Instagram : @peejburhan

si kitot.

gila pemalas update sekarang kan.
memang pun. hahaha.
dah la kemain payah lena pagi tadi. rasanya nak 8am macam tu baru tidur.
syabas.
itu pun tadi bangun sebab banyak call masuk.
rupanya ada customer dah depan rumah nak amik barang. hua hua.
dia memang kata nak amik today, tapi tak cakap pukul berapa nak amik.
haaa merasa la bertama 10-15 minit kat depan.

nway, since pics ada. n ada tanya kenapa lama tak cerita hal kucing.
hah ni dia meh cerita.

aku now memang jarang nak bagi dorang masuk bilik.
nanti aku stress sebab ada yang panjat almari.
ada yang nanti panjat chest drawer. sakit2 jantung aku bila dorang masuk nanti.
tak tenteram la.
tapi moolat jenis pantas.
aku tak tau la dia tu.
macam aku rasa aku dah pecut gila ni bukak pintu selit masuk terus tutup.
tetiba nanti meowwww, tgk dia dah bawak kaki.
oit laju nyaaaa!

kalau seekor dua sometimes bagi la lepas.
sebab if macam tu usually dorang akan tidur je. ada aircond kan.
tapi if semua masuk merasa la kecoh.
sebab tu ada sekali tu semua dapat masuk kemain happy.



rimas sebab nakal semua.
tapi bila semua dah start santai macam ni geram je kan. comel. suka.

oh satu lagi perangai suka masuk toilet tu la.
dorang ni kau bagi air mineral ke.
laki aku over siap masakkan air ke apa.
tetap suka masuk toilet nak minum air baldi.
kadang siap take turn.


nanti ada yang minum daripada lantai.
ada yang daripada baldi. dah jadi kerja kena penuhkan baldi.
aku tak guna air baldi except cuci kaki.
laki aku ni kekampungans memang mandi pun pakai air tu. hahha.
so if nanti dia tak penuhkan aku lak yang sentap.
ye la sian kucing iolls nak minum tengok air tak penuh. mana sampai.

paling tak tahan bila aku membuang ke apa.
semua la sibuk. yes aku kan suka tak tutup pintu.
nanti semua minum sana sini.
tetiba moolat tu datang dia boleh macam berdiri macam riri ni tapi kat mangkuk jamban.
e e ehhhhh. melampauuuu. terkejut aku. terkepit kaki kejap. haha bongok! kau nak tengok apa tu?


situasi biasa. asal orang sibuk buat kerja je, mesti ada yang menyobuk sana sini.
riri ni bulu hitam.
tapi ada part bulu putih. macam beruban pulak tengok. hahha.
tapi paling lawak yang part bawah tu elok 3 segi bulu putih macam pakai bikini bottom.
pastu kat area ketiak tu pun bulu putih. dah macam bulu ketiak lak.
tetek2 dia tu apesal macam tu sebab dia kan ibu tumpangan.
bukan ada susu pun tapi milli n moolat suka benar isap tetek milli.
milli pun pasrah je.
siap ada sekali aku bawak riri masuk bilik.
menjerit2 milli kat luar bilik nak masuk.
aku bagi masuk je terus pergi ke riri nak hisap tetek. macam-macam hal.

:: percubaan bukak pintu sebab nak pergi minum air la tu ::


ni namanya moolat
antara terpaling manja n kesayangan jugak ni.
comot sangat muka tapi sayang.
selalu dia n riri la dapat masuk bilik.
sebab jenis tak banyak kerenah. masuk pusing2 kejap pastu baring n lama2 tertidur.
yang lain jenis nakal n bising. aku rimas nanti.
riri sometimes bising jugak.
tapi moolat ni tak. memang elok diam je.





haaa pilih kasih kan.
memang ni je la selalu yang lepas masuk. hihi.

semalam cuti kan post office.
so ada masa terluang petang tu bawak kaseh n mochi pergi vet.
sebab laki aku bising dah lama sangat kaseh kat luar.
baiklah mari ke vet. aku takda masa pergi.
ada je hal. if ada masa terluang pun akan ku luangkan untuk duduk rumah je tak kemana.
so takleh tunggu. mari la bawak mereka.
pergi untuk vaccine dulu.



excited lebih laki aku.
sebab dia tak pernah pergi kan.
pastu bila vet cakap kucing dia bersih, bulu cantik, kutu takda bla bla.
pastu kan doktor keluar sebab amik ubat la apa.
kemain dia, "tengok la siapa yang jaga. mesti terbaiklah."
malas aku nak layan. hahah.

tapi memang pun dia memang penyayang berlebihan.
aku jenis suka la kucing tapi takda la melampau teliti.
laki ku tak. if kat kedai makan if ada kucing mintak makan, tapi let say dia tak makan benda yang boleh bagi ke kucing. siap beli ikan goreng kat gerai tu khas untuk kucing. amboih.

rumah aku kan banyak kucing luar keluar masuk tumpang makan kan.
kemain memacam kucing sayang dia.
pantang dengar bunyi gate or laki aku balik.
berlari daripada bermacam arah kucing2 ni datang sebab tau makan timeee.
now latest ada kucing kecik, bagi nama kitot.
siap laki aku pakaikan collar berloceng.
comel je nanti kita orang balik dpd mana2 dengar la bunyi loceng datang, tau-tau kitot tu muncul je tunggu nak makan.


kasih ni since duduk luar makin kembang lak bulu.
ikutkan dorang nak suruh tunggu 2nd vaccine. then lepas tu baru boleh sunat.
tapi campur2 lagi sebulan. hoi lama.
so takpa mochi kita tunggu.
tapi ceceh dia kata boleh la. so ceceh kita sunat next week.
pastu lepas tu ceceh kembali bertahta kat rumah yea.
harap perangai lepas tu ok la ye.

sekian cerita kucing.
ahkak nak buat kerja now.
ta-ta


4 Comments:

~SESEMUT~ said... [Reply to Comments]

hamboi hamboi.. siap atas sampin tu cantik jer landing..

babe , kucing takyah bagi air masak, sebab air masak dia xder bau , tu pasal diorg takmo minum
air kat bilik air tu air dr paip, dia ada bau yg cukup menyelerakan utk diorg minum...

sekian , mak kucings

ieda iedana said... [Reply to Comments]

murah rezeki akak dengan Mr B jaga dan bagi makan binatang.... =)

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

Hewah ko...siap duduk atas songket! Beralas macam raja.

Seronoknya dapat gomol2 pegang2 badan kucing. Lagi2 dapat pegang hidung basah diorang. Terhibur bila dapat baca kisah kucing2 ko peej. Aku jeles, sebab aku tak boleh membela kucing. Bukan disebabkan aku yang mengada tak boleh dekat dengan kucing or family aku tak suka.
Tapi ini semua sebab nak elakkan kucing yang dijaga dari kena pukul dengan jiran sebelah rumah aku. Jiran aku ni zalim dekat haiwan. Sampai berdarah hidung kucing tu dia pukul. Kalau kurung dalam rumah 24 jam, kesian pulak dia nak bersosial dekat luar kena sekat. Satu hal lagi area rumah aku ni tak tau mana datangnya orag veitnam kemain ramai...nanti tak pasal2 kucing aku jaga hilang badan tinggal kepala je kena makan. huhuh.

Oh, btw..tolong ramaskan muka si moolat tu. Buat pose seksi pulak baring terkang2...

R.R.Z said... [Reply to Comments]

tolonglahh faham!!
kucing awk comel sgt ni..


Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...