Instagram : @peejburhan

nangis

penat bak hang.
serious.
rasanya aku memerlukan cuti lagi.
nampaknya cuti yang aku amik masa raya tu tak cover langsung penat ni.
ye la dah kata raya, cuti ke kau kan.
kau akan busy n penat tang lain pulak.

berapa hari ni tak rehat langsung je rasa.
rasa dah dua petang tengah buat kerja tetiba ternangis kejap.
nangis sebab penatnya rasa nak jerit.
tapi kerja harus di tetapkan.

tapi memandangkan tak cukup rehat.
aku blur gila je.
minggu ni je 3-4 kali aku salah hantar barang kat orang.
siap hantar sekali lagi pun salah. kau mampu?
nasib dapat customer yang sweet n baik je.
siap tetiba yang salah hantar tu pun dorang beli.
dapat yang cerewet tak ke aku kena bambu kan.

orang datang amik barang pun aku blur.
kemain siap dah aku sediakan balance.
sekali balance tu aku pegang je tak reti2 nak bagi. kah kah.
aaa tak suka
orang tanya soalan pun aku termenunggg je tak tau nak jawab.
letih otak pun tak fungsi betul.

2 minggu ni memang sangat busy la.
sebab orang dapat gaji kan.
biasa la tu.
plus pulak now aku dah start buat harga reseller untuk tabita.
memang ramai borong je.
sampai tuan ni pun putus stock. amik kau.

aku ni penat.
tapi permintaan orang macam susah je nak tolak.
orang mintak tolong itu ini mana aku rasa mampu aku tolong la.
sampai tak tahan tadi aku pesan kat laki aku, hentikanlah bagi tau orang aku kalau jual memang laku.
beratus jual la apa.
ok memang betul. tapi kerja aku ni pun aku tak menang tangan nak uruskan.
nak tambah lain, tu yang sambil buat kerja sambil nangis tu.
tapi if tolak aku rasa macam nanti aku eksyen ke apa pulak.
serba salah ok.

tolonglah punya busy aku nak ke saloon daripada isnin sampai ke hari ni tak dapat pergi ok. tsk.
tadi pun agak hectic.
gigih aku pack semua barang.
sambil order masuk bertalu2.
aku kalau pack barang mmg aku stop layan hp ke apa.
dapat pulak yang jenis selagi tak reply selagi tu whatsapp, pastu sms pulak, pastu email pulak.
kang tetiba call pulak. nangissssss.


again dapat komen kata aku OCD walaupun aku tak ngaku.
sebab cara packing kemas. takdanya kemas. biasa aje pun.
tapi serious aku tak rasa aku OCD.
OCD bukan semua kena perfect ke apa ke.
aku rasa umah aku takda pun tahap tu. masih tahap kena bom.

syukur la laki aku jenis rajin gila n takda rungut ke apa.
tadi dia balik kerja terus kita orang gi post barang.
umah aku tinggalkan takda la semenggah sangat sebab baru lepas buat kerja kan.
then kesana sini, balik pun lewat dah ni.
balik terus dia berkemas. baik gila.
aku lak balik terus mengadap nak bg orang tracking number pulak. aaaa.

lepas post tadi kami singgah wangsa walk.
sebab dah janji nak belikan mama cover ipad n charger ipad sebab yang local ni kan panjang sikit.
then ke rumah mama, sebab mama n papa ajak ke sana sebab ada reader kami nak beraya sana.
so boleh la aku jumpa sama.
walaupun aku penattttt n rasa nak rehat, tapi again tak sampai hati tak pergi.
so ke sana la.
sempat la lena sejam kot sebelum tetamu sampai. i is die.

tapi berbaloi2 pergi sebab mama buat nasi impit n sambal daging. nyum.
ok la ni aku nak sambung bg tracking num kat orang.
ye aku memang sesuka hati kul berapa pagi hantar tracking number kat whatsapp orang. kah kah.
tu la nikmat dapat penjual geng burung hantu ye wahai customer. ;p

later nak isi borang lagi n post untuk jumaat lak.
siapkan senang esok post.
patutnya aku post sabtu. then tersedar eh sabtu cuti merdeka.
so esok la kita post.

ok sudah.
saje nak mengadu nasib betapa penatnya diriku ini.
dan aktiviti penuh sampai ahad ni. tsk.
i need massage. i need a vacation. i miss my beauty sleep.
oh ta-ta peaches.


3 Comments:

ayahmamilisa said... [Reply to Comments]

bertabahla wahai peej..
but seriously u need a vacation..nanti kang lagi pusing kepala tu..at least gi bercuti mane2 rehat otak jap :)

Eryne said... [Reply to Comments]

Hi peej!
Been your silence reader for quite sometimes.
kesian you kepenatan.
i have a suggestion, kalau nak pos barang guna poslaju kan, tak yah pegi pejabat pos pun takpe. Just give them a call suruh datang collect je. Cuma ada sikit fee yg diaorg charge lah. Dulu RM5, now tak sure brape.
Eh, tapi rasanya mesti you dah tau kan. Hihihi... saje je nak komen kat sini, sbb selalunya duk baca je :)
well, have a good rest.

Kniedaz said... [Reply to Comments]

take care sis...jaga kesihatan juga ya ^_^

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...