Instagram : @peejburhan

scandal


ni yang malas nak tengok tv series ni.
sebab bila dia on break tu tertekan jiwa dan raga nak tunggu sambungan tu.

antara cerita yang aku follow adalah scandal.
cerita political scandal.
aku ni tak berapa suka politik. sebab sakai sangat. wahahha.
so masa mula-mula nak follow cerita ni macam tak berapa nak mari je.

tapi aku kan subscribe ellen show kat youtube.
so si ellen ni tak abis2 la dok puji cerita scandal ni.
macam ke best bebenor la.
so start google pasal series ni. politic. macam tak best je.
tapi since aku suka pelakon perempuan watak utama ni.
suka tu, daripada zaman save the last dance ok. zaman mak remaja uolls.
ok apa kata give it a try.
tengok pulak baru ada season 1 time tu. baru habis la season 1.
ok la. aku kalau nak follow cerita biar baru. if dah terlalu banyak season malas nanti.

mula-mula kasi download 5 episode je dulu.
tu pun berkurun download tapi tengok nya tidak.
bila betul2 free n relax baru tengok. amik kau.
non-stop. terus marathon uolls.
menarik gila jalan cerita pastu jenis ending tergantung n mendebarkan memang wajib tengok episode seterusnya.

ni baru lepas layan season 3 episode 10.
sekali on break la pulak!!!!
sambungan hujung feb nanti. hoi tekanan hoiii.
dah la ending tadi macam gempak gilaaaaa.

aku malas follow banyak sangat tv series.
nanti tak jalan kerja aku.
bulan ni dah la busy bebenor.
aku nak update blog pun tak sempat ni uolls.
i mean proper update yang siap transfer pics apa bagai tu la kan.

hari-hari ku pack.
sebab bulan ni kan aku buat everyday postage.
sebab kalau tak menangis nak angkut barang nanti.
everyday ada je la benda kena buat.
siang busy pack barang, petang post.
then kadang ke sana sini.
kadang berulang rumah mama hantar stock.
malam balik mengemas apa patut kejap.
laki ajak lepak. dia tu if aku kata malas ikut masam2 muka.
layankan je la. dia lak lepak mana reti kejap.
then by the time dapat online apa sangat aku boleh buat.
then tidur. then bersambung lak aktiviti harian.

so buat masa ni baik la follow beberapa ni sahaja.
so far aku follow scandal, the blacklist n game of thrones.
game of thrones takpa april nanti baru muncul season 4.
oh aku ada follow gak pretty little liars n carrie diaries tapi tu aku biarkan abis season dulu nanti download n marathon.
eh dah settle ke latest season dorang? tak check pun.
but so far paling suka 3 atas tu la.
yang carrie n PLL tu agak keremajaan la.

oh lupa nak bagi tau.
lepas ni COD dah takda kat rumah parents aku yea.
aku kesian la kat dorang, dah tua n tak larat.
dah la door bell rumah lak rosak.
so ngan mama takleh dengar. orang lak datang timing tak menentu.
kesian papa kena alert je. nak solat dia pass ke mama.
mama lak tak pasal kena duduk depan pintu jenguk2 if ada orang nak amik.
so kepada customer ku, if nak amik ke apa sila la amik kat rumah aku yea.
if takleh sila gunakan method postage.
if nak amik jugak sana, hanya bila aku ada sana, which ikut masa aku la ye.
n aku adalah manusia biasa yang ada laki, ada mertua, ada life yang sendu.
so takda aku nak ada sana 24/7.
so if nak jugak COD memang rumah aku sahaja ye.
ala tak jauh pun sana ke sini, beza 10-15 minit je pun.

sekian terima kasih.


Promo Tabita n Ephyra CLICK HERE

6 Comments:

Mrs.R @ Emi said... [Reply to Comments]

kalo kt 711 dh ada ke season 3?aku mmg sukaaa cite nih...berdebo2 kengkadang tu tgk...

FaTiN said... [Reply to Comments]

PPL saya mampu layan sampai separuh.. tak cukup thrill. Hehe

peej said... [Reply to Comments]

@Mrs.R @ Emi

tak sure la.
tak sabar nak tunggu keluar kt tv. so memang akan prefer download.
so kat sana keluar je esok terus download.

yana said... [Reply to Comments]

tgk la hostages, best!

Jumiyatul said... [Reply to Comments]

Peej! Kalau kau tengah carik drama nak layan lagi, please tengok ORANGE IS THE NEW BLACK. Something new for people like us! Best. and they just finished the first season!

ladyhermanas said... [Reply to Comments]

Peej hari tu aku terlayan cerita mistresses. Sedap gak weh. Channel berapa tah. Tapi cerita yg alisa mylano berlakon.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...