Instagram : @peejburhan

pening lalat

semalam tah apa kena takleh tidur.
busy marathon tv series kot. tu aku dah cerita kat next entry (auto publish)
sedar tak sedar rupanya dah pukul 7ish am ok time tu.
gilo.

tu takpa. dah ready nak tidur tetiba baru teringat.
dayummmm aku kena bawak ceceh pergi vet nak sunat tu.
ho man, dah la kena bawak pagi katanya.
dah ngantuk.
ingat nak tahan n nanti gerak.
tapi takleh jadi. ok takpa kita set jam. dapat lena sejam jadi lah kan.
takda makna. tak dengar langsung alarm. hahaha.
sedar around 10am pun sebab MrB kejut. dia nak pergi kerja.
oh dia memang macam tu, tak tau la jampi serapah apa dia bagi kat boss dia.
boss dia ok je dia datang lewat ke apa.

nway, nak pitam rasanya bangun menggelupur n tak cukup tidur.
melekat2 rasa mata n jalan pun terhoyong hayang je mcm mamai.
pergi freshen up sikit. siap n terus zass hantar.
kul 10.30 mcm tu baru sampai vet.

later singgah sarapan kat thurkahs.
layan perasaan je sarapan sorang. hahaha.


sedap weyh. aku suka.
laki aku ni if ajak nanti dia kata asyikkk thurkahhhh je.
tah bila masa tah asyik. rasanya last time aku pergi ngan dia ada lah setahun yang lalu.
so best je makan tosai, kuah kelapa n kari ayam.
tosai dua plisss. tapi lupa pesan taknak garing.
aku tak suka garing. :/

masa pergi tu ramai gak la orang.
so aku duduk meja hujung kat belakang. itu je kosong.
tapi aku rasa ada perempuan ni pekerja baru kot.
macam bangang je.
dorang nak prepare untuk lunch kot.
since aku sorang n meja besar. dorang dok la kumpul bekas kuah tu tepi2 aku.
pastu depan mata aku dia letak la bekas kuah kecik2 tu.
satu lagi besar kuah apa tah. dal kot. ke kari.
aku tak makan pun.
tapi lantak la.
paling takleh terima dia nak bungkuskan orang kot.
boleh dia membuat kerja bebetul depan muka aku.
guna bekas kuah tu. kau amik la kot ye pun. buat kat tepi.
aku macam tergamam je.
pakej kuah tu terpercik2 keliling aku. eeeiii gila.

balik tadi ingat nak terus tidur.
tapi banyak pulak kena reply customer.
so attend dulu.
now tengah menaip entry sambil layan mata sat lagi lena la ni.

nway, untuk customer harap maklum aku ni burung hantu.
malam berjaga, siang usually tidur. pagi la.
so kalau korang contact aku tak reply ke apa takyah kalut.
jangan dah bank in tetiba cuak aku tak reply ke apa.
tanya apesal aku senyap, apesal aku senyap.
aku tak telan duit tu la. aku cuma belum bangun maknanya.
tapi if la korang dah bank in. aku still tak confirmkan payment sampai keesoknya tu.
sila bg tau again.
ada kemungkinan aku terlepas pandang ke apa.
sebab kadang aku kat luar. aku check. tapi aku tak reply confirm payment.
sebab aku hanya akan confirm once aku dah catit dlm buku. *woah tadi hampir typo dalam bulu. wakakakka*

ok chiow.
nak tidoq barang sejam dua.


4 Comments:

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

"aku dh catit dalam bulu"??? HAHAHAHAHAHA. ok x leh bayang. sesuatu sgt tau typo. hahaha.

Schazaza Zober said... [Reply to Comments]

Peej, layan cerita mistresses tak???

peej said... [Reply to Comments]

@Buyuiazliana tu la. typo semua typo merbahaya katanyer.

peej said... [Reply to Comments]

@Schazaza Zober tak lagi. best ke? ni tengah nak layan hostages. settle tu kau try checkidaut mistresses pulak.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...