Instagram : @peejburhan

tak sanggup ku redahi.

end up tak cat pun rumah ku.
sebabnya tadi panas terik weyh.
macam tak sanggup memikirkan dua orang nak hadap benda tu.
fuhh. takpa la.
tahun depan je la.
ada rejeki kita adjust apa patut nanti.

since cancel aktiviti mengecat.
cecepat nak keluar amik langsir.
tapi sebelum tu tunggu orang hantar barang dulu.
aku kan hari tu ada order Kufi.
so tadi sampai, yeay. happy happy.


so pretty me love it.
tapi tak gantung lagi ni.
berat. nak kena 3 orang buat.
sorang tukang pegang frame, sorang tukang tanda mana nak paku, sorang lagi tukang tengok daripada jauh nak tengok adalah level cantik or tersenget.
so takpa, tunggu ada bantuan kita kasi gantung.

tadi masa upload pic ni kat instagram n facebook ramai tanya mana beli.
so ni bagi tau la yea. check out page kufi on kanvas.
lawa-lawaaaa...rasa nak banyak-banyak, tapi jangan tamak please.
aku amik yang with frame. tambah rm50 lagi je. ok la kan.
berabuk ke apa senang kita nak lap kan.

then dapat ni terus bersiap nak keluar.
tapi Allah ni atur timing cantik je.
ikutkan Kufi ni nak di hantar pukul 1.30pm
aku dah bangun awal, gerak laki konon nak beli cat.
3 kali kejut tak bangun. bengang je.
last dia bangun jugak la sebab saje aku tak tutup pintu bilik.
dapat ku rasakan dia terjaga sebab kucings berlompat sana sini kot. huhu.
nway, nasib la dia tak bangun tidur la apa.
buatkan jadi delay nak keluar sebab budak ni hantar kul 12ish macam tu.
bayangkan if aku dah keluar. tak pasal je.

then fikir-fikir tak jadi cat.
so aku ajak pergi amik langsir.
free time ni sebab orang nak amik cookies pun around 3.30pm.
so boleh ni nak kemana patut la.
sekali laki sakit perut la apa.
asyik la ke toilet. grrrr.
sepuluh kali aku dah kat pintu ngan handbag tapi duduk balik.
then dah keluar.
elok start enjin kereta. tengok ada orang sampai.
sekali ada customer nak amik cookies.
hahaha rupanya memang ada sorang janji nak amik noon. aku lupa lettew.
if la takda episode nak ke toilet ke apa. silap dah selamat keluar aku.
penat je dia datang aku takda rumah.

later ke carrefour amik curtain.
punya la ramai orang kat luar kannnn.
carrefour tu sampai orang parking kat luar la.
aku pun terpaksa parking jauh n menapak la.
masuk dalam memang penuh la manusia.
tapi dalam pada tu tetap ku redahi lautan manusia.
sebab tetiba terasa macam nak checkidaut sesuatu.
sekali 'ter'beli sekali. hihihi.

hi ho hi ho. sukewwwnyewww kitewwww.
aku suka jenama ni seiko. tak pun citizen. tapi citizen mahal lagi khenn.
seiko pun ok. takpa lama boleh pakai ni.
sebab ingat daripada kecik mama dulu pakai jam dinding seiko ni rasanya after berapa belas tahun baru dia KO. so ku harap jam ni pun dapat berjasa lama.
oh abaikan tarikh salah. aku terpusingkan la tu.
tapi takpa kot beli. bukan benda elok aku gedik menukar ke apa.
selama ni pakai jam ikea ayol dapat pergi kursus ke apa. jam ikea tu je.
tu pun mama kesian tengok maka dia bagi aku kot.
gantung pun tak.
setahun jam dinding tapi letaknya atas decoder hypp tv ok. hua hua.
letak situ pakai stand pinggan tu. kah kah.
so ni ok la kan.
now jam tu aku alihkan n letak dalam bilik ku. :)

then amik langsir. excited ni.
nak beli rod sekali. nak rod bronze.
tapi takleh sebab panjang pintu ku 7'9" mcm tu.
tapi rod jenis tu 9 kaki. so takleh la. sobsss.
sebab position pintu tu belah kanan rapat ke dinding kan. so memang takleh la if panjang. takleh nak lebihkan ke kiri kanan.
nanti belah kiri panjang berlebihan pulak.
ada la yang adjustable tapi rod halus je tak sesuai pulak.
so di nasihatkan beli jenis kayu.
n dia kata nanti kita orang gergaji la kiri kanan tu.
yo lah. kayu pun kayu la.
nanti la tunggu ayol free n mintak tolong drill kan.
ku tak yakin laki aku drill. confirm senget2 nanti.
tapi tu la. rasa tak sabar ni.

then around 3 sampai petang ramai pulak amik cookies.
yang tiba2 free n nak amik. ok je. sebab aku ada je kan kat rumah.
then ingat nak tidur awal today.
around 9pm dah tidur pun.
tapi biasa la terganggu gak la tidur.
then aku ada tempah semperit daripada adik reni. reni yang pengasas kree.my tu.
aku dok tangguh kan. so alang free tu amik la.
ye la orang nak concentrate nak mengemas or bershopping kan.
takkan last minute aku nak amik. so ada masa amik la kita.
plus aku jumpa nak amik baju raya Kree ku. la la la.
yeay. ada 4 baju raya letops letops tahun ni. keh keh. thank u Kree. superlove.
nanti ku share bebajus itu.

ada 1-2 orang nak datang amik ephyra n tabita.
tapi since bagi tau last minute. tak dapat la nak tunggu dah berjanji lain kan.
next time yea.
lagi pun mood raya dah mari la. so mood relax.
mood business kita continue after raya la kan.
so harap semua faham.
sebab korang nak request post ke apa pun dah tak sempat.
tetap dapat after raya. so alang2 tu tunggu yea.

after settle amik semperit n amik baju raya.
terus ke rumah mama.
sebab ku hantar kuih raya kat mereka.
sambil sembang anak beranak.
pastu mama ajak makan tengah malam.
sebab mama berbuka tak makan pun. dia kata dia makan kuih2 je.
aku pun tak sedar aku tak makan lagi.
siang around 2pm tu la aku makan kfc seketul.
tu nama makan tak lalu, tidur tak lena, mandi malasssss.

so layan makan ramai2. me, mama, papa n ayol.
sedapppppnyaaa. even lauk pasar juadah semua.
sebab papa memang terel bab membeli ni.
so ku makan nasi ngan ikan cencaru bakar cicah air asam. fuhhh.
sambil sedut siputttttttt. sroottt...sroootttttt.

balik rumah.
kemas apa patut.
then ni online mengadap sana sini.

rasa nak ke shopping complex.
tapi tak sanggupnya tengok ramai manusia yang shopping last minute ni kan.
aku tengok Jusco area umah aku ni kereta parking sampai ke luar. naik divider, park tengah jalan semua.
ish tak dapat bayangkan if masuk dalam macam mana la.
tak tau la sempat ke tak ni berjalan.
tapi best pergi samada time orang kat office or hari sebelum raya tu.
orang mostly dah balik kampung kan.
tapi tu la. by then dah busy nak memasak la apa kan.
takpa. usaha tangga kejayaan.

eh ok la. nak tidoq. tapi asal macam segar bugar je ni.


2 Comments:

Afra said... [Reply to Comments]

kak peej... smalam sy pegi jusco wngsa maju banyak je parking kt dalam especially yg open parking kt bawah.. pelik nape org parking smp atas divider.

ayahmamilisa said... [Reply to Comments]

canteknye kufi art and jam itew..
dd ingat nak buat kufi art sendiri tapi mr somi la yang buat..dah beli barang2nye tapi tak tau la jadi ke tak..huhu~

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...