Instagram : @peejburhan

payah sungguh

apesal la susah sangat nak tidur ni weyh.
semua salah segala teknologi internet ni la.
adaaaaa je nanti.
dah la now aku dah start main game balik kat fb.
sebab hari tu rasa macam sangap tak tau nak buat apa dah.
main game la.
memula satu je. tetiba macam letih n bengang asyik tunggu energy penuh.
try main second game pulak.
tapi dah kata lebih kurang timing main. so nanti mcm menunggguuuuu energy.
nampak kat feed ada game orang main, kau main gak. tsk.
amik kau now main 3 game.
tu takpa. game ketiga ni cepat sikit la energy dia naik.
so dah pulak aku macam asyik tunggu naik. pastu gigih main. hahha.
aku ni kalau dah start memang payah.

pastu sampai tahap semua dah takleh main.
aku start tengok youtube pulak.
aku memang subsribe kat ellen show.
suka betul aku talk show tu la. kalau kelakar memang melampau kelakar.
pastu kalau sedih, tak pasal aku sebak. suka la.
tapi tu la. pendek2 je clip dia.
kenapa kat malaysia takda talk show tu? mesti best.

then tak ingat macam mana. start kelmarin kot.
aku jumpa talk show wendy williams pulak. subsribe terus.
sebab macam best je. amik kau marathon tak reti tidur.
tengok semua episode yang ada.
ni pun stop sebab kalau layan ada tidur subuh lagi ni.

nak try la tidur awal weyhhhh.
dah la 2-3 hari ni laki ku tidur awal je.
awal as in kul 12ish macam tu la.
untuk kami awal la. sebab selalu tidur lewat.
so rasa macam alaaaa, kenapa dia dah normal?
aku macam tak je.

tapi tah la. penyakit ni dah start dpd zaman aku habis sekolah.
zaman dulu internet kurang.
tak silap rumah aku internet start ada 2001 kot.
aku form lower 6 macam tu.
tapi time tu takda la ketagihan apa sangat.
pastu ada timing2.
gilir2 pakai. ni time kau, pastu time orang tu lak, pastu time orang ni lak.
dulu mana ada sangat la apa nak layan kat internet kan.
ada pun fb je kot.
n myspace ada kot.

tapi tetap la aku bukan tidur awal.
time tu aku suka dengar radio tengah malam.
tak silap aku suka dengar THR time tu.
ada lagi ke siaran tu? Time Highway Radioooo....~~~
ingat lagi dulu ada time2. lewat la kul berapa pagi tah.
akan ada segment arwah din beramboi n abby fana tak silap nama.
tolonglah kelakar nak mampus ok.
time tu aku kongsi bilik ngan noy.
katil tarik tu. aku atas dia bawah.
tilam aku single tapi macam tak full.
macam mana eh nak cakap.
macam tolak tilan ke bawah. so atas tu ada gap sikit nampak la kayu katil tu.
so aku akan letak radio kat situ.
since noy tidur awal.
aku kena dengar pakai earphone la.
lawakkk terlampau tanpa sedar aku gelak2 kot melampau ke apa.
tau2 terkejut je dalam gelap muka kena sepuk ngan bantal.
bukak earphone rupanya noy jerit, senyapppppp laaaaa!
hahaha bukan salah aku. salahkan orang yang buat lawak tu.

pastu zaman ps2 rasanya.
aku jenis takda la suka main game macam tu.
tapi abang2 aku suka.
aku lak suka tengok.
so nanti akan tengok dorang main.
pastu nanti kul 2 pagi tetiba lapar memasing.
mula la aku n noy goreng nasi kul 2 pagi.
tak pun buat jemput2 ke. goreng fries ke, kadang tu buat french toast.
gila lah.

so kira-kira balik dah 12 tahun kot aku ni masalah tidur.
tah bila nak ok tah.
eh dah kul 3.30am.
nak try tido la. *righhhtttttttt*

tata peaches.

6 Comments:

Wirdalisa said... [Reply to Comments]

Peej, U try search from YouTube Maury Show. Itu talkshow macam u nak sepak the rude teenagers or wife yang curang konon the other person made her pregnant padahal she went to bed with other 6 guys whom she didn't know until she was pregnant with a child.. Siap dengan DNA test and lie detector to prove! Veryyyyyyy gerammmm je tengok tu talkshow but best!! Okbye! -love from Spore.. :)

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

susah tido ni mmg penyakit paling dibenci, kadang2 tuh ade gak 2 3 malam insomnia nih, itupon stress tahap tertinggi, nak2 keja upis hour.. mmg panda la mataku.. so, motip disini, aiols is faham problem uols

cronix said... [Reply to Comments]

aku pun suka tgk ellen degeneris! at one time dulu ada kat ntv7 kan. sekarang mmg dah takde.. kdg2 kalau rajin aku tgk kat youtube gak..

Pinkwatch said... [Reply to Comments]

ada lagilah thr tu.. nama dia "THR gegar... permata pantai timur" hahahaha.. kedai2 kt ganu kelate byk pasang radio tu.. lagu jiwo2!!

nor said... [Reply to Comments]

senang aja..make sure tidur lambat tetap bangun awal daily. no nap daytime...after one week the brain asks for sleep ..bila malam.

Myne Khalid said... [Reply to Comments]

peej main game ape lg??

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...