Instagram : @peejburhan

kunjungan tetamu

ahad lepas.
bangun pun dah kul 1pm laki bini.
bangun terus bersiap nak keluar beli barangan sikit.
sebab Mr.B ada ajak kawan datang beraya malam.
dorang nak datang sabtu tapi dah kita orang beropen house kan.
so tak boleh la.
so ke hari ahad.

keluar rumah pun dah 1.30pm macam tu.
sekali ada call masuk dia bercakap la apa.
sekali dia kata kat orang tu. kau datang pukul 3pm la.
sebab bini aku masak-masak sikit.
e ehhhhhh. bengang je aku.
kau paham tak 1.30pm baru keluar rumah.
baru nak membeli barangan.
pukul berapa nak balik? sedap je dia janji kata datang pukul 3 dah masak2.
mana sempatt!!!

sebab otak aku memang plan masak untuk tetamu malam je pun.
apa lagi. larian obor la aku.
ye larian obor je mampu, larian 100m tak dapat la kan.
mana larat.
dah la peralatan takda.
baru nak naik belah atas membeli segala penyepit la apa.
then turun ke bawah beli barang buat spaghetti.
itu je paling mudah cepat dan lazat.

byt the time sampai rumah pukul 2.40pm ok!
aku terus ke dapur siapkan bahan semua.
laki aku suruh dia bersihkan pasir kucing n vacuum sikit.
amik kau tengah vaccum orang dah sampai rumah.
tapi dia apa segan, orang ada pun dia vacuum siap suruh angkat kaki kan.

dah ku pesan. aku nak masak ni.
kang kau tolong hidangkan air.
takda makna ok, aku tengok masa berlalu dia bukan buat.
sibuk sembang. aku gak buat.
bayangkan orang datang aku baru menumis. haha nice.
nasib rumah berkemas.
sampai ke dapur dorang masuk kata sedapnya bau.
over gila padahal baru tumis bawang n cili padi je kot.
lencun gak la menyiapkan hidangan.

siap terus hidang.
kesian iolls mangkuk besar ke apa pun takda.
nasib last time buat makan2 tu mama punya barang ada tinggal.
amik kau aku hidang kuah pun pakai pinggan besar tu je. hahah.
lantak.



aku tak kenal kawan2 Mr.B yang ni.
rupanya yang baju hijau tu classmate dia sekolah menengah dulu.
kebetulan yang baju oren tu adik ipar dia.
baju oren tu dulu satu office ngan Mr.B.
so datang sekali la.
ngan kanak2 4 orang la.

kelakar salah sorang tu aku smoke dok je perati aku budak perempuan tu.
pastu dengar dia cakap kat bapak dia, kenapa dia hisap rokok.
hahhaha dia tak pernah tengok perempuan hisap rokok.
rasa bersalah pulak, tapi rumah aku kan. so terus rasa tak bersalah balik.
tu takpa. rumah ni kan bocor. nak repair tak buat2. Insyallah lepas raya ni la.
time ada tetamu time tu la nak hujan lebat.
amik kau tadah air sana sini.
yang kelakar kita orang bersembang kat depan.
tau2 budak2 tu datang dah lencun. boleh kau dorang mandi hujan daripada bocor tu.
kau mampu main hujan tapi dalam rumah? hahhaa.
siap cakap, "wahh seronoknyaaaa"
dia tak tau tuan rumah tertekan bocor sana sini.

kawan Mr.B yang baju oren tu lagi melampau.
dia kata ada tangga dia boleh tengok kan.
sebab dia pandai repair bumbung.
agak2 la. kau tengah beraya n pakai elok kan.
so takpa lepas raya kita panggil.
Alhamdulillah. sebab ye la tau la kang kau panggil kontraktor mau bukak harga ribu aje.
so ni dia kata takda sampai begitu. dia tengok dulu.
harap tak mahal kan. :)

lama jugak dorang lepak sampai kul 7pm.
so balik je aku kemas apa patut then mandi.
around 8ish datang lagi.
kawan2 kami lepak minum malam2.
n owner gerai selalu lepak tu. jiran2 jugak la.

masak banyak, so hidang yang sama je pun. :)




kecik kan rumah ku.
so baru ramai ni dah rasa sempit n diriku terdampar.
tapi tetap dorang selesa n kata luas. Alhamdulillah.


terdampar, lebam, comot dan keletihan.
wah ayat nak sedih je kan.
dorang balik around 11pm macam tu.
selesailah untuk hari itu.
pastu laki bini mengemas.
as usual tetamu keluar tak sampai berapa lama dia dah sibuk bersihkan.

siap pakai songkok.
mithali sangat.
dia tau aku kepenatan, so dia yang settle tolong basuhkan segala periuk belanga ke apa.
huhu. aku dah takleh harap.
penat sangat sampai bukan bersih. sepahkan lagi ada la.
buat kerja ini terjatuh, itu tertumpah, macam2 la.
so suruh rehat je.

then kumpulkan tengok daripada periuk besar.
dapat la lagi sepinggan besar spaghetti n kuah dapat seperiuk kecik.
dah simpan dalam fridge.
then terpikir nanti mesti terbuang sebab tak makan.
ye la berdua je kan.
terus ajak Mr.B pergi rumah mama n hantar.
sebab tau kat sana ramai. mesti habis punya.
memang betul. hantar pun.
sampai je terus ayol panaskan.
dia n papa makan.
mama pun makan later untuk nak sahur.
lepak kejap sembang2 sampai pukul 2am.
gerak n dedua terbongkang.

ada few ni kata nak beraya.
nak datang sila bagi notis awal.
sebab dapur ku kosong takda apa nak hidang kang.
tak pun if malas aku beli la apa.
kalau tak makan cookies raya je yea.
plus aku ni bukan selalu ada rumah.
so apa2 sila bagi tau awal sikit.
tengok jadual. cea poyo sangat siap jadual kan.
glams sangat ke uolss. hahhahaha.




5 Comments:

ayahmamilisa said... [Reply to Comments]

a'ah nak raya umah peej gak ni..nanti mamilisa roger2 ;)

Jojet said... [Reply to Comments]

hoi, mata panda sangatttt! hahahaha

Mimy Hamid said... [Reply to Comments]

nak raya rumah ko peej.....huhkhuk sambil buat muka kesian

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

Teringin nak g tp takot tak di layan.. hak hak hak

anakjaiman said... [Reply to Comments]

cukuplah baca blog si peej ni dah buat hidup ceria balik, lawak habis. dah lama rasanya tak jengah. nak jadikan rutin balik. :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...