Instagram : @peejburhan

kemalangan maut ke parah? not sure

aku pernah kan cerita.
jalan belakang rumah aku ni kereta kemain la laju.
padahal bukan highway ke apa.
jalan biasa je ok. dah la jenis ada bengkak bengkok sikit.
tapi gila babi laju woi orang bawak kereta.
aku memang seriau kat situ.
esp if nak nak masuk or keluar simpang.

dah berapa ramai accident kat simpang tu.
ada yang koma n maut pun ada ok. ikhhhhhh.
sebab tu ku sanggup keluar kat tempat yang ada traffic light.
biar la lambat sikit tapi rasa selamat tu.

tu simpang. untuk laluan antara simpang 1st nak masuk ke simpang second or ketiga ikut traffic light tu.
jalan takda la panjang mana.
tapi bengkak bengkok sikit la.
tapi gila laju weyh kereta.
dia dua lane kiri n kanan.
takleh memotong sebab jalan bengkang bengkok sikit kan.
aku pernah duduk lane kanan. seriau gila aku.
nak taknak kau kena laju sebab orang semua laju.
sekali kereta arah bertentangan masa corner2 sikit tu kemain makan side.
masuk ke jalan kita banyak kot.
aku mengelak ke kiri nasib kereta kiri belakang sikit. tetap kena hon la.
babi seram woih.
so lepas tu if ikut situ aku memang ikut kiri je la.
tak berani aku lalu lane belah kanan.

so jalan panjang tu kira belakang umah aku la.
setakat dengar orang brake emergency tu dah biasa.
oh lagi satu. dah la dorang kan jalan panjangggg.
tapi ada ada 2-3 tempat boleh stop sebab ada jalan masuk simpang la.
masuk kem la apa.
so bayangkan kau tengah laju tau2 kereta depan tengah bagi signal tunggu turn nak masuk.
aku kadang ikut masuk simpang.
dari jauh dah bagi signal.
pastu asyik dok tengok cermin pandang belakang.
bukan apa takut kereta tak perasan kau stop kang kena hentam tak pasal.
selagi takda kereta lain belakang kereta kau rasa scary je. hahaha.

nway, like i said dengar orang brake dah biasa.
kadang dengar gak gedebanggggg.
tapi selalu macam bumper to bumper la.
berderet je 3-4 kereta.
sebab betul2 belakang umah aku ada simpang nak ke kem.

nway, semalam before subuh.
aku dok scroll hp baca timeline twitter.
sekali dengar srettttt sreeetttttt *brake* gedeganggggggg. pastu bunyi hon lama gila.
bunyi kuat aku tak pernah dengar.
macam serious.
apa lagi terus ke belakang la kepochi nak tengok.
ohhhh accident.
hmm teruk.

aku intai daripada tingkap je.
sebab nampak teruk. tak sure ada orang mati ke tak.
aku dah la baru layan cerita seram kat twitter. tetiba takut lak nak bukak pintu.
kang tak pasal aku jadi sixth sense kat situ, "i see dead people". eeee takmo..tak mo...


sebab tu la pic pun ala2 blur n silau je.
yang aku ada upload semalam kat ig lagi gelap. sebab pakai hp. hahaha.
so takleh jadi. lets kepochi. amik camera sambil kejut laki.
laki jenguk kejap je. sambung tidur. ishhhh.
sekali dengar bunyi bomba baru laki ku datang balik.
haaaa tau takpa. aku dah kata serious dia tak caya.


tu takpa. aku ingat kereta satu je tu yang accident.
tak sure la langgar apa.
sekali aku tengok bomba berhenti tempat lain. e eh.. ada lain ke?
daripada cermin tingkap memang tak nampak sebab banyak pokok apa bagai kan.
so since suami ada. lets bukak pintu. ketakutan kurang.






ooo baru nampak.
ada sebuah lagi.
yang ni teruk. bahagian pemandu macam remuk je.
gigih bomba mengerat2 kereta tu.
ada yang tersepit la tu.
aku rasa sorang je pemandu.
sebab yang lain bomba bukak semua pintu tapi takda keluarkan orang.
siap kopakkan bumbung. so scary.






kereta yang ni rasanya semua ok.
student cina dalam 3 orang.
baru lepas abis lepak kot.
sebab sebelum bomba sampai tu.
datang kereta lain kwn2 dorang la tak sampai 5-10 minit lepas accident.
samada baru abis lepak berdekatan or student2 tu memang menyewa area sini.
semua ok rasanya dorang.
n tengok memang remuk tapi depan je la sampai tayar. bahagian lain still biasa.
masa kena tow nampak la airbag bagai.



haha sorry la paparazzi di sebalik pokok.
laki aku over kata jom pergi sana.
tengok orang tu mati ke hidup ke.
eeee taknak la. tak kuasa. konon, padahal ngeri.
sebab sambil tengok sambil la laki bini spekulasi.
yang laki aku kata mati.
aku kata hidup tapi tersepit.




kalau ada ambulan maknanya hidup kan?
i mean selalu if maut mesti polis datang n tutup pakai plastik hitam. kan?
lama jugak la usaha nak keluarkan tu. dekat sejam la jugak.

kesimpulan cerita aku tak tau sorang lagi tu parah or maut.
sebab try gak google if la ada berita ke apa.
takda pun. paling kiwok tetiba aku terbaca 2-3 laporan kata ada kemalangan maut kat jalan tu. cibsss betullll.
itu i not loike.

akhir kata, berhati-hatilah di jalan raya.


5 Comments:

beta kupu said... [Reply to Comments]

tetiba ahkak jadi mamarazzi plak ye! hihi

Anthea said... [Reply to Comments]

eee lpas ni jgan la akak pegi tgk jalan tu malam malam buta, kang ada yg lambai-lambai pula..scaryyy marryyy

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

Ish..aku pun sebenarnye tak berape gemar nak drive sebab on our part memang kite boleh hati2..tapi berape ramai la masyarakat 'pandai' drive kereta ni yang berhati2??

nak pulak drebar teksi..ikut suke hati nak cilok sane-sini tanpa tgk kereta lain yang dah dekat sgt2..aku pun hampir eksiden isnin lps sebab malaun mcm nih..dah terlps simpang-berhenti tgh jalan-bagi signal-tak tgk kereta lain-terus masuk lane..kereta aku dah dekat beberape cm je..dia msk jgk..aku yang panik takut dented kereta aku..elak la..tp seriously memang aku x nampak dia and aku pun drive slow..nasib time tu kereta lain semua drive berhemah, slow je..klau x..aku x boleh bygkan la mcmane keadaan aku..mintak simpang la..geram betul..malaun tu buat bodo je..

tulah masyarakat sekarang..biadap! Tolongla memandu dgn berhemah...cube pikir klau kite sbbkan org lain yg x bersalah eksiden ade kite nak amik pusing? sbb x kene pd btg hidung sendiri..cube kene dkt family sendiri..try to put yourself in other people's shoes..sikap 'ade aku kesah' ni bahayakan masyarakat la..

Panjang nye comment..sorry ye..aku tgh trauma nih..haha

Ms. Wanniey said... [Reply to Comments]

peej... ni jln yg mana??? bkn jln yg lalu sblh wardieburn menuju ke LRT Tmn Melati n lalu sebelah tar college... bkn tu kan???

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Best lah dpt live update siap ngan gamba walaupun xclear. At least kami ni dpat gak nampak apa kejadian yang berlaku sewaktu accident berlaku..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...