Instagram : @peejburhan

Ephyra mengalahkan goreng pisang panas katanyer.

ok pengumuman.
ephyra sold out yea.
siapa yang dah buat payment sebelum entry ni di buat aku boleh post.
siapa yang dah amik details tapi belum bank in n aku tak confirm lagi.
maknanya sila tunggu next week yea.
sebab walaupun semalam aku restock 3 carton tapi today dah habis.
nak restock lagi tapi oceanlife kata jumaat baru ada stock.
dorang pun baru je barang sampai semalam dah habis licin!

kalau jumaat stock sampai awal.
aku sempat pack aku post jumaat jugak.
tapi tak janji.
besar kemungkinan isnin baru dapat post yea.
sebab semalam patut takda barang.
so mana ada aku dah siap pack malam sebelum.
sekali barang sampai. berlari amik, then balik terus pack.
peluh ketiak. tapi Alhamdulillah.


Alhamdulillah rezeki hujung bulan.
4 bag post untuk semalam. kena tunggu MrB balik kerja la baru gi post.
tak larat aku nak kendali sorang.
so semua dia tolong semalam. aku beratur je. dah la ramai.
ye la balut last minute. lambat la ke post office.
kemain MrB siap promosi kat post office tu.
sebab orang tengok, orang dok tanya jual apa?
rajin dia melayan. aku jenis muka ketat tak layan orang. hahah.

benda paling tak best bila meniaga bila stock putus kan.
tapi nak buat macam mana kan.
tapi korang still boleh purchase untuk harga promo ni.
promo until 5th ni yea.

1 box - rm197
2 box - rm350
3 box - rm500

free shaker, free recycle bag n free postage.

konsep jualan ialah siapa buat payment, dia di utamakan.
walaupun kau dah tanya details seminggu ke, 1-2 hari lepas ke.
tapi still takda payment, aku akan utamakan yang dah bayar.
plus aku takleh ingat kalau korang call ke, sms ke kata simpankannnn.
nanti saya nak.
banyak weyh deal kena layan, so memang aku takleh ingat.
tapi if dah bayar aku catit. so memang Insyallah save la.
satu lagi. kalau korang dah buat payment tapi aku tak reply confirm payment pun sila bg tau again.
kadang aku terlepas pandang.
serious weyh sebab lepa kejap je hp tengok whatsapp sampai 50. email 27, sms 7.
so memang tangan sotong.

ada few times aku buat kesilapan sana sini.
maafkan lah tuan hamba. hamba hanya manusia biasa.
dah la semakin berumur, tah apa2 je kadang2 otak ni.

eh ok la.
aku kena lari ke rumah mama sat hantar stock barang orang nak amik sana.
pastu balik sini balik.
sebab today berderet orang nak amik barang.
rejeki orang dapat gaji.
thank u semua, tanpa anda siapalah saya.
thank u Allah jugak dengan limpahan rezeki. Allahuakhbar.

p/s: motip penutup tetiba ustajah.

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...