Instagram : @peejburhan

jadian

tadi dok melayan fb.
nampak la status kat news feed.
pasal ada sorang unsatisfied customer ni sampai tahap sanggup bayar ruang iklan kat facebook untuk page dia reka supaya boycott satu hair saloon ni.

apa lagi. memang tengah sangap n tahap kepochi tinggi.
bertenggek la kejap kat page tu.
gigih aku katamkan page tu.

kisahnya perempuan ni pergi satu saloon terkenal ni.
rasanya if sebut nama semua tau.
dia ada banyak gila branch. n mostly kat shopping mall gempak2.
so anyway, dia ke sana dengan rambut yang katanya thick, healthy n long.
setelah 5 jam di spend di saloon tu, n bayar rm600 untuk segala benda dia nak tu.
dia memang tak puas hati ngan rambut dia.
sebab rambut dia jadi macam lion king katanya.
besar, frizzy, kusut, rosak apa semua la.

so dia nak refund.
tak pun bagi dia free treatment sampai rambut dia ok n saloon tu refuse.
ok la memula macam kesian la. sebab rambut jadi gitu.
n sangat tah apa2 saloon macam tu nak berkira lebih padahal kayo.

then dia tepek la pic dia before n after.
ok first of all rambut before takda la ok healthy sangat. n takda la long pun.
sebab boleh nampak belah bawah tu semua rambut dia dah kering.
ok takpa.
then aku tengok lak pic after. what the hell.
tengok je aku tau ngan hasil apa yang kau buat. mmg patut la kau jadi lion king weyh.

sebab tengok je tau dia colour rambut dia. warna lak macam blond or hijau lumut gitu.
warna terang akan buat rambut nampak lagi rosak FYI.
then dia macam ada highlight jugak. ok highlight memang akan rosakkan rambut.
walaupun tone color rambut jadi n nampak lawa.
sebab highlight dorang pakai bleach.
then dia buat rebonding.

now u tell me? rambut mana yang tak menjerit mintak tolong semua tu kau buat sekali harung?
pastu dia buat treatment.
so maybe lepas settle dia blog rambut kau. kau terus rasa jelita.
je balik saloon semua orang jelita. ok ada yang tak la, tapi tu nasib kau la sebab dapat stylist hampeh.
tapi sekejap je lawa kau tu.
kau mandi. rambut kering macam biasa. baru kau tau betapa horror nya rupa kau kan.
hahhaahaha. aku gelak sebab aku tau la. aku pernah kena.
padan muka.

aku dulu pernah bleach rambut highlight sendiri ye kat rumah.
then tak lama lepas tu. tak lama as in after 3 months kot.
pergi saloon buat rebonding. mmg lawa la rambut baru pas buat.
lepas tu amik kau. bayangkan rambut aku yang bahagian bleach tu macam elastic ok.
kira kalau aku tarik rambut tu jadi macam getah. tak scary tu?
solution memang aku potong lepas tu weyh. eee takut.

tapi tu la yang pelik apesal hair stylist tu masa pompuan tu nak buat tu kau tak sangkal ke apa kan.
sebab tu la aku suka saloon yang aku pergi now.
dah pergi situ 5 years kot. ke more.
suka sebab dorang buat ikhlas n selalu mendapat hasil yang kita nak.
pastu takda adegan push kau suruh cuba produk itu ini or treatment itu ini.
dia ikut je kau.
dan yang paling penting tak cekik darah.

dia ikut tu takda la membabi buta je.
dia akan cakap la rambut u kering. better tak perlu highlight dulu.
panjang sangat. better trim sikit. n if trim pun ikut arahan length sampai mana.

macam aku baca page boycott tu ada orang komen.
kata dia nak buat digital perm supaya rambut macam kim kardashian.
sekali siap jadi kerinting macam maggie.
bengang la apa.

so benda macam tu takkan jadi kat saloon yang selalu aku pergi.
sebab dia memang akan cakap, rambut macam tu u kena set or blow curl.
perm takkan jadi. perm akan jadi kerinting kecik.
bagus la kan. kang kau feeling kardashian tetiba jadi sahara yaacob kang tak pasal.

macam aku teringin nak rambut curly.
taknak la macam maggi. tapi nak curl lawa la.
macam rambut aku kan wavy. aku suka dia curly.
rambut aku hanya akan dapat curly macam tu if bercuti kat pantai.
tak sure. sebab air laut ke. angin laut ke. tapi kat pantai rambut rasa macam lawa nau. hahahaha.

macam baru ni aku pergi saloon tu.
gigih weyh print screen pic pastu tunjuk kat celine tu.
tanya if i nak perm rambut jadi macam ni boleh tak?



tak boleh katanya. tsk.
sebab ni memang orang tu set tu. pakai curling iron ke apa macam tu.
dia kata if perm memang result akan jadi kerinting tak macam ni.
plus rambut akan rosak sangat nanti.
baiklah. so mari la mengidam ibarat mengidam buah kedondong.
tapiiii. lawakannnnn rambut khloe n beyonce tu. i is love.

nway, sambung cerita tadi.
lepas gigih bayar page boycott tu.
akhirnya ada balasan dpd saloon tu.
bagus la dengar cerita dua pihak.
so katanya stylist mmg dah warn dia rambut dia kering.
so if dia nak buat itu ini akan lagi teruk.
tapi minah ni nakkkk jugak.
pastu bila betul horror kau takleh terima la.
nak meminta macam2. wtf sangat.
n dia datang complain tu after 5 days gitu.
macam aku cakap, bila dia dah mandi, dah apa semua. rambut dah tak macam masa baru keluar saloon kan.

e ehhh. tah apa2 tah.
kalau aku, aku diam je kot.
walaupun dalam hati menangis.
sebab aku pernah kena. orang tu dah sound cakap itu ini.
degillll. nak jugak rambut gitu. pastu rambut horror sendiri tanggung la.
tapi maybe dia emosi lebih sebab saloon tu macam berprestij la. n dia bayar sampai rm600.
haha sapa suruh kan.

akhir kata dedua aku tak sokong pun.
baik aku sokong saloon kesayangan aku.
walau saloon tu tak canggih macam saloon2 yang kemain banyak sekarang.
tapi aku puas hati ngan hasilnya.
walaupun parking hazabul, tetap aku gigih pergi supaya lepas settle terus rasa kau boleh mengaku kau ada kena mengena ngan kardashian. wahahhahaa nak jugak tu. puiii.

utk that girl. tak yah butthurt sangat.
lion king tu biasa la…

:: rambut lepas keluar saloon ::

bawah ni pulak rambut di hari-hari biasa.
yang selalunya yang kau kena hadap











































...
























...


the lion king.
aweeeeeeeeee…..wii wiiii wiiii..aweee awembawey…
aweeeeeeeeee…..wii wiiii wiiii..aweee awembawey…
awembaweb..awembaweb..
awembaweb..awembaweb..

in the jungle. the mighty jungle. the lion sleeps tonight.
in the jungle quiet jungle, the lion #seatbeltselfie…



22 Comments:

cikji said... [Reply to Comments]

HAHA sabo jelah ngan kak peej ni, siap ada lagu bagai kt bwh tu, terus ketawa ekekeek sensorang dpn lappy.

chuya - the mother of A's said... [Reply to Comments]

Ok sakit perut dgn last para.. dok bayang ang gelek2 mcm awimawe tu

chics said... [Reply to Comments]

Hhahaahha macam gampang sangat lagu tuu. Jap, nak gak aku berkaknam kat page tu, mana ak cari niiii?

Zalia Saelan said... [Reply to Comments]

omakkk terkejut aku gambo last tu!!

farra8979 said... [Reply to Comments]

hihihi... cute giler para bawah tu...

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

aaaaaaa lawak lawak.. pic yang last lengkap dengan lagu sangat homeyyyy... dan pengalaman mu sama seperti ku, balik dari saloon lawoooo lepas mandi tetibe alleycats sangats, ngeri tau terus g cantas pendek cam tomboy... terus serikkkkkk...

A.I said... [Reply to Comments]

kau giler peej! wakakakakaka....

akiss. said... [Reply to Comments]

LOLLLLLL!

sgt betul. kuar saloon bukan main rasa macam ada efek kipas menghala ke diri ini...

tapi bila 3 hari selepas..... errrr.. kahkahkahk

cikyuyiyui92 said... [Reply to Comments]

kahkahkahhhhhhhhhhhhhh!

qaseh dalia said... [Reply to Comments]

kikiki pengajarannya dengar la apa nasihat org seblum jd pape yg xptut

Miss Moon said... [Reply to Comments]

hahhah panjat akuuuuuuuuuuu

nko saja kan cari gamba yg paling hazab n paling sesuai ngan lion king kan ...hahhaha

mmg betul la peej kalau lepas kena treatment taruk minyak n blow bagai mmg lawa ...

2 3 hari pastuh nko shampoo sendiri n sikat mmg tak sama hahaha

blow kat umah pun tak sama cam blow kat kedai kan .

hahhahahahahahah urut dada jap sebab masih berdebar jantung tgk gamba last hahahah

ampun mak masih gelak ekekekekek

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Haha..sound effect tak menahan.. apasal tak penah tgkrambut lion king lam blog

nor said... [Reply to Comments]

Kalau aku jadi saloon tu contact fb. Sblm tu get media specialist lawyer..pastu suruh dia layankan fb dgn ppuan tu.sbb klu evidence ada gambar nampak rambut mmg teruk..thn ..bior loyer je senyp kan. Fb actually takut bad publisity. Esp hal camni. Sureremoved that advert. Fb utk msia mmg buta undang undang

nuui said... [Reply to Comments]

hahhahaha. lawaklah peej ni. Saya setuju.

Nak cantik pergi saloon. Nak tengok hasil tunggu 5 hari. haha.

Sebab tu orang2 dulu selalu kata, lepas gunting rambut, nak tengok cantik tunggu paling kurang seminggu atau 2 minggu. :)

-anne-

~ fArhA ~ said... [Reply to Comments]

Sumpah lawak tgk pic last sambil terdgr2 bunyi lagu lion sleep tonight..kekekeke

~ fArhA ~ said... [Reply to Comments]

Sumpah lawak tgk pic last sambil terdgr2 bunyi lagu lion sleep tonight..kekekeke

Jules Idris said... [Reply to Comments]

poyo...sgt kelakar :))

~SESEMUT~ said... [Reply to Comments]

ya allah.. tersembuq cekelat yg i tgh kudap ni..

HaNa NyoTa uHArA said... [Reply to Comments]

hahahahaaha terkejut mak!! kalakar jugak u ni peej

C!kpuanmuda® said... [Reply to Comments]

wakakaakak! adoilaaa peej! aku dah lama tak masuk sini. konon baca je malas nak tinggal jejak. tapi entry ni memang tak menahan. berjurai air mata menahan gelak.. hahahaha.. tapi memang betul pun. keluar saloon rasa hot gila. lepas cuci rambut, baru nampak betapa hazabnya rambut kita. huuuuuuuuuuuuu

Tata Azha said... [Reply to Comments]

peej,

nak tanya salon yang biasa peeja pergi tu nama apa kat wangsa maju ek?

shuweet said... [Reply to Comments]

hahahaha...tanjat maimonn tengok gambo last tu...hahahah

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...