Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : diperhati

Hai peej.. akak ni silent reader awak n ur mum. 
suka sangat2 baca.. tiap2 hari sure nak bukak :-)  
dah lama nak cite tapi cam xde kesempatan lak, n x sure best ke x cite akak ni.


Cite 1 :

Anak akak ni dianugerahkan cam leh nampak 'makhluk' tu. 
so kadang2 tengah2 main dia akan cakap ngan akak "Umi, apa tu mi, dia tgk je ahmad" sambil tunjuk2 kat dinding, pintu. 
umur dia 2 tahun 8 bulan. 
kat umah org pun kadang2 leh cakap menda2 macam2 if dia nampak. 

one day, akak pergi rumah adik akak kat sg buloh. 
anak2 semua main kat bilik atas.
akak kat dapur n semua2 borak kat hall. 
tetiba anak akak jerit yang sangat kuat sambil nangis.
anak adik pulak terus lari ke bawah peluk mak dia. 
akak terus lari ke atas tanya kenape. 
dia cakap "umi, kak limah pukul perut ahmad".
akak tanya kak limah mana. dia boleh tunjuk bilik yang adik akak letak barang2 tak pakai. time tu tetiba meremang semua bulu2 akak. 
akak dah terbayangkan kak limah awie tu. 
ayah, husband n adik semua naik atas.

diaorg pun ingatkan gaduh2. 
sekali tengok perut anak akak merah yang kena pukul ngan 'kak limah' tu. 
ayah akak terus suruh husband akak Azan. 
yg adik akak amik air yassin, akak lak baca ayat Qursi terbalik-balik, x leh abiskan. 
ayah akak cakap ni mesti dia panas ni sebab tadi maghrib ayah akak baca yassin kat bilik. time tu malam jumaat. saja je ayah nak solat kat situ. 

Alhamdullilah ayah leh tau la sikit2 nak buat apa. 
then settle camtu je. 
husband Azan 3 kali, adik sapu air yassin kat perut anak akak tu. 
esok nye biru kat tempat tu. 


Cite 2 :

rumah akak belakangnya pokok getah yg dah terbiar. 
so, sinki memang ngadap belakang la. 
tingkap kat sinki tu pulak jenis nako.

hari tu pukul 4.30 pagi akak bangun nak masak utk org order. 
so tengah siang2 ayam, kupas bawang, tetiba rasa macam ada org peratikan. 
memula rasa hish, ni dugaan ni.. xpe, teruskan je la. 
skali memang jantung ni berdup dap dah. 
terus lari ke bilik sambil sebelah pegang pisau, sebelah pegang bawang. 
kelakar je..

kejut husband cakap macam ada org tengok akak, husband akak mamai2 cakap.. takde apa-apa lah. Malaikat tu.. 
hissh sabar je la, if malaikat takkan la rasa meremang segala menda. 
desak dia suruh bangun gak. 
last2 give up. 
bangun then terus bukak pintu dapur yg mengadap kebun getah terbiar tu.

dia senyap je pandang ke belakang. 
dia cakap jom kite sedekahkan fatihah kat dia. 
akak tanya kat sape lak. dia ckp kt 'makhluk' tu. sian dia.. 
so akak x pikir menda akak baca je la.. 
then terus husband amik kerusi dok tepi pintu sambil ngadap akak siap2 barang nak masak. 
dalam 15 minit lepas2 akak cakap dah ok dah.

pagi tu before pergi kerja akak tanya apa dia yang suruh mintak sedekahkan Fatihah kat dia. 
husband akak cakap ala, nanti kita pakai camtu gak.. 
Ya Allah terus meremang lagi. 
tapi nak buat macam mana 'makhluk' Allah jugak kan… 
sabar je la.. tetap gak kena pergi dapur kan.

ada banyak cite lagi. tp tu la, takut tak best lak cite akak ni..

-r-
…………………………………………………………………………………….

nama anak akak ni di ubah ye.
akak tulis xxx tapi aku bg nama ahmad. tak best lak dok baca xxx nanti kan.
kak ada cerita nanti share lagi. 
serammm. syok baca.

bertambah seram tengah dok aku baca nak readykan untuk auto publish elok bumbung belakang rumah aku ni berbunyi2 macam ada something berjalan.
tu nanti aku cerita entry lain.



7 Comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... [Reply to Comments]

Rasa seram jugak ni

Shahrizat said... [Reply to Comments]

Haaa yang ini memang anker. Baca pukul 9.16 pagi dalam van yang ramai orang pun raca seram.

ain.ya.nun. said... [Reply to Comments]

husband akak cakap ala, nanti kita pakai camtu gak..

mesti pocong la tu.

seram!

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

hoooooo seremmmmmm nih... diperhatikan oleh ??? macam tahu...

eynda said... [Reply to Comments]

Menarik! :-)

azrina said... [Reply to Comments]

Sekali kak limah menampor kome. Akak yg cerita: mgu dpn hantar lg ye :)
Best.

shuweet said... [Reply to Comments]

best gak citer akak nih...plus seram sipi2 gitu...sure ade yang lagi seram...tak sabar nak tunggu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...