Instagram : @peejburhan

kitotttt.

ingat that the other day aku cerita pasal kitot.
kitten kat luar yang selalu datang rumah makan tu.
nak bagi masuk takleh tau la rumah aku pun banyak kucing.
nak kurung kat cage luar dia tak suka. bising.
ye la sekat kebebasan dia kan.
so biarkan je la dia.
laki aku cuma pakaikan collar supaya orang tau tu maknanya kucing ada tuan.
bukan liar ke apa.
aku syak dia pun kucing orang lain kot.
so cukup la kita orang tumpang manja n bagi dia makan je.

as usual semua kucing kan nampak kelibat laki aku balik kerja ke apa.
mesti berlari la ke rumah kita orang.
sebab tau dapat makan.
laki aku rajin layan dia main ngan toys apa semua.

dalam pada tu laki aku asyik la risau takut dia kena langgar kereta.
sebab dia ni sesuka hati lintas n berlari sana sini.
even rumah aku ni lorong kecik je kan. laki aku risau.
aku lak kata takda kot. bukan banyak kereta pun kan.
pernah la kita orang laki bini nak pergi lepak makan kat atas.
dia ikut kemain jauh.
taknak la dia ikut. atas tu jalan besar. kang jadi apa.
sanggup laki aku patah balik angkat dia n bagi dia makan.
biar dia leka then cepat2 gerak.

semalam lepas aku siapkan sikit kerja.
aku ajak ke atas. rokok aku pun dah putus.
so makan n minum kejap.
then gerak.
otw back tu nampak anak jiran kita orang ni.
aku rasa maybe 20an kot laki ni. aku ni kan x bergaul orang.
tapi laki aku peramah mesti la tegur kan.

dia tanya la baru balik lepak ke?
that guy kata a ah. n dia frust ni. kucing dia baru mati.
kena langgar kereta depan rumah ni.
berderau jap darah.
laki aku tanya la kucing mana.
pastu tau tak kucing mana? kitotttt!
rupanya tu kucing jiran tu. ok bukan la dia punya tapi kira kitot tu suka pergi sana main2 tidur semua.
nak makan n main lagi dia ngan laki aku pulak.
so sadddddd!

yang langgar adalah jiran sorang lagi.
dia kata nak gaduh gak la. sebab memang mamat tu bawak lajuuuuu gila.
ok maybe some akan cakap sayang kucing then jangan la lepas.
kena langgar nak marah2.
masalahnya if jalan besar ke highway ke logik la kau nak laju.
ni lorong kecik je. dalam perumahan. motip nak laju2.

nasib la bukan depan mata kami.
aaa so sad.
budak tu kata memang hancur kot dalaman.
sebab sekejap je then dia terbatuk2 n mulut keluar darah mati.
sian si kitot.

ni kejap tadi aku dok pass barang kat customer.
keluar tengok kitot takda.
selalu dia ada depan ni mintak makan or kadang dok tidur.

laki aku dah la emo kan.
bila call nanti asyik la cakap dia sedih kitot dah takda.
ye la kitot datang tu luka teruk. laki aku gigih dok ubatkan.
banyak kali laki aku kata nak bela.
aku tak bagi. ye la dah banyak weyh kucing rumah aku.
dah la kerja angkut taik kerja aku.
tu ok lagi. tapi tang makanan n pergi vet semua.
i is pitam nanti.
aku spend utk makanan n pasir dorang je rm200 kot sekali beli.
tu ada la tahan seminggu lebih je. tak sampai 2 weeks pun.
belum pergi vet lagi. duit turbang hey.
so aku kata cukup la kitot tu bagi makan kat luar je.

tapi tu la nak buat macam mana.
umur dia tak panjang.
tapi terasa2 sangat la.
ada kucing ni memang best. tapi tang nak hadap benda macam ni la tak tahan.
seksa dia tu makan tahun weyh.



9 Comments:

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

Sekarang hati dh kental sikit. Dulu 1st cat mati menangis meraung2. Kalau terjumpa kucing mana-mana mati kena langgar pun boleh menangis beria-ia. Sekarang pun sama gak just part meraung2 tu dh takde..

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

x boleh la dengar cite cat mati ni..sodihhh! wuwuwuwuwuwu~
sebab dulu penah kitten sendiri kena mercun..sbb mmg jnis lepas gitu jer sebab dok kg kan..ade budak letak mercun dlm mulut dia.. aaaa xleh igt mesti sedih...wuwuwuwwuwuwuwuwuwu~

Jumria Alimuddin said... [Reply to Comments]

bestnya klu dpt pelihara kucing lg....last bela kucing time skolah menengah dulu..mati kena langgar juga...lepas tu smpai sekarang xbela uda...anak pn suka ngan kucing....hampir2 amik ank kucik cikgu kelas masak last yr...tp husbnd xsuka kurung2 binatang...mak mertua pn x benarkan :(

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

Kitot, dari penceritaan je dah tau kau sgt playful.
Dijaga bagai kucing sendiri. Risau kan keselamatan..in the end, apa yg ditakuti kena dkt kau, Kitot.
Berlinang air mata aku. Sebak.

peej said... [Reply to Comments]

@Huda Ramlee sama la.
sekarang ni sedih tapi terkawal la

peej said... [Reply to Comments]

@talkwithmykeyboard jahatnyaaaaaaaa…. uwaaaaaa

peej said... [Reply to Comments]

@Jumria Alimuddin tu la kan. kita sebenarnya penat jugak sbb terasa banyak. tapi suami suka. so turutkan aje la.

peej said... [Reply to Comments]

@Ainur Izzati Ahmad tu la. dah tertulis umur dia sampai situ je. sebak je bila teringat.

zaafasihah said... [Reply to Comments]

sedeh gak sal kucing mati ni..sy pon ad kes jgk..dlm bln lpas jdik..abg sy ad bwk blk sekor kucing dr mna ntah die jumpa..so dr awl lg satu umah jage sbb memula msuk umah die xnk mkn bga..mmg krus sngt..pstu lelama dh ok..mula rapat ngn sume org..baik sngt..slalu kejut pg2 ngn gigit betis..tdo ats perut ke pnggung org..pstu dlm masa sehari dua die nk g mmg pelik prangai,,,die g dk ngn sume org..naik tdo skali, gesel2..ingtkn lapo tp bla bg mkn xlapo plk..sje je..pstu satu mlm mak cik n pak cik dtg umah..msa nk hantar depa blk tu perasan kucing yg kami nmakan Chimcing tu dh terbaring ats jalan..d syaki bru je kna langgar sbb masa abg jerit pggl ktorg kuar, kaki Chimcing dk terangkat2 nk bgn...pstu lma2 makin slow slow slow n xde...sedeh sngt time tu.,abg terus amek chimcing n tanamkan mlm tu jgk...esk bgn sngt terkesan sbb xde dh byi die pnjat katil n kejut suh bgn bg die mkn..dh xde kucing yg terkejar2 bla bkak pintu dapur sbb nk msk umah.. :((

sory kak terpanjang plk....huhuu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...