Instagram : @peejburhan

goyang. goyang. goyang kepala goyang.

mengada tak tajuk.
apa yang goyang tah.
takda la tadi petang reg customer kata barang dia beli last month tak dapat lagi.
risau lak aku terlupa post ke apa.
tapi aku check tengok aku post.
dia kata dia check tracking num kata delivered.
tapi aunty dia check orang kata memang takda nama faridah. hmmmpphh..
sekali balik aku tengok aku letak nama dia hamidah! hahah boleh?
macam mana boleh pergi ke nama noy tah. rindu sangat kot.
tak pun mungkin ting tong kot.
ye la hari2 post. penat melampau lak rasanya.
sebab aku kan mengada semua nak buat sendiri.
harap by today masalah customer ku tu selesai n dia boleh claim barang tu walau nama lain. T__T
aku dah bagi pic CN tu. should be ok kan?

nway, banyaknya benda nak buat today.
berderet2 list nak buat.
tah berjaya ke tak.
kena bangun awal la if nak settlekan semua.
tapi ni dah nak subuh tidur pun belum. ada hati nak bangun awal kan.

dah la tadi nak masukkan cheque ke machine.
punya la rushing.
time tu kul 11.45 kot.
sekali boleh sampai semua machine dah takleh guna.
tah apa2 tah. kata kul 12 baru takleh.
so maknanya kita buat ini hari je la.


Alhamdulillah.
ni pun aku cash out sebab mama bising kata asal aku tak keluarkan n simpan dalam asb ke apa.
simpannnn je dalam NN tu nak buat apa kan.
ok noted. lepas ni akan cashout every 1-2 months.

baju dua bakul ni nak basuh.
kita cuba settlekan today.
aku pun tak paham apa ke cepat nau penuh bakul tu.
padahal berdua je pun. rasa macam baru last week aku basuh 2 bakul kot. aaaaa.
dah la cadar dah due untuk di tukarin.

eh tadi nampak tarikh baru ingat esok birthday laki aku.
patutnya memang takda apa nak bagi.
sebab hari tu kan dah advance aku bagi dia jam.
tapi tu la takkan birthday tak buat apa.
macam keji di situ. ceh macam la birthday aku dia buat apa pun. cittt.

semalam ada lepak kat tempat biasa ngan kawan2.
ada sorang ni join. pernah la jumpa 2-3 kali.
dia ni macam anak orang ado2 la.
walaupun seboleh nak kata dia usaha sendiri khen.
iyolah. takdonyo umur awal 20an kerja ngan bapak tp mampu beli kereta 100k cash!
nak tipu kitew lettew. sedikit sebanyak sebenarnya sbb kau ado2 kan.
but nway, pastu dia cerita la pulak bday dia bapak dia hadiahkan motor la apa.
bukan motor murahan. harus la stock beli inspira sebijik ke apa.
dia kata la dia tak suka motor tu tak power la apa. *ungrateful*
pastu laki aku cakap, untunglah kau birthday bapak bagi motor la kereta la. aku jangan kata hadiah, celebrate pun tak. aku orang miskin.
aku macam terkejut la. aku macam takda celebrate lansung?
dia kata memang tak pernah langsung la.
family dia memang jenis tak celebrate. sebab susah. adik beradik ramai la apa.
macam kesian lak aku dengar.

patut la almost 10 years ago.
ingat la birthday first dia masa kita orang dah couple.
aku hadiahkan dia gelang silver. ala tak mahal pun.
tapi time tu trend la.
punya la dia suka n sepuluh kali eksyen kat mak dia.
sebab dia dapat hadiah tu.
sedih memikirkan.

tapi ye la life masing2 kan.
aku pun takda la kaya.
tapi fam aku memang daripada dulu if birthday sambut.
takda hadiah, kek n makan2 pun jadi la.
tapi usually mesti ada la hadiah.

memang bila kau pikir, bestnya orang tu birthday bapak dia bagi hadiah motor/kereta.
aku ni tak merasa pun. dapat pun perfume je la.
eh ok la. ada orang celebrate pun tak kan.
tapi tetap orang tu ada kelebihan dia. walaupun tak celebrate, tapi dia ada mak bapak.
anak yatim tu lagi la kan.
tapi maybe dia takda ibu bapa tapi dia punya ilmu di dada tu kita tak tau.
so masing2 ada rezeki masing2.

amacam ustajah tak iolls di pagi jumaat ni?

ok mari cuba tidur.
selamat hari jumaat semua.



6 Comments:

missShila Nget said... [Reply to Comments]

kak, family kite pn jenis tak celeb birthday..

skrg ni je da anak2 sedara baru celeb..

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

Salam.jumaat sis..
Happy weekend!

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

tepat sekali ya ostajah.. rezki masing-masing, hak masing-masing dan bahagian masing-masing

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

kalau cmtu aku lagilah sedih, bkn aje kalau bday tu family aku wat dek je.. even bapak aku sendr x igt ok bila bday aku sbb setiapkali dia nk isi borang ke hape mesti tanya aku balik "bila tarikh lahir". haaaa... sadis kan?

ieda iedana said... [Reply to Comments]

hi kak peej,
alhamdulillah ustajah sgt jumaat2 ni. haha.....
tp btl la tu, kita kengkadang dok sibuk mendongak langit, sampai lupa rumput dipijak....
i feel mr B sbb family sy besar (12 beradik), so sambuy birthday pun apa adanye...
eh, btw, haritu kan akk dok cite psl 50 shades of grey kan, sekali gi popular terus terjebak... haha.. tp benci sbb ending dia tak end lg. sian giler mr grey... aaa... nk kena cari sambungan dia... haha.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

sama la family kitorg pun jenis yg celebrate mkn2 ni. kta rs celebrate bday ahli keluarga ni adalah one way of appreciation.. biar la hadiah xmahal pun asalkan thoughts tu ada.

sorinyapun gile bz skrg nk baca blog pun xsmpt. dah tu hari tu adaptor laptop meletup. nnti dah kurg bz akan smbg baca bloh scr berleluasa. ni pun smpt bc sbb hari ahad.. relax sikit ^^

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...