Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : office mu, office ku jua.

salam..

hi k.peej..saya lagi..
baca latest post akak kat blog pasal expose mistik dah takda orang share so saya teringat MIL ngan FIL saya punya cerita..
MIL dengan FIL saya kerja gov kat kedah..
diorang 1 syarikat just lain2 jabatan..
ofis diorang tengah2 bandar..
ada laa sampai berbelas tingkat..
by the way semua orang yang kerja situ dah tau bangunan tu memang keras, selalu orang kena kacau.
staff situ paling lama boleh stay lepas ofis hour adalah pukul 6.
lepas dari tu semua dah takut.
sedangkan masa tengah ramai orang pon boleh kena kacau apatah lagi sorang2 kan.
disebabkan banyak sangat cerita so saya divide kan laa ey.


1. husband saya dulu masa dia sekolah selalu gak teman ayah dia pergi ofis kalau hujung minggu.
pastu husband saya cakap, tengah dia dok layan main komputer tu dengar orang dok taip2 keyboard.
then ayah dia pon bersuara, jangan laa kacau aku nak wat kerja ni.
tak lama pastu telefon meja pon bunyi, kat meja sana, meja sini.
then FIL saya pun cakap lagi, aku mai wat keja sat, bukan kaco hang pon.
pastu senyap.
husband saya time tu takut gila.
then dah abeh FIL wat kerja diorang pon balik.


2. ada maintenance tengah wat kat tingkat berapa tah.
pastu org2 yang wat kerja tu dengar orang menyanyi, fon berdering, orang taip keyboard.
diorang memang dah arif dah..pastu wat kerja cepat2 nak turun guna lift sekali masuk lift, lift tak bergerak. 
lama plak tu. tekan punya tekan, then diorang give up..cakap, laa...aku mai nak wat keja. jgn laaa kaco. aku dah nak balik ni.
pastu lift pun OK...

3. ada Pengarah dari KL turun Kedah sebab nak rai ketua yang dari Kedah ni bersara.
tengah dok bagi speech, menda tu kaco...dia ckp, "testing 1,2,3" pastu dia wat fuh2 kat mic tue.
kan orang kalau nak test mic wat camtu.
ha dia wat macam tu laa sebijik.
saya ada tanya MIL saya, suara laki ke pompuan? 
MIL saya kata time tu suara laki. tapi dia boleh buat macam2 suara.
kadang2 nyanyi suara pompuan. lagi sedap dari siti.
berbalik pada cerita., then Pengarah tu terdiam.
maybe dia ingat ada org tengah test mic lain kot.
yang staff nie senyum je la.
lepas dia berucap tu diorang ada makan2, dia tanya sapa yang test mic tadi? 
diorang senyum je cakap orang dalam saja dia nak mai kaco.
terdiam Pengarah tue.

4. time ofis hour, tengah orang dok busy wat keja.
tiba2 ada dengar orang nyanyi..mendayu2..staff wat tak layan je sbb tau itu mesti 'dia'.
kadang2 ada gak diorang suruh 'dia' senyap sebab ganggu org nak wat keja.

5. tingkat berapa tah dalam bangunan tu diorang ada sediakan macam suite untuk orang yang datang berkursus kat situ tido dalam bangunan tu.
save budget dari nak tido hotel kan.
dalam suite tue ada banyak katil.
FIL saya cerita sapa yang singgah tido situ selalu kena kaco..malam xley tido..dengar macam2..
so memang x berani lah sapa2 yang datang nak tido kat situ sebab dah tau cerita kan..

6. FIL saya cakap sorang je yang tak takut 'dia'.
guard. nama apa saya dah lupa.
saya bagi nama Ali naaa...Ali nie dia macam tak betol, tapi bukan mental.
dia OK just mcm betul bendol kot.
dia ni kalo kerja malam tengah2 malam slumber je dia pergi meronda dalam bangunan sampai tingkat atas.
pastu bila orang tanya tak kena kaco ka?dia cakap tak..sebab tu kot dia tak takut.
tak pasti kenapa Ali nie tak kena kaco.
kadang2 kalau diorang tertinggal barang kat opis, mintak Ali tu ja p amik kan..

ok lah k.peej itu ja cerita yang saya ingat wat masa sekarang..hahaha..
nanti kalo ada lagi saya share lagi ey..daaaaaaaaaaaaaaaaaa!

thanks,

regards,
iza.

2 Comments:

intandayani said... [Reply to Comments]

meremang sume bulu..

lily lotus said... [Reply to Comments]

uish tegar betul 'dia' tengah ramai buat kerja pun dia test market kacau

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...