Instagram : @peejburhan

susah benar kan

lately banyak tengok orang share kisah kanak2 kena dera la apa bila hantar taska kan.
dera tu satu hal.
ada yang sampai meninggal kan.
scary pulak rasa.

kecik dulu kita orang memang tak pernah la duduk orang jaga ke.
hantar day care ke apa.
orang gaji pun takdak.
dulu p.g n ayol memang arwah maktok n atok jaga.
bila dapat aku mama berhenti kerja.
so jaga anak. sampai dapat noy.
until la noy masuk tadika mama start kerja balik.
tapi office mama jalan kaki 5 minit je daripada rumah.
office developer taman kita orang duduk tu jugak.

bila mama start kerja pepandai lah kita orang.
memang takda la maid ke apa.
yang aku ingat dulu aku, ayol n p.g memang balik rumah sesama.
ada kunci rumah sendiri. duduk la rumah.
makanan dah ada sebab mama memang dah siap masak semua sebelum gi kerja.
later tu atok akan datang. atok selalu akan amik noy balik dpd tadika.
lepak kejap ngan kita orang.
by petang atok gerak sbb atuk usually asar kat surau rumah dia.

so duduk la kita orang empat beradik.
time tu noy tadika, aku darjah 2. p.g darjah 4. ayol darjah 6.
elok lak tu mendengar kata.
takda la kejadian bahaya ke apa. agaknya sebab tau mama garang.
keluar pun mama tak bagi.
mama kata if nak main ajak kawan2 yang datang rumah.
so selalu macam tu la. dorang la datang rumah main.
sepah2 apa semua.
tau mama akan balik kul 5pm semua dah siap kemas or kawan2 pun dah balik.
then mama dah balik baru boleh main luar.
tapi kul 7pm mama akan jerit, "doraemonnn dah starttttt"
semua weyh balik rumah memasing nak tengok doraemon. hahha.

macam tu la kita orang sampai besar.
sampai la tahun 1994 macam tu maktok start tinggal ngan kita orang kan.
atuk dah meninggal.
so memang takda la maid n hantar ke rumah orang.
sendiri je la semua.

so memang aku tak tau la segala daycare ni apa.
sampai la lately ni baru la tau rupanya hantar anak sorang pun rm300 kan?
katanya if baby rm350 ke rm400 yea?
huishhh mahalllll gilaaaa!

tu sorang anak. kalau ada 2-3?
tak ke pitam tu.
pastu ngan segala kes ni.
aku ada la terbaca komen orang cakap, "ibu2 mana yang gaji bawah rm2000 tu takyah la kerja. jaga je anak ke rumah. duit bayar anak ke taska, duit belanja hari2. duit tambang, minyak ke apa. sama je takda apa. atleast jaga anak sendiri terjamin keselamatan."

ada betul gak dia kata.
tapi takleh nak cakap la. sebab tahap kesempitan seseorang kita tak tau kan.
ramai jugak balas komen kata mana cukup sekarang kalau suami je kerja bla bla.
until ada sorang perempuan ni balas, dia pun berhenti kerja n jaga anak2.
still cukup makan pakai, kalau kat rumah takda unifi, astro, takda tab, laki bini pakai smart phone canggih, sebenarnya cukup je.

betul jugak. tapiiiii kalau takda tak ke sangap sangat tu? hua hua.
zaman sekarang bukan macam zaman dulu ye dak.
ingat lagi masa memula kawin.
aku kan business time tu ala-ala biasa je.
kira memang best je la takda apa sangat kat rumah.
mama suruh aku amik upah jaga anak orang.
mama kata try 3 orang dulu la.
takda la aku boring n dapat income sikit.
no no no. hahaha memang tak la.
aku ni dah la tak reti ngan bebudak.
pastu nanti aku stress. dah la bangun lambat. pemalas lak tu.
takpa la no thanks. belum masanya.
maybe satu hari nanti tetiba rasa macam best je. maybe one day.
buat masa ni baik aku bela kucing2 je. best.
rasa2 malas layan masuk bilik tutup pintu. haha.
kang ada anak orang takkan nak buat macam tu kan.
pitams.

tapi tu la aku tak paham orang yang bukak taska, tak pun amik upah jaga anak orang.
tapi sebenarnya perangai macam aku, takda la gemar bebudak ke apa.
motip kau nak buat business tu?
maybe la dia pikir business bukan sebab dia sayang ke apa.
eeeiii suka hati je buat macam tu.

macam video baru tu suka hati libas kepala budak. sian kot.
nasib bukan anak aku.
kalau anak aku n laki aku tau la dia buat macam tu.
sesilap tak lama lepas tu keluar berita pengusaha taska mati dibunuh. tak pasal.

nasib la aku takda anak lagi.
n aku gak kerja dpd rumah je.
so if ada pun ok kot takda masalah.
sebab kalau tak memang aku pun kena hantar pergi taska kot.
sebab obviously mama n papa takleh jaga.
papa macam aku, tak reti nak melayan. haha keras je.
yang mama lak lagi lawak.
ye la dia kan tak dengar.
mau if anak nangis sampai biru muka pun dia tak sedar.
kadang macam tu la. dia dok sibuk timang anak orang.
tapi kira baby tu membelakang la.
baby nangis. yang mama dok timang2 lagi.
lama kot nangis.
pastu mama pusingkan baby baru nampak nangis pastu dia macam, "eh nangis ke? kenapa nangis?"
yang kita orang dah gelak sebab dah lamaaaaa kot baby tu nangis.

susah kan mesti tersepit je.
nak taknak kena gak hantar anak sebab abis dah laki bini kerja.
cuma tu la kena carik yang betul2.
aku lagi suka if budak2 tu sampai panggil penjaga dia mak/ibu/ummi sebab rapat n sayang ke.
daripada anak kau trauma ke apa kan.
maybe some emak akan jealous la. tapi aku rasa better.
sebab at least kau tau orang tu jaga anak2 kau macam jaga anak sendiri kan.

ewah amacam entry?
ciri2 keibuan tak?
padahal sendiri pun takda anak. boleh lak tau perasaan mak2.
puiiii.

8 Comments:

Xuriana said... [Reply to Comments]

aku rasa ciri keibuan tu dh ada. kalau tak, takkan mayesa tido lena je kat atas ko, hahaha.

btw, ajib pun sama. dia kata kalau la ada org dera anak dia, tau-tau kepala org tu dah tergantung-gantung kat kipas nursery tu. eeeeee tak suka aku, haha.

ASLIZA said... [Reply to Comments]

ada makcik kat umah saya kaki menyembang..tiap harilah menyembang ngan jiran2 kat depan umah...alih2 dia tersedar anak yang dia bela senyap je..cari2 rupanya dah terlangkup dalam besen dalam bilik air...kesian..meninggal budak tu..tp takde report polis pun..myb sebab parent baby tu PATI so depa diam jelah..

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

Sekarang pun dh ada company yg bukak nurseri kat tempat keje. Paling tak working mum boleh tgk2 anak-anak. Dan semua company patut implement kaedah ni.

FaznFaz said... [Reply to Comments]

ntahlaaa peej, mmg susah hati baca benda2 camni, so aku mmg xkan baca laaa.... sbb aku antara parents yg kena hantar anak ke pengasuh kat taska... nak wat camne, susah nak dpt babysitter sini... parents lak. both kerja lagi... nak berenti kerja, mmg pernah jer aku jadik surirumah, tp mmg sekadar cukup makan pakai je laaa n end up, hutang keliling pinggang!!!

so, end up, tawakal jer laaa... hari2 doa lepas hantar anak sblm pergi kerja, semoga kami sekeluarga dpt jumpa lagi petang nie... tu je laaa yg mampu aku buat...

arLene said... [Reply to Comments]

isyh...ngeri plak dengar citer asliza tuh..kalau yang tak report mesti ada lagi yang lain kan?

anw, betul tu peej.biar anak kita sayang sangat pengasuh sampai tido bawah ketiak pun takpe.dari diorang kena dera.lagipun anak2 dengan pengasuh 8-9 jam.memangla kalau dijaga dengan betul bebudak akan sayang.

ida rusyeela said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum..sedihkan tengok orang jaga taska sekarang buat anak2 tu cam xde perasaan..semua dh x selamat..kalau la anak2 dorg kena cmtu, ape perasaan dorg kn?

saya pernah hantar 2 bulan je anak kt rumah pengasuh..tapi disebabkan selalu call tanya anak ok ke x tp memanjang orang pengasuh tu kt kedai la hantar anak ke sekolah la..so anak kita sapa jaga kt rumah tu..huhu..last2 parent datang je dok sama2 sanggup jauh2 tinggal kampung semata2 nk jaga cucu..lebih selamat dan kita juga bole tengok2kan parent juga..Alhamdulillah

iras-secret-of-healthy-life.blogspot.com

salzahari said... [Reply to Comments]

nauzubillah dgar crita Asliza tu... mimpi ngeri laa makpak dia|!

mmg elok lg ibu2 jga sdiri...smua org nak. betul..kalau nak brenti keja jg anak,kena la bkorban & ubah lifestyle! time tu kena la prioritize kan keselamtan anak2 dari kehendak diri sdiri. tapi tak ramai ibu2 yg brsedia to make such big decision tmbh2 kalau dah graduate n pegang post tggi2 (gaji 4-6 angka sebulan)!

my frens ada ramai gak yg lps dpt 3 anak resign n dok rmh je...diaorg kata not impossible pun cuma x bleh la berjoli duit mcm time keja sdiri! tp hati lega sbb bleh tgk anak n guide anak buat kja srkolah dll...

i tingin gak tp memikirkan i ni bkn jenis pyabaq sgt dgn pe'el anak sdiri,baikla i keja...dan byk2 berdoa..huhuuu

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

aaaa.. bab mama timang tuh mmg lawak... hahahaha.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...