Instagram : @peejburhan

rush hour 4

sesiapa yang ada email/sms/whatsapp tapi aku belum reply.
bagi balik.
aku nak mencari balik dalam timbunan emails n whatsapp yang lain berpinar mata.
ramai yang bertanya soalan ke apa.
aku tak jawab sebab aku busy menjawab orang confirm payment n order ke apa.
memang nak balas. tapi since balas kau kena karang la apa. tu aku tangguh.
bila free rasa nak balas tapi aku sendiri lupa eh orang tu bg kat sms ke, whatsapp ke? ke email.
siapa dah bayar aku tak confirm lagi pun sila bagi tau.

ephyra half aku boleh post esok.
half lagi aku post either hujung minggu. or minggu depan.
tengok stock bila dapat.
stock sangat sangat limited yea.
n di jangka stock takda sampai hujung bulan.
aku ada balance availabity untuk orang beli sikitttt sangat.
so siapa cepat dia dapat. aku takkan reserve ke apa.
oh n trial pun stock takda. pun tak sure bila ada T____T

khamis lepas memang busy sebab aku pack barang n post.
jumaat aku tak dapat post ephyra korang so isnin buat.
sebab by the time aku dapat pick up barang pun dah lewat petang before office tutup.
tak cukup ngan yang patut aku nak. but anyway. so aku tak sempat post.

then malam laki ajak tengok wayang pulak.
gila wayang pulak dia tuh.
layan la. walaupun aku penat sebenarnya.
kalau boleh takda kerja aku nak rehattttt je rasa.
tapi kang mat sentap. so layan.
cerita paling bodoh pernah aku tengok.
sebab aku kena rush. malam orang nak amik barang.
so carik cerita time yang free. ada satu je cerita. so tengok gravity.
hoi tak best. so jangan tengok plissss.

settle tengok wayang terus rushing balik.
2-3 orang amik barang.
then keluar dinner. lewat dah.
then balik.
esoknya tengahari bangun.
pergi makan n ke HKL.
sebab ayol masuk hospital.
dia masuk daripada khamis.
see takda masa sabtu baru tengok.

syiok weekend ni kita orang merempit je.
sebab HKL kau! memang tak la nak drive.
dah la parking hazabs.
naik motor dah.

sampai je jumpa ayol.
oh bagi yang tanya ayol sakit apa.
memula dia demam. di klinik nak amik MC.
sekali doktor check tengok darah tinggi.
so doktor suruh gi GH.
check lagi terus warded.
darah dia atas 200 ok! gila.
tu takpa. masa melawat tu. tetiba tengok dia kena puasa.
rupanya doktor kata dia apendiks pulak. so malam tu gak opperate. huh.



tak dok lama sebab dia nak tidur. puasa kan.
kang bangun je stress lak. baik tidur.
so kami laki bini merempit ke rumah mama pulak.
sebab ayol suruh bwk balik buah2 org bagi, dia kata bukan leh makan pun.
so ke sana.

elok duduk sejam macam tu.
tetiba dapat call dia nak masuk OT.
so dia suruh aku n mr b datang balik ke sana sebab amik segala benda penting mcm wallet hp n all.
ok ke sana balik.
elok sampai dia pun di tolak untuk gerak ke OT.

then balik rumah relax je la.
takda apa.
ada la customer sorang dua datang amik barang.
tina kata nak datang lepak anak beranak. takda pulak tak jadi.
so kami laki bini naik atas lepak la berdua.

balik aku relax sikit la takda apa sangat. weekend kan.
so layan tengok movie kat viooz.
biasa la tidoq lambat.

bangun je terus bersiap n rush again ke hospital.
sebab nak hantar barang2 ayol.
sebab dia tukar wad. kang orang melawat nak call ke apa kan.
so ke sana balik.
tembung ngan mama n papa.
tapi dorang nak balik dah.
so layan sembang ngan ayol la.

katil depan dia penjenayah. orang sarawak rasanya sebab nama glams.
siap ada tattoo semua.
siap bergari tangan n ada polis tunggu situ 2 orang. serams.
tu takpa lawak. ayol kata malam semalam penjenayah yang jaga sebab polis dedua tidur. huhu.

tu takpa. tu takpa.
familiar tak pic bawah ni?



ye! tujuan adalah melawat ayol.
tapi as usual wakil rakyat tetap la nak meninjau kawasan.
melampau sangat kan.
aku n ayol dah tergelak2 je.
tapi ayol marah aku sebab dia kata gelak sakit bekas operate tu. hahha sorry.
later tu mama siap tanya, pakcik tu kenapa?
yang MrB semangat la cerita. pakcik tu bisul belakang badan. 
bisul dah besar pinggan ok. eeee takutnya.
rupanya sebab pakcik tu takut nak gi hospital.
tapi patut la aku tengok pakcik tu meniarap.
dia bukan baring tapi macam meniarap.
yang katil hujung lak orang tu 50-50. 
macam2 laki aku ni.

then lepas tu gerak.
singgah makan kat tepi stadium kg baru tu.
hoi sedap masakan kampung. pitams.
later balik.
sempat duduk dalam sejam lebih gitu.
ayol call kata dah boleh discharge.
so relax jap. so ke sana kita.
bila masanya nak masa senggang tah.

rush ke sana.
Mr.B naik atas fetch ayol.
aku kena pusing n tunggu one spot. takda parking kan.
so settle baru aku pergi ke depan balik.
se ke rumah mama.

sampai pun dah almost maghrib.
sembang sikit. noy ajak lepak bilik.
nak gossip katanya. amik kau gossip pantas 20 minit.
banyak lak cerita pompuan tu.
so aku macam. ok kul 8 aku gerak. so cerita cepat.
ok layan dia. tengah syok gossip sembang yang laki aku dah whatsapp dpd bawah.
ajak gerak. tp mmg la sebab dah janji kul 8 gerak. haha.
lagi pun kul 9 orang nak amik barang. dah janji.

turun bawah papa kata mama carik aku.
dia nak suruh orderkan dominos. lapar katanya.
sabtu bday dia. since busy n ayol masuk hospital apa.
takda la sambut apa. plus mama kata taknak apa. ok la.
so ni dia nak pizza layankan.
dia tau aku nak balik dia kata takyah la.
aku kata takpa la aku order. then tinggalkan duit.
makan la. aku memang takleh join sebab dah janji orang nak amik barang.
so orderkan memacam. then mintak diri balik.
jeling jam. huish dah 8.20pm.

rush ke giant.
capai apa ada.
tolonglah umah aku stock barang dah lama abis.
last aku masak time raya ok.
terel tak? pastu sendiri rindu masakan sendiri.
takleh jadi. now tengok orang tayang home cook meal aku tertelan2 air liur.
ok lets beli n memasik minggu ini.

by 8.45pm settle beli.
elok sampai umah kul 9pm.
oh otw balik najib adik MrB call kata nak dtg. ok boleh je.
balik aku kemas barang beli earlier.
then bersihkan pasir kucing dah sampai dorang.

duduk jap sejam laki ku ajak naik atas makan.
elok keluar customer sampai amik barang.
makan atas reramai then dorang derak.
pastu kita orang balik.
yeahhhhhh. ni baru la ku berlapang dada.

kejap ni aku bg customer tracking num aku post khamis.
haha terel tak? mostly dah dpt pun barang.
takpa bg je. kang ada yang tak dpt ke apa kan. so senang.
ni mengadap blog jap.
lepas ni nak isi CN poslaju.
n lets pack barang untuk tomorrow.

amik kau penat weyh terlari sana sini.
stress bagai nak gila.
memerlukan cuti pendek.
tapi macam tak tau nak gi mana.
macam2 cadangan orang bg kat fb. sendiri blur.
kalau tak monsoon mmg aku dah gi perhentian or segala pulau ni.
tapi monsoon.
penang macam best tapi memandangkan nak drive tu macam ah letihhhh.
langkawi ok gak kan? tapi takut kebosanan pulak.
ada suggest melaka. tapi aiyoo melaka dah muak aku dpd kecik melakaaa je.
pd pulak mcm dekat n tak mencabar. haha boleh?
mcm kiwok nak cuti tp semua tak kuasa. 

eh ok la. nak sambung buat kerja.
see u later alligator... *gaya jayjel anak nonie cakap*


5 Comments:

Jue Hairul said... [Reply to Comments]

baguihnya mrB..ramah noo..ok apa wakil rakyat tinjau kawasan :D hehehe~ very nice of him

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha sama dgn makcik kta, pergi hospital lawat atuk, tp dia siap temuramah katil dpn. sungguh ramah mesra :P

weh hari tu kta check tiket fireflyz murah2 penerbangan dlm negara.. rm35 sehala. cuba la check kot ada lagi. next year pun dah plan nak cuti2 malaysia.

muna said... [Reply to Comments]

kalo nk gi pulau2, bleh try gi mabul. tu belah sabah sana aa, dia tak monsun. tp bajet punya tempat dh serupa rumah setinggan, hahhaha. kalo tak bajet tu, pergh rega tak hengat. hujung2 tahun penuh sebab semua tumpu sana sebab takde monsun.

perhentian plak, owner resort kata last yr nov clear je cuaca lagi. takde hujan2 segala. aku baru baik 2minggu lepas, 3 hari tu takde hujan pun, panas je :p

suezen said... [Reply to Comments]

betul2 rushing:D

HadSha said... [Reply to Comments]

Pg pangkor la kalau just untuk rileks.. Hehehe sane x de musim monsun ke ape sebab terlindung.. Nak best ke pangkor island beach resort... :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...