Instagram : @peejburhan

dah tua tua tu tak payah la.

aku rasa siapa baca blog aku lama tau kot.
aku memang tak suka PDA.
apa tu PDA? PDA tu public display of affection.
maknanya kau bermesra secara berlebihan depan orang ni.
aku paling la tak reti.
sebab tu kadang kau tengok pic orang laki bini ke apa kemain mesra kemain.
kau takkan jumpa pic aku macam tu.
sebab aku seorang yang keras n tak reti la benda macam ni.

kadang-kadang aku rasa aku punya perwatakan lebih banyak macam lelaki daripada perempuan.
no bukan la macam aku ni ganas tetiba macam jantan ke apa.
aku rasa aku masih sweet like chocolate. eh tetiba. haha.
maksudnya kalau selalu la dengar sana sini gf or isteri mesti jenis cemburu lebih kan.
pantang laki bercakap ngan pompuan.
terjumpa message ke apa. perempuan akan jadi gila n melenting2.
aku jenis tak. aku jenis malas nak menggila. aku jenis ok kau rasa kau nak orang tu?
kau boleh jalan. kalau rasa nak ngan aku. then jangan buat lagi.
senang.

tak pun kan selalu orang cakap, amboi masa bf gf jalan berkepit.
dah kahwin jalan laju ke depan tak ingat bini.
well aku, zaman bercinta pun takda nak berkepit.
dah kawin pun takda. mesti aku jalan laju gila tinggalkan laki. haha.
sampai laki aku tegur, "lajuuuu je jalan" baru la aku brake n slow.
aku tak suka jalan nak berpeluk sakan ke apa.
sebab katanya gemuk. aku rasa kemain rimas nak berjalan berlaga2 ni la. eeeiii rimas.
jalan macam biasa pleaseeee.
kadang2 la jalan pegang tangan sebab laki aku ni suka nak jalan pegang tangan.
pun aku rimas. sebab macam penat je.
tapi if nak ok aku pegang lengan ke apa. haa tu tak susah nak jalan.
ada sekali tu aku dapat komen reader kata nampak aku tengah berjalan berpegang tangan ngan laki aku. tapi dia nak tegur segan.
hahaha orang nampak macam tu pun aku segan. amboi kemain kau pegang tangan.
if la korang ternampak selalu macam tu. bukan aku yea yang nak.
dia tu suka. layankan aje.

so dah nampak tak corak di situ.
so kalau benda macam ni yang berdua n tanpa tahu orang nampak ke tak pun aku tak suka.
ini pulak benda yang terang2 kau tau orang nampak or baca.
orang yang kenal kau or kau sebenarnya tak kenal la. takpa nanti paham.
aku tak paham orang yang bagi info terlebih kat fb, blog ke apa la.
usually fb la.

orang yang bermadu kasih kat fb pun kau baca dah rasa macam wtf.
ini pulak yang 18sx. ok tu nanti.
contoh la tak kira la laki bini ke. bf gf ke.
yang jenis. siap tag nama pastu tulis u r the love of my life. glad that i found u. u r the best bla bla bla.
yang tak tahan yang laki pun siap balas balik.
seriously people?
kau boleh jumpa face to face cakap, kau boleh call n sembang, kau boleh sms, tak pun kau boleh private message kot kat fb tu.
perluuuuu keeeeeeeee??????

no aku bukan jealous.
tolonglah laki aku kalau di layan dia jenis macam tu ok.
siap boleh komen bermadah2 pujangga la.
tapi aku jenis segan.
ye la kau gila apa aku kat ruang tamu dia dalam bilik office tapi nak tulis kt fb. tak payah ok.
aku siap unfriend dia kat fb sebab malas layan dia merepek.
ye la dia nanti tetiba komen kat pic aku siap cakap, siapa yang omel (comel) sangat ni?
tak ke kau rasa kelakar, gila apa nak puji. orang baca pun muntah.
so takyah ok. nak puji meh sini depan2.

tu ok lagi. tu ok lagi.
macam baru2 ni ada filla kongsi pic tau kan iklan2 kemelayuan yang berunsur 18sx ni.
serious makcik2 ni tak malu ke. ke dorang tak tau iklan akan keluar begitu?
kat blog serius rajin share iklan tu.
macam bodoh ok perempuan pakai tudung baju ketat mendada gila caption, buah dada saya mantap, laki seronok sampai taknak keluar rumah.
ada tu pakai tudung gak kemain jilat2 bibir pastu caption, saya amalkan ini, suami gembira sebab katanya macam anak dara ketat dan sendat.
woiiiiiii. korang ni dah kenapa.
paling tak tahan bila ada nenek pun join iklan pastu kata dia kegilaan ramai, seronok dapat pucuk muda.
plis nenek, nasib bukan nenek aku, kalau tak dah lama kena starlight.

itu dah tentu la.
ni yang kat fb ni aku tak tahan.
kemain cakap nak main la. nak romen la malam jumaat.
wtf sangat. tak malu ke. dah la takda muda mana.
patut dah boleh pikir la.
pastu yang tak tahan laki pun melayan komen.
pedulik la kau nak romen sampai terbalik katil pun siapa ada kisah.
tapi perlu ke tulis kat status fb?
kalau dedua tu memang rupa pornstar takpa la jugak.
ni kau paham tak makcik n pakcik je aku rasa. arghhhhhh.
dan aku mempunyai imaginasi yang tinggi.
benak otak aku sebulan ok baca benda macam tu pastu terbayang. kim betul.
kim tu kimak ok bukan kim kardashian.

takyah nak tunjuk cool n hip sangat la.
konon membincangkan benda 18sx je maknanya kau open minded.
hek la. kau bebudak orang layan la.
jiwa n nafsu bergelora katanya.
ni umur takda la muda mana. bertudung pulak tu. cakap takda filter.
untuk orang imaginasi tinggi kau akan membayangkan.
trust me aku pun tak teringin nak bayang. tapi dah kau sebut. automatically ok.
terus terbayang. n dari segi apa yang ku bayangkan. sudah tentu tak indah.
dah tentu lebam dan berkedut sudah. pitam bangun pitam bangun pitam bangun.
masih takleh hilang daripada otak ni.

aku pun dulu suka je cakap benda2 kotor ni.
until now pun. tapi limitkan la antara kawan2 or sesama sendiri je.
takyah nak tulis kat fb ke, blog ke. malu woih.
aku jadi super segan nak merepek2 bila kau tau pelbagai peringat umur yang baca blog aku.
ada sebaya, yang tua daripada aku, peringkat emak2 n nenek2 pun ada.
siap ada yang umur baru form 1-2 pun baca ok.
so now nak menaip tu pikir la sikit.
takyah nak kecoh sangat. macam kau sorang je ada bf, macam kau sorang je ada laki, macam kau sorang je ada kehidupan sex.
selalu orang yang berbunyi lebih ni yang life dia dull.
i mean orang yang sexually active takda kecoh.
tapi orang yang sekali sekala je mendapat ni keterujaan dia lebih n nak menunjuk macam kan dia la terpaling hebat n bahagia. hak hak hak ptuih.

berbalik kat kat iklan.
kan aku terpikir memang ada ke orang tergamak biarkan diri buat iklan macam ni.
then bila terbaca kewujudan manusia2 yang tanpa segan silu bagitau hal dalam kain memasing.
well orang macam tu la kot yang akan teruja if dapat tawaran buat iklan macam tu.
caption, "kami bukan sahaja romen malam jumaat, tapi sejak amalkan ini hari2 suami ajak romen"

kim. kim. kim.
kimok.

p/s: kalau tetiba aku dah tua n berperangai tak senonoh macam tu. kalau korang ternampak aku kat mana2 tolong tumbuk muka aku tanpa notis.



17 Comments:

Nieda ramly said... [Reply to Comments]

setuju sgt... tak payah nak tayang kt fb ke apa hal dlm kain.

sueMY said... [Reply to Comments]

Cool aaa peej..geli weh laki bini telebey expose dlm media sosial ni
.nak nak lagi fb..I even besday ka weding anebesery pung jgn harap la nk wish kat wall laki..padahal laki sebelah je pung.nk ck depan2 la khenn

lexthary dalova said... [Reply to Comments]

agreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
!! geli mat mat ok dengan orang jenis macam ni. Rasa nak bagi penyepak sedas jee

sepet a.k.a zack_u said... [Reply to Comments]

hahahaha! Setuju 200%. Gila betul iklan macam tu, oh kak pija, kita tersangatlah sama bab jalan pegang tangan ke apa. Pastu komen2 kat fb gila tak suka kot. Kat mesej or depan2 boleh cakap, macam perlu ke nk luahkan kat fb. Motif sangat. Nak anje2 kat rumah dah la kannn.. Ada sorang tu lagi gila, siap pos gambar minyak nak kuatkan lelaki *tut*, lepas tu ayat gambar tu, 'minyak ni malam ni jugak habis aku kerjakan' like euwwwwwww.... ko nak habiskan ke, ko nak minum ke minyak tu, sukati ko la. Bukan la nak kata kita ni tak sporting baca ayat2 macam tu, tapi hagak2 la sporting pun, jangan la macam tu kan. Eh tetiba panjang pulak. Haha! Kbye

Mami-Sue said... [Reply to Comments]

Peej...

aku selalu baca tapi tak penah komen. tapi untuk entry ni aku nak komen. aku nak bagitau yang aku setuju 900% dengan apa yang ko tulis tu. sekian mekaseyy.

WaniGhani said... [Reply to Comments]

haha..dush...peeja...laki akuade gak post yg mcm ko tulis...i feel lucky to have you in my life bla bla...tp special occasion je aa...xdela tetiba..and mcm xjumpa je kt umah...hihi
i plg gelak tang kim tu...haha...kim kandarshian pn ok gk....

aNNe bOo said... [Reply to Comments]

Sokong bab iklan makcik bertudung buah dada mantap! Lame dh perati iklan tu geram je..... Nk luah kan kt blog malas nk karang ayat! Gud job peej!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahaha kelakar pulak baca ayat2 ko ni, tergelak sendiri. starlight tu kalau sape tidur dalam kelas ke, bagus buat kat depa.. haha >:P

iklan2 over macam tu, letak pulak kat sisipan akhbar yg semua peringkat umur baca. ish xsesuai betul.

dlu ms couple kalau date, sy jalan laju ke dpn. tinggal bf kat belakang hahaha. nk buat mcm mn, suka jalan laju :P now dah kahwin baru seiring dan sejalan. lolx

ShirVen said... [Reply to Comments]

sokong 101% n3 ni.
paling suka ayat pitam bangun pitam bangun. hahahaa!!! kelas gitu....

mica-tetty said... [Reply to Comments]

The best entry..i lue

mica-tetty said... [Reply to Comments]

Sorry..the best entry ksk peej..i like

CikLily12 said... [Reply to Comments]

210% agree! haa ko..selalu jd silent reader je. tp untuk entry ni terbaiklah!

suezen said... [Reply to Comments]

ooo suke giler post ni...:)

ayu said... [Reply to Comments]

peej..kelakar la baca entri ni....
terpikir jap,model2 iklan kat s.khabar tu x segan ke kalau org perasan "eh,bkn ke dia yg iklan ketat rapat ape tu?"

ayu said... [Reply to Comments]

peej,entri ni mmg menarik...
terpikir jugak la pasal model2 iklan rapat sume tu kalau diorang keluar g mane2....x segan ke kalau org perasan muka diorang pastu "eh,kan ke dia tu model ubat2 tu?"

chics said... [Reply to Comments]

Aku suka nak poyo-poyo kengkonon loving tapi tak dilayan.hoh.

"kim. kim. kim.
kimok." - macam haramm hahahaha

BaTiK_PiNk said... [Reply to Comments]

Pasal entri Kak Peej ni la Yani laju2 buka balik posting entry yang tagged kat FB hubby Yani dan remove 1 posting tu...termalu plak tetiba.....good job kak Peej! Hehehe...Kadang2 kita perlukan someone else who is totally stranger untuk starlight kat dahi untuk ingatkan kita tak semua kita buat tu betul....thanks kak!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...