Instagram : @peejburhan

session sebulan sekali.

seperti biasa, sebulan sekali mesti ada session lepak ngan elly n filla.
cea sebulan sekali katanya.
padahal baru berapa kali je jumpa.
tapi Alhamdulillah boleh ngam la.
few jugak kawan rapat n mama pun tanya, elok pulak kau berkawan ngan elly n filla kan.
aku cakap ok la. sebab kepala semua sama.
plus kawan sekadar kawan, takda sebab kepentingan ke, ada agenda ke apa.
just because boleh masuk n bila lepak happy2.

so sebab bila lepak mesti best n lawak selalunya.
nanti ada je la dorang ajak lepak sana sini.
aku selalu akan cakap nanti tanya laki dulu.
tapi so far laki aku ok la if cakap nak lepak ngan elly n filla.
sebab dia pun dah kenal kot laki masing2. so dia ok.
so tengok mood baik, kita tanya. dia ok...ok settt.
sekali elok tanya dah ok. esoknya aku demam ok. dayummmmm.
dah la lama tak jumpa dorang ni. demam lak.
tapi nak lepak.
aku tau laki aku ni kalau aku demam mesti dia tak kasi keluar.
dia kata demam2 ni takyah la. dok umah je.
amik kau esok terus gigih weyh pergi klinik.
selalu aku memang malas klinik ni, biar baik sendiri je.
nak keluar punya pasal kemain gigih.
pastu rajin makan ubat, pastu rajin buat kerja supaya cepat kebah. hua hua.
nasib elok nak keluar tu memang dah kebah. tinggal batuk je.

dah la plan kemain awal sampai hari sepatutnya memasing tak tau nak gi mana.
tempat ni tak jadi. itu tak jadi.
pastu filla kata takpa sampai umah aku baru bincang.
aku punya dah siap apa bagai.
sampai umah aku, tetiba filla kata jom makan yong tau foo je la.
rasa nak lempang je dia, "babik kau kan. kalau takat yong tau foo takyah aku make up. aku pakai suar pendek aku je la".
dia gelak. memang buat lawak.
dah la keluar sekali sekala yong tau foo dia ajak. kong ajo betul.

bincang2 kejap pastu set ok makan alexis je la.
plus elly sampai pun lewat.
sebab malam tu jalan memang jam menggila.
sementara tu layan si filla cam whore.
elly sampai sambung lagi.
pic curik dpd blog filla.






aku dah malas layan la tu.
kemain banyak pic.
dah la semua buruk.
muka filla je ok. aku n elly jadi pelik2. tak adil betul.
tetiba nanti. eh aku buruk. eh gemuknyaaa (aku lettew), eh tutup pipi. eee ni pipi ke apa. eh yang ni lawa. eh lawanyaaa akuuu <<<==== kalau statement macam ni selalu statement elly la.

so gerak ke alexis great eastern mall.
dah la jam menggila jugak.
dah la memasing lapar.
sampai elly nak pakai valet. valet pun dah takda.
yang aku n filla dah bising cakap ala takkan nak tunggu.
parking je la bawah.
yang elly kemain tekankan yang laki dia pesan if keluar sendiri kena parking valet. bahaya la apa.
alaaa kata kita ramai. ok je la. parking bawah.
ok la ke bawah, sekali elly parking pelik2 je.
memang kena kutuk la. patut la nak valet rupanya tak reti parking. hahah bongok je.
tolong la rumah aku ni jalan tak berapa besar la. n hujung jalan mati
so memang nak keluar kena pergi hujung n 3 point turn pusing balik.
stress aku ok elly ni. dia bukan 3 point turn, sumpah ada 6 point baru turn ok. pitam.
kena kutuk lagi kau ni dapat lesen macam mana ni?
rupanya dia cerita memang masa amik lesen dia buat cerita sedih kat org jpj tu ok.
cerita dia ni belajar jadi bidan la apa. sebab memang cita2 suka tolong orang.
so ada lesen senang nak ke sana sini if nak bidankan orang.
boleh lak lulus ok. percaya orang tu elly nak jadi bidan.
kalau la aku nak beranak tetiba bidan tu elly...confirm aku suruh anak aku tunggu dulu jangan keluar nak. hahhaha.

amboi panjang cerita mengutuk elly.
ok sambung. sampai sana. tempat full ok.
dia kata boleh la tunggu, orang gerak je kita orang duduk situ.
agak2 la. dah la lapar.
plus weekend kot. mana ada orang nak tunggu lama.
so decide lets ke victoria station.
tak jauh pun n confirm tak ramai sangat.
tepat sekali. memang best je.

terpaling best bila elok nak duduk sekali meja sebelah abang awie la.
awieeeeeeee *cakap gaya johan*
berdebar terus mak incik.
sebab last week aku keluar ngan MrB. ramai gila artis aku jumpa.
tak teringin nak amik pic.
ah memang ramai la jumpa selama hidup ni.
so selalu orang tanya la asal tak amik pic.
aku jawab, artis malaysia ni if jumpa yang betul2 aku nak amik pic sorang je....awie.
amboih kau.
awie artis kesayangan satu fam aku kot.
sekali jumpa ok.
apa lagi terus rasa semangat ok tak kira nak amik gak pic.
yang filla, kau berani ke? aku nak gak tapi tak berani.
aku kemain kata berani la. tak kira nakkkk!
sekali dah keluarkan camera kecut plak. hahhahaha bongok.
yang dorang dah pressure kata cepatlah dia nak gerak tu. dah bayar semua.
aaaa nakkkk. aaaa takutttt. alaaaaaa.
beranikan diri, buat muka paling manis. paling manis untuk aku la. awie tengok rasa nyampah kot. haha.

"abang awieeee (wah ABANG ok! satu2 nya insan aku panggil abang ni.) nak amik gambar boleh tak?"

awie pandang wife dia. wife dia sengih je.
pastu dia kata boleh...
wahhhh meloncat jiwa ini. over sangat.

amik pic. pastu filla pulak.

:: ABANG Awieeeeeeeee i lebiu. muka terkemut2 tu kegembiraan ::


wife dia lawo la pulak.
masa tengok pic wedding macam biasa je kan.
tapi tengok live macam lawa.
nasib wife abang ada. kalau tak siap amik pic peluk boleh?
amboi lupa ada laki nampak. kah kah kah.

tapi paling takleh tahan.
yang aku akan ingat sampai bebila.
dia nak gerak tu. dia sempat cakap bye kat kita orang.
awie ok! awie yang cakap bye kat kita orang.
bukan kita orang cakap bye kat dia. wahahahahhaha.
babi betul type sambil sengih je aku ni. nasib takda orang tepi aku.
kalau tak dah kena penumbuk muka macam kerang busuk. wakakaka.
aku buat entry ni siap pasang playlist lagu awie ok.
menusuk kalbuuuuuu sangat ni.



buruk perangai kan dia dah gerak pun curi2 amik pic dia. miaahahhaha.
terus aku snap pic pakai phone kat camera.
sebab nak upload kat ig punya pasal.
pastu nak eksyen kat noy.
hahahahah segila2 aku kat awie. gila lagi noy.
tahap saiko if karaoke mau 10 lagu awie straight dia nyanyi.
pulak tu bagi statement, awie tanya wife no 2 ke hah? saya sanggup.
tu lagi kronik.
laju woihhhh tak lama lepas tu noy call.
terus macam, "kau kat manaaaaa????? dia ada lagiiii keeeee??????"
aku cakap la dah balik.
dia kata alaaaaaaaaa if dia ada saya nak facetime. bagi saya sembang ngan dia.
amboi kau. siapa kau siap nak facetime ngan awie. agak2 noy kalau saiko pun.
yang kelakar aku kan upload pic. yang mak aku pun komen, alaaaa mama pun nak amik pic ngan awie.
hahaha tetiba sangat. family obses awie.

lepas seronok n semangat upload pic la apa.
baru teringat nak order makan kan.
haha padahal memula kemain la lapar kan.
jumpa awie lupa pulak. terus rasa kenyang la.
ok tu nampak sangat menipu kan. aku kenyang tanpa makan?
tipu sangat tu.



elly yang sangat saiko aku rasa.
kalau kau baca blog dia rasa macam eh pompuan ni kenapa?
aku memula baca blog dia memang tak paham, bila jumpa, e ehhhh dia memang macam tu.
dia memang selamba n lawak gila.
macam malam tu la. kemain siap appetizer soup.
pastu dia makan, kita orang kan makanan tak sampai.
takda lak order appetizer, memasing sibuk hal awie.
dia tak heran, sebab dia tak suka awie. kemain eksyen.
pastu dia makan aku n filla perati la.
dia tetiba, "korang nak ke? nah..eh tak jadi la. taknak share"
eeee dah la ajak ayam, pastu berterus terang lak tu memang tak ikhlas pelawa.
tapi adakah aku n filla kisah? tetap muka tak malu cicah2 je roti kat soup dia.
padan muka siapa suruh pelawa kat orang lapar kan.


filla yang kemain kilat barat tudung.
pastu ada ke patut nak ajak makan yong tau foo je memula.
nasib tak layankan dia. kalau tak, tak dapat jumpa abang awie.




order black pepper steak.
Ya Allah sedappppppp. dah la black pepper sauce sedap gila.
tu takpa tu takpa.
ada meja sebelah ni. dua lelaki.
muka selengga je ok. aku tak rasa orang malaysia pun.
tapi memang macam pelik2 je la.
tetiba tengok order dia datang. memula oyster, pastu lobster.
amik kau gilaaaaa...lobster kau ingat berapa? ratusan weyh. al pitams kejap.
padan muka siapa suruh judge a book by its cover kan.

tak dapat lepak lama pun.
sebab filla duduk jauh kan.
nasib filla tak duduk dekat2.
kalau tak tensi je laki memasing nanti asyik nak lepak je kan.

:: Filla n Elly ::

so far senang la berkawan ngan dorang ni.
stress free.
tak tau la kalau tetiba tak ok kan.
sebab kat pic atas ni tetiba tepi elly ada pisau. macam takut pulak. hahah
ok tetiba.

kemain la plan nak cuti sama.
tah bila. memasing busy.
tahun depan la kot.
buat sementara ni cukup la session keluar sebulan sekali ni.
:D


5 Comments:

Xuriana said... [Reply to Comments]

hmm, aku mcm suka la elly ni.. heheh.. dia mcm gila2 kan? mcm best je..

:)

Filla said... [Reply to Comments]

i lebiu awie.. aku tengok awie, teringat dia lari setempat citer Hantu Kak Limah.. haha.. awie kelaka.. tak paham aku kenapa dia belakon citer apa? yang ngan erra tu romantik tu.. dia tak sesuai ok.. sebenarnya dia kena watak kelakar.. sebab dia kelakar.. muka je garang.. hahaha.. eh dah jadi pengulas pilem plak kak filla nie.. hahaha.. peej, next gi vacay island jom? hahahaha besok nak pegi, hari ni baru bagitau laki.. cakap tiket semua dah beli.. hahahahah

mysha said... [Reply to Comments]

phewwwww abg Awieeee tu ekekeke

lily lotus said... [Reply to Comments]

abg awie! ok tu jer nak komen. haha

Elly said... [Reply to Comments]

Aku tak suka Awie. Peej kalau kau mengandung nanti waktu nak bersalin panggil aku yerk...aku blh bagi moral support...hahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...