#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM110

- Premium Box (30sachet) RM180 -Trial Box (10sachet) RM60 *Promo

-30g RM55 -50g RM65

-RM250 (SM) -RM260 (SS)

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

-RM183 (SM) -RM186 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

fake testimonial

drama jemaat.
tetiba dapat email gini.
tak terkejut kau.







aku baca lambat sikit la sebab aku tengah stress iphone ku buat perangai tetiba.
takda sound pulak tetiba.

nway, familiar tak pic tu?
aku of coz la ingat sebab berapa kerat sangat customer ku yang bagi testimonial kan.
esp memang ketara sangat perubahan pic adik ni.amboiii. ini sudah melampau.

ok ni bukan kali pertama kena.
sebelum ni pernah.
ada customer ku share testimonial.
later dia suruh remove.
aku tak tanya banyak terus remove. sebab atas pemintaan orang tu kan.

then tak lama lepas tu.
aku ternampak pic tu orang guna kat page orang tu.
nampak sebab kan kat fb if orang like page kau nampak kat feed kan.
so aku check out la. eh apesal terselit testimonial aku ni.
tapi pic tu dia takda crop watermak yang aku buat.
n orang tu jual produk yang sama. 
panas hati. tapi biarlah.

tapi ni bila ku tengok. eh sudah melampau kannn.
siap watermark aku kau crop. pastu letak watermark kau.
pastu tak tahan siap ayat dia tu. siap salam kak jee. 
ewah cantik. padahal nama aku kot.
then siap tukar lak tabita ke nama produk dia. 
melampau.

pastu apa lagi. hangin la kan.
terus aku ke pc n check la kat fb. puas sikit kan.
kat phone ni halus benar 



ku tengok pic tu dia dah delete. maybe sebab customer ku tu dah sound dulu kot.
tapi sorry ini malam mak naga.
so ku komen la kat page dia.



pastu ku bebel kat page ku pulak.
n guess what. refresh balik. trueeeeeee. dia delete.
paling lawak tetiba page tu dah takleh komen piuler.
ok kalau kau tak salah apesal kau delete pastu takleh komen dah?
aku tak dapat baca. sebab ada few notification orang komen.
something like ada gak dpt aduan bla bla.
ku nak baca. ku click. dah takda dah. DELETEEEEE!!!

pastu message masuk.



seriously?
agent lak bagi kan.
macam tak logik je cerita uols ni.
contoh la aku ada agent bawah aku nama jojo.
jojo pun meniaga la. pastu customer dia happy. bagi la testi.
so mesti la customer tu akan cakap salam jojo, tak pun hi jojo.
kan?
takkan la customer jojo tu nak bagi testi kat jojo tapi cakap salam peej.
wtf sangat ok. kalau aku jadi jojo pun aku rasa nak sepak je orang macam tu.
get it? get it?

paling tak tahan.
tetiba aku lak yang kena perbetulkan situation.
e ehhhhhhhh. apa yang aku buat salah?
tapi serious? aku salah ke?
sebab aku rasa bila baca explaination dia ni, macam tak masuk akal.

aku go through page dia tadi terus rasa disgusted.
esp bila tengok testimonials. macam ye ke ni?
ke kau reka sendiri?
ke kau mintak geng2 kau je komen.

maybe salah aku.
sebab letak pic watermark bawah sangat.
abis tu testimonial muka. kang melintang nama aku kat muka tu semak lak kan.
tapi lepas ni memang ku lintangkan aje.

satu lagi. nak buat testi lepas ni semua screen grab je.
senang orang takleh copy paste. unless ada yang rajin nak menaip la.
so korang2 yang nak membeli barang ke apa.
bila nampak ada yang share testimonial pasti kan tu print screen ye.

takda rasa bersalah kan orang ni meniaga gaya gini.
macam aku la. now kan jual BE n sne. takda testi. so biarkan je la.
padahal aku boleh je amik pic adira kat memana page orang jual.
aku guna kan. tapi rasa tak best. so biarlah aku jual ngan cara aku.
orang rasa percaya beli kan.

so nak tengok testimonial dpd aku?
kau tatap la muka aku camwhore dan sebagainya ye.
tu la kenyataannya pun.
but customer ku nak share testimonial silakan.
jangan takut lak. ku pastikan pic korang melintanggggg nama aku. :D

ok kurang panas dah.
sebab laki call kata dah otw nak balik.
lebiu molly. *eh tetiba.*

wilcha cha

mood ceria kembali.
so update lagi.
lantak la weekend ke apa.
orang tak kuasa baca.
i is ada mood nak update.

kejap ni ada customer datang rumah amik barang.
kemain memula dia kata dah sampai depan umah. ada kereta mewah kan?
hah? takdak takdak. kelas uol kalau ada kereta mewah tetiba.
rupanya salah umah. keh keh.

nway, sampai je. kita orang sembang kejap la kat gate tu.
tak sure pernah cerita ke tak.
rumah aku n umah sebelah memang rapat. kata teres kan.
pastu rumah sebelah ni dia extend sampai depan. kira jarak gate ke sliding door dia ada la semeter je kot. ok maybe more. tapi tak jauh la.
so depan kat living hall tu adalah memang tempat lepak dia
gate lak sebelah2.
so setiap kali keluar masuk, orang datang umah aku ke.
senang la dia nak menebeng tepi tu.

so tadi tengah dok sembang tetiba dia muncul kauuuu.
sapu sampah lak tetiba.
terus aku buat bg isyarat mata kat customer ku tu.
menunjukkan. well well well...here comes my jiran.
dah gelak dah dia. sebab dia kata memang ada yang jenis ni. kat kampung dia. kah kah.
aku bukan apa. tak suka. sebab kepochi.
dah la umah dia kan ramai bebudak motor la apa la.
aku tak suka nanti dia tau aku meniaga. ada duit ke apa.
sebab tu aku if ada orang COD. cecepat aku nak masukkan dalam bank.
tak berani aku nak pegang cash bebanyak. takut kan.

tapi memang macam tu la.
if ada tetamu ke apa. mesti dia ada je la sibuk jenguk2 la apa.
macam hari tu kan pasang a/c tu.
Mr.B kata masa balik kerja tu, cecepat je dia datang n cakap, "malam ni tidur sejuk la yeeee"
amboih. nampak je dia ni tau.
tapi dia memang ok.
kalau nampak laki ku kemain laju dia kedepan.
tah apa dia nak kelentong tah.
kalau aku ada tak berani. tau aku cold kot.
Mr.B kadang if malas layan. siap suruh aku teman bukak or tutup gate.
selagi dia tak gerak, aku kena tunjuk muka. baru wilcha tak berani datang tegur.

macam few days back.
aku perasan ada 3 bangla masuk umah dia.
keluar masuk la.

Mr.B: eeeeee dia sewakan bilik kat bangla pulak.
me : biarlah. bagus la atleast dia ada income. takda la dok mintak duit orang.
Mr.B : takut la. elok ke tak.
noy : tah pija. scary kot.
me : takda la. better bangla dpd indo. indo yang banyak buat jenayah sikit. but bangla rasanya takda sangat. bangla ni jahat dia pun suka nak kacau perempuan sini.
noy : really? buat apa? sebab dorang dpt kawin, dapat la PR nanti. tu je dia nak pun.
Mr.B : eeeee. jangan nanti ngan wilcha tu i amuk bagi terbalik.
me : yang u ni kenapa?
Mr.B: ye ah. nanti dia kacau u pulak. ngorat ke apa.
me : sayang dia pun taknak la kat i. i pun taknak. sorry. tak taste. ite tu dah ada molly tu ah.
Mr.B : natib aik (nasib baik.) ega ite tu enga (lega kita tu dengar) hihihi.
me : hihi
Mr.B: u jangan keluar rumah ke apa tau. kunci je semua.
me : e eh u ni.

laki aku saiko.
tiap kata nampak dia akan bebel pastu cakap berani la ngorat bini aku.
tetibaaaaaaaaaaa je. aku tengok dorang tak kacau orang pun.
plus siapa aje nak ngorat bini kau ni pun.
tah aku rasa ok kot dorang. nampak ok je.
baik aku risau pasal wilcha lagi bagus.
bikin pening kepala.



tangan like sotong.

as usual poyo konon nak update blog kan.
takdo nyo.
dah kata free time.
tapi tak free sangat.
ada je urusan nak uruskan.

penat kehulu ke hilir weyh.
ni melayan email, sms, whatsapp, fb haaaa kau.
dulu pakai email je relax rasa. sebab ikut my own sweet time je.
pakai whatsapp paling la tak tenang kan.
teng tong tang teng tong tang bunyi masuk notification.
takpa orang kata busy tu bagus la kan.
tapi kalau tangan banyak like sotong tentu senang kerja ku.

nway, tadi konon nak masak, masak lemak labu la.
sambal daging la.
sekali kawan aku kata nak datang siap belikan nasi beriyani.
ingat dia nak singgah. semangat mak kemas umah bagi berseri.
sekali dia singgah hantar je.
sebab mak dia ada. so time tu hujan start. nak balik sebab kain baju jemuran tak angkat.
so dia pass je la makanan n bag.
oh happyyyyy. sebab my asb loan dah approve. la la la.

tolong la, mak aku ni dah suruh bukak asb kemain lama.
tapi malas kemain.
sampai terpaksa dia call kawan aku datang rumah.
haaa senang. takyah buat apa semua dia buat.
since aku tak yakin aku akan simpan manually.
senang amik la loan terus.
if ada lebih ku masukkan kan la kat post office ke apa nanti kan.

lama gak dah aku apply. january tak silap.
baru approve ni.
biasa la i is not bekerja kan.
semua harap income blogging n online business ni.
statement bank 3 months dah ku beri.
tapi langkah berjaga2. dorang nak 6 bulan.
memula tengok lambat ingat dah tak kuasa.
pasrah je la. takpa kita bank in je la mana boleh.
sekali tetiba few days back dia call kata approve. yeay. happy. Alhamdulillah.
simpanan hari tua katenyer. eh bukan katanyer. tapi kata hati kecil ku.

so tadi dia datang tu bagi aku bag hadiah dpd bank tu.
dia kata memang dia simpan untuk aku. hahah semangat.
tapi best. lawo. so i like it.

eh ok la. ku busy lite-lite.
later laki balik. nak masak.
tolong la dia tu asyik request sambal ikan bilis kentang. pening aku.
gila apa nak makan sama je kan.
dua hari ku dah tepis. hari ni layankan la ye.

busy days ahead.
sabtu ada program.
ahad takda kot tapi orang nak dtg amik barang.
n maybe if free nak jumpa ibu mertuaku. lama pulak tak jumpa.
isnin postage day. n maybe nak jumpa kawan.
malam amik mama, nak ajak dia tidur di rumah ku.
selasa urusan barang perabot sampai ke rumah ku.
rabu mesti flat penat.

ok ta-ta
menaip ni pun semput.
macam berlari lak rasa kah kah.
jari je la berlari.
kalau berlari betul mesti kurus iolls.

btw check out pic ni.


kembang kembang hidung.
macam kurus woihhhhhhhhhh.
padahallll.
ku rasa sebab baju tu lawo designnya. n afiq ni pandai amik angle.

nway baju ni dpd Kree. rekaan afiq M.
lawooo me like.
nanti ku update kisah kree ni yea.
hope by next week. keh keh.
serious tengok hasil baju ni. lepas ni kalau kena harga ku memang tempah ngan kau je la afiq.
memahami jiwa mak yang tembam ni.

matiklah sempat verangans kan.
padahal dah bye tadi.
n entry takda kena mengena. tadi cerita lain.

nak beli benda bawah ni sila contact daku.

tabita skincare regular - RM290
tabita skincare exclusive - RM330
Beutskin essence - RM210
SNE - RM190
Ephyra - RM197 (buy more than one for more discount)

postage semua free. la la la.
nak COD pun boleh uols.
wahhh tetiba mood ceria. gila apa kau ni pija oiiii.


sembang-sembang tabita

ni yang sempat ku capture.
actually rasanya ada lagi few.
tapi aku selalu tak terus capture.
later lupa.

ramai email/whatsapp/ sms tanya itu ini.
mana sempat aku reply.
if rasa aku tak reply sila bagi lagi.
sumpah since aku bukak untuk sms n whatsapp ni tung teng tung teng masuk sampai kadang lupa.
sebab sometimes aku kat luar. nak terus layan macam rude pulak padahal aku ada company kan.
so konon later nak reply. amik kau lupa.
if email senang monitor.
email pulak masalah bab spam la.
kadang aku tengok ada je masuk spam.
nasib kadang aku check before delete tu.







siapa nak share testimonial sila la share yea.
aku tengok mostly customer ku pemalu.
maybe mengikut gaya penjual dia.
penjual dia pun pemalu orangnya. miahahhaha. *lempang plisss*
takpa rasa nak share boleh email. whatsapp. kat ig ke. fb ke. apa2 la.
tapi bila aku dah share. rasa segan ke apa tetiba.
mintak aku turunkan pic tu. or entry tu. pun boleh takda masalah.

nway, tu je untuk kali ni. rajin ku update lagi.
jumaat free sikit. kot.
takda apa sangat.
so ku cuba luangkan masa buat entry ke apa.
auto publish untuk next week ke apa kan.
ye la tu free. free sebab kat rumah la konon.
tapi baju sebakul nak basuh. lipat baju lagi.
nak masak lagi. nak vacuum la apa lagi.
berpasir sebab kekucing ni aku tak sure dorang ni berak ke wrestling kat litter box tu. grrrrrrrrrr.

ok ta. 


Ephyra promo sempena 1 year anny.

Hola,

ada hikmah aku tak restock last week.
n kata nak restock this week.
elok dapat pulak notis pasal promo sempena 1st year anniversary ephyra ni.
so la la la. jimat banyak tau korang.
here is the details.

promo akan bermula 1st april.
harga sekotak Ephyra (30 sachet) ialah RM197.
murah kan. mampu milik. 
siapa nak beli dua or lebih akan ku bagi special price.
siapa yang nak boleh email at nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
or sms/whatsapp 012-2758575.

ni kempen baru ephyra.
pengguna ephyra. :) bukan pro model ke apa ye.




tu la korang aku ajak share testimonial taknak.
haaaa kalau share merasa ok jadi muka baru ephyra.
masuk tv n majalah semua nanti.
takpa there's always next year.
try la hantar mana tau terpilih kan.
aku takleh. aku pemalu orangnya. kah kah. *ada hati meh lempang bertalu2*

bagi yang tak tau ephyra ni apa.
dia adalah collogen drink.
more details HERE

ni sijil halal n pengesahan produk dia from KKM


ok tu je.
sorry aku busy sikit today. 
kena siap n keluar. ada appointment.
poyo betul bunyi dia kan. tapi serious.
baru ingat today boleh lepak umah n update blog ngan entry aku yang dah berkurun tertangguh.
tapi dapat call kata nak jumpa bla bla.
siang ada appoitment. malam pun ada. phewww.
bila nak bebetul free ni.

so email je if interested.
Insyallah by petang or malam ku reply.
yang dah memang email n order later ku reply untuk bagi info baru ni.
sebab tak semua baca blog aku ni.
ada yang kawan atas kawan la yang tau produk ni. n dorang bukan reader.
malu je masa orang beli ngan confident aku kata, "boleh baca kat blog"
sekali orang tu kata dia tak baca blog. dia tau pun dpd kawan. kawan dia yang baca blog aku.
maka aku pun terus jatuh n pura2 pengsan.

kahkahakahkah.
ok buhbyeeeeeeeeeeee.




hola holiii

wah konon ceria habis la kan.
ceria la sikit2 sebab baru ada masa nak update properly.
boleh tak pic ni dah masukkan daripada last friday.
tapi tetiba ada hal lalu tak sempat update.
weekend pun busy.
semalam pun ada hal. 
so hari ni mari carik masa.
walaupun sebenarnya nak pergi post barang ni.
takpa. pergi petang sikit dah redup.
ni panas melekit dah ni.

so yeah here we go.
last week adalah busy sebab kan aku ada beli perabot tu.
so tau perabot nak datang kena la kemas bilik kan.
so malam tu rasanya daripada kul 10pm sampai almost 3pm mengemas.
alihkan baju-baju ke bilik sebelah.
kemas bilik vacuum semua. make space untuk barang nak sampai.

bestnya mengemas ni. kau macam teruja jumpa memacam barang.
yang selama ni kau mencari tapi tak sure mana pergi.
siap pikir eh noy ni curi aku punya ni.
sebab dia pun ada yang sama. hahaha buat dosa je.
padahal sendiri yang letak tah celah2 mana tah.



excited jumpa balik donut untuk rambut ni.
n spec mata EA ku. papa beli untuk hari jadi 3 years back kot.
banyak kali dorang tanya apesal tak pakai. aku macam jawab, sibukkkk je.
wah konon. padahal dalam otak dok pikir weyh mana perginya ni.
tapi amik pic atas ni rasa kelakar pulak. sebab rasa macam innocent sangat muka. keh keh.


tapi tak bestnya pulak.
tetiba bangun esoknya ada jerawat keluar.
habuk sangat kot.
semalam dah nampak. tapi ingat macam kena gigit serangga ke apa.
dok la belek2. sekali dia keluar esoknya. haaa amik kau.



dia ni pantang ada comforter yang terlipat macam tu.
mesti dia ingat tempat tidur dia.
Mr.B ni la mengajar.
siap kat ruang tamu aku ada comforter dia lipat buat tilam khas untuk mochi.
semak je mata tengok.
tapi aku simpan nanti. Mr.B akan bawak keluar balik.
mana la tak tarzan perangai kenit ni. sebab di manjakan berlebihan.
so fav dia tidur atas comforter n ada a/c
kemain. kau kejut la kacau dia ke apa. dia taknak layan. dia tidurrr lama gila.


perempuan gedik yang tidur pakai scented candle.
ok takda la tidur. nak tidur aku padam la.
ok bukan gedik tanpa sebab.
actually bilik aku ni paling belakang.
dekat ngan area dapur.
so kalau aku masak ke apa.
masuk bilik bau masakan. haha. tak best langsung.
so nyalakan la lilin ni.
baru la nyamannya raya. gitu.

bear kat belakang tu dah lama gila.
tah tengok tu rasa macam Mr.B.
tapi aku masukkan pic kat ig. ramai komen kata macam voodoo doll.
sampai hati. sobs.


last thursday sampai barang.
wah happy. akhirnya setelah berapa bulan hidup nomad sangat.


beli asing.
chest drawer rm450.
almari rm799.
ok la kan. n aku suka sebab bukan jenis bongok2 tu.
quality almari tu yang macam if kau buat built in wardrobe tu. bagus punya la.
tapi yang takleh blah.
boleh tak aku ingat nak kongsi la bla bla bla.
tapi baju2 aku je penuh almari tu one side. one side tu jenis boleh hang atas bawah tu. penuh!!!!
pastu chest drawer pun semua barang aku. helpppppp.
sampai tak muat nak masuk.
Mr.B lak sebelah tu dia guna atas punya je.
bawah tu kosong je. nice.
maka aku sumbat segala bedsheet ke apa semua situ. :D
aku rasa macam kena buang lagi la baju. tooo many.
siap macam gantung terkejut2 sebab tak sangka ada banyak baju.
n mostly tak pakai lagi. kah kah.

 :: takdo kerja. cuma takleh tahan tengok jers ini. in less then 24 hours jadi gitu. tahan je diri daripada picit. huuuuu ::

 :: mochi yang sibuk tengok tuan dia nak camwhore tak jadi ni ::

sekian kisah minggu lepas ni.
tah bila lagi nak update tah.
ni aku nak bersiap gi post barang.
ta-ta


ready stock

ready stock untuk barang2 bawah ni dah sampai.
except ephyra je aku tak restock lagi.
once dah ada akan bagi tau jugak kat blog.


new price lagi.
ada tanya kenapa why lagi murah.
reason sebab dealer aku tolak lagi murah.
so takkan semakin lama untung nak semakin besar.
so kita pun turunkan la ikut sewajarnya.

semalam kul 12ish kawan ku tu call sebab yakin aku belum tidur.
memang tak tidur pun. aku mana reti tidur awal.
excited dia cerita itu ini.
sebab dia baru lepas balik dpd jakarta. jumpa dengan owner tabita.
kelas kau siap dapat jumpa owner. owner ye. bukan agent2 sana ke apa.
cerita la dia pasal sejarah tabita bla bla.
aku dengar je la.
takda dia ni aku memang tak tau apa. tau jual je. haha.
siap dia amik pic ngan owner tabita tu ibu desi. ok taktau aku eja macam mana.
n cakap nak listkan pulak aku agent bawah dia.
so takleh orang sibuk nak pertikaikan barang aku jual.
banyak la cerita. sampai terkejut2 n tak sangka2 je.
tapi tu if kawanku bagi green light cerita baru ku cerita.

nway, so yeah. so harga baru untuk tabita.

regular rm290.
exclusive rm330.

n siapa yang rasa nak jadi reseller pun boleh contact ku.
minumum buy 5 sets ye. harga murah daripada retail ni la.
siapa yang betul2 nak meniaga n modal besar sikit nak jadi agent bawah kawan ku ni
pun boleh contact. yang tu minimum buy 15 set.

so yeah. pasal beutskin n sne pulak.
Alhamdulillah ramai beli. every week restock.
ramai repeat order. tak pun beli 4 kotak sekali gus. stock sebulan.
pastu bila gitu ada la tanya. takleh discount ke?
sebab regular customer n beli banyak.
sorry. beutskin n sne memang takleh nak kurang.
aku jual ni pun dah harga minimum yang dibenarkan.
takleh kurang lagi atas arahan company.
kalau ketahuan ku jual murah daripada tu tak pasal 6 bulan takleh jual ok.
ikutkan, market price untuk beutskin is rm260. n sne pulak rm220.
tapi ku hanya ikut arahan boss atas suruh jual berapa.
so ku ikut je.
so harga jualan aku adalah seperti tertera kat pic atas ni ye.

semua barang ku jual aku selaraskan free postage.
so tak kira la beli berapa banyak or semenanjung ke. sabah sarawak ke.
semua free postage.

satu lagi. if rasa nak pick up sendiri pun boleh.
kita set time n date. datang amik.
tapi bagi tau sehari awal ke apa.
senang sikit. esp yang nak amik kat umah parents aku kat setiawangsa.

ok dah tu je info untuk kali ni.
ku nak bersiap n keluar jap.
buhbye.


Angin rajin

Angin rajin mengemas rumah.
Bukan angin rajin mengupdate blog kan.
Minggu yang busy. Dihabiskan ngan mengemas je.

Penat ngemas nak mengadap pc pun malas.
Ni update blog pakai phone sambil baring kat katil. ;D

Sebab apa angin rajin datang.
Satu sebab perabot bilik sampai kan.
So kena la kemas untuk make space.
Settle part tu baru la boleh kemas yang lain2.

Satu lagi yang ku bertekad takleh nak biarkan umah gitu sebab like i said laki den gemar ajak org datang umah tanpa notis.
I cannot go ok.

Kan aku cerita aku memang pakar mengemas umah apa patut ngan kuasa pantas kilat kan?
So ada satu malam tu dia gi minum kat kedai atas. Lama kemain dpd pukul 8ish mcm tu.
Dekat kul 12 pun x balik. Saje je call tanya. Dia tanya blk aku nak join ke?
Aku xnak sbb malas pulak.
Plus earlier tu aku masak nasi goreng. So dah kenyang pun.

Tak lama lepas tu aku nampak cahaya lampu kereta kat depan umah.
Pasti dengar suara dia bercakap ajak2 masuk umah. Bunyi suara budak n all.
Watidis?

Apa lagi kuasa pecut bermula.
Angkat pinggan n cawan gi basuh.
Kemas apa patut.
Nasib aku selal pintu. So dia xleh masuk. Kahkah.

Masuk ada kwn dia, wife n 2 anak.
Ooohhh kawan dia ni ku kenal la. Tp x pernah la kenal fam this guy.

Ok takpa. Masuk. Duduk. Sembang.
Buat air.
Tengah aku buat air. Jengjeng tau apa laki aku buat?
Dia bwk kawan dia sefamily tour rumah.
Ye semangat dia tunjuk sampai dapur n bukak pintu bilik tunjuk semua.

Keadaan time tu. master bedroom cantik x berapa cantik.
Bilik tengah mcm kena bom sebab baju2 semua humban situ sebab sementata tunggu almari kan. N baru alih2 perabot so semenggah sangat.
Then bilik pc pun time tu kosong barang sangat tp ada la bakul baju nak ku lipat.
Tapi kemain dia kata bilik ni office isteri aku.
Aaaaaaaa. Office la sangat xde rupa mcm tu.

Nak tercabut jantung.
Luar memang ok la. Dlm bilik mcm gunung berapi tunggu meletop je.
Boleh lak di tunjuk2. Nangis.

Tu yang settle je dpt almari n chest drawer malam tu gak aku abiskan kemas.
Then tadi aku kemas living area.
Then 2nd bedroom pun kemas.
Dapur semua.
Ni tinggal dining area je tak ok lagi. Tu kena tunggu perabot office sampai br leh susun blk.
Currently penuh kotak2 beg meniaga aku.

So kemas terbaik.
Pastu sendiri happy. Hihihi.
Pastu Mr.B asyik2 la buat terkejut kata macam tak percaya lak ni rumah dia. Kemas sangat.
Perli kittew lettew.
Harap kerajinan berterusan. :D

Ok la tu je.
Patut kena tidur ni. Plan nak beli baramg dapur sikit. Jonet n noy nak tidur umah aku. Maybe nak ajak nysya lepak sekali.
Boleh masak2 sikit. Kalau rajin uol.

Ok disertakan pic living area ku yang dah semenggah.


Expose Mistik : usik2 ketika berpantang


hi,
lama x hantar koleksi expose mistik kat peej, ni tetiba teringat pulak pengalaman ngeri time berpantang after deliver anak yg 1st. 
itu pon sebab baca kesah  Lady N tadi yang kene kacau time berpantang gak."by the way tajuk ni aku belasah je xde idea janji cerita bleh paham"
kesah ni berlaku tahun 2010, aku bersalin kat kajang then after bertahan 5days terus travel balik terengganu sebab nak pantang ngan kakak aku kat sane.
al maklumlah pengalaman pertama plus dah xde mak bapak kan, so decide kakak aku jaga la.
travel 8jam jadi 10 jam sbb banyak berhenti break.
paham2 lah baru bersalin 5hr then travel naik kereta sungguh nyaman nak patah pinggang aku ke kiri x kena, ke kanan x kena sampai terengganu dalam 10 mlm .
alhamdulilah sepanjang jalan xde benda pelik berlaku n baby pon duk diam je.
baik sungguh anak mummy. ecehh!
esok nya terus decide nak mulakan sesi urut.
panggillah sorang makcik ni dia urut memang superbb best gila....
yang best tu sambil pejam mata, so xde la aku malu dia nak selak celah mana.
sorry dah melalut, tapi terpaksa sebab kalau tak cite ni xbest! best ker? erkkk! 
sambil2 urut pejam mata makcik tu pon sembang la bla bla bla.
tiba2 dia tanya rumah ni (tempat aku pantang) rumah lama ek, rumah pusaka ek? 
time tu muka dia cam lain sambil tengok bumbung n sekeliling rumah tu. 
haah aku jawap sebab rumah ni rumah arwah atok laki kakak aku, so diorg beli n renovate sikit2 buat homestay. kenapa makcik? 
ehh xde pape saje tanya heheheh smbil senyum2 gabra. ok aku pon ignore.
malam harinya, kami pon siap2 lah nak tido.
aku 1 family tido bilik atas kakak aku 1 famly tido kat hall depan.
aku buka pintu bilik supaya senang nak mekik panggil kakak aku bila nak mintak tolong amik pape, sbb laki aku memang tdo mati! 
so dalam kul 12 malam baby nak susu, merengekk, aku pon bangun nak jenguk kakak aku n panggil suh buat susu, tiba2!!!! 
jeng jeng jeng aku tengok kakak aku dah bangun dah dari tempat tido duk je kat tilam mata separuh je tebuka sambil buat muka dan bunyi macam kucing nk begaduh tuh! 
"grrrrr grrrr! camtu gila kau! 
aku dah cam nak sawan weh, terus aku sepak laki aku yang tengah krohhhh! 
tu pa pa! ce awak tengok nana tuh! 
OMG! laki aku pon ayooo! kenapa ni! 
kiatorg pon jerit woi! nana! nana! xjadi pape dia duk grrr grrrr! lagi! 
citt laki aku pun gi tepuk bahu dia n letak yassin kt tangan dia! 
alhamdulillah nasib baik dia sedar cepat n xde nak melompat ke bagai. 
rupanya malam tu dia period! 
aku pulak tengah pantnag elok la tu ponti2 suke la!
esoknya kami pon apa lagi pong pang pong pang buka crita la, yg kakak aku nana tu boleh xsedar apa yang berlaku malam tadi rupanya... 
dia cakap memang time mula2 nak lelap tu rasa dah semacam, rasa angin2 je kat muka dia terus lelap. 
ngok btol dah la peod! 
kot ye gi la amik yassin ke apa ke! 
pastu dia cerita la rumah atok laki dia tu memang ada something and selalu dah org tengok menda2 pelik kat situ dulu, duluuu laa! 
sekarang xde pape dah aku pon selalu je balik tido situ n berpantang anak second baru2 ni pon ok je alhamdulillah xde pape.
Sekian....
-Sally-

Program Cuti Sekolah

To all my readers,

sempena cuti sekolah ni dah ada program untuk anak-anak korang?
kalau belum ada boleh check out program yang di anjurkan oleh Mahallah Safuyyah, IIUM Gombak ni.
A non profit program, program bertujuan untuk mencari dana untuk trip ke aceh untuk membantu rumah anak yatim di sana.
details nanti boleh baca bawah ni nanti.
sebelum tu aku nak tumpang sekaki sibuk bebel2. ;p

program target umur 5-11 tahun.
27 dan 28 march.
program creative art and satu lagi junior masterchef :)
rate is the cheapest in town.

ok bawah ni details.


:: click for larger view ::

Dear all



WE ARE BACK!!!.. 
School holiday is coming. 
Let our children have fun while learning to be creative in Arts.
They can  also enhance their living skill by learning the basic thing in cooking and sewing. 
For 3rd constructive years,  Mahallah Safiyyah, IIUM Gombak Campus will conduct  CREATIVE AND COOKING ATTACK !!! again ON


27 AND 28 MARCH 2013 FOR CHILDREN AGE 5 – 11 years old.


Art therapy for children can provide kids with an easier way to express themselves since children are more naturally artistic and creative and the creative process alone is a good release of stress.  
Cooking helps our children to learn science, mathematics, and cleanness indirectly whereas sewing can create something beautiful  and it helps our children develop important skill such as controlling their little fingers, focusing and develop their patience.

MOST IMPORTANT, we can assist you babysitting your children so  you can work peacefully while your children is having fun with us learning.
 and our RATE IS THE CHEAPEST in town for one day arts and cooking program.


From past experiences, we are sure that your kids will enjoy learning and playing during  our programs conducted by our own students. 
At the end of the day children will be happy and proud  to take home their own masterpiece for their parents.


 Click here for detail program  2013

 http://www.iium.edu.my/announcement/2013/creative1.png


2012 program:

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10200926191424029.1073741826.1442881082&type=1#!/media/set/?set=a.10200926191424029.1073741826.1442881082&type=1

http://www.facebook.com/media/set/edit/a.10200926680996268.1073741827.1442881082/#!/media/set/?set=a.10200926680996268.1073741827.1442881082&type=1

In conjunction with this, we humbly request for donation for our project namely Road to Aceh II ( June 2013) – A Place Called Home Yayasan Kasih Sayang.  
We have identified self sponsored orphanage ~ Yayasan Kasih Sayang in Takengon, Aceh Tengah which in need of assistance in term of monetary and kinds.  
This orphanage consist of 85 students, 44 girls and 41 boys aging from 6 -15 years old. 
They are children from very poor family or who has lost their parent due to Tsunami and previous Aceh Conflict.  
We welcome any pre-loved item as follows or anything your goodself would like to donate:


1. School Uniform - Attire is the same as public school in Malaysia
2. Stationery Set
3. Blanket
4. Winter Clothes
5. Pre Love Clothes
6. Toys & Soft Toys
7. Books
8. Any items related to this children


We will provide donation box at our mini exhibition booth at MPR Mahallah Safiyyah. 
We thank you in advance for your kind attention and contribution.


Further information and registration please email to hnaiza@iium.edu.my

 Or sms Sis Shida/Sis Aiza : 0132031170/0124101751/ext. 4881

...........................................................................................................................................


bagi yang takda anak dalam lingkungan umur ni.
tetap boleh membantu.
mana tau anak-anak dah besar.
tapi still ada barang untuk budak2 macam dalam list kat atas ni, yang still in good condition boleh la donate yea.
anything boleh contact Sis Aiza/ Sis Shida untuk sebarang pertanyaan lanjut ye.

tepuk kaki

oit lapar oit.
semalam tak dinner.
last makan maghrib. makan laksa.
takda rasa lapar lak malam semalam.
tapi ni bangun perut lapaq.
ingat malas nak masak sebab nak keluar pergi post barang.
so boleh singgah makan memana.
tapi kadang makan luar ni buhsan gak.
tak menepati apa yang kau betul2 nak time tu kan.

ni nak keluar pos panas terik. 
tak sanggup betul dah berapa hari keluar panas terik ni.
nak pitam rasa.
panas macam rasa aku ni kat pulau.
kalau bebetul pulau takpa la. ni KL. fuuuhhh.
so terus masak nasi keluarkan ayam.
sementara tunggu ayam lembut. kita online.
later baru fikir nak masak apa.

semalam lepas Mr.B pergi kerja balik.
terus bersiap keluar rumah.
takleh kawal perasaan nak makan ayam penyet.
so ke wangsa walk.
makan ayam penyet best. ok la. takda best sangat.
tapi tetap licin la makan. keh keh.


tamak kan. lantak.
memang selalu akan order extra tau n tempe tu. nyammm.
cis tengok pic ni bertambah lapar pulak rasa.
syok je layan perasaan makan sensorang.
tapi budak waiter tu jenis suka perati.
serba salah aku.
terus rasa macam perlu ke tengok? loser sangat ke iolls makan sensorang ni?
whatever la. janji kenyang.

then ke rumah mama.
sebelum tu singgah belikan pau, laksa, air tauhu.
balik sekali mama puasa. takpa bukak puasa boleh makan.
pastu sembang ngan P.G kemain lama.
ingat petang nak balik.
tak jadi sebab ada hal.
then kul 9 Mr.B call. kesunyian la tu.
elok nak balik tengok kereta takda.
papa keluar beli barang komputer.
kena la tunggu.
lepas tu tolong installkan la apa.
terus kata nak balik.

join Mr.B minum kat kedai atas.
sembang lak ngan abang kedai tu.
dia ni kalau sembang kemain la lama.
aku nak balik dulu tak bagi.
last aku paksa aku kata nak terkenc. memang betul pun.
baru la reti nak gerak tau.
time tu dah kul 11 macam tu.

bukan apa. nak terkenc satu.
satu lagi nak alih2 barang.
berapa lama dah aku ajak buat ada je tak senang.
by the time senang dah lewat.
dia kata nanti bising lak kacau jiran.
ok fine.
tapi ku fikir. ala takda la bising mana.
karaoke tengah malam lagi bising kot kan.
ni takat alih sikit n ketuk2.

tak kira nak buat gak.
memula dia kata pinggang sakit.
terus drama kata takpa la u taknak tolong i buat sorang je.
wahhh. macam la larat kan. ;p
terus dia kata jom. yeay.
so memalam buat kerja.
akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
setelah almost setahun kawin, kami tidur di master bedroom with katil n all.
yeayyy happy. tepuk kaki ramai2.
happy sangat apa barang tepuk tangan kan. kita tepuk kaki terus


la la la.
ada yang tanya kat instagram hahhhh? abis selama ni tidur mana?
kita orang tidur mana suka la.
selalu bentang toto depan tv. kah kah.
sebab umah ni setingkat kan.
so tidur bilik memang panas melampau la weyhhhhh.
bila bangun tidur kau akan confuse eh aku ni baru lepas tidur ke baru lepas swimming ni?
sebab lencun.
dalam rumah ni paling kurang panas is living hall.
so mari camping situ je. :D
kalau ada fam ke sleep over ke apa baru tidur bilik.
tu pun sorang tidur atas katil single. sorang atas toto. sedih gila.
abis what to do. kang dedua atas katil single, takut katil tu tak survive pulak. ;p
tapi tu la if tidur bilik mesti perasaan tak best je.
sebab rasa aaaaaaaaaaa panassssssssssss. takleh tidurrrrrrrrrrrrr.

so akhirnya semalam rasmi.
n why now baru tidur proper n all.
sebab kan dah pasang a/c
oh nyamannnnnnnnn.
tapi rasa pelik.
biasa tidur depan kau ada tv, pastu terang dek lampu sana sini.
kena kacau ngan kucing2.
lapanggg je rasa.

semalam tidur dalam bilik rasa macam.
alaaaa kucing takda.
yang kelakar memula dedua tidur depan.
aku n Mr.B masuk je, terus dedua bangun berlari nak join. hish sibuk.
tapi kesian aku biarkan la.
Mr.B nak tidur dulu, aku dok iron baju kerja dia.
settle iron masuk bilik, laki ku suruh keluarkan kucing sebab takleh tidur. dorang melompat kejar2 sana sini. ok out. sian je nampak bayang dedua bebetul depan pintu.

then nak tidur tutup la lampu.
him, sayang macam gelap jeee.
me, tak ah. ok je. nak terang buat apa.
then dia tidur. aku online kat phone.
pusing je dah terlanggar bantal la, dia la.
rasa macam pelik. selalu lapar.
n memang la dulu pun dia lasak. tapi luas kan.
rasa dia masuk kawasan aku selamba je tolak dia ke arah sana.
sekarang takleh la.
kang aku tolak ada yang jatuh katil lak. mih mih mih.

but bangun ngan perasaan best.
sebab lepas ni takda la semak umah.
boleh susun proper.
tak abis kemas lagi. penatssss.

oh ramai semalam kata cadar cantik.
thank u.
aku beli kat Jusco au2. bahagian tengah tu ada jual sale.
yang aku beli ni bedsheet set rm80 macam tu. murah khennnnn.
tak tau ada lagi ke tak sale tu. rasanya jusco lain pun ada kot.
aku beli last week.
tapi rasa nak pergi lagi n beli.
sebab murah n lawa2 gila design semua.
tapi lepas ni kena beli comforter set pulak. sebab mati beku kalau tak.

ok bye.
sumpah lapar aku nak gi masak n makan.


sepantas kilat.

satu la kepakaran fam aku ialah kemas umah dlm masa singkat.
rumah kita orang mmg selesa untuk landing n santai.
so kalau santai tu kau tau la macam mana kan.
orang baring sana sini.
bantal sana sini.
coffee table pun guna buat makan n minum depan tv la apa.

so dulu if kat sana.
tetiba la dapat call kata orang nak datang. dah otw.
haaa kaauuu semua melompat n kemas.
memasing tau je nak buat apa.
kemas meja, lap meja, susun itu ini.
papa siap datang.
noy pasang pasang pewangi la apa.
bila sampai je tetamu mesti rasa wahhhh macam rumah mu syurga ku sangat.

tu dulu la.
sekarang aku tengok mak aku tak kisah je.
boleh tahan sesuka hati je.
dorang pun tak sihat dah kan.
plus aku dah takda sana.
noy asyik la keluar or lepak bilik.
so agaknya orang datang ke apa pun dia tak tau.

aku plan nak keluar ni.
tapi around 2ish.
sementara tu tadi tunggu sebab ada customer nak amik BE n SNE.
settle tu online kejap.
balas email ke apa.

sekali tengah online ni tengok Mr.B balik.
jenguk kat tingkap tengok ada kawan.
oh mannnn.
dia suka ajak kawan datang tak bagi tau aku tau.
aku tak suka. sebab rumah horror kot.

macam hari tu ice huda datang.
dorang bagi tau awal.
so sempat la aku semenggah kan rumah sikit.
ni dia tak bagi tau.

amik kauuuu. sepantas kilat aku clearkan depan tu.
dalam masa tak sampai 1 saat. kah kah.
aku dah macam kenapa dia ni balik ni?
kong jaq sangat laki balik persoalkan. kah kah.
tak la. aku risau dia nak lunch ke apa.
sebab aku memang lunch selalu tak makan kan.
if masak pun mesti petang ke apa.

tanya dia kata ada hal kejap.
karang dia balik office balik.
ye la. laki aku ni kadang tetiba amik half day la apa.

takpa la.
suka dia.
biar dia sembang ngan kawan dia.
aku online kat dalam bilik.
sekali aku bau minyak angin kuat.
keluar jap pergi dapur nampak dia session mengurut kat depan.
cehhh. urut ke. cakap je la tadi.
saje nak misteri kata ada hal la apa.

nway, ni kejap ni dia panggil mintak air.
ok jalankan tugas.
masa hantar air dia cakap kat kawan, "ni isteri saya syed. isteri tercinta"
dia sukaaaa buat macam tu.
orang selalu suka kan. aku jenis segan. takyah bagi tau kat orang la.
buat malu je. bukan orang kisah kan.
everytime lepak ngan kawan dia. mesti cakap benda tu.
pastu mula la dia nyanyi apa2 lagu yang lansung tak masuk melodi tu. lawakkk.
tu takpa. macam selalu dia cakap tu memang lepak luar. ok la kan.
tapi ni dalam rumah kot.
dia kata ni isteri saya. macam lawak lak aku rasa.
duhhh. dah kata dalam rumah. isteri la kan. abis tu apa pulak lagi.

ok rancangan tergendala.
nak bersiap nak keluar ni.
ingat nak jumpa mama sat.
lama tak lepak sembang ngan dia.
minggu lepas dapat jumpa kejap2 je.
i is teringin ayam penyet la.
tapi nowadays ayam penyet tak sedap macam dulu.
sambal dah tak pedas berdesing. manis ada.
waroeng penyet punya still sedap.
tapi jauh pulok nak pergi sana semata nak makan ayam penyet kan.
cissssss.



weekend meriah lite lite.

jumaat malam tu Mr.B request nak sambal sardin.
aku nak buat dia kata later.
sekali aku nak masak dia kata tak payah pulak sebab malam tu nak jumpa kawan dia.
so lewat malam tu keluar la kita orang makan n lepak ngan kawan2 dia.
which membuatkan aku pitam. lelaki sembang ni menakutkan betulkan.
ada je kekotoran sana sini.
terkulat2 aku sebab sorang pompuan situ. nasib tak lepak lama.

balik tu aku tidur awal.
sebab sabtu hari post barang. kang lewat tak sempat pulak.
sebab now pos office selalu aku pergi tu sabtu half day je kan.
so bangun awal.
siapkan packing semua.
Mr.B terjaga terus suruh aku buat sardin.
e e ehhhhh. nak post ni. mana sempat nak masak bagai.
so kata kat dia lepas pos kita makan la kedai minang tu.

settle pos makan situ.
wah datang awal meriah lauk.
selalu pergi lewat lauk pun banyak dah licin.
ni meriah sampai terasa tamak.

  :: lunch at minang saiyo @ taman melawati ::

tamak sangat kan.
rendang limpa, daging dendeng sambal, sambal goreng, kentang bilis tempe tauhu sambal, bergedil n ulam. fuhhhhhhhh.
menangis makan. la la la.

lepas makan malas nak terus balik.
aku ajak dia pergi kedai perabot.
pergi kedai satu ni kat jalan genting klang.
ada sale pulak.
memula rasa nak beli chest drawer je.
sekali murah pulak. terus rasa nak tengok almari pulak.
ye nak dekat setahun pindah pun aku takda lagi benda ni.
merasa la baju2 semua lipat letak dalam bag besar je. kah kah.
takleh jadi kena beli.

so tengok almari.
eh pun tak mahal sangat.
macam yang aku nak. pastu murah kemana-mana.
kalau kat ikea mampos dah rm2-3k.
tanya Mr.B nak amik dedua ke satu je?
ikut dia kata satu je.
tapi aku tanya je, bukan aku dengar. dasar perempuan mesti nak pentamak n shopaholic on the loose.
so setelah tawar menawar. gila tak malu walaupun dah sale n murah tetap nak bargain.
puas hati terus settle. tapi kena tunggu seminggu baru dapat. ciss. tapi takpa.
eleh setahun boleh takda apa. tetiba seminggu takleh tunggu memang mengada namanya tu.

yang Mr.B tak abis ajak balik.
geram je rasa.
rupanya dia sakit perut. kah kah. kesian.
so settle cepat terus gerak.
dah pulak katanya sabtu kan.
kereta banyak n jam sedikit la.
risau je aku.
siapa baca blog ni lama, mesti pernah terbaca kisah pasal dia bangsa tak tahan berak la apa.
so pressure betul rasa bila dia beria kata nak balik.
lama gak la.
perjalanan balik rumah patut tak sampai 10 minit.
jadi more then 1/2 hour kot.
balik je berdesut dia masuk umah.
aku masuk dia dah dalam toilet.
me, "solamit ke moling" (selamat ke darling)
him, "tolamittttttt" (selamattttt)

hahahhaha. phewwww.
Mr.B tak berapa sihat.
sebab few days before tu dia berurut la apa.
tetiba sabtu demam lak.
tah orang tua-tua kata demam urat kot. maybe.
so dia tidur je lepas tu.
aku buat je la apa patut.
petang ice call kata dia ada nak shopping barang kat bebetotz.
dorang if shopping situ mesti later akan singgah rumah aku.

hujan lebat lak lepas tu.
so lewat sikit dorang sampai. around 7pm macam tu.
sembang kejap. panggil noy datang.
pastu Mr.B suruh aku masak sardin. >_<
kesian dah berapa kali mintak.
so memasak kita.
express je. cea express katanya. takda la sangat.
tapi simple je la lauk.
sorry busy jadi host. tak sempat nak snap pic.
ni pun amik dpd instagram huda.

lauk simple ku, sambal sardin kentang, ayam masak kunyit with kacang buncis n telur dadar.
settle.


haha horror kan rupa ku.
ada ku aku tengah comot memasak huda nak snap pic.
nasib telur menjadi penyelamat. cover mata lebam.
ni yang korang dok kata kurs la apa. memang tak la der.
sama aje. ikut angle n nasib je.
paling kelakar ada dapat fb msg kata aku dah kurus banyak la apa, kata lagi sikit nak sama noy.
nampak pic kat blog mama yang entry adik jonet kawin tu.
kah kah kah. memang tak la der.
tengok bebetul pic tu.
aku macam belakang papa n jonet. n aku pakai kasut 6inch. memang la nampak gitu.
padahallll.
cerita kat noy gelak dia. kata memang tak la nak sama saya.
kannnn. dua kali ganda ada.
peha aku pun dah sama besar pinggang noy kot.

seronok melayan lil fahad.
extra ceria dia. dah pandai merangkak n memanjat. laju jeee.
happy happy. so harap nanti dorang datang n lepak lagi.
best n meriah sikit rasa kan.
Alhamdulillah masak 3 pot nasi abis semua semalam.
last suami ku repeat makan pukul 2 pagi. sambal sardin favourite katanya.

hari ni program bermula lambat sikit.
bangun kul 11. hihihi. eh bagi ku awal sungguh dah ni.
basuh baju sebab cuaca panas best.
then panaskan lebihan sardin n hancurkan.
goreng roti paratha instant. mengadap berdua ngan Mr.B.

noy tidur umah aku.
tunggu dia bangun tah kul berapa tah.
so settle buat kerja umah sikit2.
kejut dia. kata aku nak keluar pergi umah PIL aku.
so dia kata ok, later nak ke bangsar so jumpa sana.
ok je.


panas terik time keluar.
jemur towels sejam lebih dah kering. towel tebal. wah best gila.
masa amik pic ni aku main snap je ok.
sebab skrin hp mmg tak nampak apa sebab silau gila.
amik pic dpd reflection kat tingkap kereta.
pepokok cantik yang di jaga oleh Mr.B.  :D

lepak umah mertuaku kejap.
mak takda pun. ada abah je.
sembang kejap.
noy kata dia gerak je. kita orang pun gerak.
tapi aku sampai dia jauh berbatu lagi. watidis.
so kita orang makan dulu.
kita orang dah abis makan pun dia tak sampai.
later after 10 mins tu baru tiba.




over sangat kan.
amik pic pun nak buat tangan macam tu.
kira best sungguh la tu.
sian je laki aku ni.
aku try nak cerahkan pakai effect pun tak berjaya.
sorryyyy.
tapi sebab dia membelakangi cahaya kan. tu gitu.
wah matiklah mencipta pelbagai alasan kan. padahallll.


yours truly.
ye fashionista sangat subang sebelah je. kah kah.
sebenarnya sebab sebelah lagi hilang. tapi sebab lawa pakai jugekk sebelah pun sebelah la.
ikutkan aku lepas rambut. so tarik rambut ke sebelah coverline takda subang.
tapi dah katanya ahkak ni ratu peluh.
so rasakan end up siput gak rambut tu.
ye la makan je pun. tapi peluh macamkan aku join marathon 10km kan.


lepas makan buat threading.
ikutkan malas nak buat.
sebab takda la amazon sangat kening n misai ke apa.
tapi dah alang2 teman noy tu. buat je la.
walaupun sikit je.
kedai biasa ku dah tutup.
so ke kedai satu lagi tu.
tak berapa suka sebab dia buat perit kau rasa nak tendang orang buat tu.
tapi terpaksa kan.
so hanya mampu menahan je sakit tu sambil berangan kau tendang pompuan tu pastu grip kepala dia, then sekeh2 dia sambil cakap, sakit tau tak. sakitttt!!!!

seperti biasa lepas buat threading aku akan alergic n berupa gitu untuk 3-4 jam akan datang.
sebab aku allergic ngan benang dia tu.
tapi takpa. beauty is pain. wahhhh katanyer.
eh allergic tu kat kening n lips area tu je.
yang pink kat leher tu sebab kena gigit nyamuk. tetiba nak join lak dia.

sekian entry kali ini.
senang ku update lagi.

wohoi mahaiii.

aku pernah cakap kan.
rumah aku memang segala pakai air mineral.
kecuali masak la. masak pun pakai mineral melampau namanya.

so selain masak memang segala pakai mineral.
air sejuk.
masak air panas pakai mineral.
even air kucing pun pakai mineral.

amboi kayanya kau.
dan mementingkan kesihatan ke?
poyo sangat.
tak bukan sebab tu.
tapi aku pernah cerita kan.
sebab rumah aku rasa klorin tu kuat.
even buat air panas pun. milo ke nescafe ke. kadang minum kau boleh rasa pelik tu.
rasa macam kau telan air swimming pool lak. erk.
so since that memang pakai air mineral la.
air batu pun sama.
selalu pakai air paip je.
fikir, alahhh air batu je kot.
no no no. rasa ok pelik tu. tsk. me not loike.

so tetiba terfikir. siannya kucing.
mesti dorang pun tak suka air rasa pelik.
so bagi mineral water.
hahaha aku memang suka samakan kucing ngan manusia.
walaupun sebenarnya if berak tak tutup pintu *aku sorang kat rumah so takyah tutup pun takpa. wakakaka*, nanti mochi sibuk masuk pastu minum air kat lantai. cisss.
orang bagi air sedap air toilet kau minum mochi?

so anyways, selalu kita orang memang akan beli air mineral besar tu 2 kotak terus.
so 2 dozen la. selalu tahan dalam seminggu gitu la.
kadang lebih sikit je la pun.
kami memang kuat minum air.
selalu beli kat kk shop tu.
jenama kk. murah. selalu 2 dozen tu dalam rm19.20 je.
murah kan. mineral yea bukan drinking water.

tapi since 2 weeks back ni pergi nak beli takda.
sampai dah nak takda stock air.
so dok beli la loose je. tapi mahal kan beli loose ni.
semalam pergi kk shop lain pulak, pun takda stock mineral ni.
ku syak yang dorang ada prob la.
takkan takda stock n tak sampai2.
entah2 tu bukan mineral. tapi drinking water. so kantoi. so takleh jual.
wah matiklah spekulasi kan.

nway, aku tunggu dalam kereta.
Mr.B yang pergi beli. nanti pekerja dia hantar la masuk dlm kereta. mudah n senang. i like.
tetiba Mr.B dok panggil aku.
aku turunkan tingkap. dia kata kk tu takda stock. ada spritzer je.
aku tanya berapa. dia kata rm26.
aku kata ok la.
ala beza sikit je daripada yang biasa beli tu.
tetiba terfikir. eh rm26 tu sekotak ke dua kotak?
if sekotak je rm26 beli satu sudahhhh.
cecepat call dia. tak berjawab. shittt.
tengok pekerja tu dah masukkan air dalam kereta aku. dua kotak.
masuk kereta dia kata, "ahal olinggg" (mahal darling).
apa lagi kena bebels la.
sebab ye la gila kau total air tu jadi rm50+
air je kot. pastu minggu depan dah beli lagi. aaaaaaaaaaaa.
mahal gitu, ku sanggup telan air klorin ok.

sekarang ni setiap kali nampak kotak air tu n minum terasa terkoyak2 hati teringat mahal.
miahahahah. ok bagi orang yang biasa tak rasa mahal la.
tapi bagi aku yang selalu beli tak mahal mana, n air untuk harian gini rasa macam mahaiiiii nyaaaaa.
lepas ni kalau kekucings taknak minum spritzer tapi sibuk nak minum air kat toilet siap kau.



apa rahsia nya?

aku ni memang favourite cam whore.
feeling macam la lawa noh. padahal biasa aje.
tapi lantak. syok sendiri je pun.
so baru-baru ni seperti biasa feeling sorang dalam kereta.
pastu kasi upload kat ig.
dapat lak komen gitu gini apa rahsia.

siap kelakar ada tanya aku pakai tabita ke kulit aku pink la apa.
pastu ada lak rajin jawabkan dah tentu aku jual kan. mesti la aku pakai.
kah kah.

tapi aku saje bagi jawapan artis. ;p



so jawapan kepada persoalan adalah ye saya pakai tabita.
facial soap tu memang hari2 la aku pakai.
tapi toner n cream kadang2. bila ingat. asyik lupa je aku ni hah.
tapi so far ok la. takda lak masalah ke apa.

ephyra lak bila ingat aku minum.
selalu lupa la daripada ingat.
tapi memang ada beza minum ephyra or tak.
satu bab tenaga la.
satu lagi if rajin minum ephyra kadang nanti fam aku tegur.
tanya aku make up ke? aku kata tak.
then tanya la why? dorang kata kata bawah mata aku kurang gelap. wah ye ke.
tapi tu la. akak ni asyik la pemalas n lupa uols.
satu lagi suka if minum ephyra ni tetiba kau pegang tapak kaki licin je.
selalu keras kematu unless kau kikis pakai batu kan.
ni tak perlu. tetiba je elok licin tapak kaki.


ini la pic yang aku masukkan tu.
ye minah pemalas memang tak kosser nak make up setakat pergi dekat dekat je.
oh pic ni pun no filter.
idok la flawless. over. ada je jerawat manja nak menunjukkan diri seketul dua.
yang bawah ni pic pakai effect la.
baru la feeling flawless walaupunnnnn. ;p


eh baca tak komen atas tu.
tetiba ada yang komen tu kan.
oh hi, sorry ku lupa balas.
korang ni membuatkan saspen tau.
aku ni dah la kadang keluar malas bersiap.
horror sangat. tapi adalah terkembang2 katanya putih. kah kah.
walaupun aku rasa aku ni sebenarnya coklat kulit.
tapi di kata putih. wah. ni yang rasa nak makan BE or SNE.
terus lepas tu orang komen, "nampak peej tadi. wah albino sangat rupa"
wahhhhh. haaaa kau.
aku ni nama je jual tapi sendiri tak pernah try.
kelakar kadang aku lak tanya customer, eh apa beza dia eyh? bagus ke?
hampeh gila.

oh ada yang tanya apa beza BE n SNE.
ok aku nak cerita lebih tak tau sebab aku tak amik.
takpa Insyallah one day.

btw hasil google.
ni beza BE n SNE

Beutksin Essence 

1. Cerahkan kulit - kulit bersih, cerah kemerah-merahan
2. Memperbaiki Gentik - menghalang sakit keturunan
3. Metabolik - Metabolisma stabil
4. Antioksidan - awet muda. supply nutrian untuk kulit.
5. Menganjalkan kulit dalaman dan luaran. Mencantikkan payudara.

SNE

1. Menyingkirkan toksin
2. Membakar lemak
3. Menyelaraskan metabolisme badan
4. Melansingkan dan mengencangkan kulit

so yeah. tu lah dia.
jangan tanya aku mana lagi bagus amik.
ikut korang nak apa la kan.

so gitu la.
if tabita tu concentrate kat muka je kan.
ada yang tanya untuk badan ada ke?
so if rasa nak untuk badan amiklah ephyra collagen or supplement BE n SNE ni.
ikut kemampuan memasing.
oh ephyra bukan khas untuk perempuan je yea.
lelaki pun boleh amik.
ni untuk reader n customer lelaki ku.
ada yea. so takyah segan.
nak contact je aku.
dah ada kan.

wah matiklah daripada entry feeling perasan cantik.
tetiba entry jual barang kan.
biasa la. standard blog orang meniaga kecil2an kan.
demi sesuap nasi.
eh tipuuuu. macam bersuap2 je makan kan.

ok dah tu je.
happy weekend ya'll.
aku sangat ni. Mr.B tidur.
aku nak ajak dia kemas umah alih2 barang.
next week barang2 banyak nak sampai. so kena ready.

ok tu je.
ta-ta