Instagram : @peejburhan

tido pun bertenaga.

ni masa raya haji eve.
Mr.B balik kerja petang tu terus ajak dia pergi klcc.
sebab aku nak beli make up.
aku dah lamaaaa tak beli eye shadow.
yang aku pakai selalu ada la dua color mac noy bagi tah berapa lama tah.
color untuk highlight tu pun takda.
so bila mood datang rasa nak make up rasa macam tak cukup bahan.
wah bahan katanya macam masak2 pulak kan.

plus foundation pun dah habis.
aku ni memang pemalas nak make up.
tapi kadang tetiba rajin rasa la nak make up.
so bila ada terkurang macam tak best.
foundation pun noy bagi
dia memang asal salah beli tercerah ke apa color mesti akan bagi aku or mama.
so memang lama jugak la aku tak beli sendiri.
tapi bestnya barang make up kita orang 90% sama.
so if kata noy dtg umah aku tak bawak make up, boleh je pakai aku punya,
if aku gi umah sana lepak, tetiba noy ajak keluar, aku kecomotan. boleh pakai dia punya.
sebab memang sama mostly.

nway, sampai harus makan dulu.
lapar katanya dah lewat petang baru nak gi makan.
aku lettew.
ikutkan teringin nak makan kat chili's
tapi tau mesti kena tunggu la apa.
oit tak tahan, lapar sungguh dah
so ke ben's.
tapi kelakar je Mr.B aku lupa dia tak pernah pergi.
so sampai je dia tak abis2, "special je tempat moling ni bawak".
hahahha apa yang special ntah.






laki aku ni bawak la pergi mana pun
kalau dalam menu ada nasi. memang nasi la dia akan order.
tapi melampau betul nasi istimewa ni.
nak bagi orang makan ke melantak aku tak sure.
gila kau lauk dia 2 ketul rendang ayam, 2 ketul ayam goreng, sambal tumis udang, telur asin, keropok, sayur kangkung kot tu.
memang seketul ayam goreng tu laki aku takleh nak habiskan.
pastu amik kau sampai esoknya laki aku tak makan sebab kenyang.
aku lak risau asyik tanya u taknak makan ke? time malam tu la. sarapan pun.
dia akan jawab, "kenyang. moling bg makan nasi itimewa. enyang."
kalau aku pun kot. silap2 pitam kat situ.

:: spiced wedges ::


tekak western.
oh sedap.
ikutkan nak tamak order memacam tapi tau portion besar.
masa time sampai fish n chips ni rasa macam 2 ketul ni je kau bagi?
sekali amik kau makan seketul dah rasa kenyang dah.
tapi katanya sedapppp, harus licin.
ayat mesti poyo konon makan seketul kenyang kan. memang la derrr.


lepas makan baru beli barangan make up.
eye shadow amik naked by urban decay tu.
nak naked 2 tapi out of stock.
tengok naked pun ok so beli tu pun ok.
plus ikutkan naked color lebih dark berbanding naked 2. ok lagi acik suka.


then ke bobbi brown beli foundation.
pun bongok ok.
sebab aku just nak beli macam mana yang last time aku pakai tapi darker la warna.
dia kata ada register member tak. aku kata takda.
sebab ni adik bg. so dia ada la account.
so dia bukak memang ada. tapi yang aku pakai tu dah takda ok yang tu.
yang noy beli bukan yang tu.
see nampak nau berapa lama benda tu. aku pun lupa sudah.
sebab aku memang jarang pakai. so tahan lama la.
so nak taknak sendiri register la, lepas ni senang refer.

tapi dah beli berapa lama ni.
aku tak rasmi lagi.
ye la pergi mana je pun
kang tetiba aku gigih sakan, macam tebiat sangat pulak kan.

masa petang tu papa call.
cakap malam2 tu datang la
tolong mama nak masak untuk raya tu.
aku memang plan nak pergi pun.
so malas pusing ke apa.
lepas shopping tu terus ke setiawangsa.
relax n layan sembang ke apa dulu.
around 9pm macam tu baru start potong2 segala n masak pun lewat.



patut aku tolong potong2 je la.
masak mama buat.
tapi mana boleh lepas tu terus gerak.
harus tunggu sampai siap kan.
harus siap je aku rasmi dulu.
takleh tahan.


:: signature dish me mommy. nasi impit n sambal daging ::

kul 12ish am aku bedal.
woah terbaik.
cibs tengok balik pic ni takleh tahan.
ada yang sabtu ni aku carik daging n buat balik ni kang.
yeah right. macam rajin kan.

then balik rumah.
raya haji tu takda apa pun.
around 11am pergi rumah mertua.
makan lepak sembang2 sikit.
around 3pm pergi surau rumah aku sebab dapat coupon amik daging korban.
taman rumah ni kecik je. surau je pun.
tapi lembu korban ada 21 ekor. hebat.
tapi daripada zaman kecik dulu pun banyak.
time aku tadika dulu kat sini pun sekali korban dah 7-8 ekor.
ingat lagi dulu rajin ikut arwah atuk gi tengok
ada sekali tu aku tengok dekat n clear.
aku tak sanggup. so memang lepas tu tak tengok dah.

lepas amik tu ke rumah mama.
bagi daging tu kat mama.
pastu apa lagi. harus laaaa makan lagi. aaaa.

:: nasi impit. masak lodeh. sambal daging ::

makan harus ulang lapan kali.
makan. tidur. terjaga lapar. teringat makanan sedap. makan lagi. pastu tidur balik.
then around 8ish gerak balik rumah.
kemas apa patut. by 10ish ke kedai abang am atas rumah aku.
dia buat makan2 open kedai.
menu banyak gak, nasi lemak, masak lodeh, lemang n rendang, apa lagi eyh?
apa2 la macam2. tapi yang pasti aku tuju laksa utara je.
berapa kali ulang tah.
dah kata laki aku memang rajin lepak situ kan.
tak pasal buat kawan ramai.
so dia layan sembang, aku layan makan.
oh heaven.

eh serious buat entry ni tengah pagi.
sambil teringat n tengok pic.
rasa macam takleh terima kelaparan yang mencucuk2 ni.
pastu air liur bertakung bagai nak gila.
ok di harap kerajinan datang.
aku memang nak buat menu nasi impit n sambal daging.
tetiba rasa nak homemade laksa jugak.
haaaa boleh matiklah mak gajah nafsu menggila.

ok la tu je.
lagi layan kang lagi takleh blah nanti.

apa kena mengena ngan tajuk entry ni kan?
sebab masa nak buat entry ni.
pikir tajuk macam apaaaa eh. tak tau nak letak tajuk apa.
tetiba MrB sebelah aku ni kentut. tapi dia tengah tidur ok!
dah banyak kali aku kena.
yang aku pelik orang tidur tapi kentut sangat kuat n padu.
so rasa macam, eh tidur pun bertenaga ke?
urat kentut hebat sangat. kah kah
tah apa2 tetiba cerita kentut.

ok bye.


8 Comments:

tash said... [Reply to Comments]

Noy nak resepi sambal daging. Macam layan gila je....

tash said... [Reply to Comments]

Noyyyyyy nak resepi sambal daging. Macam layan gila je

akish ali said... [Reply to Comments]

hahahahahha...lawak lakik ko peej!..hahahahha

Myne Khalid said... [Reply to Comments]

Hahaha....baca tajuk ingatkan supplement....skali bc kentut padu rupanye.....hahaha

Myne Khalid said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
cronix said... [Reply to Comments]

peej, ko pernah bg resepi sambal daging ke kat blog? aku nak search tapi tak jumpa tang mana nak search kat blog ko ni. mcm menarik je masak sambal daging. daging korban pun byk lg kat rumah aku ni tak bermasak. hehe

wingzero said... [Reply to Comments]

Pergh!!! Sedap tu.... Kak Peej boleh bagi tau kat mana tempat nie?

Jojet said... [Reply to Comments]

ok, terima kasih untuk ending cerita ini..mmg tersembur aku gelak! wakakakakakakakakakaka

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...