Instagram : @peejburhan

dah macam hidup kat bronx pulak rasa

oit lepas satu-satu kes jadi.
semalam lepas entry aku tu.
kan kes pegawai bank tu kena tembak tu.
eeee takutnya.
pastu gatal pulak aku tengok gambar.
terbayang je.

pastu tadi filla datang rumah aku.
dia tunjuk video cctv pegawai bank tu.
terus i is trauma.
bodoh sangat tau nak merompak macam tu.
dah la tembak kepala.
aku rasa tu mesti menembak pun tak reti.
tu yang kena kepala.
tapi ye la dah ajal. tapi still takleh terima.

pastu ptg tadi filla ajak makan mihun sup kat melawati.
ok je. aku pergi pos sekali alang2.
lepas pos aku nak masuk kereta filla relax je minah tu tak kunci pintu.
bebel aku.
aku kata, aku ni orang keluar je terus aku kunci.
masuk kereta pun terus kunci.
filla gelak je. main2 yeah.

then lepas makan dia hantar balik.
again aku bebel lepas aku keluar ni kunci kereta ni.
aku kata kang orang bukak pintu tembak nak?
dia dah marah sebab aku takutkan dia.
betul la kan.
dia lak nak takutkan kata aku lagi la sorang kat rumah orang masuk tembak.
takdanya. kau tak tengok aku kunci pintu bagai nak gila setiap sudut.
Insyallah takda apa.

then balik rumah baru sempat aku nak online.
tengok kat fb kecoh pasal kes kat taman melati kena tikam.
oit tu terlalu dekat ngan rumah aku.
siap pelajar kolej tar ni kena tikam.

pastu baru baca lain2.
rupanya mamat ni macam mental salah menuntut ke apa.
dia ni pemandu van hantar rokok kat kedai2.
so dia tikam 2 orang kat lrt taman melati.
perempuan umur 60 n 40 tahun.
then dia mengamuk kat kedai runcit ke apa.
dia bawak van langgar van air mineral.
dia keluar van, pergi tikam pemandu van tu. maut kat tempat kejadian.
then dia bawak lagi van. langgar kereta prius student kolej tar.
dia keluar n tikam student tu. maut jugak kat tempat kejadian.

elok aku baca ni filla terus call.
tanya lrt rumah aku mana.
taman melati tu la!
situ la filla turun aku amik hari tu.
dah aku sempat bebel kata kunciiiiii kereta!
kang senang orang bukak tikam la apa.
benda nak jadi ni tak tau.
memang kalau dah tertulis tu kita takleh elak.
tapi atleast berjaga2 kan.
kalau tertulis dia nak tikam kau, tapi dia bukak pintu takleh, maybe la tak jadi.

ish kenapa la malaysia begini.
terus jadi seram je sekarang kan.
tapi tu la. nak ikut seram tak kemana la kita.
plus if dah nak jadi kau tak keluar, kat rumah pun jadi kan

so kepada semua.
hati-hati lah. esp kalau kita ni bergerak sendiri n perempuan.
make sure masuk kereta terus kunci.
kalau tau jenis lupa sila pergi kedai kereta.
kau boleh buat auto lock kat kereta.
kau tekan brake je memang automatic kereta lock.
if kereta kau takda auto lock la.
n if nak masuk kereta or nak masuk rumah ke apa.
sebelum tu sila pastikan dah ada kunci kereta/rumah kat tangan.
so that takda lengah masa cuai n lalai baru nak mencari ke apa.
memang betul, kadang benda nak jadi.
tapi tak salah kalau sentiasa berhati-hati n dalam keadaan bersedia kan.



8 Comments:

Miss Moon said... [Reply to Comments]

menakutkan giler kan

adehhhhhhh sampai aku pun takut nak baca paper skrgggg

Montana said... [Reply to Comments]

cukup brutal dia kena...al-fatihah

yan khairul said... [Reply to Comments]

i belum baca lagi kes terbaru tu. Ya Allah takutnya. Anything can be happen to everyone. Yang tak pasal2 pon boleh menjadi mangsa

Husna Mubin said... [Reply to Comments]

SUmpah scaryy. Huwaaaa Dahlah mmg selalu keluar sorg2.

sitihadiana said... [Reply to Comments]

Ramai sgt org saiko skrg nih. Otak semua dh naik mereng

girlfriend said... [Reply to Comments]

dah mcm tinggal kat dunia Hunger Games weh..

kalau cite hunger games tu sape yg mati dia announce, pastu gambar org mati kite tgk kat awan/langit tu kan..ni plak kite main tgk kt wassap or fb memasing..gile weh..dahsat..huhu

Filla said... [Reply to Comments]

ok, aku akan kunci pintu kereta mulai dari sekarang.. thank you mak, bagi nasihat kat saya.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

tu la. org mengamuk dgn parang la, org tikam la, tembak. semorg dah gila agaknya.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...