Instagram : @peejburhan

on sunday morninggggg....

wah amazing sangat.
pagi-pagi dah bangun ok.
kemain siap tweet instagram bagai.

mana tak bangun pagi semalam tidur awal.
ok takda la awal sangat. dalam pukul 3ish macam tu tak silap.
tapi Mr.B pukul 8ish 9pm macam tu dah tidur.
mana tak semalam bangun awal sebab ada berderet open house.
so fikir memang akan terkejar sana sini. ngan nak post barang lagi.
last-last jam bagai nak gila semalam.
dapat pergi 2 rumah je pun.
sebab jam makan malam flat.
dia la. padahal bukan drive pun. aku yang drive. ceh.
dia balik relax kejap terus tidur.
aku sempat la buat kerja itu ini.
nysya datang lepak2.
so steady lagi la.

memandangkan dia tidur awal.
so dia bangun awal.
aku tak sure la pukul berapa dia bangun.
yang pasti pukul 8am macam tu tetiba, "good noninggg molingggg..."
e eh ceria lak pepagi ni kan.
pastu...

him : sayang tu tak gosokkan baju kerja ke?
me : u nak pergi mana ni? *cakap sambil pejam mata n mamai2*
him : kerja. dah siap mandi semua ni.
me : sayang hari ni hari ahadddddddd.
him : Ya Allah. bukan isnin.

eeeeiiiiii. bengang je kan.
obsessi nak pergi kerja je manjang.
sama gak kalau kita orang tertidur awal malam, let say kul 8ish pm tidur.
aku terjaga kul 10 lebih ke apa.
dia tanya kul berapa aku jawab la.
tetiba bangun mengejut kelam kabut nak siap pergi kerja.
bila aku kata malammm la. terus menjunam baring balik.
kesian betul. kena banyak makan kismis la dia ni.

so since dia dah kemain segar bugar tadi.
terus dia ajak pergi breakfast.
ok gak. dah lama aku tak bangun pagi n breakfast idli. lama mengidam ni.
ok lets.

indahnya bangun pagi ahad sebab kereta kurang.
kedai makan pun tak penuh sangat lagi. wiiiiii.

:: idli. ammaaaa.... ::





:: matahari pagi yang memancar. ewahhhh. ni la orang jakun jarang2 jumpa matahari pagi. ::


lepas breakfast dia tanya nak pergi mana?
e eh. mana la aku tau. pagi kot kau nak berjalan pun kedai tak bukak lagi.
aku cakap, kenapa nak jogging ke? hahaha.
memang tak la derrrrr.
kalau dia kata ok pun aku kata pergi la, aku tunggu dalam kereta yea.

so dia ajak jumpa abah. belikan breakfast.
belikan mak sekali.
ok je layan. dia yang drive so suka hati la. ikut je.
lama lak lepak tu.
dah la adik ipar aku tu cakap non stop kau tau.
letih aku melayan.
serious if dia bercakap satu jam tu seminit pun belum tentu stop.
dah la suara kuat.
by the time balik aku dah pening ok.
ye la dah la bangun pagi kan, tetiba rasa macam serabutnya banyak info masuk dalam kepala.
aku mahukan pagi yang tenang. wah poyo.

then ni balik Mr.B dok la tanya n ajak ke sana kemari.
eh kosser aku la.
dah tengahari ni. panasss.
menaikkan darah nanti. tunggu la petang2 sikit kita keluar.
ni berehat je kat rumah.
dah la otw back tadi jalan ke KL kemain jam.
taknak aku benda semalam berulang kembali.
sekarang ni asal raya je orang sibuk nak buat open house n kahwin kan.
so faham2 la amount kereta waktu weekend dah rupa macam jam kat highway orang nak balik beraya.
no no no
baik kita luangkan masa baring n lepak terkangkang depan tv.
ala-ala redup kang kita keluar yea.

laki aku ni tak tau la dia spesis apa.
daripada balik tadi tak reti duduk diam.
menyapu depan la, vaccum rumah la, buang sampah la.
ni aku dengar pintu belakang dia bukak.
ada la tu benda dia nak mereka buat tu.
suka hati la kekanda.
adinda nak beradu seketika.

selamat hari ahad peaches.



0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...