Instagram : @peejburhan

persiapan raya

amboi sana sini jam kan.
semua orang last minute shopping raya kot.
aku tengok kedai makan area umah aku ni yang biasanya mesti sesak gila.
ni lengang je.
2-3 meja je ada orang. lain kosong.
semua pergi shopping kot.
maybe lewat malam ramai la kot.
tadi aku lalu tepi JJ area umah aku ni pun sesak. kereta parking sampai keluar.
bersusun tepi jalan.
yang Mr.B kata nak pergi kita naik motor la.
aku kata tak payah. kalau luar macam ni, dalam mesti ramai jugak.
tunggu la 2-3 hari nanti semua dah balik kampung.
baru la lengang KL ni. amannn.

aku memang tak dapat kemana pun today.
sebab hari ku penuh ngan customer yang amik cookies.
konon memandangkan takda ke mana.
nak aktiviti mengecat la kan.
tapi aku dah raya dulu. so tau la. mesti sakit perut.
so aku telan panadol n rehat je la.
tapi rehat pun kejap2 la. sebab every 1/2 hour or an hour akan ada orang datang pick up cookies.
Mr.B pun tidur je. malas kacau dia.
plus if kejut pun bukan aku boleh keluar pun beli cat ke apa.

tadi la dapat free time sikit.
between 6ish until 10pm.
ingat nak pick up curtain.
tapi tak sempat. sebab cabinet sampai tadi.
so Mr.B dok mengemas apa tah.
tau dah tiba time berbuka.
dia minum n makan cookies je.
later kita orang keluar makan.
kat nasi ayam tat. ok la makan pun dah kul 8pm macam tu.
so orang dah lengang. :D
tapi aku rasa biasa je nasi ayam tu. apa orang kata sodap ntah. hua hua.
manihhhhh. manihhhh. me not loike.

lepas tu singgah rumah mama sebab nak amik tart.
stock hari tu tak cukup. esok lusa orang nak amik lagi.
sampai tengok ayol tengah mengecat rumah.
wah hebat kul 9pm still mengecat.
terus jealous sebab aktiviti kita orang tak jadi.


takpa. esok akan make sure kita orang punya on.
harapnya bangun pagi n carik cat.
sebab by tengahari dah start ada orang nak amik cookies n stuff.
if sempat beli cat. then singgah amik curtain.
tak sabar ni nak settlekan.
kemas rumah bla bla. pastu tebar carpet baru n pasang langsir baru. woohooo.

hahaha semangat tak.
ok la. tahun ni semangat sikit. tahun lepas tak sangat.
sebab baru kawin kan. so masih belum boleh bernapas lagi.
Alhamdulillah tahun ni ada rezeki sikit. kita buat la apa patut kan.

semalam filla singgah rumah.
sebab kita orang kuar sahur. tu nanti cerita.
tetiba dia kata bestnya raya beli benda baru.
dia takda pun. tak semangat rasa.
aku kata kau baru pindah. n mostly barang baru. nak tukar apa kan.
ye lah kan.
tapi dia kata nak jugak feel raya excited ada benda baru.
aku kata boleh. tak semestinya kau tukar benda2 besar like carpet ke, langsir ke.
boleh je benda-benda kecik pun.
contoh macam balang kuih raya ke. alas meja je, bunga baru ke.

aku tak tau orang lain.
tapi aku memang daripada kecik macam tu.
hari raya mesti ada je mama mereka nak beli apa tahun tu.
dapat bunga hiasan pun dah rasa wahhh lawanya umah raya kali ni.
tak pun tahun depan tu tetiba rasa macam jom beli balang kuih raya.
so bila ada something tu. mesti kau rasa excited tu lebih la.
tak pun takda beli apa. maybe rasa nak cat depan ke apa. ewahhh.

semalam Mr.B cakap, kenapa eyh bila nak raya je sibuk orang nak renovate rumah la, beli itu ini la, kemas rumah la apa.
aku cakap la. sebab raya ni orang extra sikit la datang rumah.
contoh adik beradik u. sepanjang tahun ni ada dorang datang? 1-2 kali je kan?
tu pun sorang dua je pun. lelain takda.
tapi bila raya tetiba ramai n semua je datang.
so kena la umah elok sikit.
kan kan kan?
ke aku je rasa macam tu.

mama lagi over.
ada ke seminggu lepas kot.
dia suruh aku tukar pintu rumah.
aku dah macam. eh boleh ke? sempat ke.
mama kata sempattttttt. yang papa bising kata jangan la nanti kancah.
aku macam dah teruja.
then aku fikir macam rushing.
aku kata takpa la. tu semua tahun depan. slow2 sikit.
mama terus. ye lahhh. tahun depan la kan.
tau takpa. semua nak tukar. agak2 la.

nak tidur awal ni.
so that akan bangun awal esok.
supaya program berjalan lancar.

sesiapa yang nak order ke apa.
tunggu isnin 12 aug aku bukak balik business ye.
buat masa ni bagi la daku ketenangan.
so urusan semua after minggu raya tu.
postage pulak by that week akan ku buat.
but tak janji lagi berapa hari bulan.
baru restock barang tapi barang aku tinggal sipi je ni.
tak sure lagi nak restock before raya ni ke or tunggu after raya je.
ikutkan tak nak fikir buat masa ni.
but we'll see.

ok tu je.
dalam otak dok susun masa ni bila aku nak ke 2-3 tempat nak beli 2-3 macam benda lagi. huhahuha.

1 Comments:

ayahmamilisa said... [Reply to Comments]

dah semangat raya kan peej..dd pun same..weekend ritu cik abang dah semangat pasang rod and curtain baru..and siapkan cat umah baru kitorang..happy je rase bila dah hias umah cantik2 nak sambut raya :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...