#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

Expose Mistik - Rumah Mertua.


Salam kak peej..

gigih saya cari email akak pagi2 buta ni..hehe..
saya mal, baru je kahwin and malam ini (16/2/13) adalah malam ketiga saya di rumah mertua. 

Ceritanya, dari zaman bercinta lagi suami saya ada bagitahu pasal jiran dia yang suka sangat hantar hantu pergi kacau orang kampung sini. 
Kawasan rumah mertua saya ni jenis rumah rapat-rapat, yang dekat-dekat ni lah banyak kali jadi mangsa termasuk keluarga mertua saya.
Nenek suami saya orang yang pandai buangkan 'benda' yang melekat dekat orang. 

Hari pertama saya bermalam kat sini pun keluarga mertua dah kecoh bagitahu ada sedara pergi rumah nenek untuk berubat sebab ada benda melekat lepas balik dari majlis kami. 
Dua tiga hari ni pun selalu gak lah dengar depa bercerita pasal progress sedara tadi tu.

Malam tadi (16/2) saya, suami, mak mertua dgn dua orang adik ipar lelaki pergi rumah makngah. 
Sebelum balik rumah kami singgah kedai makan jap, tapi belum sempat duduk lama, kakak ipar saya dah called suami saya banyak kali suruh balik cepat sebab baby dia kena kacau. 
Depa berdua dah siap-siap kat rumah nenek untuk diubatkan. 
Dia pesan suruh balik cepat sebab nenek nak pergi 'berperang' malam ni jugak, katanya.

Sampai je kat rumah, suami dgn adik-adik terus pergi rumah nenek. 
Saya dengan mak masuk rumah, mandi, and bersiap nak semayang isyak. 
Tapi sebelum tu mak request suruh saya menyapu rumah sebab banyak pasir (rumah tepi pantai). 
Masa menyapu kat bahagian ruang tamu, saya ada dengar bunyi orang berjalan kat atas bumbung. 
Sekejap je bunyi tu so saya telan liur dan teruskan menyapu. 
Lepas selesai, saya pegi mandi dan bersiap nak buat isyak. 
Mak tiba-tiba datang kat bilik saya bagitau nak gi jenguk cucu dia kat rumah nenek. 
Saya angguk je kena tinggal sorang-sorang kat rumah tu.

Lepas mak keluar, saya memang rasa tak sedap hati. 
Tapi saya telan liur je la buat berani sambil baca zikir penghalang santau. 
Masuk bilik, saya buat isyak. 
Masa tu lah saya dengar ada bunyi seolah orang larikan jari kat tingkap bilik. 
Larikan jari tu maksud saya macam kita ketuk-ketuk jari lah tapi dia ni bergerak sepanjang tingkap. 
Tak kusyuk betul semayang tadi. Hehe.
Masa tahiyat akhir, saya dengar ada orang nak tolak pintu dapur. 
Lepas salam, terus saya capai alquran, peluk kemas-kemas and baca doa. 
Doa pun dah ke laut dah sebab fikir macam-macam. 
Tangan kaki dah menggigil-gigil. 
Siap berdoa saya mengaji sebab nak tenangkan hati. 
Bila lega sikit, cepat saya keluar dari bilik gi tengok tv kat luar. 
Kononnya taknak dengar bunyi lain lagi dah.

Mujurlah tak sampai setengah jam mak mertua saya balik dengan kakak ipar and baby. 
Lega gile toksah cakaplah. 
Tapi ingatkan sampai kat situ je kengerian saya, rupanya bersambung lagi. 
Malam tadi lepas tunaikan tanggungjawab seorang isteri, hehe, saya dengan suami dua-dua tak boleh tidur. 
Suami saya selalunya tak lama rehat terus tidur tapi kali ni siap switched on lampu bilik. 
Bila saya cerita kat suami pasal benda-benda yang berlaku tadi dia cakap takyah layan sangat. 
Sekarang dah pukul 3.28am, kami masing-masing online sebab tak boleh tidur. 
Mata merah sebab mengantuk tapi bila pejam hati rasa tak tenang. 
Bilik pun masih terang benderang.
Saya harap esok takde lah saya pulak yang kena berubat. 
Doakan kami sekeluarga.

Sekian,
Mal.

hens night.

Pedd is getting married tomorrow.
so sebelum dia kawin kita orang plan hens night dia.
ingat lagi masa hens night aku last year.
dia ada cakap, hens night kau adik kau buat. fa hari tu birthday adik dia buat.
aku nanti siapa la nak buatkan.

then aku tengok lagi 2 weeks still takda siapa kata nak buat.
so me n noy kata lets plan.
so terus aku buat group kat whatsapp ajak fa tanya takda apa plan ke.
atleast takda siapa kita2 je pun jadi la.
fa try ajak kawan dia. memasing busy.
so ajak cousins dia. mana yang bridesmaid lain la.
ok on. daripada patut 4 orang je join.
jadi total malam tu 10 kot. yeay.

kelam kabut buat preparation last minute
semua hari jumaat n sabtu baru buat.
walaupun memula bincang tu 2 minggu. keh keh.
tempah ballons, fa beli cupcake. siap buat banyak tag2 comel.
cousin dia tempah tempat semua.
memula plan nak pergi rootz. tapi kemain payah nak call tak berangkat rootz n tempat dinner dia teeq tu.
so last minute sabtu tu 5pm tukar venue ke changkat. banyak pilihan.
n cousin dia boleh dapatkan tempat. so settle.
aku ngan rush post barang kat PPL batu caves.
patah balik ke melawati amik baloons.
then gerak ke umah mama. ngan sekala beg baju semua la. kecoh sangat. hahah/

salah satu tugas aku adalah ajak pedd keluar.
make sure sabtu dia free.
patut nak suruh noy, tapi sebab kawan aku so noy kata tu kerja aku.
aku ajak dia dinner n clubbin.
terus dia kata yes.
tapi rupanya dia lepas tu mengadu kat fa kata tiba2 je pija ajak keluar. pelik.
damn. i knew it. sebab aku memang tak pernah kot jadi the one yang semangat nak keluar ke apa.
so macam tak logik situ.
nasib fa pandai coverline, dia kata ye ke. macam best je. dia nak join la. 
so fa kata rasa ok kot. dia takda suspect apa2.
ok set.

pastu last minute tu aku whatsapp suruh dia pakai lawa2.
ye la kang semangat itu ini. sekali kang dia pakai simple. tak best la kan.
so around 9pm some of us dah sampai situ.
set up tempat sikit2.
nasib pedd sampai lewat. 
so by the time dia sampai semua dah ada.
makanan semua dah ready. :D
memang terkejut sangat dia n happy.
sebab dia memang ingat ada me, noy n fa je.
sekali tengok ramai kan. ada famil adik fa, ada cousins dia 3 orang. ada syima.
yeay success.
later lepas abis dinner jonet n adik dia pun join.

:: lighting merah. vain pakai front camera. takda flash. merasa la kelihatan merah ::



 :: di beli oleh fa. kata last minute semua. tak sempat tempah. beli siap je. then fa buat flag kecik2 tu. sempat dia kan. comellll ::

 :: me n famil ::
 :: tempat tu makanan mexican. so macam2 jugak la order. tapi sebab lapar. aku sempat snap ni je. sedappp ::

 :: noy n fa. oh noy sekarang amik BE n SNE. dah macam nak putih albino macam adira je. kah kah. ::


 ::pun fa buat. comel je. awal2 dia dah bagi married kat aku. terima kasih. tapi bagus gak. orang suruh aku buat pelik2. aku tunjuk je clip ni. kata married. takleh. hahahhahaha ::

 :: cousin pedd, raihan n naf. famil n i ::

 :: :: from top clock wise, me, fa, raihan, famil, naf n moon. rai, naf n moon ::

 :: me noy n syima ::

 :: happy bride to be ::


tema konon2 nak sex n the city.
tapi katanya semua last minute. so sarung je apa ada.
boleh la. bedal je. hahaha.
dah la masa aku siap noy kata kau tak sex and the city langsung. macam kardashian je.
kah kah. masalahnya aku ni banyak la dress kan.
dah la bila sampai dok gelak2. macam fashion keluar main hentam je.



games buat dare.
setiap sorang akan tulis dare n suruh dia buat.
semua pedd berjaya buat. syabas.
pic atas ni suruh dia battle menari kat dance floor. hahahah.
time ni dia dok gelak sebab memula takda siapa nak battle. kesepian dia. ;p
ada video semua. tapi tak kuasa pulak nak upload.
pics dia buat dare semua pun ada. tapi kat camera dorang.
aku pemalas nak snap. so harap pic apa ada je orang share.
takda share. takda la masuk kat blog ni.






it was a fun night.
now aku tengah berdebar untuk esok pulak.
esok pedd nikah.
dia dok upload memacam pics.
aku lak berdebar n excited.
ok nanti majlis selamat semua.
akan share pics nikah n reception pulak.

lovelovelove.

siapa punya kerja ni, angkat tangan.

keywords semalam.


tak tahan lak aku baca part "perkahwinan kulit gelap"
siapa punya kerja google gitu?
tu takpa. pastu google pun bagi blog aku kan.
kah kah kah.
mungkin mencari tips perkahwinan untuk yang kulit gelap kot.
good luck eyh.
apa yang boleh bagi tau.
kahwin la siang n pakai baju terang yea.
macam yang aku buat.
so berjaya la nampak macam aku kawin ada pasangan.
takda la nampak macam aku sorang2 je kan.
ye sebab dulu aku pernah amik pic ngan Mr.B malam.
pakai la flash ke apa. malap je dia.
hoooh. terus decide buat majlis siang.
walaupun impian nak wedding malam. gituh.

nway, macam-macam benda kan orang google.
kadang bila check buat aku teringat macam-macam pulak.
contoh pengalaman spa bali tu. HERE.
hahaha. teringat balik memang lawak n trauma.
tapi sebab first time kot. sekarang dah ok. pasrah je. ;p

ye memang aku takut public speaking.
ye ada pergi hong kong last year.
mama ada share resepi karipulay.
pernah buat iklan libresse.

tapi buat each a cup sini takda resepi ke apa yea.
aku tau beli je.
n kenapa la manusia tu kenapa?
persoalan tak abis tu.

ok tu je.
sekali sekala check keywords blog memang best.
aneka ragam.

Naik harga

Bagi yg xtau.
Aku now jual BE n SNE.
Ada buat kan entry2 lepas

Baru nak meniaga dpt info baru
Starting 1 march akan naik harga
Naik rm10
Ni bukan aku memandai tp company yg naikkan.

So siapa nak beli sila beli secepat mungkin.
Siapa nak restock ke apa kan.

BE - RM200
SNE -RM180

Postage RM6
Esok aku buat postage.

Lately byk email yg order barang kat aku mintak reply thru sms ke whatsapp
Sebab katanya jarang check email

So untuk kemudahan.
Boleh sms/ whatsapp kat 0122758575
But if korang boleh email, i prefer email ye.

Thank u.

Layan

Suami ajak keluar makan.
Dah kenyang.
Tapi buhsan lak dtg kedai makan melangok je kan.
So order sup peruit.
Sedappppp.
Layannnnn.




Beachin'

pagi tadi almost 1am lapar la pulak.
so ajak Mr.B gi jalan-jalan carik makan.
memula plan nak pergi beli dvd. tapi macam malas pulak.
so kata jom makan kat kedai atas je la.
senang dekat je.

malam nak mencari baju sendiri.
so sarung je tshirt Mr.B.
sementara tunggu makan. cam whore la kejap.


tetiba ternampak tshirt ni rasa rindunya kat thailand.
suka la pergi sana. aku suka pantai. dah la pulau2 dia lawa kan.
orang pun friendly. makan pun senang carik.
aaaaa nak pergi.
pernah membodek Mr.B nak pergi. dia kata takleh sebab nanti dia kesepian lama.
cisssss. takpa. kita cuba lagi.

dah la sangat merindui pantai ni.
takleh gi thailand kita tunggu monsoon habis je la.
so kita pergi perhentian nanti.
so pagi tadi gigih la tengok pics lama n syok sendiri.

 :: i miss u thailand. dapat holiday sesama lagi mesti best ::



oh i miss perhentian aswell.
tapi tu takpa. tak susah pun nak pergi kan.
plan 2 minggu sampai la.
cuma nak kumpul pergi ramai la susah kan.
ada je hal masing-masing nanti.

dalam kata laki tak bagi green light, tapi me noy n jonet ada gak plan nak cuti.
either thailand or bali lagi. wah bali lagiiiii.
bali best. biar la orang nak kata asal kau asyik pergi tempat sama je.
tah if selesa aku suka ulang pergi.
malas nak pergi tempat lain.
macam contoh perhentian la.
orang akan kata why pergi pulau sama. why tak pergi yang lain2.
sebab aku ni terpengaruh kata orang.
orang kata pangkor tak best. orang kata redang susah nak dapat gerai nak makan2. orang kata pulau ni tak develope sangat, orang kata pulau tu gitu gini.
so daripada aku pergi dan kekecewaan. baik aku pergi tempat biasa pergi n tau what to expect ke apa.
kan kan kan.
memang la ada lagi tempat best2. budget takda ke situ lagi.
kah kah. so holiday yang tak banyak pakai duit n stress free je.
ye la kang holiday memang la best. balik stress sebab duit banyak terbang.
baik takyah kan.

nways, kita orang plan.
tapi maybe tak dapat pergi sama.
ada time takleh sebab adik jonet kawin.
then ada time jonet kata dia nak holiday bali bawak parents dia.
ada time nanti noy lak pergi kuwait.
pastu nanti dah bulan puasa ke apa.
aku jenis tak kisah. laki ok je, aku on. almaklum bekerja sendiri kan. :)
tapi takpa. taknak pikir jauh., yang pasti soon nak ke perhentian lagi. 
bersedialah nak dayang senandung kembali.

oh satu lagi before stop.
aku adalah addicted nasi lemak ini.


kat kedai burger area umah aku.
memula pindah dulu ada.
then stop sebab akak tu accident so dia tak larat nak buat.
tapi berminggu aku n Mr.B dok pujuk akak tu jual la balik nasi lemak.
sedap. siap puji2 akak tu.
sebab memang area tu ada nasi lemak gak.
tapi aku tak suka nasi lemak tu. aku tak mengerti apesal orang suka sangat sampai berderet beratur.
tah tak kena tekak aku la.

then bila lepak.
banyak kali situation orang nak nasi-nasi.
kedai tu takda kan. ada burger n western je.
so orang pun gerak.
lagi la point berkesan. aku n Mr.B kata buat la nasi bang.
so akhirnya dia start again aroung 1-2 weeks ago.
siap second day ke apa kita orang makan.
baru 10pm anak2 abang tu jerit bagi tau mak dia nasi dah habis. mintak top up kan.
ok la kan.
sedappp. me loike.
tapi if order nasi emak ayam rempah kena tunggu lama sikit la.
sebab kau order baru dia goreng ayam tu. fuuuhhh.

so pagi tadi.
Mr.B order burger je.
so makanan dia sampai awal n dia dah abis makan, makanan aku masih tak sampai.
later baru sampai.
aku ni makan dah la slow kan.
so abis je makan.
baru light rokok Mr.B dah bayar bil.
pastu ajak gerak.
tak sabar2 ok.
air pun tak abis lagi.
dia dah berdiri nak gerak.
bising gak aku. tapi ikut je la.
sekali aku nak capai spek aku, aku terlanggar air tu.
merasa kuyup weyh.
sejuk n perasa teh ais je kena punkoq semua. damn.
yang Mr.B gelakkan aku.
dia kata jangan basuh. mesti rasa n bau teh tarik.
kong ajo.

balik je kena bilas badan n salin semua.
padahal sebelum keluar tu aku baru je mandi.
cissss.
ye nak salahkan laki gak sebab dia aku kelam kabut langgar air tu.
hahahaha. padahal sendiri cuai kan. ;p

eh ok la.
nak keluar sat lagi.
kita jumpa di lain masa yek.



kau ni suka nak samakan tau.

setiap kali aku upload pic mochi kat instagram mesti noy akan komen "gimme", "gimme gimme".
ish menyampah. sibuk je dia.
pastu tak tahan dia datang rumah aku satu malam tu.
sebab nak tengok si kenit tu.

harus la dai geram dok la kepit je.
sampai ceceh kelam kabut takut anak dia kena curi.

noy : bagi saya la.
me : mana boleh.
noy : bagi la. macam ceceh kot. buat apa nak kucing yang sama sampai dua.
me : jangan la. anak ceceh kot. dah la sekor. dah la dia susah get along ngan kucing lain. so ni anak dia. dia ok.
noy : eeee kedekut.
me : bukan kedekut tapi biar la dia kawan.
noy : nanti anak ketut yang putih tu dah besar amik la. yang ni bagi kita orang la.
me : tu pun nak kot. tapi ni biarlah sini.
noy : tamak gila.
me : tak.
noy : gimmeeeee. tak best color semua sama. baik kau bagi saya yang ni.
me : tak boleh la. cuba aku nanti dapat anak. anak aku semua hitam je. pastu aku nak tukar ngan anak kau. sebab anak kau putih. boleh?
noy : hahahahhaa. bodoh. kau suka samakan kisah kucing ngan manusia. mana sama.

hahahha. tak sama yea
ye aku memang suka samakan situasi ngan manusia.
ye la sesuka hati je nak tukar je apa kan.
anak ceceh kot. sian ceceh nanti. dah la memang selama ni kesepian kan.
tapi if betul manusia pun boleh tukar2, mesti lawak kan. tapi best pun ye.
tetiba rasa eh anak semua muka melayu je. meh tukar ngan black, white, jepun pulak. keh keh keh.

kesimpulannya.
takleh tukar.
walaupun mochi sekarang nakal macam tarzan.



promo Ephyra february ending soon

siapa yang tanak lepaskan peluang dapatkan ephyra pebruary promo.
sila order n buat payment a.s.a.p.
payment by tonight aku akan post tomorrow.
later than that akan post khamis ye.
while stock last.

siapa nak beutskin, sne or tabita pun boleh email me at

nurhafiza.burhanuddin@gmail.com

ok sekian. thank u.


Entry dikala hujan lebat

Oit lapar.
Memula ingat nak masak.
Taknak bazir duit order itu ini.
Pastu malas pulak.
Elok call nandos menderu hujan lebat weyh.
Terus end call. Kosser aku. Ada makan jam baru sampai makanan. So masak je la kita.
Keluarkan bahan. Xtau nak masak apa.
Maybe nasi goreng or mihun je sudah.
Tengah lembutkan daging tu.

Xleh buat apa hujan ni.
Dah la bangun tadi kemain panas terik
Aku basuh baju tapi ni hujan lebat pulak.
Tv xleh tgk astro sbb hujan
Pc pun ahkak cabut plug.
Walaupun umah ni alhamdulillah x pernah trip ke apa. Tp better be safe than sorry kan.

Kilat kemain kuat tadi.
Mochi terkejut terlompat dia terus berlari masuk bawah sofa.
Oh siapa mochi?
Mochi ialah sikenit itu.
Panggil dia mochi n kadang2 mocikkk.
Dah paham pulak tu.
Carik dia x jumpa.
Panggil je mochiiiiiiiii. Mochiiiiiiii.
Berlari dia datang dpd bawah sofa.
Kemain suka masuk bawah sofa.
Nakal kemain dah dia. Berlari sana sini.
Panjat sana sini macam tarzan.

Tapi time tidur tetap la manja nak tidur sama.
Tapi aku bg kejap je. Dia dah lena aku alihkan.
Sorry cannot. Alergic abis nanti.

Ni ada few pics dia.
Latest sangat xde. Susah nak amik dah sbb aktif sangat.
So ni pics from a couple of weeks ago yg x share lagi dlm blog.


















Oiiiii perempuan

Meroyannya kau.
Kesian sangat.




kawan-kawan.

last 2 weeks jumpa ice n huda.
sebab dorang ada ke bebetotz.
so dah dekat area umah aku. so dorang ajak keluar.
ok je memang tak makan lagi pun.
so dia kata nak makan kat kedai steak apa tah kat danau kota.
ok tak pernah pergi. lets.

dah la memula bagi direction salah. suka hati je.
memula dorang ingat kat platinum apa tah kat danau kota tu.
rupanya tak. ni kat area sebelah colombia hospital tu.
ok je tak jauh je.
sampai area tu dok la terjenguk2 carik kedai tu.
sekali nak sampai ice call. dah nampak pun kereta dia.
rupanya kedai tutup. cissss.

takpa so pusing situ2 gak la makan.
mana2 je la. ok je.
yang Mr.B takleh blah. ada ke dia ajak pelita jom.
sayangku, pelita tu hari2 kita makan. special la sikit.

so ke jom bali. wah best ni.
sekali bukak menu aku confius. apesal semua makan melayu, chinese ke apa.
mana makanan bali nya?
biasa nampak orang tepek ada makanan indo.
rupanya teringat balik tu maybe ole2 bali la. bukan jombali.
jombali ni takda langsung makanan gitu ok.
nama tak sesuai ok. sila tukar nama kedai anda.

so aku order mihun siam. sedappp.
dorang order apa ntah lupa.
tapi semua menarik n sedap katanya.
sorry lupa gila nak amik pic makanan sebab memasing tersangat la lapar.
dapat makanan terus ngap.

sembang itu ini.
sambil layan sekenit yang gembira je sepanjang petang tu.
kemain gelak sakan.

ajak sekali shawal n wife.
tapi dorang pergi mana tah. tapi kata nak join.
lama gak la.
rasa nak gerak dah, sekali dia kata tungggguuuu. dia dah otw. so tunggu la.
tak lama pun. dalam 10 minutes sampai.
akhirnya jumpa shawal.
tolong la lama betul tak jumpa dia.
last masa wedding dia september ok.



dah preggy pun sara.
tak silap dah 14 weeks kot. eh ke tak? ke aku memandai.
lupa la. kata jumpa pun dah 2 minggu lepas. 
info pun dah hilang.

yang shawal dok kata ada peminat blog kat sini.
siap tengok kat screen bertab-tab blog aku.
yang sara kata dia carik cerita yang ada shawal je.
hahhahaha. tapi takpa. rasanya takda apa sangat cerita shawal.
tetiba huda nyampuk, kata ok la. dpd ice, if baca blog aku memacam gf ada. bertukar sana sini.
hahahahahhaa hamagad. ramai ke?  aku sendiri tak ingat n dah lupa. sbb aku bukan baca balik ke apa pun.
huda kata banyakkkkkk.
oppppsssss.

bahaya gak blog ni kan.
ala tapi takpa la. tu sejarah kan.
takyah pandang belakang. pandang ke depan.
yang pasti sekarang dah suami isteri pun khen memasing.

seronok lepak reramai.
sekarang ni nak plan nak road trip.
tak sure lagi mana. tapi maybe bulan 3 or bulan 4 nanti.
syiok tu.
harap menjadi la yek.
i need a vacation.
ye la aku nak pergi sana sini ngan noy Mr.B tak lepas.
risau sangat. dia lak bukan jenis sesuka hati boleh cuti.
so dia kata if aku tinggalkan dia nanti dia tak terurus.
punya la aku kata takpa if pergi i akan siapkan baju dpd sekian hari ke sekian hari.
pun tak boleh?
kesimpulan taknak berpisah katanya. eeee over tau.
takpa then kita gi sama2 area sini2 n over the weekend je la jawabnya.
apa-apa la janji jalan.

eh lapar.
rasa nak makan jombali.
sedap la pulak. tapi ada urusan kat melawati.
malas pulak nak patah balik sana sini.

eh tu je la.
nak siap n keluar.
ta-ta.



ok new item untuk dijual.

omg tolong la aku patut buat entry ni dpd awal tahun.
memanjang takda masa.
apa yang takda masa tah.

actually ada 2 barang aku nak jual.
ikutkan tak kuasa.
tapi belum apa2 dah orang beli.
baru dapat barang n tak sempat buat entry.
sebab orang datang umah. aku cakap sambil lewa terus ada orang nak beli.

pastu dok la nak buat entry tak buat.
sebab tau la buat entry jual barang ni kena ada details.
tu yang tak bergerak until now.

tapi barang pun aku rasa korang dah tau.
sebab ramai dah jual pun.
aku takyah letak ddetails sangat pun korang dah boleh google sendiri.

1. Beutskin & SNE.

tau kan? tau kan?
tak tau takpa nanti senang aku buat entry.

harga?

- Beutskin - RM200
- SNE -  RM180

postage RM6.

siapa nak COD pun boleh. but for now aku tak pegang stock banyak.
so kena bagi tau awal so aku amik, once ada will let u know.

aku sendiri tak amik.
memang rasa nakkkk sangat. tapi kawan aku kata jangan.
sebab kang addicted pastu nak maintain agak mahal.
ye la. aku now pun segala pakai. ngan tabita, ephyra lagi.
campur lagi dua al pitams la kan.
aaaa tahan...tahannnn.

tapi tu la. kawan-kawan yang pakai dok la cerita itu ini mana rasa tak tahan.
yang sorang kata bagus la. dia baru makan dua minggu. bontot berkerak ke apa semua clear.
ketiak pun kurang berkerak.
pastu belum apa-apa dah 2-3 orang tegur eh kenapa bertambah putih ni.
pastu siap dia kata kena beli bra baru sebab semua bra dah ketat.
so dia kena beli 1 size bigger n tukar cup.
wah wah wah.

tapi aku takda la nak gitu.
aku ni nak one size bigger apa nya.
sebab kawan sorang ni kata memang akan mantap la apa.
n bila sama ngan suami pun akan rasa lain.
hah? apa yang lain. nak gak tau...
siap suami dia kata, jangan stop tau makan beutskin n sne ni.
serious rasa nak try pakai. macam best je. keh keh keh.
tapi dok tahan ni. ngak mampu. ok maybe soon.





oh btw. ni adalah pils.
bagi yang tak tau la.
tapi untuk sekotak ni. tahan 2 minggu je.
so bayangkan nak maintain kena ada almost rm800.
agak2.
tapi katanya after awhile tu kau boleh maintain je la.
maybe selang sehari ke. kurang kan pil tu ke. gitu la.
so penjimatan la.

if nak tau details SNE - Click Here
beatskin pulak - Click Here

ok if interested boleh email me at nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
siapa yang dah biasa jadi customer aku ada no phone kan, so boleh whatsapp or sms yea. senang.

[EDITED] -  oh ada yang tanya kena makan dua-dua ke. jawapan tak.
if nak salah satu. better go with beutskin je. pun dah ok.
tapi selalu orang dah rasa best ngan beutskin. so rasa nak lagi best, baru dorang amik SNE jugak.
okies?



Expose Mistik : Penunggu Surau




ni aku nk share pengalaman sendiri ni, mmg sejak dr skolah lagi aku ni memang jenis lemah smangat ke tau lah, tp yg penting bukan kategori penakot la. 
Mmg aku kerap sgt kene tindih bila tido, nak nak lagi bila beralih tempat tido. 
Maksudnya bila aku travel ke or g tido umah kawan2 ke sedara mara ke, kompom la mmg akn kene tindih. 
Kalau best takpe jugak ni sakit gila biol je kepala bila dah lepas kene tuh! tak sukeee tak sukeee. 

Yang paling best baru belaku last year dalam surau hokeeeh! 
hebat tak binatang tu dlm surau yg suci tu pon dia hadooo jugekk!
time tu aku penat giler so dlm kul 10 am aku g lah surau port budak2 opis ni amik short nap bila mata dah rabak ngadap PC. 
so aku g la dgn harapan tggi menggunung utk berehat "take a break" katenyerrr! 
nah amik ko baru lelap 15 saat dah rasa lain mcm rasa angin2 sejukk je kat muka ni, mata dah berat kepala xleh angkat mulut xleh bukak! 
Dengggg! kene dah! 
mmg lemas giler! apa nk baca pon xleh, dah la ku sorg2 dlm surau tu, xbuka lampu plak tuh! 
wahhhh sungguh seram lagi menyeramkan. 
surau ni kat basement plk tuh!
Tiba2 aku rasa cam berjaya jerit ALLAHUAKHBAR!!! 
perghh lega.... 
Tapi! tapi.... aku xjaga lg rupanya mimpi dalam mimpi! 
susah la nk terangkan . ala cam kau rasa dah lepas tp rupanya ada dlm alam tu lg! pernah kan????
dahtu tiba2 ada lah makcik tua rmbut mengerbang muncul ala2 muka mak lampir gtew! 
dia leh ckp ngn aku "adik pusing nak tengok tapak kaki! haaa! nih ada jin nih! jin jantan!" 
trus aku terjaga! cuakkk gilerrr! 

dahtu pe lg basuh muka trus belari naik opis kwn2 tgk smcam je sbb muka pucat giler
smpai skrg xtau apa mksud kejadian tu! 
pastu mmg serik giler la nk g tido surau walaupon berteman aku just baring2 je xkuasa n berani nak lelap lagi dah..
pernah gak dengar crita kat basement tu dlu ada pompuan mati kene bunuh... huwarghh tu yg lg ngeri! mekasehh


Regards...
Salina Hassan

CNY

cny weekend tu aku spend the night kat rumah mama.
sebab Mr.B kerja. so dia kata tidur la rumah mama.
yang noy seminggu tu dok la ajak aku clubbing. kata jonet ada la apa.
aku tak sure lagi nak pergi ke tak.
hati nak, tapi kang Mr.B bising. malas aku.

so tiba la hari tersebut.
dah la siang tu tak selisih faham apa.
dia dok merajuk ke apa ngan aku.
aku dok cakap elok pun dia taknak layan.
ok fine. punah harapan nak keluar ke apa.
malas nak tanya pun nanti drama.

then malam dia gerak dulu.
aku memang mood nak keluar pun takda.
tapi dok la tanya noy dia nak kemana la apa. wahhh sibuk je kan.
then noy dah kata nak ke sana sini.
okayyyy.

keluar rumah je aku dok call Mr.B kata aku nak keluar.
time tu dah ok pun.
sebelum dia keluar tu dah ok. malas gaduh terbawak2 ke apa kan.
then cakap aku nak gerak la apa.
sembang manja baik punya.
bermulalah bukak soalan.

me : molinggg. kalau noy n jonet nak ajak keluar boleh tak?
him : i dah agak dah.
me : tak cakap je boleh ke tak. 
him : jalan cerita u ni i dah tau dah.
me : tak boleh ke tak je. boleh i keluar. tak boleh pun takda masalah i boleh je lepak umah.
him : jalan cerita u ni semua dalam tangan je.
me : jalan cerita apa molly?
him : hihihihihi. saje je. ye lah keluar la. 
me : ye ah.
him : nak pergi mana?
me : changkat kot. nanti i bagi tau.
him : kalau i nak join boleh?
me : boleh je tapi molly tu kerja.
him : kalau balik awal nak join boleh ke?
me : boleh. apa2 u call or message yea.

yippa. terus pecut balik umah. kah kah.
noy dok tanya ikut ke tak.
terus reply otw uolls. hihihi.

masa siap pun drama gak.
sebab noy dok kutuk aku pakai buruk.
kimaks punya perempuan.
aku malas nak over ke apa. so pakai blouse sudah. bukan nak market ke apa pun.
paling tak tahan aku bawak tu sehelai je pun top.
so kau kutuk la macam mana pun tu je aku boleh pakai. khennn.

then tengah siap kawan noy kata nak gerak sekali so dia datang rumah.
tengah siap dengar ayol jerit panggil noy, kawan dia dah sampai.
so noy kelam kabut capai baju dpd almari.
dia biarkan almari terbukak.
aku lak depan almari.
noy ni bila almari terbukak nanti marah aku.
sebab kucing suka masuk. so dia akan suruh aku tutup la apa.
sebab aku kalau datang suka bagi kucing masuk bilik. hihihi.

lepas dia capai baju dia dok kata. saya suka baju ni. lawa kannn.
aku dok pandang dia layan sembang sat.
membelakangi almari.
sambil sembang sambil aku tutup almari tu. kuat lak tu. tanggggggg.
tetiba dengar jeritan macam perempuan. "aaaaaaaaaaaaaaaaaeeerrrrrrrrrrrr" 
eh tak tau la nak eja macam mana.
tapi macam suara perempuan n nyaring n kuat gila.
aku pusing tengok yoki tergantung kat almari.
sebelah tangan dia terkepit. so dia tergantung sebab tangan tersepit.
mata terbeliak pandang aku dok jerit nyaringggg.

noy : pijaaaaaaaaaaaaaaa. bukak almari tu.

aku macam terkejut.
noy panggil baru sedar. sebab terkejut.
bukak terus dia jatuh n lari tapi pandang2 aku.

noy : terkepit dia. jahat kau. say sorry.
me : sorry yokiii. akak tak sengaja. meh sini. dont run.

mengiau dia pandang aku terus berdesup lari turun.
kah kah kah.
ok sian. tapi lawak plak rasa.
tu la kau apesal main atas almari.
bayangkan nakalnya dia sampai atas almari main. tinggi kot.
noy kata rupanya masa bukak tu dia dpd atas almari tangan dok gapai2 nak main pintu almari tu.
noy nampak la sebab sembang mengadap aku. belakang aku almari.
aku mana nampak. so gedeganggggg aku tutup almari tu.
siannnn.

nasib yoki tak ingat peristiwa tu.
kalau tak mesti dia tak suka aku dah.
me loff u yoki.
im sorry.



saje snap. al maklum lama tak keluar. excited.
kat AKLEH.
tapi elok nak keluar dpd AKLEH, kawan noy hida tertinggal barang pulak kat rumah.
so patah balik.
nasib bukan aku yang drive.


sampai je duduk kejap.
sekali whatsapp ngan jonet dia pun dah sampai,
so join table dia.
tunggu yang lain-lain sampai.

 :: silly sisters ::





duduk kejap sedar-sedar dah almost 1 pun ok.
so jonet gerak dulu.
sebab dia bawak adik2 dia.
later kita orang join.
tapi elok lepas tu jonet whatsapp kata tempat dia pergi tu lagu best.
tapi crowd tak best.
terus semua taknak pergi.
so kita orang ke tempat lain.
hop sana sini.
aku tak kisah ikut je.
pengalaman lalu mengajarku. dorang ni tak sure nak kemana.
last time kan aku pakai sampai 6inch kasut. no no no.
tak sanggup aku.
sebab changkat tu dah la club dia semua kena naik tangga tingkat satu.
pakai kasut tu tak penat.
tapi seriau aku kalau jatuh kang tak pasal kan.
so kali ni aku pakai sandal je.
so kau ajak la 5 pub pun turun naik takda kisah punya.
last lepak apa tah namanya.
tempat baru. lawa. crowd ok.
tapi lagu haram jadu.
apa2 aje. layankan.

elok lepas tu balik.
noy kata dia nak sambung lagi.
ada club lain yang bukak lagi.
ajak aku. aku bukan taknak. dah la elok laki dah bagi keluar.
kang gedik sambung sampai pagi tak reti balik kang amukan dia.
so better sedar diri.
so malas ikut.
yang noy kata aku boring la apa.
then lepas tu dia pikir baru dia sedar aku ni bini orang.
"eh ye lah. balik la kau. kang bang ben marah lak"
tau takpa.
so call jonet. nasib dia tak gerak lagi. tengah tunggu kereta kat vallet.
so mintak dia hantarkan.
ok legaaaaa.

tapi malam masih muda.
balik pun rasa segar je lagi.
so mari cam whore sebelum basuh muka n tidur.



masukkan pic ni few days later. siang la.
sekali dapat komen kata aku nak gi wedding ke.
hamagaddd buruk sangat ke? aku rasa ok je.
yang lilred kata aku punya rantai macam kalung orang asli.
keji mu.
but whatevs. bukan nak market punnnn.
jimbas ngan kawan je pun kan.

sekali sekala keluar best la jugak.
walaupun dah kertu. God, im gonna be 30 in a week time.
telan air .........liur.





No complains

Malam smlm n pagi ni ramai complain pasal bising mercun kan.
Tiap tahun kot macam tu.
Well selama ni aku tak rasa apa sebab aku di besarkan kat area yg 99% malay.
So memang aman damai la jugak.

This year lain.
Duduk area yg agak majmuk.
Area keliling pun sama.
So tadi experience la suasana tu.
Memula ok je.
Around 10ish aku lepak gerai area umah aku tu.
Start kul 11pm, dah start mercun sana sini.
Dpd perlbagai arah la.
But im loving it. Sebab lawaaaaa.

Lama jugak la rasanya around 1ish br settle.
Tp siapa ada anak kecik ke apa x suka la kot.
Tp maybe jugak aku x rasa sangat bukan exactly sebelah2 aku dok mercun bagai tu.
Jauh sikit la. So if bunyi pun ala2 lemak gitu. Wah lemak katanya.
But apa2 pun aku rasa way better dpd bebudak kita main mercun la.
Yang tu lg teruk sbb dor main stock bom la apa tu.
Tubye aku terkejut sampai terlompat gak la.
Tu ye annoying.

Apa2 pun lets not complain.
Tetap bersyukur yg bunyi tu mercun kan.
Kau xleh tidor pun sebab bunyi bising.
Bayangkan yang duduk negara perang.
Takleh tido siap pakej takut semua kan.

Sekian coretan daripada orang yg mmg tak tidur malam n xyah kerja pagi isnin. ;p





suami rajin, isteri tak berapa nak rajin.

dah letak kat ig. ni letak sini pulak.
akhirnya dapat capture pic suami terlebih rajin.
selalu susah nak snap sebab dia memang rajin.
tapi gemar buat kerja pakai spenda je. hahha sabar je la.
pastu if la hari malam. kang sesuka hati buang sampah ke luar pakai spender je.
sabar je la laki aku ni.
nasib dia bukan ghupe underwear model.
kalau tak tak pasal dengar suara2 terjerit2 kat luar kagum2 lak.
tak pasal.



rutin dia.
mesti tiap pagi sapu. then balik kerja akan kemas dulu.
rajin bebenor. bagus la khen. abis bini anti social.
ni pun baru2 ni dia bising.
sebab jiran tetiba tengok dia suruh bebudak tu tebang pokok.
pastu memula tu dah tebang adakah bersepahan je depan rumah.
Mr.B suruh kemaskan elok2.
then dah masuk dua minggu terdampar bebenda tu situ.
takda bakar or buang or apa2 la.
asyik la dengar dia bebel. kata daripada dauh hijau sampai kering.
dia bising la. sebab kalau daun kering kau tau la.
ada angin terbang sana sini.
masuk umah aku banyak gila.
sampai confuse aku ni dah macam dok oversea ada musim luruh kah?
wahhahaha matiklah feeling. padahal bentuk daun pun ketara duk malaysia.
tapi memang banyak. n tau la daun kering kan. pecah2 lagi.
bila si suruh buang dia kata dah panggil lori.
lori la sangat tak tiba2.
yang kelakar tak banyak pun pokok tu. rasanya letak kat boot kereta pun tak penuh.
motip sampai nak panggil lori?
why tebang in the first place pun tak sure.
takda la rendang ke apa. ada la tinggi laki aku je pun.


kerajinan sekali lagi.
daripada kemas depan dia bawak ke dalam lak.
suka hati la.
tetiba nampak giang lak dia dalam pic ni.
nampak kerdil coffee table n vacuum ni.

nways, aku tak makan n masak lagi ni.
Mr.B tido tu. aku rasa dia main game tah sampai kul berapa pagi tah.
aku nak masak masak lemak cili api telur ikan.
sodap je. lama tak makan. makan luar ni kadang sangap gak kan.
asyik benda sama je. tak banyak variety. or aku yang malas nak keluar jejauh.
tapi tu la. kang aku masak lauk tu aku risau dia tak makan lak.
nak tanya dia tidur. or maybe kena masak lauk sambal dia jugak karang. T____T

wah tetiba rajin kan.
ye la tak abis2 suami rajin, isteri tak berapa nak rajin katanyer.
so ni nak tunjuk rajin la ni. kah kah.



pandai cari bf.

ketut. ketut. ketut.
kenal ketut?
ketut ni stray cat yang dah rupa macam kucing sendiri.
sebab dia kucing luar tapi selesa lepak umah kita orang sebab ada makanan.
kenapa nama ketut? sebab dia muncul time aku noy balik daripada bali dulu tu.
kan time tu sibuk nama ketut.
so dia muncul maka bagi dia nama ketut.

nways, ketut ni pandai jaga diri sendiri.
sentiasa je lepak kat porch depan tu.
daripada kecik dok bestfriend ngan hannan.
pastu jadi perempuan simpanan hannan. kah kah.
ye la ikut je kemana hannan pergi.
sampai la hannan bertambah gangster n merantau jauh.
dia tak ikut. tapi setia menanti je kepulangan hannan.
pastu berkepit je. wah drama sangat kucing2 ni tau. kah kah.

nway, few days back.
ke rumah papa n mama.
aku memang selalu ulang alik. 
ada je la urusan. walau tak jauh tapi letih gak la.
selalu bergerak sendiri. sebab Mr.B ngan pelbagai urusan.
tapi petang tu aku bawak Mr.B.
beli kuih-kuih then sampai je aku terus masuk.
tapi Mr.B seperti biasa mana terus masuk.
dia akan spend masa kat luar je mau sejam dua.
sebab dia nanti sibuk menyapu sana sini. kemas itu ini.
siram pokok la. mop lantai la. kau mampu lantai luar pun mop. over sangat.

so tengah melepak ngan family lepas abis makan tu.
Mr.B dok jerit. sambil ketuk-ketuk pintu over sangat.

Mr.B : jaaaa. sini jaaaaaa, i rasa yoki beranak ni.
me : noooo. yoki mana boleh beranak.
Mr.B: sini laaaa. ada tu anak dia. i sembur pokok tetiba dengar anak kucing. dia kena air dia terkejut kot.

gila tetiba yoki.
yoki mana boleh beranak.
dah sunat sebab the last time dia beranak tu kan vajayjay dia terkeluar.
so operate n sunat terus.
hmmmmm.

me : ke ketut beranak?
Mr.B: tak tau la. sini la.

so aku keluar. 
Mr.B kata ada anak kat hujung pokok2 ala2 semak sikit.
eh bukan semak. tapi area tanah n tanam2 pokok2 la. bukan pasu ke apa.
tak nampak pun.
then jenguk2 nampak la. 

Mr.B : amik jaa.
me : eee takut la. mana muat pun nak masuk.
Mr.B : ish u ni.

so Mr.B amik la kenit tu.

Mr.B : putih macam kapas. cantiknya.

then ku toleh sana sini.
nampak ketut dalam cat condo.
muka cemas je.
so letak anak dia dalam tu.
kat semak tu dah takda. puas check.
dalam cat condo lak nampak ketut je. tak nampak if ada lagi ke tak.
aku ni bukan berani check sangat. u know me. mak bidan penakut.
ye sebab ibu kucing ni kadang garang.

so terus whatsapp noy. kata aku ada kat umah.
dia tu suka lepak bilik je.
pastu bagi tau dia ada baby kucing.
berdesup noy turun.
amik kotak terus checkidaut anak2 dia.
pastu pinjam kejap.
ada dua ekorrr. weeeeeeeeeee.



so preeetyyyyy.
black & white.
baby CNY. so letak dalam kotak limau. heheheh.
ramai komen kata ying&yang. mihmihmih.
comel gila anak dia. macam gebu n bulat. macam bulu tebal gak.
pandai sungguh kucing2 ku ni carik bf tau.
anak nak comel aje.
area umah aku memang ada few persian cats orang dok lepas je.
tapi ingat dah sunat. macam hannan tu.
tapi rupanya tak. ye la tengok baka gini.
ketut tu biasa je. ala2 yoki tu. tapi anak dorang kemain.
tengok anak dia yang white tu teringat lak kat kucing ku arwah putih tu.

eeee geram.
terus rasa nak amik seketul.
nak yang hitam tapi noy kata dia nak tu.
so Mr.B kata amik putih la. wah meriah.
tapi masalahnya aku ni alergic kucing la pulawq.
kang banyak sangat tak pasal kronik nanti.
siapa follow ig aku dpt la tengok pic muka ku yang horror naik gatal2 dek kerana bulu kucing ni.
so akan difikirkan.

mama kata mama rasa ketut ni beranak lebih.
sebab mama kata ada mama mengemas kat area tanaman luar umah tu ada bau bangkai.
samada dia tertinggal anak dia or kena serang. hish.
pastu agaknya dia takut dia bawak ke semak tanaman dalam porch.
still rasa tak selamat tu yang dia bawak ke cat condo tu.
agaknya dia nak bawak lagi sekor dia dah penat or dia lupa.
nasib Mr.B jumpa. kalau tak tah apa jagi.
bagus la. laki aku ni kerja asyik la terjumpa anak kucing yang bergelimpangan je.

mesti takut je jadi dia kan.
ye la beranak dalam semak. mesti cemas je kan.
ye la kalau aku pun beranak dalam semak mesti cemas kan.
eh motip tetiba aku nak beranak dalam semak? tebiat sangat. kah kah.
nway, harap anak dia survive.
kita orang letak dia n anak dia dalam cage.
tunggu sampai besar.
sebab takut la dia bawak anak dia kemana2 kang tak pasal kang mati ke apa.
so duduk la situ diam2.

so kuit me love it.
nanti aku share pic anak ceceh lak.
hoi comel tak boleh tahan.