Instagram : @peejburhan

open khemah setiap tahun

sabtu lepas deretan jemputan majlis.
dah la bangun awal.
laki aku la kalau tidur awal bangun awal mesti paksa aku bangun gak.
so layan la dia pergi breakfast.
oh my jumpa kedai best yang roti canai ala kampung kuah dhal terbaik, n nasi lemak sambal meletop.
lepas ni memang breakfast situ je la. terbaik.

so lepas balik tu harus la aku ngantuk kan.
kata lepas subuh baru tidur. berapa jam je.
orang depan umah aku ada buat majlis.
tahlil pagi n lepas tu open house.
jawabnya laki aku je la pergi. hihi.

terjaga around 11ish sebab nak tidur macam mana hp laki ku tinggal.
so sepuluh kali weyh hp dia bunyi orang call la apa.
hp satu lagi la kemain 2 jam ok snooze alarm. stress ahkak.
so bangun la. siap terus.
aku dah siap laki aku dok melekat kat umah depan lagi.
nak panggil kang aku kena pergi lak, malas.
nak call takleh dia tak bawak phone.
tunggu je la. nasib reti gak balik.
tapi time tu dah kul 1ish la. pffttt.

tengok aku dah siap terus dia kata malas nak tukar baju.
pakai je begini. aku ok je
oh dia pakai baju melayu songkok bagai.
siap tanya aku nak tambah sampin ke.
aku kata jangan over. hahah.
bila sampai ke rumah kedua dah semua fam aku ingat aku buli dia suruh pakai baju melayu.
tak kosser. muka pembuli ke apa?
suka dia la nak pakai apa pung.

oh open house di rumah acu.
since tahun ni tak beraya pun kat umah dia.
so open house harus la datang.
nak raya apa abis dorang satu fam beraya kat london.
baru gak balik last week gitu.
so mari pergi ke open khemah mereka.


as usual memang ramai orang.
meriah ngan segala makanan.
ada satay, kambing golek, kebab, kuey teow goreng situ, mandhi lamb n chicken, nasi beriyani n lauks. nasi putih n lauks. cendol, desserts, fruits n memacam la.
aku komen dpd pemerhatian je.
satu hape tak makan situ.
aku tak lalu. bukan tak lalu apa sebab aku kan jenis jarang la siang2 ni makan.
so tak rasa lapar or nak makan. so cheq minum je la pun.
oh siap ada penyanyi tahun lepas tu jugak. over uols.

sampai je aku carik mama.
acu kata mama kat bawah.
so lepak dalam rumah je la ngan mama n mak long n kak fadzlina n anak2 dia.
sorry lupa amik pic sebab sibuk sembang.
tengah duduk aku dok perati kiri kanan.
ternampak kat cabinet ni.


terus cuit mama n bagi tau.
mama tanya siapa tu? zara ke?
aku kata a ah.
terus mama nangis kat situ gak. ye la rindu.
acu aku paling la sayang kot.
pergi mana2 mesti belikan zara memacam.
sebab ayol kesayangan acu sangat2. time ayol baby dia la yang akan bangun kul 2-3 pagi bagi susu.
since zara muka sebijik macam ayol time kecik. memang automatic kesayangan acu gak la.





ingat lagi sebelum ni acu ada fb tetiba dia keluar dah tak main dah.
so kita orang ingat maybe uncle tak bagi ye la sebab dorang orang besar2 ke apa kan.
sekali masa lepak ngan acu. dia kata dia tak sanggup sebab bila ternampak pic zara tu.
ada aku share pics2 zara last kita orang dapat sesama tu.
acu tak tahan dia kata sedih. so dia terus buang fb. wahaha drama gila.

what to do kan.
tapi takpa tak lama lagi ok la.
settle semua. ada hak memasing. nanti dapat la jumpa balik ngan zara.
counting. tick tock tick tock.

nways, sambung kisah open khemah
puas lepak kat bawah.
naik atas balik sebab mama nak makan lagi.
aku tak makan. so duduk dok amik pic je la.
bontot berat so pic adalah sekitar aku je la ye. huhu.












haha kesian laki aku ni.
gambar dia gelap je.
ok pusing. mari mengadap cahaya.
so bercahaya la sikit rupa tu.

then mama mintak amik pic dia adik beradik.
layankan.



tak duduk lama sangat.
sebab ada sebuah lagi rumah nak pergi.
so lets balik.
nak balik ada lak terpampang.
biasa la lelaki harus teruja lebih.
nak amik pic bagai.

:: jaaa, cepat amik gambar i ja ::

:: over tak agak2 ::


nak jugak tak menahan tu.
siap silang kaki. hahah. tapi tetiba pegang handbag kan. hahha.
sempat aku usik uncle,

me : uncle punya ke ni?
uncle : ehhh tak, kawan uncle punya mustafa tu.
me : oh ingat uncle punya, baju dah ferrari. dah sama tu.
uncle : eh takkk. heheheh.

hahaha mana la tau khennn.
sebab otw balik tu sempat nampak kereta uncle n acu elok terjongkit tepi jalan tu.
menusuk kalbu tengok kereta terjongkit itu. fuuuhhh.



takpa la kan.
kita jalan kaki je pun ok.
wah ayat nak sedih aje.

cerita seterusnya aku sambung lain entry ye.
ok ta-ta peaches.






















2 Comments:

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Wah menantu mithali sgt..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

wah lawa jgk tu khemah warna oren-hijau. cantikkkk.

tak tau knp bdk2 lelaki (tgk kwn adik punya gmbr la ni) kalau jumpa kereta sports mesti tgkp gmbr kat sebelah, konon2 tgh bukak pintu kereta tu. yg kelakar kalau ada 3 kereta sports situ, tiga2 kereta gmbr posing nak bukak pintu kereta. haha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...