Instagram : @peejburhan

geng bini-bini ku.

ni last week.
tetiba filla n elly ajak pergi karaoke.
ok je. tapi harus tanya laki ku dulu.
kang sentap tak pasal pulak kan.
bestnya pulak sebab hari tu jugak dia kena ikut boss dia.
so dia takda umah, kurang la tekanan n tak sedap hati.
bini berseronok laki kat umah sorang kan.
so yeayyy.

filla datang umah aku.
aku nak gi post barang dulu.
so dia ikut la kereta.
sampai post office settle semua nak ke ampang park risau aku minah ni sesat.
dia tu queen of sesat.
so aku kata ikut gi umah mak aku.
aku tinggal kereta sana n gerak ngan dia satu kereta.
balik aku boleh balik ngan elly.
sebab rumah tak jauh pun.
filla nak hantar sian la pulak dia kena divert nanti ke rumah mak aku.
so yeah.

oh dorang ajak karaoke.
elly nak ajak sampai ke bukit bintang.
eh tak kuasa la sesak2 nanti.
ampang park ok. senang nak balik. hahaha.

paling best masa nak parking kereta.
ada kereta keluar. so nak amik parking dia. tunggu la.
tapi budak tu masa nak masuk kereta tertoleh2 pandang.

filla : eh kenapa dia pandang2? peminat kau kot.
me : ehhhh takda. tak mungkin. kalau dia kenal aku, harus dia kenal kau lebih sebenarnya. aku rasa peminat kau.

pastu abaikan la.
park kereta nak naik atas tetiba ada kereta parking tepi budak tadi siap berdiri tepi kereta.
tetiba..., " kak fillaaa, nak amik gambar boleh? saya silent reader blog akak".
hew hew hew. seeeee telah ku katakan.
aku kat tepi tahan je gelak.
tu la ngutuk aku padahal memang reader dia.

elly join lambat sikit.
so aku n filla pergi makan dulu.
makan kat cozy house.
mmmmm dapppppp....

:: mihun kari yang bila makan tinggal mata putih je sebab sedap sangat ::




:: filla punya. macam sedap melampau jugak kan. aaaa. oit tengah lapar ni tengok begini pun bikin jiwa kacau ::

tak lama lepas tu elly sampai.
terus ke karaoke.
memang murah tempat ni.
tapi sedih betul pilihan lagu takda apa lagu baru ok.
now i remember kenapa kita orang tak pergi tempat lain selain redbox.
redbox mahal sikit tapi lagu dia laju gila kot update.
sini lagu lama je.
sesuai ngan jiwa elly yang lama tu. hahaha.
tapi aku bebel dorang kutuk aku balik sebab aku yang malas nak pergi redbox memula dorang ajak.



filla paling melampau.
dia ajak.
tapi dia sibuk suruh orang nyanyi. dia taknak.
kena paksa. pastu siapa nyanyi kena kutuk.
sebab feeling lebih suara biasa aje memasing.
tapi elly la terlebih confident. memang over nyanyi siap ngan persembahan.
pastu aku cakap, kau memang boleh sangat jadi gro elly mesti pakcik2 tua suka tengok kau macam ni.
bengang je dia.








over kannnn.
kalau tengok lagi pitam.
satu aku sempat amik dorang nyanyi lagu trauma ni.
memang lepas tu aku yang trauma.



lepas karaoke lepak kejap sembang.
dalam tempat karaoke takleh sembang.
kemain sempat plan konon nak holiday sama pulak lepas ni.
haha aku ok je. tapi tetap kena tanya laki la.
tapi tengok so far Mr.B ok je aku keluar ngan dorang.
agaknya ketara geng bini-bini kan. hahaa.
n dia pulak dah kenal suami memasing. 
tapi tetaplah kalau nak holiday harus aku telan air liur lapan kali sampai tersedak baru berani tanya. 
hu ha hu ha.

eh ok la.
nak tunaikan kewajipan.
nanti esok2 aku update lagi.

p/s: harap korang tak trauma macam aku trauma lepas tgk keek tu. ;p

6 Comments:

Capt Lalok said... [Reply to Comments]

mmg trauma la..pn elly mmg super cute.

eh peej,awat tak upload ombak rindu tu sekali..hahahaa

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... [Reply to Comments]

mana ada gro pakai baju kurung.. hahaa.. nasib baik kak elly tak sentap!

Mai Keding said... [Reply to Comments]

lawak gile kak filla..haha

suezen said... [Reply to Comments]

wah mihun kari tuuuu..memanggil2

zarifahmr said... [Reply to Comments]

hmmm tadi baru telan air liur tengok kak peej & mr B makan kat jombali. ni dah bercucuran dahh. *usap perut*

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

Bestnya korang, kta dah lama xkeluar karaoke dgn member2. masa membatasi. lolx

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...