Instagram : @peejburhan

rumah terbuka raya 2013

wah formal kan tajuk entry. hahah
benda paling aku tak suka nak fikir bila buat entry adalah tajuk.
tak tau dah nak buat tajuk apa.
lantak la kan.

so last saturday ikutkan aku ada banyak open house nak pergi.
tapi since some tu area berdekatan je.
so aku dah plan nak pergi dua la.
satu rumah elly. n satu lagi rumah amiza, owner ephyra tu.
memang dah set ni. memang takda plan lain.
sekali boleh malam aroung 10pm adik Mr.B ajak pergi umah dia.
buat open house n birthday anak sekali la setahun.
dah kata umah adik ipar, kena la pergi kan.
takpa. sempat tu nak ke rumah lain jugak.
tapi since jam menggila sabtu tu, so tak dapat la nak pergi umah amiza. tsk.
takpa la, aku pun tak pernah sampai rumah farid adik ipar aku tu.

so memula ke rumah elly.
kemain awal aku set jam kan.
sebab nak kena pergi post barang dulu. then terus ke rumah elly.
takda makna woih. bangun pun dah pukul berapa.
ok budget aku ok, tapi laki aku bangun last minute.
bersiap lama mengalahkan pompuan.
pastu kau tau la perangai dia, sebelum keluar rumah ada je kerja pembersihan dia nak buat.
malas nak rosakkan mood n hangin, ku biarkan je.
memang tak sempat la nak post kat melawati.
melawati tutup kul 1pm.
tapi takpa. aku tau kat batu caves bukak sampai malam. bertenang.
so ke rumah elly terus kita pergi.

masa otw tu aku tgk mrr2 towards batu caves jam menggila. macam tak munasabah punya jam.
then nak naik ke rumah elly pun jam gila jalan nak balik tu.
aaa stresssss....
tapi takpa tu pikirkan kemudian.
so ke rumah elly. terus serbu makan.
lapar ni. elly pulak hidang nasik campur. kegembiraan sangat.
dah la lauk semua menarik harus tamak semua nak.


:: Mr.B n pak radie suami filla, n filla. laki kita orang awal2 dah makan dulu. lupa bini. ::


:: elly menawarkan diri jadi babysitter kejap ::

baru aku nak duduk makan, tetiba Mr.B mintak aku tambahkan nasik dia n lauk kari lagi.
amboih sedap bebenor tu sampai dua kali tambah kan.
lagi tak sabar la aku nak makan.
kacau daun tau laki aku ni.
tengok la pinggan ku yang pentamak ni.



aku ni tak reti campur aduk lauk sangat.
tapi since semua pun kira ok la boleh serasi.
harus semua nak amik. aku tak amik kerabu mangga je.
lain semua aku kaup.
kuah kari ikan. aku amik kuah je. janji nasi ku tak kering.
then amik ikan cencaru goreng cili padi petai, sambal belacan, kacang botol, ikan masin goreng, telur asin n ayam berlada. haaa kauuuu.
terelllllll kan elly masakkkkkkkk..............telur asin.
yeeee. elly masak telur asin je. haha tu pun kemain bangga.
so harus la puji2 dia, "sedap gila weyh telur asin kau. tengok oren dia tu pun tau memang sedapp sangat ni".
elly , "hebatkan aku rebusss. sedappp gila kannn."
hahah bongok gila.
tapi laki filla lagi kejam, aku letak pinggan je terus cakap, "eh kau tak amik nasik ke? lauk je."
nak perli la tu kan lauk aku menggunung tutup nasik.
adakah aku kisah. lapar n nampak menyelerakan harus tamak.

tapi bukan rupa je.
memang sedap menggila pun.
dah la pedas2 meletop jugak.
takda manis ke apa. i is like.

elly ni kelakar orangnya.
ada je statement2 yang dia bagi bikin kau makan or minum nak tersembur dengar.
tapi tak duduk lama, filla gerak sebab ada event.
aku pun kena gerak sebab ada lagi tempat nak kejarkan.
so session amik pic je la.
mintak tolong laki ku amikkan.
amik kemain banyak tapi tak menarik betul. hahaha.
kena belajar lagi dia ni. cea macam la aku reti pun kan.







see see see.
samada tak pandang camera la.
tak pun luas sangat nampak bekas tepi tu la.
tetiba kepala acih pun masuk la. sedih betul tau laki aku amik pic.
takpa. ini je ada, so masukkan je.

horror kan rambut akuuuu.
aaaa tengok nak gi saloon pun takda masa.
takpa akan ku carik masa betulkan.
macam singa jadian dah rupa. macam orang sewel pun ada. tsk.

then mintak diri kat elly.
takleh lepak lama.
so gerak la kami.
memang jam lagi la jalan keluar ukay perdana tu.
konon terell aku divert masuk ke bukit antarabangsa turun situ la konon.
takda makna ok! atas bukit tu dah jammmmmmm ok! wth is happening here.

plan nak ke kedai baby kat wangsa maju beli hadiah untuk anak buah.
then pergi post barang ke batu caves.
then ke rumah farid kat kepong. sekali jalan la.
tapi jam menggila mrr2 tu 2-2 arah.
cancel beli hadiah. cancel pergi post.
aku dah bebel2 sebab jam kot nak ke kepong.
sekali Mr.B kata boleh ikut jalan kuching.
ok jam jugak la daripada bukit antara bangsa nak masuk masuk DUKE tu.
lepas tu legaaaa. nasib tak jam DUKE.
then masuk jalan kucing jam lagi.
bayangkan kereta bergerak tak sampai 20km/j
nak nangis aku.
nasib masuk kepong dah ok.

aku tak pernah sampai.
Mr.B pernah la pergi sekali.
so farid bagi direction ikut je la.
sekali Mr.B suruh aku masuk jalan tu.
aku dah was-was sebab serious kecik jalan tu macam lorong belakang rumah selalu tu.
aku dah macam, eh ni belakang rumah orang la.
laki aku kata betul.
eh betul la. tu memang depan rumah.
kecik gila lorong ok. serious. tergamak betul developer buat jalan kecik gitu.

nway, ingat sampai dah lambat.
sekali tengok makanan banyak je lagi ni.
rupanya kita orang paling awal. hahahah.
mostly kawan2 ke family tak sampai sebab semua kata jalan jam.
amik kau.
tapi since masih kenyang.
mari relax dulu.

Mr.B layan amik pic anak buah dia.
comel gila sebab tau orang nak amik pic terus dia buat muka.
hahaha vain gila.

::  muka masih clueless ::

:: muka vain. hahahha. banyak kali dia buat macam ni ok. asal panggil je. dia nampak lampu camera terus buat muka. tundukkan muka, angkat kening, sengih. amboihhh ::



:: firdaus. 1 years old. oh yang belakang tu siti biras ku. dia jenis tak sembang sangat. aku pun baru jumpa 3 kali. hahah. kadar bersembang 5% kot ;p ::


adik Mr.B, hafiz.
tengah sibuk cerita pasal isteri dia ayun yang baru selamat lahirkan baby boy pagi tu.
so birthday anak kedua hafiz ni sama la ngan anak farid firdaus tu.
so hari tu hafiz datang sorang je la.





sembang itu ini.
tengok keliling.
e eh takleh jadi. apesal banyak benda menarik ni.
rajin gila ok. semua buat sendiri except satay je beli.
ada soto, lontong, laksa utara, sagu gula melaka, cocktail drinks lagi.
aku amik half je ni sebab segan.
ye la sedara mara siti dah dok pandang macam aku orang pelik amik2 pic makanan.
cecepat aku simpan camera. hahaha.
takleh tahan makan gak aku.
teringin nak home made laksa lama dah.
so laksa je aku makan.
sedap lak tuuuuu. teringat laksa utara arwah maktok. :'(

siapa baca blog aku sekian lama kenal la kan arwah maktok.
banyak cerita dia aku share. tapi tak buat label la.
kalau tak senang if nak baca bukak balik kan.
kelakar sangat. banyak dulu aku n noy buli dia.
(tiba2 rindu pulak kat arwah maktok. Al-Fatihah).

tapi since perut ketat.
mampu makan semangkuk kecik je.
lepas tu relax balik.
sembang kat luar sambil smoke.
sempat la farid kena perli, wah hotel sangat rumah kau kan takleh smoke dalam, kena keluar.

seronok sembang.
aku suruh 3 beradik ni pose amik pic.
sebab susah nak kumpul.
selalu timing pergi umah mak tak sama.
adik beradik ramai.
patutnya adik beradik laki 4 orang.
tapi najib tak sampai lagi.
stuck jam 2 jam. padahal ikutkan 20-30 minit boleh sampai kot.
elok najib datang tak lama lepas tu hafiz pulak balik.
aku pulak sibuk makan second round laksa time tu. hahaha.
tak sempat la amik pic dorang berempat.


:: farid, MrB n hafiz ::

ikut aturan Mr.B no 3.
hafiz no 7 n farid bongsu la no 8.
aku suruh amik mengadap cahaya, cerah nampak laki aku.
kalau tak memang ketara la dia sorang je dayang senandung.
takpa bak kata pepatah, "hitam-hitam si tampuk manggis, sungguh pun hitam ku pandang manis."
amboiiiii. hahahha pitam tak? pitam tak?

later tu tina n fam sampai n kakak atas MrB, uji sampai.
laki aku ni suka bebudak. so harus dia terus capai je tolong pegang.


:: MrB n mayesa ::


:: Maryam ::


tina, najib n mayesa.
hahah sian aku tengok pic ni.
mak pak busy cam whore, padahal anak nak minum tu. hahaha.
so najib adalah adik Mr.B jugak. dia no 6.
yeee. paling tak tahan, bila ada tetamu situ tanya adik beradik dia berapa.
dia leh lupa ok kiraan. aku lak ingat. hampeh betul.

:: busy body betul uji ni. laki bini sibuk nak amik pic dia sibuk photo bomb kat situ. cisss ::


ish aku dah la tak reti lagi carik angle kat camera ni.
horror betul pic.
dah la kita orang susah gila nak selfie if sambil berdiri.
sebab if aku amik mesti muka Mr.B terkerat sebab tinggi sangat.
tak pun if dia amik. aku dah macam rupa orang kerdil n berkepala besar sangat.
takpa la, jarang ada pic sesama. so ada tu masukkan la.
walaupun tah apa2 je kan.

gerak pun dah petang.
so pergi post barang.
nasib jalan dah clear.
lepas post barang.
pergi jumpa mak kejap.
then balik rumah.

MrB ni ada perangai sesuka hati pelawa orang datang rumah kan.
pelawa kosong takpa, siap menjanjikan yang bukan2.
siap, "datanglah rumah. special punya nanti kita orang."
ewah. aku la tu kan. eeii geram.
so perjanjian, if pergi visit mak n abah, tolong malam ni jangan ajak sesiapa datang.
aku tak larat la. nak relax kan.
so ok.
memang balik tu takda la apa2.
cuma ada la customer amik barang few.
n nysya datang lepak.
nysya takda, kawan aku.
so kalau takda apa kau selamba boleh cakap, ok boleh datang. tapi kuih raya je yea.
aku takda nak masak ke apa.
tapi if kawan dia n aku tak kenal takkan nak gitu kan.
segan la.

so sabtu malam takda apa la. relax sikit. :)
tapi ahad kembali busy.
tu kita cerita lain kali.
sekain entry berjela daripada kak jah.


3 Comments:

Xuriana said... [Reply to Comments]

pija,

ko tau kan, lepas amik gambar tu, mayesa gigit cawan tu sampai pecah. geram kot tak dapat air, haha.

me suya said... [Reply to Comments]

entry panjang.. i loike sebab lama dah peej xbuat entry panjang berjela.hahaha

ayahmamilisa said... [Reply to Comments]

a'ah entry panjang tapi mesti nak baca sampai habis..tak bosan baca entry2 peej..ada je mende2 kelakar..hehe..
psstt peej, jangan la sebut singa jadian..klakor betul..canteks je mamilisa tengok..haha :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...