Instagram : @peejburhan

gangster's paradise

banyaknya cerita aku tangguh je.
alasan sebab malasnya nak transfer pics dpd camera.
tu takpa. now nak angkut camera keluar pun malas ok.
so pakai camera phone sudah.
tu takpa, tu takpa. now aku macam terasa nak beli gopro pulak.
sebab suka tengok pic pak radie laki filla. macam best je kan.
tapi tu la. if beli tu memang tak guna la camera satu lagi tu.
aku ni bab gadget memang gilo sikit.
kau tayang la beli beli handbag ke, barang kemas ke apa.
takdanya aku heran. suka kau la.
tapi kalau nampak orang share beli hp ke, camera ke, computer ke apa harus tak senang duduk.
rasa macam, aaaaa nak beli jugakkkk.
gituh. hahaha.

so nway, hari tu aku ada transfer pics camera ke laptop.
so since pics tu ada dulu. cerita kisah tu gulu.

as usual mesti ada session nak keluar ngan filla n elly.
kemain awal dah plan ni.
harus la sebab kena bagi tau laki.
elly paling eksyen sebab dia memang sentiasa laki dia ok je.
aku ni ok2 la. sebab so far ngan dorang laki aku ok.
paling takleh blah filla. selalu dia yang kemain ajak la apa, tapi dia paling last bagi tau sebab takut.
pastu dia takut. ngan aku2 jadi seram. hahaha.
tapi selalu ok je la lepas tu.

so plan last weekend adalah ke bangsar.
aku nak chilis. so dorang kata bangsar.
ok je. aku tak pernah pergi chilis bsc.
filla cakap nak datang rumah aku dulu amik aku.
wah lagi bagus. so pergi ngan filla.
balik pulak ngan elly.

tetiba last minute dapat call jonet free nak jumpa.
memang tak dapat la. sebab dorang nak ke klcc.
kami lak nak elakkan klcc sbb sesak kan orang shopping christmas bagai.
so takda la dapat jumpa. rindu jonet tu.
jonet sempat ejek cakap, wah kau blogger gathering ke. hahah bongok.
takda la. 2 orang je pun. aku ni dah la takda kawan kan.

so sampai sana jumpa elly kat dome.
perempuan tu sakit tekak kemain nak pekena honey lemon dulu la apa.
pastu feeling sorang2 kalahkan mak datin.


yang filla boleh tak nampak mana elly.
aku dah, yang dok sorang macam mak datin tu apa?
pastu suruh elly habiskan cepat2 air.
lapar nak gila dah aku n filla.
aku memang tak makan apa time tu.
so nak terus dinner. kau bayangkan la lapar dia tu.


order appetizer.
dap dap dap.
memula nak triple play tapi agak2 la main course semua heavy.
kang tak habis kang.
so light2 je dah.


seronok la berkawan ngan dorang ni.
walaupun umur beza2 tapi satu kepala.
dah la ada je lawak memasing.
pastu memasing berebut nak cerita macam-macam.
tu yang kena ada session melepak tanpa gangguan.
dapat sebulan sekali jadi la.
next plan bercuti.
tapi aku n filla debar2 je ni nak cakap kat laki masing2.
pastu tetiba filla macam, kalau laki kita ikut takleh ke?
aku macam, a ah ok jugak kan. lagi senang la kan.
filla, tapi dorang duduk la bertiga lelaki. kita perempuan satu bilik.
yang elly, alaaa kalau laki ada, takkan aku nak duduk ngan korang. mesti la ngan laki aku.
tu malas tu. elly ni suka nak feeling konon nak romantik la apa.
tah apa2.
so now masih dalam plan bagaimana hendak atur rancangan percutian. hahaha.

oh btw, lawo kan.
aku beli ollo clip dpd kawan aku.
so tu fish eye. nampak lebar sikit kan pics. suka.


sorry aku memang tak kuasa pass kat orang suruh amik pic ke apa.
pemalu kan.
so asal pic aku mesti ala2 vain macam kan lawa je.

:: dip untuk nachos tadi. ish tengok balik pic ni rasa lapar la pulak ::



cukup berani kan order lamb shoulder padahal darah tinggi.
lama kot tak makan.
banyak gak la bedal. pastu cecepat makan ubat.
pastu sakit kepala kejap sampai isap rokok pun takut.
ye la kang elok sempang tersungkur kat situ dah satu hal.
eeee takut takut.
tapi sedappppp.

 :: ni makanan filla n elly ::

 :: makan sampai tak larat bergerak lepas tu ::

 :: ni pulak try wide lens ollo clip tu. memang wide termasuk la muka iolls ::



:: gang bini-bini ku gangster ::

hahah percubaan amik pic sendiri pakai fish eye.
rasa macam penyu je muka. haha tak sukerrr.
pastu dah kul 10 mula la laki masing2 tanya kat mana la apa.
aku hantar pic still kat sana.
dia hantar jugak.
dia ajak kawan datang lepak layan dvd.
sian. kesepian lettew.
tapi ye la sekali sekala. asyik hari2 mengadap je adalah bosan ok.



:: hadiah dpd filla. comel. suka. ada fridge magnet tapi malas lak nak pergi snap pic ::


balik je rumah terus laki aku ajak lepak ngan kawan2 dia pulak.
ikutkan tak kuasa.
tapi kang sentap kuasa lapan.
so layankan la.
walaupun letoh gak la.
pastu bila dia tanya apesal ngantuk ke?
tak berani kata ye. cakap eh takkk. hahaahhaha


:: geng laki-laki ku gangster pulak ::


gila kan.
lepak 2 jam gitu n berempat je pun.
kau tengok berapa banyak air dorang minum.
aku minum 1 je air. dorang sorang 5 gelas ke apa.

pastu time lepak kemain segar bugar.
balik as usual takleh tidur.
cisss. merasa dekat kul 8am baru tidur.
gila.

tetiba rasa rindu lak rambut panjang.
selalu macam tu la kan. bila panjang rimas nak potong.
bila dah potong ni rasa macam aaa lambatnya nak tunggu panjang balik. tsk.


3 Comments:

Filla said... [Reply to Comments]

Ok jap lagi aku google tempat percutian yang kita plan tu.. hahahahahah.. nampak mcm berani kan? hahah.. takut nanti baru kita pikir hahahah

peej said... [Reply to Comments]

@Filla semangat kan kau. pastu ketakutan

MuMMie BeRRy said... [Reply to Comments]

Comey je korg ber3 ni..sekepala

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...