Instagram : @peejburhan

ocd

haaa amik entry sama je macam elly punya.
dari last week elly suruh aku baca entry suraya sulatin pasal penyakit tu.
aku takda masa baca. siap dia bagi link.
ok baca.
ni elly pulak.

ada few dah komen aku dapat kata aku ada ocd.
aku rasa takda.
sebab if ada mesti perfect umah aku.
bela kucing pun aku taknak sebab memang menyepah je kerja dorang.
so aku rasa bab aku nak rumah kemassssss je sentiasa tu takda la.
sebab if betul aku ada ocd.
penyakit malas lagi berkuasa kot dpd ocd tu. hahaha.

tapi memang ada benda yang aku tak boleh tolerate sangat la.
esp bab susun barang or kat mana barang tu sepatutnya ada.
contoh aku dah susun begini.
tetiba aku tengok laki aku susun cara lain.
aaaaaa taklehhhh. mesti aku betulkan n susun cara aku.
termasuklah cara susun bantal atas sofa ni ok.
tetiba dia tukar lain aku cecepat betulkan balik.

sebab tu dia gantung frame senget dia kata ok.
memang tak laaa. aku tau mata aku akan nampak benda tu senger forever n ever.
harus muka aku muncung.
nasib dia betulkan sampai ok. baru aku boleh senyum kembali.

tapi tu la aku ni mata takleh tengok.
tapi tu la malas lebih so aku still boleh la dok nanti2 la betulkan.
sampai sudah tak betulkan. pastu everytime sakit hati.

macam toilet aku.
ada macam tempat letak barang kat corner tu.
aku dah susun elok.
tapi aku tengok makin lama makin memacam benda laki aku letak situ.
geram ni. tapi tu la tetap aku tak betulkan lagi.
now ada tempat yang pancut air tu macam start titiskan air.
kau bayang aku duduk2 dengar bunyi air menitik aku sakit jiwa.
sanggup aku masuk bilik air betulkan n make sure menitis tu dalam baldi.
satu sakit hati bunyi tu. pastu bayangkan eeeiii bazir air.
nak kena beli n tukar tu. tapi tak reti tukar. cisss.

sebab tu jugak ramai suggest aku amik pembantu la untuk aku meniaga ni apa.
aku tak amik.
aku takut tak sama macam selalu aku buat.
hahaha saiko tak.
masalahnya siapa kisah pun kan.
janji barang tu siap pack n siap post orang dapat gak.
tapi aku? no no no. ada cara aku.

lately ni aku banyak browse tengok kereta la.
pastu tengok itu ini.
ok berkenan. sekali aku tengok kereta tu dashboard yang segala meter dia tu tengah2.
tau kan? maksudnya bukan depan sterring. tapi kat tengah.
tolonglah benda tu pun aku takleh terima.
aku macam motip kau nak letak tengah???
pastu baru ni aku naik kereta someone.
duduk belakang.
aku tengok belakang tetiba seat belakang tu seat belt dia tetiba belakang tu ada melintang kat atas siling.
eh siling ke nama dia?
macam almost kat middle cermin tu.
so nak guna macam kena tarik daripada atas la.
aku macam eh kenapa dia design kereta ni macam ni?
aku bayangkan diri aku bawak kereta.
pandang cermin belakang. aku akan nampakkkkkk je seat belt tu tergantung tengah tu.
hahahahahhah. ye benda bongok macam tu pun pasti aku akan terganggu je.

aku rasa aku takda la kronik ke apa.
tapi aku rasa bab otak penat tu memang betul.
tu yang tetiba rasa saiko sangat sampai aku nangis sorang2
nangis sebab penat sangat. penat pikir benda tak perlu.

yang pasti aku nak nangis tengok baju perlu basuh dah dua bakul.
malas aku basuh n jemur sebab hujannnnn je cuaca kan.
kang if kering pun confirm kepam bau.
pastu kepam aku gak sakit hati sebab serupa tak basuh.
ok today aku taknak terima customer amik barang ke apa.
aku nak keluar n pergi uruskan basuh baju n kasi dry sekali.
supaya tenteram hati tak nampak baju2 bertimbun n laci2 penuh ngan baju2 balik.

semoga berjaya.


3 Comments:

Xuriana said... [Reply to Comments]

elehhhh.. seatbelt kat atas tu kereta aku lettewwwwwww! haha.

mmg OCD kot. bunyi org tak pakai seatbelt pun ko perasan.

LurvlyTruly said... [Reply to Comments]

Macam I ada sikit2 je penyakit ni. Haha

But agreed that sumtimes kemalasan mengatasi segala penyakit

Chooyaya! said... [Reply to Comments]

nko mild ocd peej. tp laki ko mmg aku rasa ada ocd. jenis suka cakum rumah tak kena masa kan? hahahaha. aku masa tulis tu pon nak cc kat nko sebenarnya. hahahahah

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...