Instagram : @peejburhan

terpaling nikmat.

eee lately ni asyik la rasa nak makannnn aje.
asyik la lapar tak pun otak dok pikir makan je.
maybe jugak sebab musim. sejuk2 ni rasa nak makan aje.
wahhh matiklah salahkan musim padahal dasar kuat makan kan.

kelmarin paling melampau.
dah la dinner dah makan nasi lauk paprik, kailan ikan masin, telur dadar n daging halia.
selang 2 jam makan daging burger double ngan cheese. huihhh.
selang sejam tetiba makan onion rings pulak.
pastu balik rumah golek2 tetap lapar. hahaha gila.

ni kala menaip pun lapar gak ni.
tapi tak larat nak keluar. ok tipu la tak larat.
bukan tak larat tapi malas.
so ni tengah tunggu maggi lembut.
makan maggi cup ayam. harap bertahan kelaparan ini.
masalahnya 2 jam tadi aku dah makan roti n chilli tuna. gila ke apo kan.

nway as usual cubaan mendelete pics dalam library.
jumpa pics ni semua.
tak sure pernah share kat blog ke tak.
tapi dah alang ada tu sebelum delete lets tepek.
takda jalan cerita tapi biasa la orang mental kan suka amik pic makanan. hahah.

:: beef burger kat la bodega. sedap bak ang. tambah cheese n mushroom. fuhhh. ::

:: paella. pun kat la bodega. sedappp. makan ngan tobasco. uikss telan2 air liur lak tengok. la bodega ni sekali sekala boleh la uolls. matiklah berdua je makan tapi bil rm100++ kan. tapi puas hati kesedapannya ::


ini adalah terpaling heaven.
aku tak sure pernah ke update. kalau pernah, korang redha je la siaran ulangan kan.
ini adalah lempeng kelapa. woiiii sedapppp.
makan pulak ngan sambal ikan bilis.
ikut hari kadang pakcik buat kari ikan bawal, kadang buat kari kambing.
gila kau sekali makan 2 keping sampai lepas tu menyesal dalam diri.
laki aku lagi melampau makan 3 keping. macam ka jakun tak pernah jumpa.
masalahnya memang seumur hidup ni pertama kedai aku jumpa jual.
selalu nak makan sila buat sendiri.

ok serious tengok pic ni rasa this weekend nak pergi lagi.
tapi tu la problem. kata sarapan kan.
kami laki bini geng burung hantu kan.
so possibilites nak bangun pagi pergi breakfast amat tipis.
usually aku akan tak tidur. laki aku tidur.
nanti around 7ish semangat weyh kejut dia sarapan. hua hua. sedapnyaaaa.

oh andai kata aku tak pernah cerita.
meh bagi tau mana kedai pakcik ni.
dia area taman melati yang perumahan teres tu kan.
area kedai ada 7eleven tu kan ada surau area tu.
so gerai ni bebetul opposite surau tu.
if surau belah kanan kau. kau tengok kiri.
ada rumah flat situ.
so kedai tu ke dalam area flat tu.
kau akan nampak banner antaranya dia tulis lempeng kelapa.
heaven woihhh. menangis makan.


ni jugak antara fav aku. pan mee.
kalau pergi festival city mesti nak pekena ini.
kalau tak sempat makan harus nak bungkus bawak balik. sedapppp.
dia kat stall tingkat 2 tu. ikut escalator tengah tu.


:: bermacam takoyaki telah ku cuba, takda yang sesedap tako tao. pasti wajib octopus yea. taknak lain. *telanairliur* ::

:: ni makan kat little wok. beef fried rice. ok la. makan ngan cili padi potong kan ::


ni kat madam lims.
ada sekali tu makan ngan Mr.B.
usually amik nasi n lauk2.
sekali nampak meja sebelah order mihun ni. macam sedap.
nampak tak buruk lantak situ? ada makanan sendiri tapi sibuk perhati makanan orang. haha.
nway, ada sehari tu aku macam terasa2 nak mihun sangat2 la.
paling terbayang mihun kat situ la.
sanggup weyh buat urusan kerja apa semua.
n redah2 sorang2 semata2 nak makan mihun.
sekali makan rasanya tak macam aku imagine. ok la.
tapi ni jenis mihun masak pakai sos tu. so manis sikit la.
aku kan suka pedas. gitu.


ni pun antara favourite kak ton.
mihun kari papparich.
ada sekali tu ternampak ceera update kat mana tah.
eh mihun kari. lama tak makan. nakkkk.
harus dalam minggu tu jugak terjah.
aku tak suka mee gemuk/mee kuning. so memang akan request mihun.
sekali elok makan memang mihun. sekali sikit je mihun bawah tu mee gemuk ok. kiwok betul.
aku malas nak mintak tukar. aku lapar gila kot time tu dah petang tak makan lagi.
kang kena tunggu. so aku habiskan mihun n some isi je la.
balance aku bagi laki aku, sebab dia suka mee kuning tu.

so amacam?
tertekan tak tengok pelbagai makanan aku tebarkan?
takpa jangan gusar or marah. sebab aku sendiri tertekan ni.
cis update entry makanan time kau lapar tetengah pagi ni adalah tak kelakar ok.
oh ye ni auto publish. so bayangkan aku atas katil meniarap, bukak aircond sejuk2 ni, air liur bertakung boleh buat kolam.
cobaann.


8 Comments:

Aliah Nuqmans said... [Reply to Comments]

peej nak makan lempeng meh lepak umai cafe kat presint 2 putrajaya.
ctu dari 9am sampai 11pm..
aktiviti melepak saban minggu kat sane. heheh

bubur.. lempeng.. cekodok.. cucur udang.. pulut ngn rendang sume adooo.. goreng2 ade.. western pon ade. makan sambil layan view tasik.

hehehhee sodappppp

dulu sy ade cerita mkn kt ctu. tapi masa tu mkn western aje. kawan belanja.

http://lurvenuqmans.blogspot.com/2012/07/umai-cafe.html

Shahrizat said... [Reply to Comments]

samada tanda nak period atau nak mengandung kalau makan selang 2 jam ni...

strawberi said... [Reply to Comments]

tako tao kan tu..ade kt jusco maluri jugak..n few outlets lain..kalo yg nama lain..mmg tak sedap...tako tao je sedap...yummy

intandayani said... [Reply to Comments]

Kau memang kejam Peej..Tersentap selera gajah aku tengok pic makanan ko ni

peej said... [Reply to Comments]

@Aliah Nuqmans

aku paling la malas drive jauh2 ni.
sebab tu pusing2 memang carik makan area dekat2 je.
tak sampai tahap sanggup jalan2 cari makan.

peej said... [Reply to Comments]

@Shahrizat atau tanda2 seorang yang kuat makan.

peej said... [Reply to Comments]

@strawberi
kan yang lain memang tak berapa sedap. yang kat sushi king pun tak best.

peej said... [Reply to Comments]

@intandayani
hahahha. syabas.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...