Instagram : @peejburhan

macam pasar

ikutkan memang takda mood sangat nak update blog.
i mean yang bergambar n all.
amik gambar pun kemain malas sekarang.
sebab tu tengok aku now suka update yang jenis bebel2 je.

sekali kejap ni tengok gambr eh ada la banyak tak update.
so rajin sikit ni mari la update.
ni masa cuti panjang hari tu.
deepavali ke?
ye kot. entah lupa aku.
tapi kita orang ke ikea.
sebab aku nak beli candles.
hahah matiklah candles je pun tapi sampai ke ikea kan.
aku suka candles ikea sebab bau sedap n tak memeningkan.
soothing je kan bau dia. so mari gigih n beli banyak2.
as usual ada gak la beli 2-3 benda lain. biasa la gi ikea memang takda je kau pergi beli apa kau nak je balik kan.

tapi rimasssssnya weyh!
sumpah ramai gila manusia. sebab cuti n weekend kot.
n orang lak time elok dapat gaji kan.
sumpah ramai n taktau la manusia dari pelusuk mana datang.
tapi memang kotor gila la ikea n sepah n bingit.
aku rasa sebab ramai budak kot. datang stock macam rombongan ke apa.
pastu lantai ni kau berjalan pun semua atas sampah je la.
barang pun jadi sepah sana sini.
nak berjalan pun traffic jam di buatnya.
aku ni tempat if ramai orang n sesak aku memang rimas.
so jalan laju n capai apa nak je.
pastu gerak. takleh tahan.

pastu lapar.
nak makan kat cafe memang jangan harap lah.
gila ramai manusia kalah kenduri kahwin.
tak tau nak gi mana.
nak menapak gi curve malas.
plus time tu dah kul 9ish kot.
so terus ke publika.
pun blur tak tau nak makan mana.
time tu dah kul 10ish macam tu.
so park kat tepi tu n makan ben's.
cesss park luar je terus kena rm15 kan. sebab rupanya vallet.
kiwok, bukan vallet pun. park sendiri je pun.
dulu masa aku duduk area sana takda pun semua ini.
now kemain korang.
sebab time park tu takda orang so ingat ok la. plus dah hujung kan.
sekali elok nak ke ben's tu sanggup orang tu kejar suruh bayar. haha. bayar je la.
kosser nak park bawah pun, malas nak menapak.
plus perut lapar.


:: tempat penuh. merasa la duduk hujung n candle light dinner. huhu. ::


gambar banyak semua.
tapi tah kenapa upload tadi mata jadi macam tu.
dah macam sakit mata lak. haha.
hari tu takda.
so cukup la mata laki ku je jadi macam tu.
yang aku punya taknak upload.
macam ada berudu lak dalam mata. haha.
nasib pic aku bawah ni takda jadi macam tu.
kalau tak sentap mak nak takda pic iolls.








tengok pics ni terasa lapar lak.
tapi dah few times makan ben's aku rasa idok la sedap mana.
yang best appetizer je kot.
next time taknak lagi la makan sana.
ke ada yg best menu situ?
kasi suggest sikit.




3 Comments:

Dark @ng3L said... [Reply to Comments]

pasta itu seperti memanggil manggil. ah dem..

jija said... [Reply to Comments]

Peeja sekadar nak berkongsi ...cube bace nih http://khairulabdullah.com/ikea-dan-sifat-manusia/

ladyhermanas said... [Reply to Comments]

Aku tak suka ben. Especially ben klcc. Punyalah tak attentive kat kastemer. Benci aku. Dah la bayar mahai. Baik plan b. Plan b kat paradigm sedap. Dia punya soft shell crab sedap woh

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...