Instagram : @peejburhan

seram-seram manja la sangat

hari tu kemain ramai kan dok komen pasal cerita banglo seksyen 2 tu.
dia buat drama yea?
aku tak dapat tengok time tu sebab aku takda kat rumah kot.
ramai la kata seram la apa.

tunggu jugak kot ada ulangan ke apa.
tapi takda pulak.
tapi akhirnya tadi dapat la aku tengok daripada website.
chesue share.
dia tengok cerita lain.
bila bukak tu tengok ada lak cerita banglo seksyen 2 tu.
so tengok tu dulu la.

ok la cerita dia.
agak slow memula.
n rasa macam bongok2 jugak la.
tapi bila kau tengok pepagi buta.
sensorang lak tu. n suami dah confirm elok lena.
agak seram gak la. mengeletik2 jugak la kaki sambil tangan tutup muka seram.
pastu rasa tak seram balik.
pastu rasa macam menyampah.
tapi yang pasti after settle tengok cerita tu sampai habis.
now aku haus, aku macam seram pulak nak keluar pergi amik air. gagaga
hampeh betei.

tapi tu la aku nyampah ngan cerita hantu sekarang.
sebab korang perasan tak since cerita juon muncul.
dan-dan la cerita hantu kita pun semua nak stock merangkak2 meniarap apa bagai.
what the hell.
kalau ingat zaman dulu mana ada kot cerita hantu gitu.
cerita hantu kita semua stok berdiri elok. melintas ke. terbang ke. lepak akt pokok ke.
now? sibuk nak merangkak. eh kau dah kenapa kan?
satu lagi since cerita omputeh hantu merangkak panjat dinding.
cerita hantu kita pun nak macam tu jugak.

e eh aku ni kemain menaip kondem.
tiba-tiba al-serams la pulak.
kang sibuk nak kata menyampah la. mana ada hantu melayu gitu la.
kang nampak sendiri baru tau.
aaaa dont want.

kelmarin noy ajak tengok wayang.
since lama tak tengok wayang n keluar.
so ok aje la.
keluar berempat aku, MrB, noy n PG
tengok cerita paku.
aku ni ikutkan malas tengok cerita melayu kat wayang.
sebab rasa macam tak berbaloi bayar rm20. menyakitkan hati je.
memang membazir pun.
macam tak scary langsung cerita paku tu.
pelakon pulak semua sendu. pastu make tebal macam cake.
ada satu part je yang aku seram la.
masa ada part perempuan ni naik lift nak lari la.
tapi kena kacau la apa.
sekali bila lift terbukak, dia keluar dia kat highland tower.
eeeiii seram pulak memikirkan if la betul.

kenapa aku seram lebih?
sebab hari tu kan ramai share kisah highland tower.
sempena 20 tahun since kejadian tu berlaku.
so aku dok baca la kisah sana sini.
kronologi la. kisah dia yang keluar history channel tu.
tah kenapa aku macam seram n cerita tu menghantui aku.
dorang lak share2 pics mangsa2 tu. bukan la pics dah jadi mangsa.
tapi pics dorang la. tah kenapa muka2 tu dok la bermain kat pikiran aku.
so macam seram.
pastu bila penyelamat time tu kata masa dorang jumpa mayat2 tu kan.
after 6 hari dah busuk area tu.
pastu mostly mayat jumpa kat area tangga. ye la nak lari kan.
so mayat kebanyakannya berpelukan n all.

so masa tengok movie paku tu.
memang dia amik kat bangunan highland tower tu.
nampak la struktur rumah tu kan.
tetiba aku terbayang muka2 mangsa tu semua kat situ.
tak reti nak explain. tapi i is seram.

oh satu lagi cerita paku tu part aku seram yang.
time nak tidur laki dia dok baca ayat kursi.
sekali bini dia sebelah tu nafas dah macam kerbau menahan seksa.
muka dah ngeri gila.
oh cerita dia pasal bini dia mengandung mati dalam runtuhan highland tower gitu.
tapi laki dia ni takleh terima kenyataan bini dia mati. sebab terlalu sayang bini.
so dia mintak tolong dukun hidupkan balik bini dia la.
so tu yang paku tu. macam kisah paku pontianak gitu la.
eiii ada laki macam tu kan.
yang aku lepas abis cerita tu cakap kat laki aku, "moling tu jangan paku ite tu tau."
wahhhh confident. silap aku mati laki aku pesta.

haaa cerita banglo seksyen 2 tu satu lagi aku seram tadi part yang kawan dia nampak kawan dia sorang lagi atas katil.
dok senyap je keras.
cakap ngan dia pun tak layan tak apa.
pastu dia malas layan dia turun bawah, sekali nampak kawan dia tu elok ada kat bawah ok.
tak kelakar ok. tapi sebab mamat tu berani.
dia tanya kawan dia tu kau bukan kat atas ke tadi?
kawan dia kata tak.
terus dia pecut naik atas balik nak tengok.
sekali atas katil tu ada orang elok baring dalam selimut ok.
fuckkkk. tak kelakar.

benci ah benda macam tu.
tetiba teringat masa kat asrama dulu ada cerita kawan aku ni.
sama2 form 1, roommate dia form 5.
dia ni demam. so tau la tak selesa tidur malam asyik terjaga.
sekali dia terjaga pandang la katil roommate dia.
boleh tak akak tu elok tidur kan.
tapi ada satu lagi akak tu tengok duduk hujung katil memandang arah tingkap.
so macam ada dua di situ. eeeiii. not likeeee.

tetiba aku seram adakah sebelah aku ni laki aku ni?
ke bukan sebenarnya?
eh memang dia kot. cara dengkur n kentut2 time tidur.
memang tak lain tak bukan la. memang dia.



5 Comments:

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

Hahaha siap kentut time tido. Mula2 seram jugak baca entry ni terus tak jadik seram hehe. Cita banglo tu mmg ngeri. Baca jek pun tapi. Kalo betol mengalami mauu pengsan dah kaann

akuiwana said... [Reply to Comments]

nak link website yg ada banglo sek 2 tu please?teringin nak tgk tapi rumah takde astro wuaaaa

peej said... [Reply to Comments]

@f.i.e.z.a

tapi ketara kot kan.
i mean banglo tapi sewa rm50. kat situ je dah sesuatu.

peej said... [Reply to Comments]

@akuiwana

godam.org

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

Hahaha ko ni mula2 cerita seram, lepas tu last2 lawak :DD betul ke cerita banglo tu atau sekadar urban legend? jengjeng.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...