Instagram : @peejburhan

kalau dah nak tu, tak boleh di tunggu2.

cuti raya hari tu Mr.B cuti sampai isnin 12 aug.
since memang takda program apa.
so ajak dia ke low yatt.
aku kan nak camera, huhu.
Alhamdulillah duit advert blog hasil di kumpul cukup.
so mari beli, untuk kegunaan masa depan blog gak kan.
so lets.

so ke low yatt la kita.
nasib traffic tak teruk.
agaknya ramai lagi yang still cuti kan.
so memang takda masalah.
so sampai harus tuju makan dulu.
kami adalah lapar n yang paling penting lama tak ke sini.
so harus chee meng kita tuju. huhu.


aaaaa sedapnya.
aku order wantan soup sekali.
tapi lupa amik pic la tu. takpa.
laki ku pulak taknak makan nasi ayam.
so dia amik nasi putih n dua lauk ni.

:: sambal sotong ::

:: ikan sweet sour ::

sambal sotong as usual sedap la.
ikan aku tak rasa.
u know me, aku n makanan manis tidak serasi bersama.

abis je makan terus tuju kedai camera.
tanya model yang aku nak tu.
n ada. n ada warna hitam. pun ada.
again tanya pendapat sales assistant tu. kalau dia, dia amik hitam ke putih.
dia pun jawab hitam. dia kata unless kita jenis sangat cermat so amik la putih.
n sedar diri aku mmg tak cermat. so amik hitam.
harga murah daripada kedai yang aku tanya kat wangsa walk.
lagi best sebab dapat free extra memory card n battery pack. oh n free photo album story book tu.
wah ok sangat la kan. berbaloi2. ok setttt.
lepas beli bergegas balik sambil kembang2 hidung. hahaha.

so ini la yang aku beli sony NEX-5R.
hasil hasutan n pengaruh daripada ceeramoon.
n ada customer cookies hari tu, ayahmamilisa amik cookies.
beria nak amik pic padahal aku tahap horror gila.
so suami dia amik pic, so sempat la tanya camera apa dia pakai.
dia pun pakai sony NEX. sama la macam ceera. eh best ke kan.
masa jumpa kat ceera kat event pun dia dok kata best la apa.
pastu memang selalu baca blog ceera aku suka tengok pics2 dia.
macam clear n lawa sangat.
ok terpengaruh.

walaupun niat asal aku nak beli camera biar la canon or olympus.
kan orang kata nak beli camera biar beli jenama pembuat camera.
gituh. tapi masalahnya macam aku terel nau segala model2 camera ni kan.
masa aku tengok kat wangsa walk tu dia keluarkan sony NEX n canon tak silap.
so aku tanya mana best. dia kata sony NEX lg best n lagi senang takyah pening.
auto pun lawa. ok set.
plus buat ku tertawan sebab lcd screen dia boleh flip.
sesuai untuk cam whore macam aku ni. muahahhahaha.
so yeahhhh. maka belilah itu. va va va.

tak lama pun kat sana.
beli je terus bergegas balik sebab abang ipar mau datang.
time tu dah 4ish. dia nak datang kul 6pm.
apa lagi singgah satay samuri kira beli je.
balik letak je bag. kemas sikit dah sampai depan rumah.
woahhhhh.
dah la laki aku ni mengemas barang main suka hati simpan sana sini.
aku tanya mana table mat aku.
tak tau tak tau.
amik kau hidang kat orang makan meja togel takda apa.
entah memang la boleh kan macam tu.
tapi kau daripada kecik dah biasa ada tetamu meja biar ada table mat, susun itu ini.
so bila takda rasa togel sangat. hahaha. lantak.

ingat kejap je dorang lepak.
lama gak woah. dah kul 10ish pm baru balik kau.
sakan sembang. seronok je memacam cerita ada.
aku kan takda la rapat ngan ngan abang dia ni.
so bila lepak tu memacam cerita keluar rasa best.

tapi as usual Mr.B, orang balik je tak sampai 5 minit.
ni kerja dia.


vacuum yeee. rajin bebenor.
perangai sebijik macam papa.
rajin mengvacuum.
paling aku tak tahan baru2 ni kan orang datang.
sekali anak2 orang terlanggar ashtray jatuh.
amik kau ada tetamu dia keluarkan vacuum ok.
semua orang kena angkat kaki dia nak vacuum. hahaha. lawak gila.
papa dulu macam tu!!!!!!
aku ingat kegilaan akan berakhir, amik kau dapat laki macam ni jugak.



ni pic lulu terselit menyerikan entry.
eh ok la tu je.
nak keluar later.
buhbye.

11 Comments:

Shark Kay said... [Reply to Comments]

Tahniah dpt kemera baru..
Sama pulak ngan shark pkai..
Shark model nex6..
Nex 5 xdek viewfinder..
Shark kureng sket amik gambo tgk skrin:-)

Comey lote lulu nih

LurvlyTruly said... [Reply to Comments]

Good choice on nex5r! I beli b4 raya n brought straight to holiday, trus try mcm2 option for every different scenes n pics are superb even w/o flash. Sng sgt nk blaja n handle. N of course easy cam whore! :D

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

wah.. pastikan pasni byk sgts pic melets dlm entry yer... hihihihi

intandayani said... [Reply to Comments]

bagus la Ben pembersih orgnye..eh Pejj sila wat entry pasal maintain rumah kemas & bersih bile tggl dgn kucing ni..rumah aku tu alahai kejap je kemasnye

Ms. Wanniey said... [Reply to Comments]

wuiiii ble baca ni macam nak jugak... tapi baper rm???

Filla said... [Reply to Comments]

bapak aku pon pesen gitu.. org baru balik.. still kat gate lagi dia dah on vacum.. konpom org tu dengar hahahahah.. kalau ada budak kecik, mata bapak aku ushaaa je..hahaha

ayahmamilisa said... [Reply to Comments]

heee terharunye ada cite mamilisa kat blog ni...hehe..thanx peej coz menglemerkan i kejaps..#bajetretisangat#
yeay finally peej beli gak sony..syabas ! hehe....mamilisa punye NEX-5N..peej punye ni pon ok..siap dapat bag purple yang cantik..mamilisa nye beg huduh je T____T

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

wahh best ok beli kamera baru! and kualiti interchangable camera mmg selawa DSLR jgk, yg penting ambik gambar high res, mmg hasilnya crisp&sharp. kimslm lulu comel!! xD kbai!

zoora qushairi said... [Reply to Comments]

bestttnyaaa NEX!

hadoii mesti nak tergelak bila baca abg ben ni punya tahap kerajinan...
dpt bayangkan dia vacuum masa ada org tu.hahaaa

peej said... [Reply to Comments]

@shark - ala ku bukan tau sangat camera ni. janji ok untuk amik pic on aje beli. huhu.

@lurvly - kan. sangat best. puas hati la beli. huhu

@brenito - di harap rajin. itu yang penting.

@intandayani - kemas sebab laki aku rajin vacuum, part susun atur lak aku jenis takleh tengok benda tak macam sepatutnya. so kalau kucing langgar tersenget sikit je. nanti cepat je aku betulkan. kalau tak sakit mata tengok.

@wanniey - rm1999

@filla - hahaha sameeee. laki aku sampai vacuum time ada orang sebab dia kata carpet baru tuuuuu. eeee melampau sangat.

@mamilisa - hahha sebab mmg dua orang ni la yang mempengaruhi ku beli. then orang kedai pun kata best so beli itu aje. yeay.

@wani - tu la. memang so far takda ubah apa. kecuali scene la. so harap pic maintain cantik. :)

@zoora - tu la kan. rajin tak dapat di kawal namanya tu.

muis ismail said... [Reply to Comments]

macam pernah terdengar org pernah cakap, bagus kalau suami kita ni perangai sama dengan bapak kita..untung kak peej :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...