Instagram : @peejburhan

di harap sedar diri.

ingat tak hari tu aku cerita aku macam gila online shopping.
yeeee! kegilaan itu tak berakhir ok.
memang menakutkan pulak bila pikir.

kan aku ada kata if barang sampai if laki ke mama tanya aku akan kata untuk iklan.
sekali terlupa pulak mama baca blog aku kan.
ada sekali tu parcel sampai rumah mama.
mama tanya la apa tu. aku baca pengirim. aku kata untuk iklan.
mama dah macam, "tipuuuuuuu. kau tulis kat blog kata akan cakap iklan if nak coverline."
dah satu kerja nak yakinkan memang tu iklan.
masalahnya time tu parcel dapat memang untuk iklan. hahaha.
sebab seller tu dah biasa post ke alamat rumah sana.
so memang post ke situ. gituh la.
gagagga.

oleh itu memang aku takkan la nak hantar parcel ke sana unless terpaksa ke apa.
or memang parcel iklan or meniaga. hua hua.
kang pecah rahsia. ;p
ada sekali tu lagi la.
aku pergi rumah sana. tak plan pun.
saje singgah.
sekali ada kotak besar n berat gak la parcel untuk aku.

mama dok tanya apa tu.
aku sendiri lupa. aku macam wth?
aku shopping apa ni. kenapa sampai sini. eee takut.
tengok alamat pengirim memang tak tau.
aku macam eh aku ada kena buat iklan ke?
rasa takda.
nak bukak berdebar je. mama saiko siap kata entah2 bom kot.
agak2 la kan. tapi dlm pada tu takut gak la kan. hahaha.
so bukak la. cehhhh rupanya stock skincerity. hua hua. ingat apa la.

tu takpa tu takpa.
aku dah tau few online shop kan.
so n since ada beli n jenguk2.
so if ada dorg upload new arrival keluar kat feeds fb aku.
dan aku pun bukak. dan aku pun beli!!!!!

pastu mostly macam jenis pre order kan.
usually nanti 1-2 minggu baru dapat.
by that time aku sendiri lupa aku ada beli.
pastu bila sampai parcel macam eh apa benda pulak ni?
pastu bukak pastu gembira.

nway, kelmarin jonet pm kat fb. lewat gak la.
tanya la dia tak tidur lagi ke.
dia kata nak tidur dah. terbukak online shopping ni.
macam menarik. so layan jap.
terus aku tanya apa nama.
dia bagi tau. bukak. aaaa ada plussize jugak n tolonglah lawaaaaa nak mampos ok.

terus aku gigih checkout.
kau jangan aku siap ada pita ukur tu ok.
laki dah masuk bilik dia nak tidur awal.
aku masuk nak amik tape tu. dia ingat aku nak tidur dah.
aku kata takda la. ada kerja sikit. wah kerja la sangat.
gigih la ukur2 muat tak? muat tak?
then tengok dia keluar. gi toilet. cecepat stop tu muka serious.
then dia gerak ke bilik balik.
aku sambung ukur bust.
sekali kena sergah ok!
"haaaaaa sayang tu ukur tetek!"
hahahahahhahahahaha bodohhh! terperanjat nak tercampak tape tu.
ye la tak ke saiko dia intip tengok bini ukur tetek. sesuatu sangat.
terus jujur kata ukur sbb nak beli baju tengok muat tak.
nasib dia tak kisah. tapi sempat tanya, "so ukuran macam mana? besar tak?"
hahha bengong.

pastu kannnn. aku macam beli banyakkk gila kat website tu.
taknak cakap berapa nanti mak aku baca. kah kah.
esoknya aku ada urusan. semalam la.
memula aku gi post barang, then aku simpan asb.
takleh jadi la. nak try jugak simpan lebih.
mmg dah ada asb loan. aku tak amik tggi sangat sebab taknak komitmen tinggi nau.
so if ada simpanan biar aku masukkan manually.

then lepas settle tu. aku terus ke bank.
tukar atm card. sebab nak expired tahun depan so sometimes nak cucuk duit dia takleh.
kena pakai atm machine lain baru ok. leceh sangat.
settle kat bank singgah rumah mama.
sembang kejap.
then naik atas sembang ngan noy pulak.

apa lagiiiiii. terus bagi tau noy website online shopping tu.
marah dia sebab dia dah nak insap. tetiba aku bagi tau.
amik kau memang menarik.
aku pun cerita la aku ketagihan la apa.
asyik la beli itu ini.
almost everyday ada parcel sampai.

sekali turun bawah mama marah dia suka shopping.
sekali dia boleh corner ke aku.
dia bagi tau mama yang aku hari2 parcel sampai.
n aku semalam beli baju sekian banyak!
amik kau menjerit la mak aku.
tak pasal berbakul kena marah n nasihat. aaaaaa

dia kata jangan sombong.
aku dah macam hah apa yang aku sombong?
dia kata jangan sombong kat diri sendiri. rasa boleh beli, beli.
padahal tak pakai pun. T____T
memang pun sebab beli tp bila lepak sana aku pakai baju lama gak.
bila noy tanya asal tak pakai aku kata tu simpan untuk jalan.
masalahnya macam la aku jalan sangat. ;p

pastu mama kata if terlalu banyak sampai tak pakai berdosa nanti. pembaziran Tuhan marah.
aku dah macam tapi yang tak pakai aku nanti sedekah.
mama kata still niat aku lain. taknak pakai baru nak sedekah.
kalau betul ikhlas mana yang suka tu sedekah lah.
aaaa terus rasa bersalah.
tapi if aku bg org pre-loved. mostly elok je. orang tu happy.
still mama marah.
aku kata baru pakai 2-3 kali.
mama kata still, kau tak pakai sebab tak suka. so tak suka br bagi orang.
T___T

dia suruh menyimpan la apa.
aku dah simpan kotttttt.
pastu aku bukan pakai credit card.
mama bising kata mama bebel baru aku start simpan.
huhu memang betul pun. aku start lepas raya tu.
tapi tapi tapi. sebelum ni aku macam sibuk hal rumah.
nak lengkapkan apa yang kurang.
kena gakkk bising kata nafsu.
eh tak ok *nak gak menang* contoh aku beli carpet sebab aku selalu bersila situ.
perit2 kaki aku bersila kat karpet jenis macam jut tu.
so biar la nak lembut n best sikit.
macam langsir ke hari tu. setahun lebih dok situ takda pun langsir sendiri
pakai apa mama provide je. dah macam belacan pun.
so tak salah la kan beli.
lepas ni rasa takda apa nak beli dah untuk rumah.
lengkap dah.
cuma maybe duit keluar untuk repair la kot.

ini pun ku tahan ok.
macam kawan aku gi paris ni.
tanya nak apa2 ke?
aku memang tak la into handbags ke apa.
tapi hari tu tergerak nak beli purse.
huish nasib last minit aku pikir ish macam bazir je.
daripada ke situ baik simpan. or bagi parents aku.

terkesan betul semalam kena bebel.
tu yang harap sangat lepas ni insaf.
maybe lepas ni boleh simpan 70% daripada income ke.
buat masa ni aku simpan rasanya 15% je kot. kah kah.
pastu bantu parents kan. banyak dorang abis duit masa aku bebudak dulu.
mampu bagi lebih aku bg lebih.
tak mampu takat apa ada je.

sebab kadang seronok tengok kawan-kawan ni banyaknya la hai duit simpanan.
beli rumah relax je boleh letak deposit rm50k la. ratus2 ribu selamba je.
gilaaa. ok lets target. target duit simpanan certain amount jangan keluar2.
lebih daripada amount yang sampai target tu baru kita belanja kan?
boleh ke macam tu?

ni tengah tahannnn je diri daripada dok beli itu ini.
oh semalam start kena bebel sebab aku nak gerak.
aku kata aku nak kena beli rak kasut.
hahahhaa ayat "nak kena beli" tu tak tahan.
tapi part tu mama tak marah sbb memang aku nak beli dpd bln puasa hari tu kan.
so part tu takpa.
ok la tu last beli ok. ;p

semoga ahkak tabah.
korang ada tips menabung?
matiklah dah tua baru nak belajar tips menabung.


10 Comments:

shuweet said... [Reply to Comments]

peej..meh la share online shopping untuk plus size tu..leh aku ganti ko membeli lak..hehehe

linda said... [Reply to Comments]

Slm pija, kita xdek tips menabung. Kita nk link online shopping tu je. Hiks. Tq...

Leen said... [Reply to Comments]

Trus insaf iolls masuk blog ni hari ni. saya pun susah benor nak saving duit. Ni sebab nak kawen je simpan duit. Kalau tak, start keje habis camtu je gaji.

me suya said... [Reply to Comments]

gelak2 baca ni peej.. tapi memang betul pun kena disiplin sungguh2 kalau nak menabung. Macam Suya buat, sharing je la yer. Memang mula2 keja dulu terus setting target within 5yrs nk ada fix amount sekian2 kan. So tiap kali dpt gaji mmg gigih tolak yg saving dulu. Kata la 2000 sebulan kan..tolak terus yg tuh dulu masuk asb. lepas tolak yg tu baru pakai yg lebih tuk spend bills etc. then yg saving tu simpan xleh sentuh2 dah. cukup xcukup adjust jugak bagi cukup tanpa kacau duit saving unless sgt2 urgent. Kalau gaji dah naik, maka naik la sikit jumlah yg nk di spend. if not, bertabah la. Pastu setiap awal tahun, akan review balik utk tambahkan fix amount monthly saving sekiranya income revised ke ape kan.. Tapi benda ni mcm kena target for few years je la or target sampai dpt jumlah yg kita aim, takyah tamak sangatkan.. hahahaha. kalau forever gila rasa mcm hamba abdi kat diri sendiri. #my2cents

linda said... [Reply to Comments]

Sama la peej sy pun nak menyimpan gak ni.xleh boros2 dh..

linda said... [Reply to Comments]

Sama la peej sy pun nak menyimpan gak ni.xleh boros2 dh..

Zalia Saelan said... [Reply to Comments]

peej

Ape nama website tu? nak jugakkkkk

nor said... [Reply to Comments]

salam
ko kena buat spread sheet berapa income. then expenditure.gas air api yg utama..ubat sakit pening insurance kesihatan ubat dan etc.belanja dapurt bulanan.
kdian miscellaneous. ni yg ada seperti yg mengejut tak penting but still need it. spt kereta service. tambang bas. minyak under monthly expenses. next to belanja dapur incl makanan kucing pasir kucing etc.
vet under miscellaneous.kena also set aside berapa saving yg masuk.
then total for the whole year.
also make sure kira berapa savings .
lepas tu kena categorizekan savings awak spt utk old age bila umur.60tahun keatas.daily expenditure,savings for medical insurance,excess, jumpa dr klinik. add 20%for the charges to start with.so takde la saving tu kira ikut 2013 when ko budget umur 60thn which is35tahunlagi. so adjust 20-40%for bill klinik panel dan hospital charges.
ko kena buat emergency savings..
sabings utk holiday, sakit pening keluarga,lauk hari hari.
macam ni la
kalaunko punya outgoimg.shoppimg sebulan meaning you shld be able to spend from the savingsn1k for shopping every month
bila umor 60thn.
kalau makan luar spent600 amonth now..so whn umur 60thn can spend mkan luar 600 paling chekai walaupun masa tu dah mahal dan 600 tak dapat beli apa. infact 600 tu hanyala.benchmark std. so u must savefor old age and the std of living mustnt drop belowfrom current std .meaning you maintain.
that is meant retiring comfortably.
so you buka segala asb asb2asw.tabung haji etc.if need not buy dont buy. sebab bila keja sendiri ada up and down. esp pelanggan bila economy teruk.kurang berbelanja. soifnyou can set aside 2/3 and a half of yr income that is useful.

Didi Kar said... [Reply to Comments]

Erk. Peej saya pulak kalau dah beli tiket kapal terbang opkos pastu terus beringat sendiri x nak online shopping. Tp method ni x berapa efektif la. Stop online shopping tp bakal spend duit utk melancong.. aaaa

Didi Kar said... [Reply to Comments]

Erk. Peej saya pulak kalau dah beli tiket kapal terbang opkos pastu terus beringat sendiri x nak online shopping. Tp method ni x berapa efektif la. Stop online shopping tp bakal spend duit utk melancong.. aaaa

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...