Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Seram kat office


Salam Peej, 

saja la nak share cite ni, sbb aku tak penah cite kat org...
Aku keje kilang sebenarnya, tapi aku buat desk work, dok kat ofis. 
Dlm main area ofis aku ada enam cubicle, tapi empat je yg occupied, lagi dua kosong. 
Ofis aku pulak kat dlm bilik, dipisahkan oleh cermin besar yg boleh nampak semua cubicle lain.
Aku selalu stay back, paling awal aku balik pukul 8 mlm, paling lewat pernah pukul 1 pagi. 
Tapi normally sebelum pukul 10 aku balik la. 
Nak wat camna, keje byk beb.

Salah satu cubicle kosong tu, dia orang susun file berderet sbb dah takde space lain. 
Kekadang kalau nak buat keje filing filing, dia orang buat kat situ je...punch lubang, masuk dlm file...tapi kejap2 je la, siap file, balik kat cubicle masing2.
There was one day, waktu maghrib bila aku stay back n buat filing kat cubicle tu, aku rasa seram semacam, tengkuk meremang, then ada mcm lembaga hitam tenung aku...
aku mmg tak toleh sbb takut, tapi aku nampak dari hujung mata... ada benda hitam. 
Dan perasaan aku tu mcm ada benda tu tak suka aku buat kerja kat cubicle tu, mcm tu tempat dia...dia tak suka org duduk tempat dia. 
Mcm benda tu bercakap dgn aku, mcm tu la, aku tak tau nak explain mcm mana...seolah2 dia seru aku. 
Aku dah seram time tu, aku just cakap pelan2, aku tumpang kejap je. 
Aku terus laju2 siapkan punch document, sumbat dlm file and cepat2 masuk bilik aku sendiri kat belakang cubicle berhantu tu.

Keadaan tu continue, tiap kali aku tinggal sorang kat ofis aku mmg boleh rasa ada something tenung aku, tp takde la sampai ganggu aku wat keje. 
And aku dah takde buat filing waktu malam. 
Cubicle tu mmg aku tak cecah kaki pun, lalu pun aku tak toleh sbb tengkuk meremang bila aku lalu kat cubicle tu.

Until la one day ada budak baru masuk ofis aku.
Aku suruh budak tu dok kat cubicle kosong tu, time tu aku tak terfikir apa2. Petang tu kot, aku tak ingat...tapi budak tu tiba2 dok atas lantai, tutup muka dia dgn tangan. 
Bila aku tanya kenapa, dia ckp dia period pain. 
Aku tak tanya lebih, buat keje mcm biasa.
Mlm tu, aku stay back mcm biasa.

Kat tepi cubicle tu ada satu radio, budak2 ofis tu letak kat cubicle kosong tu supaya semua orang leh dengar. Sebelum balik, org yg buka radio tu akan offkan radio tu.
Mlm tu, benda tu ganggu aku. 
Masuk maghrib je aku boleh rasa dia tenung aku dgn marah. 
Kejap2 aku nampak bayang hitam, bila aku toleh, takde. 
Bulu aku semua dah meremang dah. 
Ayat al fatihah, ayat kursi aku baca tak putus2. 
Benda tu dok kat cubicle luar, tenung aku dari luar cermin. 
Aku memang tak nampak apa2 kecuali bayang hitam.
Sekali tu, aku nampak kelibat hitam berdiri depan pintu tenung aku, mmg leh rasa ada aura tengah marah. 

Aku terus capai phone dan call boyfriend aku. 
Bila dia angkat, aku bisik, minta teman kat phone jap sbb ada benda tgh kacau. 
Sebab kat ofis boyfriend aku pun selalu nampak hantu, so dia faham n cuba coolkan aku. 
Belum sempat cakap apa, tiba2 radio terus blaring kuat gila volume.
Radio tu kat cubicle luar, aku ni kat dlm bilik, punya la kuat nyaring tiba tiba... 
sampai boyfriend aku leh dgr dalam phone. 
Bila aku bercakap, radio tu naik volume kuat, bila aku diam, radio tu diam. 
Kita org kat phone pun mcm cuba pujuk la, ckp kita buat kerja ke, tak kacau sesiapa. 
Few times after that, radio tu pun mati sendiri. 
Aku kemas2 barang dan terus kuar pintu nak balik. 
Masa aku switch off lampu ofis, rasa mcm ada sesuatu hembus kat tengkuk aku, terus berderau darah aku. 
Aku lock pintu n kuar.

Kat luar, masuk keta n lock cepat2. 
Mcm la benda tu tak leh masuk keta, tp dah itu je defense aku leh terpikir time tu. 
Aku pandang cermin rearview, aku nampak ada lembaga tgh duduk, kepala dia tunduk ke dada sampai leher dia terlipat. Mcm leher patah mcm tu. 
Lembaga tu pakai baju warna biru kelabu.
Apa lagi, aku terus drive kuar parking. 
Bila tgk lagi sekali kat cermin rearview, lembaga tu dah lenyap.

The next day baru aku dpt tau budak baru tu ada saka. 
And aku pulak suruh budak tu dok kat cubicle yg ada 'tuan'. 
Lepas tu, dia mmg selalu kena ganggu kat ofis kita org tu, tak kira pagi ke ptg ke... 
benda tu nak communicate dan minta tolong dia. 
Sbb dia boleh nampak benda2 tu, dia jadi mangsa. 
Lepas pindah cubicle lagi satu pun still dia nampak hantu tu. 
Kesian jugak kat dia.
Selama ni mmg dah tau ada dua kematian kat kilang tu, malah dulu penah ada kes histeria sbb operator perempuan kena ganggu. 
Tapi kita tak kacau benda2 tu, hanya niat nak keje je, harap2lah benda tu tak kacau kita.
Thanks!

-L-

4 Comments:

jija said... [Reply to Comments]

Wah beraninye dier....siap main volume radio lagi okeh...melampau btl!!!!!kalau saye bukan kate pkl8 pkl 6 pun saye dah cabut blk dah hahahaha

Diana Aziz said... [Reply to Comments]

Hoih... seram gile... part tenung tu yang tkt tuhhh...

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

hoih ini memang scary. kalau saya la ada benda dah tenung macam tu, memang terus cabut. takde mana la stay lama2 kat office

suezen said... [Reply to Comments]

wahh seramm okeh!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...