Instagram : @peejburhan

lazy sunday

lazy sunday sangat.
aku memang dah lama nak carik orang tolong bersih2 rumah sikit on weekend.
kira seminggu sekali je la.
rumah aku ni bukan la ada benda sangat nak bersih pun.
sebab MrB kan rajin vacuum la apa.
tapi still ada la kotor2.
contoh kipas, cermin2 tingkap ke, dapur, barang2 hiasan berabuk ke apa.
benda2 tu je pun.
rumah bukan besar. so takda apa sangat kan.

tapi tak tau mana nak carik.
then terpikir budak2 indon yang kerja kedai atas ni.
dorang siang kan free.
so mintak kebenaran kat owner kata ok ke if kita orang mintak dorang tolong.
owner kata ok. tanya dorang pun ok. so ok la.
sebab sorang tu jenis lembut sikit.
so owner dia selalu cerita dia jenis pembersih n suka mengemas.
so ok la kan.

tu tadi dorang datang la.
wah suka. datang berdua. sorang lagi pun budak tapi tu lelaki la.
baik2. so ok la berdua dorang buat.
gembira hati ini mana yang selama ni aku tengok berabuk now bersih kemain.
berbunga hati makcik.
ye la sendiri nak lap pemalash.
pastu tadi pergi dapur sendiri terkejut sebab oit kemasnya.
selama aku duduk sini tak pernah kemas begini. huehuehhueh.
beli nasi ayam n tebu. makan sesama.
aku ni memang pengesian sikit kan.
ok la kan. at least dapat dorang duit lebih kan.
daripada aku amik orang tak kenal.
sementara ada sini baiklah dorang je buat kan.

tak lama pun dalam 3 jam lebih gitu.
ye la takleh lelama nanti dorang malam nak kerja lagi kan.
biar rehat.
ni patut nak keluar.
nak ke rumah mertua. semalam laki aku ajak.
then ingat lepas tu nak ke klcc.
aku nak ke la senza. bra aku boleh sekali gus 3-4 jahanam sekali harung.
kong jaq betul.

tapi tu la. bangun awal tadi.
so ni macam ala2 mata kuyu n malas je nak gerak.
gerak satu hal la. nak bersiap tu malas kan.
tapi ni tengok laki aku pun bersantai je.
senyap je. bagus gak tu.
aku ni ikutkan lagi la malas nak keluar.
rindu pulak kat parents aku. nak dekat seminggu tak jumpa.
sibuk takda masa nak kesana.
dorang dah la eksyen bukan nak datang rumah aku.
nyampah.
tapi tak datang pun takpa.
kalau tak sibuk dok bebel kata rumah aku banyak kucing la apa.
pening arrr. pening arrrr.

nway cakap pasal kucing.
nak share pics kucing2 kesayangan.
walaupun kadang syaiton sangat.
tapi bila time semua terbongkong n aksi manja tu takleh tahan.


:: milky paling pemalu n paling penakut orang ::

:: nak keluar tengok dia jenguk macam ni. fav spot lepak kat atas shoe cabinet ::

:: ni amik tadi. lazy sunday. semua lepak sama2. ::


ceceh yang kemain macam boss.
lepas spay dapat masuk rumah kemain suka.
tapi as usual tak ngam ngan yang lain.
dia daripada dulu eksyen. padahal anak2 dia gak. tah apa2 tah.

alaaa. tetiba laki aku kata, "jom la."
aaa penatttt nak rehat je.
tapi kang mat sentap pulak.

2 Comments:

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

Bersenang lenang ye korang melepak hujung minggu.
Yg pkai kolar loceng kuning tu, muka curios je..nk mengedik pun ya gak...comel.

peej said... [Reply to Comments]

@Ainur Izzati Ahmad muka busy body sangat kan

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...