Instagram : @peejburhan

kenangan.

semalam bawak kereta balik daripada beli makanan kucing.
laki aku pun satu. dah sampai rumah daripada membeli belah.
tetiba dia kata makanan kucing habis. aaa kena keluar again.
nasib dekat ngan rumah. so ok je.

tapi dalam kereta dia tertidur.
keletihan la tu.
mana taknya. aku tak tau la dia ni dapat tenaga kat mana.
aku yang menengok pun letih kot.
dia jenis takda kerja carik kerja.
sehari vacuum je berapa kali.
kata berpasir. takda la teruk berpasir sampai kena vacuum berkali2.
pastu aku nak buat kerja payah sebab dia suruh bangun sebab dia nak vacuum T____T
kadang aku malas nak bangun buat bodoh je. amik kau suka hati langgar kaki aku.
sakit ok. so layankan la.

tetiba nanti aku tengok lantai depan tu basah je. siap dia basuh.
tak tahan siap mop porch depan. tak ke kerja gila tu.
kot ye rajin.
tu belum last weekend aku gi umah in law aku.
dia berkemas kat situ.
serious aku kira ada 6 kali dia sapu ok.
sebab abah kan sakit. so makan sepah2.
dia sapu. then nanti dia alih2kan abah nanti ada je la makanan sepah sana sini.
dia kibas la apa. sapu lagi.
tetiba dia sapu satu rumah sebab berabuk.
dia dia alihkan abah lagi ada serpih makanan ke apa. dia sapu lagi.
aku dah macam. omg enough already!
sumpah aku rasa kalau lantai tu boleh jerit dah jerit, dah takda apa laaaaa!! apa lagi kau sapu2 aku ni.
hahaha serious ok.
then ke rumah mak aku dia berkemas depan rumah mak aku lak.
eikkkkk. manusia ke apa dia ni?
tahap kerajinan yang buat sifat pemalas aku bersinar n memancar2 terserlah.

tapi aku sebenarnya bukan nak cerita pasal tu.
aku cakap dia tertidur kan.
ok tidur sebab kepenatan la tu.
so dia tidur tu tetiba aku teringat kenangan ngan arwah atuk aku.
sebab jalan yang aku lalu tu memang jalan yang selalu kita orang lalu.

rumah yang aku duduk sekarang kan rumah arwah atuk n maktok.
kita orang memula duduk sini.
pastu pindah, tapi memang selalu la ke sini.
seronok je.

ingat lagi ramai-ramai tidur kat ruang tamu ni.
pastu nanti atuk subuh nak pergi surau.
tension je dia sebab nak kena elakkan terpijak kaki kita orang.
pastu atuk balik daripada surau ada yang dah terjaga.
tengok atuk tengah siap nak pergi jogging.
apa lagi. cucu pun semua nak ikut la.
cepat2 siap sebab takut kena tinggal.
nanti 2-3 orang ni ikut la atuk jogging.
sampai ke taman melati.
ikut jalan belakang yang aku jalan tu la.
akan jogging sampai rumah acu.
acu dulu duduk taman melawati.
siap singgah kedai beli sarapan makan sama2.
nanti tengahari acu hantar la kita orang semua balik naik kereta.
sebab untuk budak tadika nak jogging pergi balik pitam la woih.
if atuk sorang lagi proper la dia jogging.

belum lagi time atuk nak keluar pergi kedai.
berderet nak ikut.
naik la motor ramai2.
pergi kedai runcit india kat atas tu.
suka hati amik segala kamkam, chocolate la, mainan la.
atuk bagi je. nanti masuk buku 555.
pastu ke depan sikit dulu ada banyak gerai jual air n buah2.
so beli la air tebu, buah betik, jambu pulak.
atuk layan je.
then bila dah besar mama cerita. pencen atuk bukan banyak.
memang sikit gila ok.
tapi ye la time tu kau budak. kau mana nak tau.

kadang tak naik motor tapi jalan kaki naik atas.
ingat lagi dulu hujung umah tu naik bukit.
so situ ada pokok besar. akar pun besar2. so akar tu la tempat memanjat.
now pokok dah takda. now aku tengok dah ada orang buat tangga kat situ.

ingat lagi dulu atuk naik kereta opel kedet. eh tu kot eja dia.
kereta lama. aircond takda. so kena bukak tingkap.
seronok je bila naik kereta berangin jeeee.
tapi paling kelakar time hujan.
dah la takleh bukak tingkap. berkuap je.
pastu nanti cermin akan jadi berkabus tu.
so atuk akan bagi kain sorang satu.
so kerja kita orang semua tolong lap cermin kabus tu.
kabus je lap. kabus je lap.
jadi pertandingan pulak siapa abis lap cepat dia menang. haha tah apa2 tah.

kereta atuk ada bunyi dia. memang semua kenal.
ada sekali tu kita orang pindah umah. mama n papa sewa kat melawati.
elok hujung jalan lorong satu lagi tu pulak acu sewa.
so if nak ke rumah acu kena lalu depan rumah kita orang.
time tu lamaaaa sangat tak jumpa atuk n pergi rumah atuk.
rupanya dah besar2 ni mama cerita time tu mama n atuk selisih paham.
tu sampai pindah n tak gi jumpa lama.
yang kelakar. atuk if pergi umah acu. bila lalu depan rumah kita orang. dia saje press2 minyak tu.
so memang dengar la.
yang mama kata kita orang empat beradik teruk berlari kat gate jerit atukkkkkkk...atukkkkkk....
atuk terus gi rumah acu. mama sian so dia lepaskan la kita orang keluar.
berlari la semua pergi rumah acu nak jumpa atuk.

so many memories.
macam baru2 ni. aku perasan rumah aku banyak kerengga.
nampak la 3-4 ekor sesat kejap kat toilet, kat ruang tamu, kat katil.
scary gak la. kerengga kot.
sekali aku gi dapur belakang jenguk.
e eh pokok mangga tu dah takda. pokok kesayangan.
not that ada buah pun lagi. dah tua pun. tapi pokok tu lawa aku suka sebab banyak pokok tumpang.
so macam super lawa. yes aku suka pokok.
tengok dah takda. dbkl potong kot. pfffttt.
then baru tau kenapa kerengga muncul. sebab pokok tu dah takda.
pokok mangga tu memang banyak gila kerengga.
ingat lagi atuk if nak panjat pokok tu amik mangga. mesti dia akan lumur badan dia ngan minyak tanah.
so dia panjat pokok amikkan mangga.

kita orang ni spoil daripada kecik la.
ingat lagi time tu dah duduk setiawangsa.
atuk akan datang bawak buah macam betik, tembikai susu, mangga.
dia siap potong semua letak dalam fridge. so tinggal makan je.
hahaha sampai sekarang perangai macam ni ok.
macam rumah mama la, rambutan pun mama kena kupas letak dalam fridge baru la ada orang makan.
kalau tak takda sapa nak makan. buruk perangai.
even rumah aku now. beli buah. end up tak makan.
sebab malas. can?
pastu nanti mama datang umah aku dia bebel sebab buah tu busuk dalam fridge. hahahha.
dah la malas makan, malas potong, clearkan fridge pun malas.

semalam tengok entry filla yang anak2 dia mandi kolam tu.
teringat jugak time kecik.
dulu rumah ni ada kolah.
takda la besar kecik je weyh.
amik kau if mandi ramai2. sesuka hati masuk kolah.
pastu atuk jerit daripada luar korang masuk kolah ke.
kemain cakap tak.
pastu tak berani nak kocak2 air.

ye la kolah orang buat mandi, kita orang selamba berkubang dalam tu.
kena la keluarkan air n penuhkan balik.
ye la bukan senang kan. kang bil air berapa.
so lepas tu dapat cousin kecik. ada la tab mandi baby tu.
dah la mandi macam tu pulak kat paip luar.
so tu yang lepas tu mama belikan kolam air tu.
tapi biasa la walaupun ada kolam tu.
tetap lavish tu. so hanya dibenarkan mandi sekali sekala je.
selalu if mintak kebenaran kat mama mesti tak dapat.
if mintak kebenaran kat papa baru ok.
tapi if mama balik kerja nampak tengah mandi kena jerit la, "hoiiii 5 gelen air mandi ni. sekali sekala je boleh". sedih.
tapi takpa la. walaupun sekali sekala. tetap setiap kali mandi akan berangan ikan duyung.
eh tapi time tu mak masih duyung ok.
sekarang ni tak dapat la. sebab memang ketara dugong kan.

atuk meninggal tahun 94. aku darjah 5.
walaupun mostly kenangan ni masa aku tadika sampai sekolah rendah.
tapi best sebab semua macam still ingat lagi.
siap boleh gambarkan detik2 tu.

seronok kan kekecik dulu.
rasa macam semua best je.
al-fatihah untuk arwah atuk.
i miss maktok aswell.
maktok kita orang dapat stay ngan dia lama.
sampai tahap menyampah la.
siapa baca blog ni lama dapat la baca memacam kisah arwah maktok.
seronok buli dia. heheh.
al-fatihah untuk maktok.
semoga roh meraka berdua dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.




6 Comments:

nor elyana said... [Reply to Comments]

Bab kolah tu mmg sama..dulu rumah arwah atok n nenek pun ada kolah panjang..adat budak2 suka mandi ramai2..tina2 senyap je sbb masing2 da dlm kolah..duduk statik je sbb takut air berkocak nanti orang dgr..paling2 pun nanti ambil air dlm gayung buang kat lantai konon2 nak cover bunyi kitorg tgk berkepak2 dlm kolah..

Jojet said... [Reply to Comments]

ok, aku nih penyedih..sikit2 begenang air mata..

tok aki aku idop lg..terus rasa nk peluk cium..

tarik napas dalam2..sbb kenangan ngn diorg mmg byk!!

suezen said... [Reply to Comments]

tergelak bc ni
"sumpah aku rasa kalau lantai tu boleh jerit dah jerit, dah takda apa laaaaa!! apa lagi kau sapu2 aku ni."

atoyissan said... [Reply to Comments]

ha..betul dulu kecik2 pon suka mandi kolah..sesenyap jek...panjant masuk verangan swimming pool...lepas tu menggelupur tengok air kolah koto...orang lain nak mandi tak blh...lepas tu kena marah...lepas tu terus rasa apsal la makcik-makcik i ni tak cool langsung...mandi kolah pon kena marah...syok ape mandi kolah cuma diaorang jek tak rasa..hahahah boleh?

fathen yaya said... [Reply to Comments]

hahahaha....bab mandi kolah memang samaaa!
siyes best gile kot...kejap feeling bath tub..kejap feeling swimmimg pool..hahahah...tapi asal tgh syok je mesti kene sound ngan mak..
hahahah!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

best baca pengalaman ko dgn atuk ko. nenek atok belah bpk kta dua2 dah xde. yg tinggal belah mak je. rapat jgk la dgn diorg walaupun kampung jauh kat terengganu sana. hihi

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...