Instagram : @peejburhan

tersentuh

as usual petang aku akan post barang.
pergi ngan MrB.
lepas settle post akan singgah mana-mana makan.

hari ni makan nasi campur. boleh tahan la.
nasi putih, rendang limpa, sambal goreng, terung sambal n begedil.
laki aku pun makan sama.

tengah makan tetiba datang sorang orang tua ni. lelaki.
aku rasa maybe pakistan kot.
biasa la pakai baju pakistan yang putih tu, ketayap, janggut panjang.
dia mintak sedekah, as usual laki aku akan bagi.
aku ni bab-bab sedekakh tak tentu hala ni memang hampeh.
aku jenis tak suka nak bagi if datang-datang kat meja ni.
macam keji kan. tapi aku macam tu. if betul aku nak sedekah aku buat cara lain.
anything else except datang meja ke meja ni.
tapi laki aku if lepak makan 3-4 orang berlainan datang sekali pun mesti dia akan bagi.
kadang aku bising, aku kata some sendiket la apa.
nanti kena sound balik, dia kata dia ikhlas. if apa orang tu buat lepas tu antara orang tu ngan Tuhan.
ye la pakcik.

so nway, lepas dia dah bagi tu.
orang tu pun pergi la.
sekali laki aku panggil balik haji tu.
dia panggil haji la. tak sure la haji ke tak.
sekali laki aku suruh orang tu makan. suruh amik makan n order air.
then lepas orang tu makan dia tambah duit sedekah lagi.

aku macam sebak.
laki aku ni takda la perfect. hebat pun tak.
tapi satu la perasan, hati dia ni baik la.
bila jadi tadi aku teringat kisah beberapa tahun lepas.
lama dah la. time tu couple lagi.
aku ngan dia makan McD.
tetiba ada lelaki india umur 40an kot mintak sedekah kata tak makan la apa.
ok dia takda la kata sedekah. aku lupa la apa. mintak duit nak makan kot.
so laki aku suruh dia order je apa nak kat mcD tu. pastu dia pergi sama n bayar kan.

maybe la bagi setengah orang aleh belanja makan pun kecoh.
memang, berapa sangat la.
tapi aku macam tersentuh pulak hati ni.
pikir ada orang yang hati baik macam ni. *laki aku la tu*
i mean seumur hidup aku, aku sendiri tak pernah la tetiba nak buat macam tu.
aku jenis pengesian jugak. tapi takat sedekah pun duit je la pun.

terus rasa macam, andai kata satu hari nanti.
laki aku kesusahan, dia dah tua n all, ada la insan yang buat macam ni jugak untuk dia.
aku terpikir-pikir je tadi perasaan orang tua tu.
maybe betul dia lapar sangat. takda duit pun nak makan.
tau la cost of living sekarang macam mana kan.
dia minta sedekah pun. kata la orang bagi 1-2 ringgit. yang bagi.
dapat yang perangai macam aku tak bagi kan.
so agaknya apa la dia makan kan.
so mesti happy je dapat makan.
contoh if aku la tak dapat makan n kelaparan, ada yang aku menangis emosi kot.

bersyukur la hidup ni.
maybe takda la kaya raya ke apa.
tapi Alhamdulillah setakat nak makan tu lepas la kan.
kadang benda-benda macam ni la buat hati rasa terusik n teringat balik kenapa la aku kahwin ngan dia ni.
biasa la, ada time suami isteri bergaduh. time tu menyampahnya bukan main la.
rasa macam benci gila la.

tapi ye la. mana nak ada orang perfect kan.
tapi yang pasti aku tau laki aku ni, if aku sakit ke, apa ke. aku tau dia akan jaga aku.
ingat lagi masa aku nak kahwin dulu, mama pernah cakap, "takpa la tak senang sangat. rezeki orang kita tak tau. tapi yang pasti mama tau ben ni kalau kau kawin ngan dia if jadi apa-apa mama boleh tumpang duduk ngan korang."

tu aku rasa betul. pernah apa berapa kali dia kata kat papa n mama duduk je la ngan kita orang.
aku yang muka berkerut2. haha gila apa.
aku malas sebab kang aku tekanan mak aku asyik bebel aku pemalas. hahahah
macam baru-baru ni mama bergurau kata mama nak jual la rumah setiawangsa.
mama renovate rumah kau kita tinggal sana je. aku n papa geleng2 kepala.
tapi yang Mr.B kemain sengih panjang lebar angguk2 kepala suka.

bagus la dia. hati baik suka menolong orang.
tapi tu la kadang baik sangat orang pijak kepala.
tapi suka dia la, dia ok. so aku pun malas nak pikir.
ye la setiap orang ada buruk dia. tapi ada baik dia jugak kan.
macam aku la, pemalas baq ang. tapi ada kelebihan jugak, cantikkkkk orangnya *wahhaha nak jugak*
so sesama la menerima kekurangan n kelebihan masing2.


birthday dia sabtu lepas.
dia tidur je pun so takda kacau.
dia terjaga kul berapa pagi terus nyanyikan lagu birthday n kita orang pergi makan McD.

birthday yang ke 38.
ingat lagi masa memula jumpa dulu dia baru nak sambut birthday yang ke 28.
sedar tak sedar dah 10 tahun berlalu.
tapi tu la jodoh. dalam pada taknak dulu tu kahwin jugak ngan si tampok manggis ni.


hadiah pun tak tau nak beli apa.
sebab 2 bulan lepas kan dah bagi hadiah birthday advance.
nak beli memahal lagi i is pitam la.
so belikan perfume je cukup.
kemain semangat balik terus mandi pakai shower gel, after shave n perfume.
melampau sangat. sampai dia dah keluar 20 minit bau tggl lagi kat rumah.
mmm dap. eh

11 Comments:

chics said... [Reply to Comments]

Eh sedihlah cerita ni tapi insyaalah, tak akan pernah susah kalau kita tolong dengan hati ikhlas. Kata orang rezeki tu tak pernah putus

Aku percaya sangat dekat benda tu


f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

Happy bday encik ben! Semoga pjg umo murah rejeki blh jaga peeja smp bila2 :)

inahornaw said... [Reply to Comments]

Peej!untungnya dapat suami penyayang dan murah hati macam tuh!semoga korg berdua bahagia ke syurga!payah tau lelaki yang pikir pasal org lain zaman skrg.byknya yg jual ikan(selfish) je kot kat luar....

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

hai peej..

lama x menyinggah nak komen.sebenarnya bagus Ben ni.serious wehhhh..susah kot nak jumpa lelaki mcm ni.

ustaz/ustazah/prof.muhaya yang aku selalu dgr kat radio ikim selalu cakap, bila kita ikhlas dan banyak memberi insha Allah rezeki kita tak akan putus.seriously wehhh..mcm chics cakap..

mudahan-mudahan lepasni dan akan datang rezeki korang berdua murah.Tak kaya sangat pun tak apa, tapi duit tak pernah putus...Amin...

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

hai peej..

lama x komen kat blog ko ni.tetibe pulak terasa nak mengkomen..

bestnya Ben..serious weh, Ben punya hati yang baik. Susah beno nak carik lelaki mcm tu.

aku selalu dgr ustaz/ustazah/prof.muhaya cakap kat radio ikim, kalau kita banyak memberi rezeki kita tak akan putus. mcm chics cakap tu. Apa yang kita beri, itu yang kita dapat...serious weh, aku baca pun mcm tacing. akupun nak jadi mcm ben pun payah bebenor..

semoga rezeki korag berdua lpsni akan murah lagi dan bertambah-tambah. tak kaya sangat tak apa. Tapi duit tak pernah putus..Ameen..

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

Boleh tak ku kata "wah mr ben sungguh gentleman"... dari serba serbi dia bagus, baik, rajin, pemurah dan sbgnya.. untunglah peeja

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

InshaaAllah. Satu tangan menghulur sepuluh balasan kita akan terima.

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

Touching. Moga rezeki kau sekeluarga bertambah peej. Insyallah.

Xuriana said... [Reply to Comments]

pija,

kau sama dgn aku. aku pun kalau bab peminta sedekah selalu pikir sindiket. tapi ajib jenis akan baaaaaagi je. :)

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

wahhhh.. i is touching baca entry ni... :(

kalaulah bekas laki i dapat terima kelemahan diri i sama seprti i dapat terima kelemahan diri dia, tentu kami tak berpisah ...



Truth.be.told! said... [Reply to Comments]

I agree with you..
Not that stingy x mo bg derma, tp nowadays if kita bg & those are sindiket, actually kita 'galakkan' lg ramai sindiket buat cmtu coz malaysian is too nice.

Betul.. kita mungkin ikhlas, tp memberi tanpa menyelidik is irresponsible. my 2 cents.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...