Instagram : @peejburhan

hati ini

pukul 4 pagi baru la dapat mengadap internet.
seperti biasa busy. Alhamdulillah rezeki.
walaupun dah tengah bulan kan, usually tengah bulan slow sikit la.
tapi maybe sebab promo on sampai hujung bulan.
so ada je la order masuk.

hari ni macam terlebih pulak busynya.
sebab lepas pack selalu terus post.
tapi ni kena singgah restock ephyra dulu.
so rushing la.
settle amik barang n post baru la jumpa makanan.
time tu pun dah kul 6 kot.
sampai kering2 la mulut sebab minum pun tak sempat.

makan mihun sup je pun.
sebab plan ngan kawan nak hantar tabita tu nak dinner sama.
taknak la makan heavy kan.
plan jumpa rumah mama je.
sebab aku memang kena ke sana sebab nak hantar barang sana.
ada customer nak amik barang sana.

sekali tak jadi pulak dinner.
sebab dia bawak durian banyak.
so dia laki bini layan durian ngan family aku.
dia ni suka sembang. family aku pun jenis suka sembang.
macam-macam cerita keluar.
sedar-sedar pukul 12 jugak la baru gerak.

yang laki aku ni biasa la. tiap malam harus nak lepak minum kedai area umah aku tu.
kawan-kawan dia pun jenis sepuluh kali tanya mana-mana.
aku nak ajak balik dulu taknak.
nak terus lepak. layankan je la.
padahal berlengas baq hang. eeeiii rimas.
muak dah aku asyik makan benda sama kat kedai selalu lepak tu.
aku suruh laki ku bungkus nasi kedai lain. makan situ. haha.
kata dah biasa, so no hal boleh je.
so kul 1am baru makan nasi lauk paprik n tomyam campur. mmm dap.
haha sebab tu la kalau baca aku tak makan siang la apa, tapi badan maintain.
jangan la nak terkejut. sebab aku makan ikut suka pukul berapa.
orang tidur aku bantai nasi. hahah syabas mere beti.

around 3ish tadi baru gerak balik.
pun sebab aku ajak balik.
banyak ni weyh barang restock tu nak bawak masuk rumah kan.
aku terus kemas penuhkan rak.
Mr.B as usual suka mengemas n vacuum rumah.
pukul 4 tadi baru sempat bukak internet ni hah. seharian semalaman.
ni pun dah ala-ala larat tak larat je ni.

saje je layan blog kejap.
lama lak rasa tak membebel kan.
aku ni sebenarnya blog ni pun macam ada hati takda hati je nak layan.
dah tak tau nak cerita apa.
ok cerita tau la. tapi cerita kosong takda faedah macam ni la.
cerita bergambar ke apa memang dah tak kuasa weyh.
kadang rajin la amik pic ke apa.
tapi nak update tu takda hati. tah kenapa.
tapi gagahkan jugak sebab mengenangkan ini la punca n asalnya sumber rezeki aku.
takkan nak biarkan je kan

walaupun sebenarnya aku rasa blogging ni macam dah out dated.
wah katanya kan.
ye la memacam app kot ada sekarang.
lagi canggih n best. blog ni dah 7 tahun begini la jugak rupa dia.
takda upgrade takda apa. buhsan kan.
korang tak bosan ke hah?

banyak gila kot medium lain boleh layan.
if nak bebel2 sikit orang layan kau ada facebook.
kalau rasa nak merempan tapi orang macam takda layan sangat boleh bebel kat twitter.
twitter pun aku dah kurang layan.
kalau rasa nak share pic ada instagram. video pun situ boleh.
keek pun aku dah tak kuasa nak layan. selalu tengok keek orang je la pun.
tak pun kardashians punya keek. tu harus layan. obses ye. hahah.
now ada pulak app dayre ni.
which memula aku malas layan. tapi tengok orang ada aku saje je register.
tapi bila dah start check2 ni rasa macam best.
sebab system tu macam best. contoh kau update dia bergambar n cerita pendek sikit.
then nanti tetiba after few hours kau rasa nak lagi cerita apa2 la.
tak kira la 3-4 kali ke kau update. tapi dia akan kumpulkan dalam satu entry tu.
kira macam kau update diary macam tu la. canggih.
tetiba terasa macam if blog macam tu kan senang n best.
gitu lah.

serious tak tau nak blog apa lagi.
sebab pusing-pusing pun itu je cerita dia.
life sekarang rutin je pun. tak happening.
wah macam la sebelum ni happening sangat kan. hahaha.
so nak update pun sendiri bosan n macam menyampah ngan diri sendiri.
macam mana itu?

ok la. memerlukan rehat.
hari yang panjang menanti.
ta-ta

5 Comments:

linda said... [Reply to Comments]

sy suka baca you punye blog peej.pls update k..

nie eim said... [Reply to Comments]

tolonglah jangan berhenti blogging. nanti aku nak baca apa bosan2 kat opis?

T_T


5 tahun dah baca blog ni..
biarlah orang kata outdated pun.. biarlah cerita pusing2 sama pun..

tapi bila baca rasa puasssss gituh..

sebabnya, diriku ini suka nak tau peej buat apa.. haha

:D

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

Oh no, jgn ada niat pun nk stop blogging ok. Dtg lah muncul apps bagai nk rak sekali pun, itu lantak pi. Dgn baca blog sebegini lah kdg2 aku dpt menambahkan kosa kata or belajar ayat dlm xsedar. Aku fun bca blog ko, walaupun post merapu ke apa. ko jgn eh...ko jgn xsambung taip blog. huhu.

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

macam kak peej ketagih nk tengok kardashian..mcm tu la sy nk tgk blog kak pej ni...=)

UnaChenta said... [Reply to Comments]

Hahaha.. Ketawa part ' korang tak bosan ke hah!'
Jawapannya taakkk... Kalau blog peej memang x bosan. Wlu entry merapu pun akan baca sampai habis. Sebab rasa sincere cara peej taip tu. Like u talking to ur good friend gitu ahaks!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...