Instagram : @peejburhan

kejikah diriku ini

ingat tak entry aku hari tu.
yang pasal makan kat jombali tu.
pastu ada lebih, so aku pack.
then lepas pack macam teringat kat parents aku.
so lepas tu aku jumpa n nak bagi makanan tu.
pastu Mr.B bising kata tak baik la. sisa ke apa.
then ada few komen pun cakap yang sama.

entah la.
aku tak rasa macam tu.
sebab memang dah biasa macam tu.
bonding family orang lain2 kot.
ada certain family jenis sangat strict.
contoh ada makanan, bapak n mak makan dulu baru anak boleh makan
ada jenis pinggan n cawan bapak dia pun anak2 or bini takleh guna.
takleh makan tanpa kebenaran. kongsi apatah lagi.

kita orang lain.
kita orang boleh buat air dalam kole besar.
pastu share minum ramai2.
siap panggil tu kole kekeluargaan lagi.
mana2 kawan2 rapat aku yang biasa tidur rumah aku pun kita orang buat yang sama.
siap dorang pun tau tu kole kekeluargaan.
contoh if beli laksa. nanti aku makan half. tetiba balance noy habiskan.
mama makan sikit. then papa kecek nak, so dia makan. then again pass ke mama habiskan.
bukak buah2 dalam tin tu. letak dalam mangkuk besar, letak ais.
then pass-pass sana sini share ramai2.
orang lain maybe akan letak dalam bowl.
then amik pulak bowl kecik2. tuang masing2 punya n makan.
kita orang jarang la macam tu. share ni lagi best.
contoh nanti buat rojak buah dalam pinggan besar.
memasing ada garfu memasing, pastu berebut makan. kadang siap lawan garfu sebab berebut nak amik buah yang sama. lagi thrilllll.

so maybe sebab tu takda perasaan macam eeeiii sisa kau bagi aku.
tapi takda la aku ni keji sangat sampai everytime ingat mak bapak adalah bila benda tu dah jadi sisa.
terpikir aku berapa hari ni. eeeiii jahat ke eyh.
tapi pikir balik. kita orang tak pernah pulak rasa macam tu.

out of 10 kali aku balik umah parent.
maybe 1 kali je kot bawak balik 'sisa' tu.
most of the time aku beli untuk dorang.
tapi apa ke poyo sangat everytime beli nak cerita tengoklah aku belikan dorang apa.
tapi if siapa follow instagram mama nampak la rajin dia mengupload segala makanan aku belikan dia.
ikutlah. usually aku akan makan, n sedap n tau mama n papa akan suka.
mesti next time tu aku akan singgah n belikan bungkus banyak2 bawak balik untuk family aku.
beli mesti lebih. sebab tau rumah tu ramai, so usually mesti habis n takda pembaziran.

n ada yang komen kata hari tu mama tuju makanan mahal sebab char kuey teow tu koman.
sebab tu sisa tu yang di tuju dulu.
tak baik ok. aku takda la keji makanan aku yang best2. tapi tang bagi parents aku bagi yang biasa2 aje.
ada je aku belikan yang over sampai mama n noy terkejut n cakap mahalllll gila untuk ini aje.
tapi tak kisah pasal tu, sebab aku memang jenis if makan memang akan teringat fam aku.
sebab aku tau dorang pun jenis suka makan macam aku.

sampai now if papa call tanya aku kat mana.
aku cakap la aku kt sekian tempat...sembang2 kejap n bye bye.
tak sampai berapa minit, again call papa cakap mama kata bungkuskan makanan sekian daripada tempat tu.
Insyallah aku belikan.
mana mampu aku tunaikan.

kadang tu aku sangat letih. memang plan nak rehat je kat rumah.
tetiba dapat sms tanya tak datang ke? bila aku kata tak kot sebab ada hal.
then dia reply cakap oh ingat datang sini bawak benda2 nak makan. siap buat icon :p lagi papa.
haha tak menahan sungguh. bagi hint lettew.

gagahkan diri ke sana. memang tak jauh pun rumah.
tapi bila kau penat n been busy beberapa minggu, tu yang tetiba nangis esok2 sebab penat takda rehat.
tapi bila kau pikir apa la sangat yang kau dapat bagi berbanding pengorbanan mak bapak dulu.
apa nak dapat je.
ye lah kalau tak dapat takkan la aku sebesar peti ais sekarang ni kan.
yang paling indah, sampai la ke saat aku dah kawin ni pun.
mesti nanti mama masak sedap2. dia akan tagged aku kat fb pastu ajak datang rumah.
tak pun if mama tak buat macam tu, papa akan sms aku panjang lebar cerita apa mama masak hari ni.
dan aku pun terus ajak Mr.B ke sana lepas abis segala urusan. huhu.
tau sangat cara2 nak pancing anak gemuk dia ni datang rumah kan.
hoiii rezeki jangan di tolak.

so yeah. begitulah ceritanya.
so jangan la kata kita keji bagi sisa je.
maybe sisa bagi korang tapi bagi family kita orang itulah kekeluargaan yang erat.
wah gitu ayat kan.

so siapa nak join minum guna kole kekeluargaan?

33 Comments:

Schazaza Zober said... [Reply to Comments]

kole kekeluargaan tu lagi sedap and nikmat... terbayang makan buah longan tin tu letak dalam kole besar letak ice share ramai-ramai satu family... Heaven!!! kan??? :)

chepah ila Hussein said... [Reply to Comments]

peej,
i'm on ur side.
family bonding
family aku pun macam tu...
erat kot!

chuya - the mother of A's said... [Reply to Comments]

sama la pija.. rasanya tak sesuai la kata sisa.. tapi kalau utk fam protokol, mebi merasa kesisaan tu...

Miss arfisa said... [Reply to Comments]

lain org, lain pendapat kn kak peej. tp sy suka je share nie. lg mengeratkan hubungan keluarga. hehe

Irfa said... [Reply to Comments]

bagus tu..mulut org susah nak tutup
takkan tiap kali beli makanan mahal nak kena citer satu2 kat blog.sy suka baca blog peej wpun jarang komen ;)
sbb suka baca blog auntie jugak

me suya said... [Reply to Comments]

tak keji pun peej.. pembawaan dr keluarga kita kan.. SUya pun suka je makan share2.. even dgn husband skrg pun ajak die makan share je.. lebih mesra dan pastinya bukann gedik sbb kita makan cm ade thrill gitu kan.. rebut2 sikit

sharon m.q. said... [Reply to Comments]

comelnya family kak peej.. :)

Nur Hafiza Rahsid said... [Reply to Comments]

Family kita lebih kurang kot. Hehe. Tak kisah. Asalkan yang diberi tu halal dan bukan sampah. Daripada membazir kan? Begitulah pendiriannya. Tapi kalau dah sikit benau tu pun nak tapau jugak, backhand makan dia =D

FaznFaz said... [Reply to Comments]

x keji langsung!!!! family kitorang waktu kecik2 siap makan dalam dulang lagi... sbb malas basuh pinggan banyak2!!! muahahahahahahhaha!!!! n yes, kalu x abis makan, ayah aku relax jer habiskan... xder hal langsung!!!

lain org lain pemikiran dan lain cara dibesarkan, kita mungkin x kisah n anggap benda tu biasa, pada org yg proper mungkin anggap benda tu x bagus... xder betul, xder salah...

ayahmamilisa said... [Reply to Comments]

post la gambar kole kekeluargaan tu peej..hehe..
macam mamilisa, kalau gi makan reramai satu family memang akan cuit makanan sikit sorang nak rase..btul peej barula thrill..biasala tu kan..takde makna bagi sisa ke ape..macam fam mamilisa makan sama2 je, share reramai..takde istilah geli2 la..haha..:D

+DetiyD+ said... [Reply to Comments]

hi peej,
mmg betol sgt2...lain fmly, lain penerimaan & style nye.
style fmly aku bih kurg cam fmly ko gak, jenis x kesah share mknn ramai2.tp fmly mertua mmg saaaaaaangat jauh beza bab msk2 & mkn2 ni. dorg x penah share straw/sudu/gelas/pinggan yg same sbb bg dorg cam 'geli' gituuuu.
solutionnye..aku mengamalkan konsep di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, heheheee....

intandayani said... [Reply to Comments]

Kalau aku ok je camtu..Cume aku xdpt nk wat selalu sbb mak jauhkan..tp mmg ade sesetengah family tu sensitif bab ni.

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Salam, Peej..

Family akak pun macam tu juga.. suka makan share2 & rebut2.. smpi dah kahwin ni pun husband akak tak kisah mcm tu.. hehe.. sebab tu akak seronok baca blog Peej dan Auntie sebab banyak persamaan, cara pergaulan dan percakapan (bahasa) yang sama macam kami gunakan. Blog Peej dan auntie selalu membuat akak 'Terkenang Semasa Dulu... Hatiku Menjadi Rindu...'.. huhuhu

Filla said... [Reply to Comments]

lerrrr. ada ke yang ckp camtu? apa daaaaaa... sebenarnya keluarga masing2, kita ikut lah cara masing2.. kennnnn?? nanti aku gi umah ko.. aku nak share minum air segelas ngan ko.. leh tak? muahahhahahaha

MsFigure said... [Reply to Comments]

Hi Peej...

Lebih kurang sama lah kita...
My fam pun memang makan suka jer share2 ni. Like lebihan makanan yg x habis tu memang bawak balik n makan reramai. Tapi di samping tu memang ada beli jugak makanan fresh.

Kalau buat salad or minuman weols pun ok je buat sekali dalam mangkuk/kole besar & makan/minum sama. Lebih meriah and mesra rasanya.

Tapi ye lah lain family/orang lain ragam & peraturan. Asalkan masing2 happy, sudahlah kan?

Have a nice day :)

Xuriana said... [Reply to Comments]

kole kekeluargaan adalah trademark okkkkk. aku pun suka. tapi tamau sirap bandung pls. ;P

khairul dalina said... [Reply to Comments]

yeahh.. family sy gak suka share2 camtu.. lagi best n berselera sgt mkn wlupun kdg2 menu simple je.. tapi disebabkan share n berebut2 tu jadi sedap sgt hehehe...

tak penah pikir sisa or lebihan dr kita makan pun.. semua enjoy share2 mcm tu..

tp mmg ada certain org yg tak suka.. sbb mind set dah pikir sisa kot..

-dalina-

khairul dalina said... [Reply to Comments]

yeahh.. family sy gak suka share2 camtu.. lagi best n berselera sgt mkn wlupun kdg2 menu simple je.. tapi disebabkan share n berebut2 tu jadi sedap sgt hehehe...

tak penah pikir sisa or lebihan dr kita makan pun.. semua enjoy share2 mcm tu..

tp mmg ada certain org yg tak suka.. sbb mind set dah pikir sisa kot..

-dalina-

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

makan rebut2 masa kat rumah tu okay la sebab makan serentak beramai2... haa gitu..

anyway lifestyle masing2 kan.. :)

Tijah said... [Reply to Comments]

Sukaaa. Eh tapi kan mug umah mama ko mmg besorrrr eh? Aunty buatkan aku air oren nangis nak abeskan byk sgt. Hikss!

Capt Lalok said... [Reply to Comments]

rajinnyer jawab komen orang ko kan pija.as long as..mak n pak kita ok..kita okey jelah kan.

dalam family sapa yg geli makan lebihan keluarga kan?

biasa la maybe orang lain dia sanggup buang dari pack kan.sebenarnya betul jugaklah..cara fam kita tak sama dgn fam org lain.

sebenarnya masa baca entri jom bali tu.i nak komen pasal husb u..he looking good dgn baju tu.

pija u mmg gebusss kan..if jumpa nak geget pipi tu boleh tak?

btw pija i pompuan tau..nama je mcm ganas..hahahaa

ruziyatul mona Adzibi said... [Reply to Comments]

Family kakmona sama.. apa2 semua share tak rasa pon sisa ke apa.. bersuap pon selalu.. tp memang ada peej.. laptop ayah.. anak nak sentuh takleh.. anak2 takleh duduk sama tinggi ngan mak ayah pon ada peej .. cara masing-masing, x sama kan :)

chics said... [Reply to Comments]

Hmm, aku pun tak rasa sisa, dari membazir bawak jelah balik. Usually aku akan cakap aku bungkus makanan tak abis tapi lepas tu mesti abis je :P

Ape je nak geli sisa family pun?javascript:void(0)

Liana Ezzana said... [Reply to Comments]

ala takyah la eksplen pepanjang..tak keji pon. some people tak faham konsep sharing ni. Family i pun ramai and kami share almost everything. Tiada istilah sisa. We all pun slalu bungkus makanan tak habis dr restoran, kadang2 my mom yg bungkus, kadang2 my sister yg bungkus..selera je org kt rumah tu makan.

Benda ni terjadi hasil didikan parents. Macam family my dad, sangat besar. 17 adik beradik. Tapi diorang tak pandai share. Mcm pelik, patut family besar la lagi sharing2 kan. Nope. Sebab my grandparents mmg tak ajar anak2 sharing.

Alhamdulillah, my mom besarkan kitorang dgn konsep sharing. I guess sebab tu kitorang rapat. Compared tu my dads family.

Ok i mcm dh buat blog ke apa kat sini. Bye.

ita citot said... [Reply to Comments]

Ok je share2 ni. Family kitorang klw makan kat luar akan buat 'food round the table'. Makanan tu akan pusing kat semua org untuk rasa sorg sikit. Smpai la mknn kita blk pada kita blk. Best ape cmtu. Nasib lah abg2 ipar pn ok je dgn style kitorang. Diorang bole folo je. Takde geli2 pun. Mmg lagi erat kot. Heeeee... =)

shuweet said... [Reply to Comments]

kalau bab2 ni aku ngan kelorge aku pun buat gitu..takde istilah2 sisa2 nak bagi kat mak ayah adik badik ke..kita slalu makan share2...rasa sana sini sikit2...selamba la kalau gitu...

strawberi said... [Reply to Comments]

dh kna citer asal usul didikan pulak...hahhaa...sabo je lah..takpe..lain famili..lain cara..kita takde hak nk judge famili org..mak bapak tak komplen..ape hal org luar lebih2...tp xpelah..anggap je la dorg tak prnh rasa share2 camni...maybe lps ni..ade yg cuba amalkn...think +ve je lah kan..

Pinkwatch said... [Reply to Comments]

kitorg takde kole kekeluargaan, tapi kitorg sokmo makan dalam talam bersama2.. setengah org geli. tp kami lagi ramai lagi thrill dan best giler berebut!

Didi Kar said... [Reply to Comments]

Bila baca2 entri mcm ni (dan a few other bloggers too) rasa mcm.. eh.. kita menulis saja2 nak bercerita psl diri kita tp end up kena explain semula sbb ada yg x puas ati dgn cara hidup kita. Huhu bertabah la peej..akk silent reader blog ni. Selalu mls komen tp ni rasa x menahan nak komen huhu..keep on writing!

Didi Kar said... [Reply to Comments]

Hehe sambung lg.. sedangkan dgn kwn pun, akk lg suka yg jenis kalau x abis, kita bungkus(yg patut dibungkus la hehe). Rasa suka je nak ajak org tu keluar mkn sama2 sbb kalau situasi tu terjadi,x rasa janggal. Apapun, mknn tu kita bayar kan. Kalau katakan org di rumah rasa geli x nak makan pun xpe sbb kita sendiri boleh ulang makan.. tp biasanya mmg licin la diorang makan..

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

sharing is caring. ingat tu jee peeja. and ure lucky dapat mama masak sedap macam laksa johor tu. meleleh! heheh

take care

The Hana's said... [Reply to Comments]

celah mana kejinyer la hoi... abaikan jer diorg tu peej.. cara masing2 kan.. family aku pun macam tu gak.. lg seronok owhhhhh.....

Nara Shikamaru said... [Reply to Comments]

Hi..

Nice blog. But on that issue, in my opinion, Its OK utk bawa blk left over but make sure to buy additional something yg fresh (means bukan leftover). Coz, in my opinion.. its not good to give 'only' leftover especially to our parents, macam bagi kucing pula (Even our cats we buy them specific food, why we treat our parents like 'tong sampah' you know what I mean? Although mmg niat tak nak membazir. But still its rude just to give then only the left over without anything optionally fresh). Its a different case to compare with kole kebahagiaan or fruits punch yg letak dlm bekas yg sama or laksa dlm pinggan yg sama coz you bancuh/buat/makan sama2 and minum sama2 dalam masa yg lebih kurang sama. Ni kita makan kat kedai kat luar, pastu bungkus our left over bagi kat paretns kat rumah?? So I think I do understand why Mr. B feels that way..


Anyway sorry if I'm being too direct.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...