Instagram : @peejburhan

ulang alik.

kan kat entry semalam pasal aku kata bunyi bumbung tu kan.
benda ni dah lama gak la.
start 2-3 bulan lepas tak silap.
almost every night jugak la ada.
mula-mula tu menggelupur jugak la.
tapi lama-lama dah biasa.

aku as usual memang akan tidur lambat kan.
seperti yang korang dah sedia maklum.
MrB selalu jugak tidur lewat, tapi tak selewat aku.
memang usually dia akan tidur dulu la.
aku seperti biasa layan online sebelah la.

tiba-tiba satu pagi tu tetiba bunyi bumbung dapur ni bunyi.
bilik aku ni belakang. so belakang bilik ni terus dapur.
so around 5am macam tu bumbung tu bunyi bising gila bunyi macam berjalan ulang alik.
kuat ok. macam bumbung zink pulak bunyi dia.
padahal tu bukan bumbung zink.
mula-mula aku dengar tu berderau ok darah aku.
sumpah seram gila meremang bulu roma.
sebab bunyi macam kuat gila macam orang berjalan.
pastu berjalan stock ulang alik ke kiri ke kanan. then ke kiri again. pastu ke kanan balik.
aku dah macam ish apa tu.
terus aku kejut laki aku.
bila laki aku jaga senyap pulak.
then dia sambung tidur bunyi lagi.
aku bukan apa takut orang. tau la zaman sekarang ni.
then laki aku terjaga. dia kata musang.

aku rasa lega sikit la bila dia cakap macam tu.
cuma serious macam takleh terima akal.
sebab musang bukan la besar mana.
aku biasa nampak musang area rumah aku ni. stock kenit2 je pun.
ni bunyi tu macam berat la yang berjalan tu.
so aku abaikan je la.
lama weyh ulang alik tu macam apa yang kau buat sebenarnya kan.
around 5.30am macam tu senyap.
sebab time tu nak subuh kan, surau pun dah start mengaji bagai.

mula-mula la aku seram.
lama-lama tu aku pikir memang la kot musang.
mungkin king musang kot yang berjalan tu.
nampak situ? king musang yea. sebab if aku sebut musang king tu dah lain dah. tu durian. heheh.

nway, selalu timing bunyi tu mesti nak subuh macam tu.
tapi semalam lain pulak.
elok aku dok edit expose mistik tu dia galak berbunyi.
seperti biasa ulang alik la.
then settle siapkan entry tu dia sepi.
elok aku main game semua apa bagai.
then aku buat entry ni dia bunyi lagi.
entah. takda apa kot kan.
maybe musang la, sebab tu bumbung rumah ni banyak jahanam.

eh jap.
tiba-tiba aku teringat.
dulu masa aku kecik. pernah jiran cakap dorang nampak atas bumbung rumah ni dorang selalu nampak ada 'harimau'. if u know what i mean.
ok tak kelakar.
takkan kot kan? ok positif positif.
*musang..musang..musang…musang..musang*

so what does the fox say???

p/s: auto publish entry n cerita aku sendiri. so takyah la tggu segment expose mistik ke apa eyh.

7 Comments:

Myne Khalid said... [Reply to Comments]

Bace je dh seram peej weh..

Melora said... [Reply to Comments]

Hi peej

Kadang kadang umah i pon bunyi camtu... Bunyik orang ulang alik kekadang macam bunyi cakar bumbung..serious ingat kak ponti, husband I cakap musang... I tak caya sebab bunyi serious macam orang berjalan.. Pastu hari tu Memang nampak memang musang la... Serious menakutkan ... Selalu bunyi dalam kol 4 5 pagi

Mel

Unknown said... [Reply to Comments]

Mmg musang..he umh parents sy pun mcm tu....sy pun scary memule...hihi

Adi Solikin said... [Reply to Comments]

Babe, kalau bukan musang maybe biawak.
Sebab rumah nenek aku dulu pun memang selalu bunyi2 macam tu, pastu kadang2 bunyi benda berguling2 atas siling tu. Tu biawak punya keje la tu. Dia panjat lalu rain gutter punya pipe tu. Aku selalu nampak. Dahla umah nenek aku punya pipe tu guna besi, bukan pvc mcm sekarang ni so imagine mcm mana bunyi cakaran tu kalau dia menggelungsur turun. Sebagai penyelesaian makcik aku letak batu besar depan lubang pipe tu so biawak tu xboleh lalu dah

acikpurple said... [Reply to Comments]

aah betul mmg musang .rmh sy pun.mula2 terpikir ada org minyak tp mmg musang haha.tapi kalau nk taw ada musang ke x, mcm rumah sy ni mmg akan ada taik dia or ada buah2 yg terabur kat lantai everyday....tu tanda ada musang la..kalau x dak may b harimau! haha.

tifa anvar said... [Reply to Comments]

Bc pn dh scary

UnaChenta said... [Reply to Comments]

Salam peeja.. Cerita pasal bumbung ni..aku ada peristiwa mengerikan waktu kecil time tu di kampung mama. Kan rumah kampung.. Dorang pakai bumbunh zinc. ( betul ke ejaannya? )... Tengahmalam tengah syok tidur.. Waktu sunyi2 tu..tiba2 ada 'benda' landing kuat kat atas bumbung..ngam2 kat atas kepala wuwu..terkejutlah!..kejutkan sepupu sebelah dia pun dengar.. So saspenlah dua2.Taklama lepas tu..dengat bunyi macam benda kena heret. Tapi sekejap2... Kami dah x senang..bangun dan pindah ke dalam bilik.. Sepupu dah bangun..buka Al-Quran dan baca ayat suci.. Satu malam tu x tidur.. Dengar benda tu buang2 batu pulak!.. Dia buang batu kecil2 tu dan batu tu jatuh betul2 dekat tingkap bilik yang kami tidur tu... Wuuwu x beh tidur..bising betul!.. Peluh menitik di dahi pun aku biarkan saja sebab stok pura2 tidur gitu!.. Bila dah siang.. Cerita benda ni dekat jiran.. Rupanya malam tu..ada orang kampung nampak benda tu terbang..kalau kat sabah dorang panggil balan2.. Yang makhluk terbang dengan isi perut saja dan kepala tu... Dorang kejar dan pukul... Tapi dapat melarikan diri... Itulah kot dorang this village people eceh.. Buat konklusi..balan2 tu cedera dan menjadikan bumbunh rumah kami tu macam rnr kawasan berhenti dan rehat ahaks!.. Tapi aku konpius juga.. Kat atas bumbung tu banyak batu eh?.. Dan kalau dia buang batu2 tu..dia buang pakai apa?..kan benda tu xda tangan..mungkin dia pakai mulut kot? Sekian komen terpanjang daripada saya . Lariiiikk!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...