Instagram : @peejburhan

expose mistik : highland tower

Salam kak peej, 

Baca blog akak pagi ni baru teringat satu cerita. 
Cerita ni pendek jee. Tak panjang pun. 

Abg ipar saya bawak teksi, biasa la kalau geng-geng teksi ni kan ramai. 
So kwn lepak dia yg kat klcc tu ada cerita kat dia pasal highland tower. 
Sebab that day abg ipar saya nampak dia ni termenung jee sorang2. 
So abg ipar tanya la kenapa kan. ada masalah ke apa. 
Pastu dia cerita dia tadi ada la round kat area highland tower. 
Tapi kat bwh2 tu je la, time tu mcm nak dekat maghrib.
Tengah round2 tetiba ada perempuan tahan dia.
Rambut panjang dia kata. so dia berhenti laa kat perempuan tu. 
Pastu tanya nak gi mana?
Perempuan jwb nak pegi naik atas (merujuk ke highland tower)
Abg tu tanya la, ehh nak buat apa naik atas. nak malam dah ni.
Pastu perempuan tu kata, saya nak naik, nak ambik tangan saya. Sebelah lagi ada kat atas/
fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. abg tu terus keras kot. 
Lama pastu terus dia pecut. 
Tu yg sampai2 kat kwn2 dia, dia mcm termenung2 jee. 


Saya rasa mmg org kalau baru nampak benda tu memang akan termenung kot.
Sbb pengalaman sendiri saya macam kat pg plkn kan. 
Ada laa satu mlm tu, dalam pukul 2 ke 3 pagi mcm tu. 
Dah tido laa, tp mcm terjaga sbb nak tukar position tido. 
plkn punya dorm dia panjangggg mcm askar punya dorm tu. 
So memula saya tido mengiring ke kanan, tido mmg selubung habis sbb katil menghadap tingkap. hahahaha. penakut sikitt. 

Pastu terjaga nak tukar ke kiri. so bukak la selimut tu. 
Mata mmg terbukak tetiba terpandang dinding hujung sana. 
Elok je tegak satu makhluk yg pakai putih semua berikat kat atas. poconggg. haaaaaa.
Terus keras masa ni. otak mcm tgh analyze makhluk apa tu. betul ke tak tu. hahaha
Seram gila kot. tinggi nak mampus,. muka dia hitammmm jee. 
Terus tarik selimut pelan pelan sambil ckp dlm hati, tolong laa jgn lompat. tolong laa. 
Pastu baca apa yg patut terus tertido. 
Seram gilaaaaa @@

-mirna-

2 Comments:

Kasih nur azie said... [Reply to Comments]

Menyesal pulak baca pada waktu skrg ini.

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

Aku pernah dengar gak cerita pasal driver taxi kena tahan dengan "perempuan" pasal nak ambil tangan or something yang tertinggal. Tp seingat aku tempat tu dekat area hill view melawati tu.

Citernya camni:-

Masa tu aku stay dengan family member aku kt taman melawati ss 5 dekat roundabout.
Tahun 2002, zaman aku muda mudi suka pergi clubbing dengan member perempuan yang lain. Kami berlima kalau keluar akan naik taxi, sb naik taxi adalah tak payah pikir psl parking. So, bila tiap kali keluar akan balik dlm 2-3 pagi kisahnya. Ada satu pagi tu, habis dari clubbing kami tahan taxi n inform dengan driver tu nak balik melawati. Driver tu setuju n on meter taxi. Dalam perjalanan, biasalah kami ni mulut riuh memang suka bersembang, tanya lah tu ini dekat driver tu, tak takut ke bawak taxi tengah malam ke subuh ni? dia kata dah biasa.
Macam2 kerenah penumpang yang dia dah jumpa. Manusia lah entiti lah. Pada dia itu biasa. Ok, pakcik ni kedengaran angkuh sekali bila dia menjawab soalan kami. Dalam pada tu kami pun sampai lah ke area rumah. Yg kami ni pulak mana reti masuk umah, so akan lepak depan rumah dulu barang 3o minit. Sb mama member aku pun duduk melepak depan umah dengan husband dia. Memandangkan rumah kami betul2 berdekatan dengan rondabout ss 5 tu, so kami nampak lah taxi pakcik tu berenti macam amik penumpang.
Selang 5 minit tu kami dengar dia tekan minyak sampai berdecit tayar taxi dia. Melilau-lilau kiri kanan. Ok, maybe dia nak cepat hantar penumpang.
Dijadikan cerita, dalam beberapa minggu lepas dari naik taxi pakcik tu, terpanjang umur dia, kami jumpa sekali lagi lepas balik clubbing. So tahan dia bagitahu lah nak balik rumah, melawati. Dia pun maybe cam kami ber 5, terus gesture bagai nak tercabut kepala dengan tangan sekeras-kerasnya tak mau hantar kami balik.
Dah kenapa kan pakcik tu?? Hahaha...sebab pakcik tu kata, lepas drop kan kami dia keluar simpang nak mengahala semula ke KL, dekat roundabout tu "perempuan" tahan dia dan minta dia (pakcik taxi)hantar ke dalam appartment hill view tu. Katanya barang dia tertinggal. Dan dia takut nak jalan kaki ke dalam sebab gelap. "Perempuan" tu just hulur kepala je ikut tingkap depan tak bukak pintu belakang. Tapi dia sua kepala dia sampai nak bertembung dengan muka pakcik tu, sikit punya dekatlah. Sekali nampak cacing jatuh dari celah muka.Terguit2. Terrruuuusss zasss pakcik tu pecut taxi. Itu sebablah sampai berdecit tayar dan melilau-lilau.
Kami ni bila dah dengar, terus takut lah nak balik. Seriau, bederau darah, panas badan semua ada. Member terus call mama datang pickup dekat club. Mama datang, bagitau dekat mama jangan ikut jalan depan. Ikut jalan belakang dari setapak. Jauh pun tak kisah janji tak teserempak dgn "dia" hehehe.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...