Instagram : @peejburhan

oh my katil

tak tau aku ada mention ke tak sebelum ni.
yang now aku pakai katil kawin mama.
ye katil tu dah berusia 36 tahun.
dah berapa kali mama nak buang katil tu.
tapi aku tak bagi.
sebab sayang. dah la elok lagi.
n katil tu tahan gila kot kayu dia.
tak macam katil nowadays.
pakai kejap dah memacam hal.
katil ni solid gila kayu dia.
gila sayang nak buang.
so mama kata nak buang, cecepat kata aku nak.

so memang aku pakai la now.
elok lagi takda masalah.
tapi kelmarin tragedi oktober sangat.
ok bukan oktober la tapi september. huha huha.

kelmarin nak masuk tidur tengok Mr.B tertidur kat meja komputer.
kejut lapan kali pun payah nak bangun.
siap berdecit2 lagi marah aku kacau.
eh lantak kau la. aku masuk bilik tidur.
aku nak tidur selesaaaa.

so tidur la.
dia masuk tah kul berapa pastu buat ayat sedih kata sampai hati aku tak panggil dia la apa.
apa2 la kosser aku nak layan. aku tengah tidur ni.
sambung tidur.
elok mimpi tetiba prakkkkkk.

menjerit aku.
sebab tengah tidur kot mamai.
rasa macam gayat kau rasa bergegar ke apa.
tanya dia kenapa ni??? kita dah jatuh ke?
dia kata belah dia ni jatuh.
pastu dedua sambung tidur. muahahha.

then dia pergi kerja la pagi.
aku bukan bangun pun.
yang pasti aku rasa nak tergelungsur je tidur.
senget2 badan aku tidur tak selesa.
bangang gila dah tau tak selesa tapi tak reti2 nak bangun kan.
tau2 daripada belah aku, nanti aku terguling je ke tempat MrB.
paling tak tahan aku tidur mimpi macam aku panjat gunung. pastu aku berpaut je.
sebab if tak berpaut aku akan berguling jatuh. eeee takut.
aku dah la gayat.
pastu tiap kali aku terjaga tidur aku memang tangan tengah berpaut kat belah katil yang tinggi tak roboh tu.
everytime ok. hahaha bodoh gila.

noy tidur umah aku.
dia tau katil aku roboh dah buat2 muka.
konon macam aku projek la sampai roboh.
eh tak kuasa.
masalahnya yang tidur pun dua gergasi kan.

katil ni ok.
cuma bahagian pemegang besi tu lubang skru tu macam dah longgar.
hari tu masa pasang balik dah betulkan. kasi sumbat apa tu kayu sendal.
supaya ketat balik nak skru.
baru2 ni aku asyik gerak2 kan katil sebab betulkan langsir.
kucing aku kan tarzan. suka gayut kat langsir sampai terselak2.
nak betulkan katil rapat ke dingding tingkap tu.
so kena la tarik ke depan katil.
nanti tolak balik ke belakang.
so agaknya sebab tu longgar balik.

yang aku dah stress.
aaaa katil takdak.
nak kena beli baru ni.
alang2 beli baik king size.
beli divan n tilam sekali.
duit duit. di mana kau duit.

tapi laki aku balik kerja.
dia bertukang tung tang tung tang.
kejap dah siap.
yeay. katil kembali berjasa.
bagus laki ni kan.
harap pompuan tau rosak sikit nak ganti baru je.
semoga katil terus berjasa n bertahan kan.
i love u katil.
sentimental value.
hhhaha tah apa2 ngan katil pun feeling lebih.




7 Comments:

Cik Cammy Lia said... [Reply to Comments]

katil divan x elok r kak..sy dh beli...pakai xsmpi seminggu..pdhl bukan buat projek pon..suami nak duduk je..duduk pon duduk tepi je..tetibe prakkk...dia pakai playwood nipis gile kot..xsmpi seminggu hokeyyy...kol2 kedai tu sll ckp nak dtg, nak dtg tp akhirnya biar mcm tu je..ak dh mls nak kol byk2 kali.so skrg tersadai je katil..tilam letak bwh..xpyh guna katil huhu

Capt Lalok said... [Reply to Comments]

peej,kasi show the katil..

jija said... [Reply to Comments]

Pic katil please hahahahha

ruziyatul mona Adzibi said... [Reply to Comments]

heheee ..lawak wei.. kakmona dok bayang berpaut2 lah takut jatuh gaung! muahaha ;p

Ummi M.I.M.S said... [Reply to Comments]

Hahahahhahaha
bab boleh sambung tido pastu siap mimpi paut nak jatuh gunung tu tak tahan...
gelak guling2 akak.. adoiiyaaiii
sorry ter'komen plak kali nih.. hehehe

zarifahmr said... [Reply to Comments]

hahahaha berpaut takut jatuh gaung adoi lawak laa

Filla said... [Reply to Comments]

rasa nak sepak ko kengkonon panjat gunung berpaut kat hujung katil.. ko kalau mimpi imaginasi tinggi betul kan? teringat entry gila ko yang mimpi tu.. saiko.. tapi len kali ko share byk2 sikit entry mimpi.. 'i find it very funny'.. hahahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...