
nasib dia memahami.



nasib masa sampai tu tak ramai orang.
depan ada 3 orang je.
semua post tak lebih dpd 5 barang. so cepat la, takyah tunggu.
kat kaunter pun takyah susah payah.
semua Mr.B buatkan.
aku pun dah tak bermaya penat sebenarnya.

then settle post barang.
ajak Mr.B singgah makan kat medan selera taman melawati nak makan mihun sup utara dia.
ketagihan. .mmmm...dap.
dua hari lepas aku makan situ gak. tapi sorang la.
ramai tanya kat mana.
sorry tak sempat reply. so reply sini la yea.
mostly follower instagram n fb ke apa semua reader aku gak kan.
aku kedai dia yang medan selera lama tu. if masuk yang main entrance ke kedai2 tmn melawati tu.
tau kan? yang macam nak ke arah balai polis tu.
medan selera yang ada nasi ayam hainan singapore ke apa tu.
so kedai dia sebelah nasi ayam tu.
bukan medan selera yang baru n dua tingkat sebelah tapak pasar malam tu tau.
btw if pergi sana selalu aku order mihun sup special. fuhhh suka.
ada daging n lelemaks, paru, perut, tauhu. me loikeeee.


Mr.B always ngan nasi campur dia.
aku pernah makan. tak masuk tekak aku.
baik aku makan mihun sup ni lagi stone.
oh lagi satu if makan situ order air sirap bandung dia. sodapppppp.
tadi makan Mr.B duduk gerai nasi campur tu.
meja sebelah tempat sup tu la.
aku order mihun sup n sirap bandung. sebab sedap weyh bandung dia.
tapi takleh. sebab duduk meja kat kedai ni. kena order air kedai ni.
sirap bandung dia biasa ajo. sobssss.
nway, abis makan bungkuskan noy nasi ayam dia nak.
then balik.
balik terus email/ whatsapp/ sms tracking number.
alang tengah rajin.
aku kadang penat sangat pagi buta baru reti nak send.
time tu merasa la some yang tak biasa beli kat aku kot.
ada la tanya berapa kali tracking number. risau kot.
tapi some memang relax. sebab kadang aku tak bagi pun. hahah sebab lupa.
nak bagi esok lusa baik takyah. barang dah sampai pun kat orang.
tau-tau aku bangun esoknya dorang yang inform barang dah sampai siap ceria2 lagi.

nway, pastu tunggu ada customer datang nak pick up ephyra.
tapi sambil santai la merehatkan badan.
Mr.B sibuk mengemas rumah. rajin bebenar dia tu.
tak masuk akal punya rajin. tak sangka ada orang rajin sebegitu rupa. lelaki lak tu.
memula dia menyapu. pastu vacuum. pastu dok la spray sana sini. pastu buang sampah.
aku hanya mampu tengok.

settle semua. around 9pm dia ajak gi tengok abah.
mak mertua aku n SIL aku gi langkawi.
sesuka hati tinggalkan abah tau.
abah sakit dah takleh jalan so pakai pampers la apa semua.
risau gak. tapi Mr.B adik beradik ramai. so pepandai la gilir2 tengokkan.
siang orang ni, petang orang ni, malam orang ni.
takpa la kan. mak pun nak berjalan. happy sangat la tu.

even aku kepenatan. ku layankan juga.
so ke rumah jengok abah.
tengok adik Mr.B, hafiz n family ada situ.
so sembang apa jap. dorang gerak. kata take turn kan.
yang Mr.B kerajinan tak terhenti di situ yea.
dia mengemas depan tu. kemas dapur la. angkut sampah la bla bla itu ini.
mana dapat tenaga tah dia ni. bagus, sejuk perut mak mengandung. bukan sejuk je ni. dah feeling salji agaknya.

around 11ish aku ajak balik. mintak diri.
sebab dah tau adik dia sorang lagi pulak otw nak datang.
aku dah kepenatan n kelaparan sangat.
eh lupa nak cerita.
aku rasa abah ni dah nyanyuk sikit la. dia suka tanya soalan pelik2.
tak pun berkali2 asyik tanya lebih kurang.
macam tadi dia tanya

abah: pija ngandung dah berapa bulan tu?
Mr.B : mana adoooo bahhh. abenda la abah ni.
abah : oh takda ye.

then Mr.B pergi dapur.

abah : lelaki ke perempuan tu ja?
me : hah? lelaki ke perempuan apa?
abah : tu anak dalam kandungan tu *sambil tunjuk perut aku*
me : lelaki ke perempuan apanya kalau mengandung pun tak bah.
abah : oh takda ye.
me : takda.

aku tak tau nak rasa apa.
adakah memang dia tanya soalan pelik.
ke memang rupa perut aku yang boyak ni menyerupai perempuan mengandung.
kah kah kah. *gelak tak ikhlas* *tumbuk2 perut sendiri bertubi-tubi*

ok abis cerita.
later makan.
abis makan balik.
kemas rak kejap.
Alhamdulillah sekejap stock ephyra susut.
aku restock rabu petang. by malam tadi tinggal balance tu je.



Alhamdulillah.
tapi bermakna jumaat takleh relax n santai di rumah la.
sebab kena restock barang.
tadi malam ada lagi payment masuk.
untuk postage sabtu.
ada yang nak pick up weekend dan sebagainya.

btw ni keletihan melampau ni.
lesu je rasa. tapi mata ni tetap la tak reti lelap.
tak reti lelap takpa.
tapi kenapa perut nak lapar balik ni?
cissssskek betul la.

orang macam ni pun wujud ke?

serious dua hari ni busy terkejar sana sini.
lepas buat entry promo ephyra tu.
then time orang dapat gaji kan.
tu yang busy tu.

semalam bangun around 11am terus tak senang dah.
kelam kabut ngan whatsapp nya, sms n email.
rasa macam sotong tangan tak tau nak tuju mana dulu.
then leka kejap sebab aku dok google nak carik plastik courier barang tu.
sebab kan aku pernah cakap, yang lain aku ok.
tapi ephyra ni nak balut dia. hoii letih.
kalau satu box ok la.
ni yang beli 2, 3 or 4 box ni.
jenuh nak membalut.
ngan time aku nak balut mochi serbu gumpal2 kat situ.
ngan kat kertas tu la si ceceh nak relax grooming diri dia. eee stress ahkak.

n dapat ku rasakan if ada plastik tu senang kerja aku.
cepat mudah n tangkas. cea cea. nak moto pulak bagai.
nway, semalam dok google jumpa.
tapi aku takut nak purchase sebab elok nak beli ada lak warning tepi tu kata jangan urusan ngan strangers la apa.
betul gak. gak dah bayar. barang tak dapat lesap lak.
mintak tolong kat fb, tanya siapa tau.
Alhamdulillah ramai bagi.
so tadi dah purchase.
hope dapat la nanti.

lepas aku leka google tu semalam.
cecepat pulak ke office ephyra amik lagi barang.
then ada urusan lain lak.
pastu aku lupa ada orang nak amik barang petang tu. boleh?
ok tak lupa la. tapi adik tu kata around 5-6pm.
memandangkan janji melayu aku relax la sikit.
no no no. sekali dapat sms dia dah otw. time tu kul 4.50pm.
tak gelupur kau. janji ditepati sangat adik ni.
aku lak tengah stuck kat jam sebab tetiba hujan lebat kan.
sebab adik tu tunggu kat lrt.
dia student kat sini. takda kereta.
so aku kata takpa la aku boleh hantarkan kat lrt tu.
sekali aku takdak. va va va.
sampai rasa bersalah aku kata takpa la balik dulu.
malam aku hantar ke rumah dia.
tapi adik tu tak kisah tunggu.
so dia tunggu.
lebih dpd setengah jam la jugak.
nasib bila sampai dia ngan kawan.
ingat dia sorang. lagi rasa bersalah je.

then balik rumah teruskan buat kerja.
pastu masak pulak. buat nasi goreng je. sikit.
makan. rasa ngantuk nak tidur.
sekali noy lak sampai. so melayan dia.
then kul 12ish lapar balik.
naik atas makan.

then noy tido umah aku.
padahal hari ni kerja.
so dia kata if takda delay flight aku kena hantar dia pagi.
so semalam jugak la aku siapkan packing barang.
daripada kul 1ish am sampai 4ish la membalut.
penat tak hengat.

pastu bengong lagi gatal.
now aku buat bayar malam aku post esok.
lambat, aku post the next postage date.
tapi some regular customer aku kata bayar before 10am
so tak pasal ada lagi kena pack.

nasib bangun tadi tanya now tak fly ke.
dia kata tak. friday.
wah lega.
terus sambung tidur.
dalam tidur pun tak tenang.
sebab phone asyik la bunyi.
sorry. terlalu letih untuk melayan.
ok puas tidur bangun.

again melayan segala whatsapp email bertalu2.
then call masuk.
ada sorang akak ni. rasanya dia first time kot beli online.
tak biasa or tak reti. so banyak soal jawab.
tapi takpa. dia risau kot kan.
berkali2 dia tanya if dia buat payment bila dia dapat.
aku kata aku post today. so Insyallah esok sampai.
takut kot dia bayar. aku menghilang.
pulak dah pagi tadi dia call banyak kali aku tak angkat.
risau la kan.
tak tau aku ni burung hantu malam berjaga siang membuta kan.

ok tu takpa.
tu kisah itu la.
ni kisah memacam perangai orang.
aku rasa reader aku. kalau baca ni sila la terasa yea.
semua tau kot macam mana urusan online business ni.
kau buat payment. sila la bagi transproof. sama ada email notification from bank ke.
or kau print screen transaction kau n email ke aku.
or if resit bank tu kau amik pic send ke aku.
kau takleh tetiba nak cakap saya dah bayar. sila check.
e eh kau sorang je ke bayar. ramai ok. n m2u tu bukan details mana pun.
walaupun kau copy n paste no ref kau. tak bermakna. situ takda pun boleh check.

so aku dah berapa kali jugak terkena.
usually benda ni berlaku bila time2 genting aku bagi due untuk buat payment.
sebab mostly dorang ni akan kata nak urgent la apa.
so aku kata bayar before 2pm aku post today.
or else next 2 days.
so nanti elok 1ish pm dia kata sempat tak post today?
dia dah bayar.
since kau tak bagi apa2 proof aku check la m2u.
memang tak masuk ok. berkali2 aku check takda.
aku kata la takda masuk payment.
nanti dia kata la ok nanti dia check. sebab dia mintak kawan dia bank kan la apa la.
tapi lepas tu sepiiii. maksudnya apa tu?

hari tu ada gak.
sama la. mintak details. aku bagi. thru sms ni,
tetiba takda angin takda ribut dia bagi nama n alamat penuh semua.
dia kata sempat kan post hari ni? dia lupa lak bagi address.
aku kata la aku memang akan mintak details after payment kau dah clear. belum buat payment kan?
dia kata dah.
aku check la m2u. memang takda kot masuk.
kebetulan untuk hari tu yang balance orang bayar on that day ada 3 orang je.
n aku tau siapa semua tu.
so kau memang tak bayar.

aku kata la takda.
notification takda. dalam bank pun takda. sure ke dah bayar?
if pakai cimb click memang takkan masuk.
so kau kena bagi aku proof. so aku boleh postkan.
dia kata ok.
pastu sepiiiiiii.
then aku nak keluar rumah dah. aku tanya lagi.
if nak aku post today bagi cepat. aku post today. or else tunggu next postage.
amik kau sampai ke la ni sepi.

aku sampai memula tu rasa bersalah.
adakah aku fussy mintak itu ini.
tapi perlu la kan.
tapi bila sampai ke la ni sepi. takda rasa bersalah.
bengang ada la. macam apakah semua ini?
kau nak menipu ke apa?
kau tak takut ke nak pakai or makan benda haram?
nasib aku baik. aku ada je details dia semua.
boleh je aku capture n tepek sini. tapi kejam sangat lak.

sebab aku pernah dapat whatsapp daripada sorang ni.
penjual tabita kata kena tipu. macam ni gak la.
tapi dia dah siap post ok.
bila check memang duit tak masuk.
siap call maybank ada tak transaction dpd sekian tempat.
memang takda.
tapi kebetulan lak kampung suami penjual ni dekat ngan area umah perempuan beli tu.
n dia blk kampung hujung minggu tu.
amik kau memang kena amik la.
dah la memula taknak ngaku menipu.
bila sampai depan rumah, adik dia hantar pulangkan balik tabita tu.
n adik dia cakap memang akak dia tak bayar pun.
boleh?????

ada gak manusia begini kan.
takleh blah sungguh.
tolong la hentikan perangai macam tu ye.
eeeeeeee *perasaan rasa nak tumbuk muka orang*

ok chow.

Ephyra Promo ending soon.


since customer ku mostly pemalu nak share testimonial.
so pihak oceanlife bagi aku testimonial rasmi pengguna ephyra untuk share here.
so boleh check out pics kat bawah ni.

:: Zana, 28 tahun ::

:: Diyana, 21 Tahun ::
:: Maria Elmar, 30 Tahun ::

:: Suraya, 34 Tahun ::
:: Syikin ::

Kagum tak?
Kagum tak?
aku memula sebelum pics ni keluar.
aku dah perasan daripada flyer dia last year tak silap.
terus berkobar rajinkan diri balik amik ephyra.
then stock takda n sibuk nak menjual. pastu stop.
now amik balik. harap akan jelitas macam dorang.

so far yang aku amalkan memang tabita.
tapi kena ingat tabita tu fokus muka je. lain2 takda.
tapi ephyra ni untuk keseluruhan badan luaran n dalaman. 
plus kan lately kan aku asyik tak sihat. malas nak amik segala vitamins la apa.
so amik ephyra balik je. sebab dulu masa rajin memang takda la aku demam ke apa sangat.

ok sebelum ada yang tak tau ephyra tu apa.
ephyra adalah collagen drink yea. 
more details boleh tengok entry aku sini CLICK HERE.
entry tu tahun lepas yea aku buat. now packaging dah lain sikit.
lagi lawoooo.

mostly macam takut nak try.
takut nanti takleh telan ke apa ke.
jangan risau. so far aku memang suka la.
sebab dia rasa macam air buah. rasa tutti fruitti macam tu.
no bukan poyo memuji2 sebab aku minum n jual.
tapi memang sedap.

entry ni aku tunjuk pics testimonial daripada ephyra.
nanti aku share pasal aku lak k.
oh kenapa aku selamba watermark pics tu walaupun bukan customer aku punya?
sebab untuk keselamatan.
sebab watermark ephyra tu sesenang nanti orang crop kan.
so kasi lintang.
1st sebab aku dah ada pengalaman kena curik testimonial.
second sebab semalam dapat info from page oceanlife yang salah satu testimonial ephyra kena curik dek aura white. dah bagi amaran pun selamba je.
katanya sampai nak saman menyaman. nasib la kan.
orang biasa macam kita kena curik setakat bising2 je la. malas nak lelebih pun.
ni kau curik company besar punya. memang kena la.
cuma satu la. ada dengar cerita. eh tak jadi cakap la. hehehe. 
ni entry ephyra mana leh cerita lain.



nway, now mostly dah tau kan harga baru ephyra. sekotak rm197 sahaja.
which aku rasa not bad harganya.
untuk sebulan. n quality yang di beri.
kotak dia pun sangat best ok.
aku sayang nak buang. so jadikan kotak simpan memacam khazanah. 

since harga baru ni.
n sempena ulang tahun pertama ephyra.
aku pun bagi promo price.
sila contact untuk dapatkan harga promo ni.
so bulan april pun nak abis.
so promo harga runtuh kaw-kaw ni pun nak berakhir.
so end adalah 30 april yea.
ramai dah beli n borong ephyra ngan harga promo yang aku bagi if beli more than 1 box.
so korang jangan ketinggalan ok.

postage free.
so interested boleh email or whatsapp aku.
details ada kat contact me kat tab atas ni.

siapa nak stock up n dapat the best price pun do it sementara promo ni ada yea.
tak selalu aku generous macam ni.
next month dah pricing lain.
or maybe aku buat promo lain pulak.
wokeyh?
buhbye





come in peace?

last week mama datang rumah aku.
melayan dia la.
tunjuk kat dia keek.
mama tak dengar. so dia tengok je la.
pastu nanti dia tanya la pasal apa tu?
pastu bila nampak keek aku pelik2 dia kata la aku gila.
yang ayol dah gelak sakan apa semua.

so salah satu tu ada keek aku ngan Mr.B.
takda apa pun. merepek2 je.
aku suruh menari dia layan.
pastu last aku suka buat isyarat i come in peace tu.
kang selalu if alien macam tu.
sekali mama bersuara, "mama tak reti buat,"
memang tak boleh. lawak pulak.
apa lagi. cecepat la aku keek.



yang kelakar memula kata tak boleh sebab dah tua.
sekali bila tanya dulu boleh ke?
tak boleh jugak! cehhhh.

tu takpa. later tu tunjuk la papa video tu.
dia pun gelak2.
sekali mama tanya papa boleh ke buat?
sekali papa pun tak boleh. huahuahauaha.
tapi papa sebelah tangan je tak boleh. sebelah lagi ok.

korang boleh buat?
tak pun cuba suruh parents korang buat.
cuba tengok boleh ke tak. hahaha.

penghibur

hari ni mood rajin nak update bebanyak tak mari sangat.
sebab busy sikit kot.
semalam tidur lewat sebab dok melayan tengok dvd sampai subuh.
so bangun pun dah pukul berapa tah tadi. huhu.
bangun je terus melayan emails.
orders banyak masuk. minggu lepas slow sebab tengah bulan.
ni tetiba banyak. orang dah dapat gaji kah?
baru bape haribulan kan.

since ephyra laju sikit.
so tadi kena lagi restock ephyra.
so bergegas ke office amik barang.
time tu dah mendung. kang hujan apa pun tak boleh.
baik pecut je. nasib dekat je ngan rumah ku.

then singgah bungkus makanan.
noy tidur umah aku.
semalam aku nak masak tetiba beras dah abis. huahuahua.
ingat banyak lagi
malas nak beli cepat2.
sebab aku tak la rajin bebenar. kang nanti rosak beras tak pasal
last few months aku buang je banyak gila.
sebab i is ngeri ada kutu2 tu. banyak.
tapi kali ni tak sempat ada dah abis beras.
menandakan semakin rajin la khen? huahauahau.

then dah settle kerja semua baru relax sikit boleh layan ni.
tapi masih malas nak transfer pics.
kita update pics kekucing je la yea.
yang memang aku pernah share kat instagram or facebook.
kat blog je belum lagi.
so meh tepek sini.
sebab ramai gak pembaca blog aku ni penggemar kucing.
nanti kejap2 komen kata cerita la pasal kucing bla bla.
so here u go.
ni ceceh n mochi je. yang lain2 tu nanti entry lain.




restock ephyra. penat dah angkut daripada luar ke dalam.
halfway.
tunggu laki balik nanti angkat ke bilik office.
ceceh laju je panjat.
pastu dia menguap pulak time snap.
rasa lawak je. macam felling the lion king sangat pic ni tau.
yang time dia kat tebing tu. hua hua.
itsss the circleeeeee of lifeeeeeeee.....


dok ngadap aku buat muka sedih.
tau kenapa? sebab menanti abang dia yang tak balik-balik la tu.
dia memang tak manja n suka melayan aku.
dia manja ngan Mr.B.
tapi ni Mr.B takda baru la reti nak datang kat aku.

yang bawah ni pulak sempat snap.
dorang kan manja ngan laki aku.
so if laki aku online memang semua pun nak lepak situ.
sekali aku masuk hantar air kat laki aku tengok ni.
terus cecepat capai phone pastu snap pic ni.
nyampahhhhhhh.



mochi memang suka tidur kat tray tu. yang belah kanan tu.
memang kosongkan situ. kang abis dia himpap semua. so biar kosong.
ceceh usually akan tidur kat meja belah kanan ni.
agaknya tak puas hati. dia pun nakkkkkk gak tidur dalam tray tu.
eeeeee. dah la drumstick tu terkeluar macam tu.
tak muat.
agaknya tengok ceceh tidur tempat dia.
mochi tidur yang sebelah lagi. eee geram comel je.



si gedik kan.
dia bila laki ku takda baru sibuk ngan aku.
so aku buat kerja, dia pun sibuk la tidur situ.
yang bawah ni keek si mochi.
oi manja betul la dia ni.
sebab dia campuran kucing kampung kan.
so memang perangai sama. manja sangat.
tapi nakal pun ye. tak takut. kena marah jentik telinga pun nakal gak.
sebab apa nakal? laki aku manjakan sangat.
kucing naik meja makan dia marah2. pastu tetiba pujuk dokong cium2 la apa.
mana la dia nak tau benda tu salahkan. eeee sabar je la.

tapi memang pun.
manja macam ni. siapa sanggup nak marah?


dia cukup suka if amik dia n kantungkan dia kat baju kita.
tau kan. macam kau buat bawah baju kau macam buai dia duduk dalam tu.
dia boleh dok lama siap tidur ok.
aku lak yang cramp lepas tu.
lagi kau buai2 n popok lagi suka.
tak tahan betul rasa nak picit.

dua ni noy yang record.


Apr 17, 2013 | Kaseh d kittykat by nonoyburhan on Keek.com




penghibur hati buat masa ni.
sayangggg.


trauma kembali

aku sebenarnya tak suka travel.
travel yang kena naik kereta la.
sebab masa aku umur 20s macam tu.
aku dulu rajin tengok blog ondscene tu.
eh macam tu ke eja.
tak tau la lupa.
blog tu macam sentiasa melaporkan segala kemalangan yang ada la.
penuh la pic accident sana sini.
memang ngeri tak ingat la.
aku pun tak sure apesal la aku suka tengok dulu.

maybe zaman tu pun aku jenis tengok dvd ngeri macam hostel, saw semua tu pun relax.
semakin lama semakin ngeri.
aku jadi macam takut melampau.
so aku stop tengok dah.
kat blog tu yang accident semua sebab orang bawak laju la apa.
so memang aku trauma.

zaman sebelum tu memang kaki pecut la aku ni.
tapi lepas tu aku la manusia paling penakut laju-laju ni.
siap if nak keluar n nak cepat. memang dorang taknak la aku yang drive.
then if aku tak drive. seelok-eloknya aku kena duduk belakang.
supaya aku tak nampak apa.
sebab duduk depan aku bising kata lajuuu la.
pastu dok, ehhhhh. ehhhhhh.
noy bengang je. suruh aku diam.
ok fine aku diam. tapi kaki aku dok brake sana sini. pastu kemain kuat genggam seat ke.
pegang tepi pintu tu, tahan dashboard la. hahaha.
hua hua. sebab scaryyy. teringat je pics2 accident tu.
memang la orang kata kalau dah ajal kau bawak slow, kau tak salah apa, orang langgar kau. nak mati, mati la kan.
yes betul. tapi ni kereta yang kita sendiri pandu. i mean kalau kau bawak tak laju. if la ada apa2 kan kau sempat nak brake or mengelak.
if laju? memang ngeri la.

now dah kurang la trauma aku tu
aku dah boleh la bawak laju sikit.
if orang bawak pun aku ok.
if aku rasa kelajuan tu melampau sangat. aku just tutup mata aku.
sebab kang kalau aku nampak aku bising. hua hua.

tadi siang dok la laki aku kata accident kat federal highway la apa.
ngeri la. ramai orang mati la.
aku tak rasa apa sebab federal highway tu memang menakutkan.
daripada dulu aku tak suka.
kereta laju nak mampos je semua.
so bagi aku ala biasa la situ accident.
then malam tadi dia dok call adik beradik dia cakap benda sama.
pesan kat dorang bawak elok2. jangan laju bla bla.
ok fine.
still tak rasa apa.

lepas dinner, layan tengok dvd.
pastu ni sangap.
baru la aku online proper.
earlier pakai iphone je. pun kejap2 je jenguk.
so aku nampak la few status kat fb cerita pasal accident tu la apa.
siap ada share video la apa.
pastu gatal aku pergi la tengok.

Ya Allah. ngerinyaaaaaaaaaaa.
aaaaaaa. selama ni tengok pics je.
ni video pulak. pening kepala aku n rasa nak muntah.
soalan seriou.
aku ni tengok pics n video ni pun dah gini.
orang yang rajin sangat time orang accident ni berhenti tepi n tengok ni tak ngeri ke?
sebenarnya apa motip dorang berhenti n tengok tu yea?
ok ada some aku tengok memang la tolong. carik benda untuk tutup mayat-mayat tu.
tapi ada yang dok bertenggek je tepi-tepi tu.
n orang yang amik video ni?
dia dah kenapaaaaa? untuk apa amik tu?
tak takut ke? tak rasa bersalah ke?
cuba kalau ahli keluarga kau ke yang kaki tercabut tu.
mati seluar terbukak apa semua tu.
orang tu tengah nazak berbuih2 mulut tu.
siap dia fokus2 lagi.
adakah kau tak kisah juga orang amik video n share video tu.
:(

aku pernah la few times tengah bawak kereta tetiba jalan jam la apa sebab accident.
memang kalau boleh nak cepat2 la gerak.
siap bila lalu tu tau dalam tu ada orang ke. mati ke. lagi cecepat n nak bagi lepas.
takut la. tsk.
paling tak tahan bila yang accident ni belah satu lagi.
tapi jalan kita yang takda kena mengena ni jam. cannot go ok.
ada yang sanggup lak berhenti belah sini.
sebab nak seberang ke sana nak tengok. gila.

apa-apa pun.
buat masa ni trauma ku kembali. fuhhhhhhhh.
untuk sesiapa yang tak tengok lagi.
jangan tengok.
jangan gatal tangan klik play, pastu now teringat-teringat.


kelabu asap

makin tua rasa diri ini.
tadi nampak ada link blog kat fb.
bukak la tetiba rasa nak baca.
background hitam. tulisan putih.
macam blog ku zaman dulu.
tengah baca nampak huruf jadi bayang tu.
tau tak. kau nampak dua. kabur la.
aku dah macam. eh aku ni penat sangat ke?
gosok2 mata. eh terang. pastu eh kelabu balik.
tutup sebelah mata baru boleh baca ok.
oit rabut dekat pulak ke?
tak sure la kalau aku pakai spec aku ok.
tapi aku mmg kat rumah tak pakai.
aku pakai if keluar je sebab nak drive or cuci mata ke apa. keh keh.

halfway baca blog tu tutup.
aku taknak menyeksa mata. kang pening tak pasal.
pastu paranoid adakah aku kena check power mata ni.
then bukak blog sendiri. eh boleh lak baca ok.
so maknanya aku dah sampai faktor yang mata tetiba takleh nak nampak sangat if background gelap tulisan cerah. cisssss.

nway, hoi hoi hoi.
dah ada layout baru incredibles design buatkan ni.
makin bersemangat lak nak update. cea cea.
kalau tak sendiri masuk blog sendiri rasa semak.
now rasa lapang selapang hati ni asyik nak mengadap blog ni.
tu takpa. semalam kan update lebih
tau tak rasa nak update banyak tapi takut macam saiko sangat lak.
so bertahan kita tunggu hari ni.

ikutkan taknak update dah today.
macam cukup2 la.
so untuk tak update aku merayap tengok entry sendiri.
sekali rajin nak reply komen pulakkk
haaaaa saiko tak.
lama gila kot tak reply.
last reply last year kot. ada la awal tahun.
lepas tu malas.
tetiba tadi rajin lak nak reply.
tapi kerajinan ni tak tau la sampai bila kan. ;p

tapiiiiiiiiiii konon tak nak update.
tetiba ni terupdate pulak.
tetiba rasa nak bebel-bebel di hari jumaat ni.

tadi dah restock lagi ephyra.
so intrested boleh email ke whatsapp ke sms ke apa2 la.
details ada kat contact me kat atas tu.


penat nih.
later nak pack ephyra untuk postage esok.
kena buat tonight.
sebab sabtu poslaju halfday.
kang ada aku tak sempat pergi nanti.
hoi fenats.
dah la nak pack ephyra ni leceh sikit.
bagi aku la leceh sebab tak dapat lagi solution nak pack maca mana.
sebab tu if ada yang beli banyak. aku letak dalam kotak mineral je.
senang sikit.
kwang kwang kwang.
kesian korang dapat ephyra dalam kotak gitu je.
tak glams langsung. ;p

eh ok la.
tu je.
tetiba aku lapar.
nak korek apa boleh makan ni.



cerita itu ini

salam jumaat semua.
dah abis lunch belum ni?
makan apa tadi?
aku tadi bangun pun dah kul berapa.
tu pun sebab suami call. kah kah.
dia bagi tau dia ada belikan aku makanan.
wah so special. sweet gila.
dah la bini bangun lambat. femalash. dia belikan makanan pulak.
lagi di naikkan lemak ni hah.

beli nasi lemak. lauk sampai dua.
menangis aku nak abiskan.
end up tak habis pun.
sebab aku ni memang jenis tak reti makan awal-awal ni hah.
tu seksa je nak abiskan tu.
tapi ni dah ada kena la makan kan.

pics ni pun few weeks back.
alang ada tu aku share je sekali kan.
pergi dinner kat niara.


:: tomyam putih ayam ::

:: telur dadar ::

:: lidah masak pedas. my favvvv ::


:: paprik campur ::


:: Mr.B masak kicap. kahkahakahahaakahakah. eee dosa hari jumaat kutuk laki sendiri ::

:: daging masak kunyit ::

pic aku lupa snap la.
gelojoh bebenor makan.
biasa la kita orang ni dinner dah boleh nak supper dah.
mana tak menggelupur ke kan.

tapi pic bawah ni aku tak ingat bila.
maybe few days later.
alang ada masa transfer so kita tepek la sekali la.
aku rasa ni time aku busy memanjang hari-hari ada je ke sana kemari.
so muka pun nampak sangat letih.


letih memang letih.
tapi trafic light merah tetap nak camwhore kan. hua hua.
gelap kan mata aku.
ni start semalam amik balik ephyra.
aku ni kejap amik. nanti stock habis terstop.
sebab pentingkan nak jual kat orang.
pastu lupa.
so semalam pikir, ahhh bukak la baru. stock banyak lagi ni.
tengah bulan kan slow sikit.
sekali elok aku bukak. berdesup email, sms, whatsapp la apa orang nak ephyra.
ni dah abis ok. so later kena pergi office amik stock lagi.
memula dorang nak 1-2. sekali tengok promo price beli more than 1 aku bg murah.
terus dorang tanya if beli 3? 5? 6?
terkejut lalu terus amik banyak2. Alhamdulillah.

semalam ada dapat soalan pasal ephyra.
aku tak berani nak pepandai jawab so aku refer ke oceanlife dulu.
dah dapat jawapan.
tapi katanya bungok tapi nak pakai macbook.
aku macam lupa macam mana nak printscreen. kah kah kah.
few weeks back siap youtube cara2 ok. dah tau pun.
tadi try buat macam berjaya. keluar dah bunyi keceekkkk print screen. nampak screen grab.
patut auto keluar kat desktop tapi ni takdak punnn. kah kah. bungok.

kau jangan orang hantar testimonial tabita pun aku tak buat lagi entry.
printscreen berjaya tapi aku tak tau nak watermark kat mana pakai macbook ni. kwang kwang kwang.
dah la poyo dah ada macbook taknak pakai pc.
nampaknya nanti kena gak guna.
sebab banyak benda tak tau guna lagi ni.
encik ice n huda bila nak datang umah kita ajar kita explore memacam ni?




hari minggu bersama kesayangans

ok memang tak ingat bila ni.
tapi tengok kat instagram kata 3 weeks back.
tapi apesal rasa macam dah lama berlalu.
nway, time tu jonet datang umah aku.
plan dorang nak clubbing malam tu.
aku memang dah tak kuasa weyh.
sekali tah macam mana kata karaoke je la.
wah itu ok. dah lama pun tak karaoke.
so on la.

sebelum tu ke pavi dulu.
gi dinner.
jonet nak makan kat la bodega. ok jom.
tapi elok duduk n order.
noy memula gerak sebab dia nak shopping.
pompuan tu kalau keluar tapi tak shopping apa memang macam tak lengkap sangat la hidup tu.
pastu jonet lak gerak. dia pun tetiba nak carik baju la apa.
kong jaq. tinggal aku ngan Mr.B je la.
nak taknak tunggu la. walaupun aku pun ada rasa nak shopping.
tapi takkan semua nak gerak kan. tak patut.
so tunggu la situ.
bagus la tu. selamat duit daripada terbang kan.





burger jonet dah sampai.
amboi menyelerakan je ternganga sebelah kita orang.
takleh tahan menegoknya.
snap pic kasi instagram n shout out kat jonet kata makanan dia dah sampai.
sudah-sudah la shopping tu.


:: koko n his latte ::


:: paella ::

super nice.
memula laki ku muka pelik2 je aku order ni.
aku kata kongsi sebab untuk makan dua orang pun.
dia makan terus puji kata sedap sedap.
tapi laki ni mana cukup makan kongsi ni.
later aku orderkan burger sama macam jonet tu untuk dia.
sedap weyh paella ni. makan ngan tobasco.
noy pun order sama.
so dapat la tobasco tu. tinggal lagi suku botol la.
then noy mintak lagi. dia kata tu dah ada.
ok fine. tapi tau tak cukup kot.
memang licin. so mintak gak.
sekali dia bagi botol tobasco besar gila. baru lak tu.
amboi macam perli je. hahahaha.



lepas makan n lepak kejap.
around 10ish gerak.
nak ke lowyatt.
sesambil tu pose kejap.
oh baju tu ku beli kat hong kong.
quiksilver outlet tu.
murah aje.
lama dah kan. sendiri lupa dah kewujudan baju ni.
tapi memula aku pakai kemain dorang semua ejek.
kata amboi rambu ramba.
ada je nak ejek aku tau.
aku sukaaaa je baju tu.


hahaha kementot melampau kan aku.
tapi aku rasa takda la kementot ke apa.
aku 5'4". normal kan for asian?
laki aku yang menggalah tak tentu hala.
aku lak memang tak reti la nak berjalan ngan heels apa bagai ni.
selesa ngan selipar aku je.
if aku jenis pakai heels mesti nampak ok je la.
takda la macam pokok renek sangat.


noy candid ni.
gegar2 pic.
pastu dia gelak2 suka.
cakap macam sebelah aku ada lembaga hitam.
kong jaq sangat kutuk laki kita.

then ke karaoke.
kemain lama sampai lebam rasa.
laki ku memula kemain semangat tuju lagu ke aku la apa.
walaupun suara ke laut sangat.
tapi around 2am dah ngantuk lalu tidur. hahah boleh?
tak remaja langsung perangai tau.
siap terjaga an hour lepas tu tanya lama lagi ke yang?
hahah sian.
tapi dah bayar ni. rugi abis awal. harus sampai tempat tutup.
so tidur elok2 ye.


dah abis kedai nak tutup baru kita balik ye.
lepak minum dulu baru balik.
eh ok la aku nak stop.
tetiba mata aku, tangan aku semua gatal2 ni.
nak mandi ah.
aku ni memang takleh terlebih mesra ngan kucing. alergic tak tentu hala.
ok bye, nak mandi.
btw ni auto publish entry ye.
mood aku rajin lak nak update memacam.
tapi nak terus publish rasa saiko sangat lak update bebanyak.
so type hari ni. tapi set esoknya publish. wakakkakaa.
ok bye.

Expose Mistik: hantu kelantan hantu kedah

As salam, 

Hi peej hello semua 

saya ada kisah nak dikongsi. 
Banyak sangat jin, pelesit, pontianak etc yang saya pernah jumpa dari kecik sampai sekarang. 
Saya kongsi sikit lah ea.. 

Pengalaman tahun 1995, terpaksa ikut geng makcik2 ke kelantan terengganu. 
Sepatutnya mak yang pergi, tapi dia ada hal, dia suruh saya ganti (nasib baik time tu cuti sekolah). 
So saya pergi dengan adik. 
Mula-mula pergi terengganu, jalan2 sana sini, kemudian ke kelantan. 
Tidur kat rumah tumpangan apa ntah, dekat dengan kedai cop batik. 

Dalam group tu, memang saya and adik saja yang muda remaja. 
Yang lain semua pangkat makcik + nenek. 
Takpe lah, ikut aje. 
Satu bilik tu ada 2 katil double deck, saya dengan adik tidur sekali atas katil atas, kaki mengadap pintu bilik. makcik2 yang lain tidur kat katil sorang satu, makcik sorang tu tidur kat lantai. 
Malam tu tengah tidur, tiba2 terjaga sebab terdengar bunyi orang mandi, dalam hati saya cakap, tak dengar dia bukak lampu pun. 
pintu pun tak kunci. 
sambil tu dok tunggu jugak, bila dia ni nak keluar? 
Tiba-tiba hati rasa macam resah. 
hujung kaki rasa bahang. 
tiba-tiba rasa macam nak pandang ke hujung kaki.. sekali nampak pelesit ke jerangkung ntah berdiri hujung kaki daa... dia pandang tepat ke saya, menyeringai nampak gigi tajam panjang2, matanya bulat merah, kepalanya botak rambut cacak2 jarang, telinganya panjang macam telinga kucing, badannya kurus melengkung. 
Terkejut punya pasal, saya terjun dari katil, rupanya adik pun rasa atau nampak benda yang sama, dia pun ikut terjun. 
Yang makcik kat bawah tu pulak tidur selubung macam mayat.. ahhhh lantaklah! 
kitaorang terus terkam peluk dia.. 
makcik tu terkejut, dia tanya 'awat cek'? 
saya dgn adik diam je,.. 
then makcik tu cakap, "dah tidoq.. tidoq". 
Esok pagi tu, kitaorg breakfast makan biskut dengan kopi, saya tak boleh nak makan sebab teringat muka pelesit tu, rasa macam mimpi pula.. 
tapi makcik2 yang lain tau agaknya, dorang kata, takpa,.. kita balik hari ni" .. 
fuhhh selamat.. 

Pengalaman tahun 2008, bilik hujung kat rumah kitaorg ni memang laluan makhluk halus,.. 
maklumla, ini kawasan dia masa developer bangunkan kawasan perumahan ni. 
selalu jugak saya nampak, tapi buat tak tahu je,.. 
sampai lah satu malam tu, saya tengah tidur dengan adik2 yang lain (tidur melintang atas katil, mengadap tingkap). 
Tiba-tiba terjaga, nampak dia berdiri hujung kaki. 
Dia takde muka, kosong, berbungkus dengan kain kapan, tapi bahagian bawahnya hancur, kain rabak berjurai. saya tanya "kenapa kau datang?" 
dia cakap "aku mahu tunjukkan diriku untuk kau lihat" 
saya cakap "boleh aku pegang kau?" 
dia pun hulur tangan dia.. 
tapi bukan macam tangan manusia. 
saya sentuh dan saya kata,.. "ohh isi  dan kulit kau lembik tapi bulu roma kau tajam" (kasar/tajam macam berus sabut). 
dia kata "ya". kemudian saya macam tersedar, saya tengok keliling adik2 semua lena,.. 
tiba2 saya rasa takut, terus lompat naik katil balik, tekap muka kat bantal. 
Sempat lagi dengar suara dia gelak, pastu ghaib... 

So, itu serba sikit cerita mistik saya kongsi,.. 
ada banyak lagi, tapi sebenarnya saya lebih suka kalau kita berkongsi cerita yang baik. 
macam "Dalam Hati Ada Iman" ke atau chicken soup for the soul. 
maklumla, zaman sekarang ni kejahatan selalu kalahkan kebaikan. 
so, sesekali kita mengagungkan kebaikan pula, semoga kita semua mendapat pedoman, insha'allah, ameen. 

OK, dats all fer now, TTYL :)

-LeReine Ahmed-




.................................................................................................

siapa nak kongsi cerita expose mistik boleh email ye.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
subject: expose mistik: ____tajuk?____

segment setiap malam jumaat.

blog list

selama ni aku letak blog list kat blog lain kan.
aku buat blog khas untuk letak list tu.
sebab aku macam letih if kes malware ke apa tu kan.
kan if blog orang tu malware. sebab kau link kan dia.
blog kau kena gak.
so letih nak melayan benda tu.
so buat la blog khas himpunkan blog list yang aku baca.

memang bagus.
takda kena isu malware ke apa ni.
aman je.
tapi tak bestnya. sebab kadang dia tak auto update.
bila aku bukak. semua still entry lama. yang last aku bukak. gitu la.
so nanti manually aku kena tekan kat pic spanar ke apa tu untuk nak edit tu.
aku save again. then baru la dia update list tu.
menyampah gak la.
plus siapa yang ikut situ pun tak pasal nampak macam eh takda orang update ke.
padahal ada je kan.

so semalam terlebih rajin.
rasa dah taknak pakai blog tu.
so aku letak blog list kat sidebar aku je.
maybe orang tak perasan kot.
so tadi ada yang tanya apesal takleh bukak blog list tu.
napa invited reader je.
sebab aku dah buat kat sidebar. blog tu aku set gitu la.
ramai gak rasanya yang refer situ.
sebab aku tengok pageview kat situ pun dah half a million. banyak la kan.
so lepas ni takyah susah2 gi sana. boleh refer kat sidebar aku je ye.
n bagus sebab aku tengok memang auto update.
love love.

aku letak 5 blogs je.
nak tengok lebih tekan yang show all tu yea.
sekian pengumuman untuk hari ini.
terima kasih.
dingdongdengding *macam bunyi kalau nak pengumuman kat mall/airport*

mengimbas kenangan remaja di yohan ke bang?


ni pun basi gak.
few weeks back.
tapi hari tu transfer pics dpd iphone ke sini.
ada. so masukkan je dalam draft sesiap
rajin kita update kan.
tak masukkan pic ni kat memana lagi.
ada few je upload kat instagram.
so dpd rugi. mari buat je entry.

ni time ke JJ.
sebab nak beli barang dapur.
kelaparan so makan.
tak tau nak makan apa. lapar nasik.
so ke johnny. sebab tau ada nasi2 kan.
tak makan steamboat sebab Mr.B tak reti makan bersup2 ni.
so mari makan nasik je.

:: air kelapa. tetiba sangat kan. teringin lettew ::


:: si comot tahap dewa. bad habit pemalas bersiap if setakat pergi tempat berdekatan rumah je ::

:: mine. spicy fried rice. aku rasa biasa je. ok spicy tapi idok le sedap. sebab kosong woiii. macam takda isi sangat. aku goreng kat umah lagi sedap kemana-mana ::

:: ini memang terpaling sedap la kan. superlove ::

then lepas makan before beli groceries harus smoke jap.
aku duduk kat kerusi kat tepi2 tu. memang ada situ
laki aku taknak duduk. kemain jauh diri.
pastu tu takpa. tetiba nampak dia duduk gini.


amboih.
macam mengimbas kenangan zaman remaja di yohan je.
ye la kan selalu bebudak lelaki nakal suka duduk macam tu kat bus stop kan.
kenapa yohan? sebab zaman dia remaja memang kat situ pun. haha.
kemain bangga cerita dulu tu tempat lepak dia. yang ada game kat atas tu.
apa nama tah. kah kah.
aku zaman gi yohan aku darjah2 ok.
tapi memang jauh pun kan zaman kita orang.
kau bayang aku darjah satu, Mr.B dah tingkatan 3.
huahuahua.

then gegas balik sebab jonet datang umah.
datang membawa kegembiraan.


mmmm dappp.
sedap sangat sampai lupa nak amik pic dia kan.
takpa kisah jonet di entry lain yek.
ok tu je.
buhbye.


new layout bebeh

mood nak berblog kan kureng lately.
so aku memang nak sangat la tukar layout baru.
rasanya dah few months dah. daripada awal tahun.
sebab aku jemu dah ngan 3 column layout. aku nak dua column je.
so that pic yang aku share boleh set XL. macam tak puas je tengok kecik2.
tapi nak buat sendiri memang tak reti.

so bertanya la mana best if nak buat layout.
ada la few suggestion. aku check out.
tak minat sebab macam too cute. or too sweet. so not me.
masa tanya tu ramai kata takyah tukar. dah ok la.
readers la. mak aku la apa.
tapi kau paham tak kau yang kena ngadap.
kalau hati pun dah takdak. susah kan.
so dorang faham.
tapi dorang kata make sure maintain color black n white.
sebab dah macam trademark blog.
ok noted.

memang daripada awal blogging aku suka layout hitam.
tulisan putih. rasa lawo n dark abis la.
ada gak dapat complain kata susah baca la. sakit mata la.
tapi time tu ada aku kesah? janji aku suka.
tapi bila umur meningkat. aku mula faham.
memang sakit mata n boleh muntah.
so aku start suka background putih tulisan hitam.
font pun biar simple punya. tak sakit otak nak baca.
ikutkan mula rasa nak putih bersih new layout.
tapi since ramai suggest maintain kan black n white.
tu yang aku kekalkan black tu. :)

aku bukan la nak major change pun. sikit2 je pun.
so bila pikir. baik aku buat ngan liza je.
liza ni daripada incredibles design.
layout lama aku pun liza buatkan.
dah la senang bekerja ngan dia. kau cakap je nak macam mana.
then later dia akan bagi 2-3 design untuk pilih.
pilih mana suka. then tukar-tukar sikit la. sebab mak cerewet sikit kan.
aku kata aku suka design 2. tapi yang date aku suka yang dpd design satu.
then aku nak tulisan gitu gini.
nak header plain takda pic tukar2 dah. tukar pic header. tapi nak font lama. bling bling
haaa kau. kata taknak major change tapi banyak la kerenah.
tapi liza relax je buat takda complain. sukaaa

so semalam tengah pagi dia tukar layout.
sempat gak la few orang tanya apesal blog aku private tetiba.
huhu. tapi tak sempat aku reply dah ok pun.
jangan risau. takdanya aku private.
ni kan tempat carik makan ku.

so macam mana? ok tak layout baru kita.
ah tak suka takpa. kita suka jugakkkk.
simple n yang penting pic besorrr suka.
ada rezeki kita invest beli good camera kan.
semoga bertambah rajin lepas ni. :D

so sesiapa yang rasa macam aku.
bosan ngan layout dah.
or nak merasa template custom untuk blog memasing.
boleh check out incredibles design ni.
currently tengah ada promo untuk bulan ni.

..............................................................................................................


Kali ini INCREDIBLE DESIGN mengadakan PROMOSI BUY 1 FREE 1 dan PROMOSI BUY 1 FREE 2 . 
Apakah itu BUY 1 FREE 1 dan BUY 1 FREE 2
Mesti tertanya-tanya kan. 
Apakah itu? BUY 1 FREE 1 ini untuk pakej blogspot dan BUY 1 FREE 2 untuk pakej wordpress. Sekiranya anda membeli pakej A blogspot anda akan FREE 5670+ Backlinks from Unique Domain, PR 9 to 0, 3 Tiers and 5 Platforms (Get google ranking  and improve ranking google). 
Anda bukan saja dapat mencantikkan blog tapi juga dapat FREE backlink untuk membolehkan blog anda dapat ranking kat google. 
Paling senang boleh masuk dlm ranking google tuk search engine google. 
So sesiapa yang search blog anda terus keluar kat google. 
Bagi blog yang dah tersenarai kat search engine boleh perbaiki ranking google. 
Best dapat FREE Backlink
Blog cantik lepas tu dapat tersenarai dalam search engine google. 
Promosi ini bermula 30 Mac 2013 - 30 April 2013
Kat bawah senarai PROMOSI bagi kedua-dua blogspot dan wordpress:


PROMOSI BUY 1 FREE 1 untuk Pakej Blogspot 



1.  Pakej A Blogspot - RM120
  • FREE 5670+ Backlinks from Unique Domain, PR 9 to 0, 3 Tiers and 5 Platforms (Get google ranking  and improve google ranking )
  • 1-3 Column template
  • Custom Header
  • Custom Sidebar
  • Custom Background
  • Custom Footer
  • Navigation Menu/Sidebar Menu
  • Custom Font for Sidebar Title, Post Title
  • FREE Banner
  • FREE Facebook Cover (sekiranya mempunyai facebook page) 
  • FREE install Facebook Like Widget
  • FREE install Retweet Button Widget
  • FREE install Facebook Share Widget 
  • FREE installation at your blogspot 

PROMOSI BUY 1 FREE 2 untuk  Pakej Wordpress


- Bagi PROMOSI BUY 1 FREE 2 untuk  Pakej Wordpress anda akan dapat 2 FREE Backlink. Wah, lagi cepat dapat ranking kat google search engine. Sambil blog cantik boleh ranking kat google search engine.

  • Pakej Wordpress A - RM360  
    • FREE 5670+ Backlinks from Unique Domain, PR 9 to 0, 3 Tiers and 5 Platforms (Get google ranking  and improve ranking google)
    • FREE 200+ high PR contextual backlinks from 100 unique gov and edu wiki domains  
    •  1-3 Column template
    • Custom Header
    • Custom Sidebar
    • Custom Background
    • Custom Footer
    • Navigation Menu/Sidebar Menu
    • Custom Font for Sidebar Title, Post Title
    • FREE Banner
    • FREE Facebook Cover (sekiranya mempunyai facebook page) 
    • FREE widget/plugin installation 
    • FREE Domain .com 
    • FREE Hosting
      • 400 MB Storage Space
      • 7 GB Monthly Bandwidth
      • 1 MySQL Databases
      • 200 Sub Domains
      • 1 Parked Domain (Quota)
      • Unlimited e-mail Accounts
      • Unlimited FTP Accounts
    • FREE installation at your hosting



  • Pakej Wordpress B - RM300

    Pakej ini untuk anda atau sesiapa saja yg sudah mempunyai hosting dan domain dan berminat tuk mendapatkan khidmat blog design.
    • FREE 5670+ Backlinks from Unique Domain, PR 9 to 0, 3 Tiers and 5 Platforms (Get google ranking  and improve ranking google)
    • FREE 200+ high PR contextual backlinks from 100 unique gov and edu wiki domains  
    • 1-3 Column template 
    • Custom Header
    • Custom Sidebar
    • Custom Background
    • Custom Footer
    • Navigation Menu/Sidebar Menu
    • Custom Font for Sidebar Title, Post Title
    • FREE Banner
    • FREE Facebook Cover (sekiranya mempunyai facebook page) 
    • FREE widget/plugin installation 
    • FREE installation at your hosting
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di email incrediblesdesign[at]yahoo.com. 

...............................................................................................................................
nak tau lagi details boleh check blog incredibles design.
or email terus liza.
memang puas hati.
lovelovelove.