Instagram : @peejburhan

jirannn...bermacam jirannn.

haih pelbagai macam jiran ada la.
sorang macam ni, sorang macam tu.

yang si wilcha sebelah rumah ni kemain mintak memacam.
dah la sesuka hati je sms order laki aku mintak roti, butter, kaya, telur, minyak. grrrr.
hari tu nak raya kemain siap order mintak kerusi meja makan if ada nak bagi dia.
bila laki aku kata takda dia boleh lak cakap, macam mana ngan kerusi yang di susun bertingkat, di ruang balcony, di depan tingkap bilik depan tu.
wtf? boleh nampak ok.
well memang ada kerusi situ. mama bagi. guna if buat majlis makan2 la.
which is tak selalu pun, but stillllllll....
motip perati barang orang pastu sesuka hati mintak.
i is not like.

sorang lagi pulak. selang few rumah la.
aku tau makcik ni dpd zaman arwah maktok hidup.
memang ada perangainya aku tak berkenan dpd zaman tu.
ye aku ni memang jenis akan ingat ok. haha teruk betul. but whatevs.

now takda la berbaik ke apa.
sebab aku kan mana reti sangat mesra alam ni.
tapi aku perasan la dia.
aku rasa dia ada bela kucing kot.
tapi jenis kat luar tu la, jenis bagi makan. kucing keluar masuk suka hati.
aku perasan nanti beberapa hari dia akan berjalan satu lorong goncangkan bekas makanan kucing tu dok mencari kucing dia.

makcik ni pun. macam la kucing dia heran.
setakat biskut tu kan.
kucing dah lepas macam tu. bermacam lagi makanan sedap dia dapat.
sebab area umah aku ni akan ada nyonya ni bergerak naik motor.
kat handle motor dia ada tersangkut baldi segala plastic2 la apa.
kat dalam tu banyak macam sisa2 ayam.
bukan sisa, aku pun tak sure.
tapi macam carik2 ayam n tulang ayam semua la.
so aku tengok aunty cina ni akan round keliling taman area aku ni.
nanti kau akan nampak banyak la kucing follow motor dia.
nanti dia campak la makanan.
serious ok. aku rasa sehari 3 kali kot dia buat.
pagi, petang n tengah malam gitu.
seronok lak tengok kengkadang, sebab bayangkan kau tengah lepak, kau nampak tetiba banyak ke kucing berkumpul get ready.
rupanya aunty tu on the way ok nak sampai dah.
daripada jauh kucing2 dah kenal bunyi motor dia.
so aku rasa takat biskut makanan kucing ni memang la tak berapa nak heran berbanding hidangan ayam dpd aunty nyonya ni.

nway, sambung cerita.
so nanti jiran aku ni aku dengar la dok goncang bekas makanan dia.
panggil kucing2 dia la apa.
n aku perasan mesti akan lebih2 goncang depan umah aku. grrrrr.
sebab umah aku ni memang kat porch pun banyak kucing.
laki aku ni terlebih lak sekarang, suka bagi makan kucing luar.
so jadi seronok lak kucing2 ni lepak.

so ada sekali tu.
dia goncang2 kuat2 n panggil kucing.
yang kucing rumah aku lak macam kan tak cukup makan or busy body tak hengat.
sibuk dok ngiau daripada dalam.
siap ada yang menggelupur2 melompat2 langgar cermin pintu semua.
eiiiiiii. tu takpa.
aku pun bangun nak tengok kucing aku.
sekali aku pandang depan tengok makcik tu ngan cucu kot kemain tertonggeng intai rumah aku panggil2 kucing.
umah aku kan ada bidai. so tak nampak dalam.
so tu yang gigih tonggeng bagai.
nampak aku tau lak menggelupur. agak2 takda orang la.
selamba je aku jawab, "takda la kucing sini. kalau ada pun ni kucing rumah ni."
terus blah. tapi tetap la dok goncang makanan n panggil2 nama kucing dia area depan umah aku.
eeeee geram. adakah muka aku nampak macam penyamun kucing?
motip aku nak amik kucing dia n kurung dalam umah aku?
tolong la kucing dalam rumah aku ni pun dah rupa sarkas. takdanya aku nak menambah lagi.

aku bengang kalau orang tak masuk akal macam tu.
aku ingat lagi aku pernah dapat email daripada someone ni.
kemain siap printscreen blog aku pic kaseh.
pastu email aku cakap boleh tau tak ni memang kucing aku ke apa.
sebab dia ada kucing sebijik macam ni n hilang sekian hari bulan kat sekian tempat.
seriously dudeeeee????
sebelum kau tanya soalan bengong macam tu, do ur research la.
baca dulu la blog orang tu ke apa ke.
plus kucing kot. macam mana kau nak tau tu exactly kucing kau ke apa.
kucing basically nampak almost the same je pun certain kan.
unless kau memang selak bulu dia satu persatu n hafal.

haha aku walaupun kekadang rimas ngan kucing2 ni n bikin sakit jantung.
tapi still kesayangan kot.
dah macam keluarga kot.
cuba kalau aku tetiba amik pic anak kau. email pastu cakap, eh ni memang anak u ke? sebab anak i hilang, serious sama sangat. u sure ni anak u?.
tumbuk kang.
ye aku memang suka bagi perumpamaan kucing ngan manusia. hihi.

aku 2-3 hari ni sangat la stress ngan kucing2 aku.
sebab superrrrr nakal esp yang kenit2 tu.
tolong la langsir aku sampai jahanam ok dikerjakan dorang.
yang ceceh tengah on heat. memekak gila.
aku takda masa nak bawak pergi sunat.
terus call laki aku.

me : i serious tak tahan la ngan kucing2 ni. i nak buat kerja semua susah. ngan langsir semua dorang panjat macam tarzan.
Mr.B : dorang tu manja la.
me : ni bukan manja. ni syaiton. tak kira i tengah pack barang ni. i nak pack sekali dorang n post je mana2.
Mr.B : jangan la molinggg. dorang tu manja.
me : ahhh semua i pack. biar u balik dah takda semua.
Mr.B : semua tekoli (sekali) ke?
me : semuaaaa. hmmm kecuali miki (milky) ngan riri.

yeee. tu antara kesayangan aku. manjaaaa.
laki aku tetiba balik awal petang tu.
aku tanya la asal balik awal.
dia kata nak tolong aku post barang. kesian.
hahahah takdaaa...mesti nak check takut aku post kucing2 dia.

aku tadi dok baring sorang tetiba terasa macam, ada kang aku suruh orang adopt kekucing ni.
pastu berangan amik pic sekor2 tanya siapa berminat.
terbayang pic milky n riri terus emosi.
aaaa cannot. sayangggg.
walaupun memasing nakal.
paling aku cair ngan riri n milky la.
manja tak menahan.
riri tu aku panggil kekucing lain tetiba dia ada depan muka kau.
pastu sondol2 paksa sayang dia. hahaha.

milky tak macam tu sangat la.
milky jenis masuk bilik tetiba dia dah ready tidur terkangkang atas katil.
pastu kalau boleh nak stay ngan kau.
dia jenis manja tapi coverline. bila takda yang lain cecepat dia tunjuk manja dia.
if lelain ada. dia mengalah.

ok aku pun tak faham ngan diri aku ni.
nampak sangat mereng.
cerita jiran, tetiba masuk bab kucing, tetiba cerita pasal kucing sendiri.
saikosis sangat iolls.

ok sini adalah some pictures of my mighty pets.
serious macam mana kau nak marah n menyampah lama2 bila tengok muka2 ni.

 :: Milly n Moolat. Milly ni nakal syaiton macam Mochi dulu. Moolat lak jenis sopan santun sikit ::


 :: ceceh yang super gatal this past 2 weeks. menaikkan darah je dia ni ::


few days back.
aku nak buat kerja.
so nak amik borang poslaju nampak semua kucing berkumpul dalam bilik office.
terus capai camera.
hahhaha nampak nau dorang lagi sayang Mr.B daripada aku.
bayangkan semua tidur kat dalam bilik tu.


nampak?
nampak?
hah tak nampak?
ok mari zoom in.

 :: RiRi n Milky atas kotak ephyra. Milky tu bukan kotor tau. memang color dia macam creamy. ::

 :: Mochi belakang monitor ::


3 beranak ni kat sini.
tolong la tray tu memang takleh letak apa.
jadi tempat tidur dorang turun temurun.
apa best sangat tah.
letak pun harus roboh macam tu.
pastu kau nak amik barang kat bawah2 tu payah.
so takyah la. biar kosong. tidur la korang.

kalau tidur macam ni memang la tenang n aman damai je rasa.
tapi bila time aku nak buat kerja la time tu dorang nak beraksi tarzan.
tak faham sangat.

ok tu je.
lari konsep entry ni.
tapi takpa. janji aku gumbira.
ok aku tidur. macam tak betul memula bengang2 tetiba now gembira.


14 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kahkah mcm2 je la jiran2 ko ni, peej. xmenahan si wilcha tu siap kenal pasti brg2 kat rumah korg.. whattheee. seram sgt ada jiran pemerhati lebih2 mcm ni.

and nk btau, gmbr2 semakin lawaaa sbb pkai kamera nex5 ko tu kan. lawalawaaa. ni yg teringin nk beli kamera ni. tp mahal. uhuk.

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

Sama la kucing2 kat rumah ni. Kalau sekor2 dah dtg sawan, rumah jd tongkang pecah. Bila marah, masing2 buat muka kesian.

semalam pick up stok kat umah peeja, abg wilcha siap reverse nak tgk sape dtg.

shentalvent said... [Reply to Comments]

Heeee..best..rmh mama aku tu bleh jd zoo dah kot..kekucing,doggies,rabbits,parrot,kura2,fishes...tp smua bela luar rmh je,coz my daddy rimasssss n mcm geli ngan bebulu...hahaha..

shentalvent said... [Reply to Comments]

Heeee..best..rmh mama aku tu bleh jd zoo dah kot..kekucing,doggies,rabbits,parrot,kura2,fishes...tp smua bela luar rmh je,coz my daddy rimasssss n mcm geli ngan bebulu...hahaha..

intandayani said... [Reply to Comments]

haha aku pun alami situasi yg sama..last kt ruang tamu xde letak sofa lagi..rumah pun tak berlangsir..aritu pasang jap raya abis diorang pnjt..dah la dekat dengan kipas kang ade plak final destination versi kucing..terus tanggalkan aje dah rumah togel serupa rumah bujang..nak ajk org dtg pun segan..tp kitorang laki bini ni ade tabiat cepat kesian tgk kucing yg sakit2 tu..kang asik nk membawak blik je..cane tu?

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Gamba first kekucing lam bilik tu ala2 cari gamba tersembunyi dah.. haha..

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Gamba first kekucing lam bilik tu ala2 cari gamba tersembunyi dah.. haha..

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Gamba first kekucing lam bilik tu ala2 cari gamba tersembunyi dah.. haha..

Nina Faressa said... [Reply to Comments]

omg peeja i cannot believe you have 6 cats! from ceceh sorang dulu up to 6 but theyre sooo cuuutee! Macam mana la you handle taking care of their litter box, I with 5 cats ni pun cant handle it.

WaniGhani said... [Reply to Comments]

hoho.setuju.....cr benda tersembunyi...ala2 anak mengempeng kt bpk pon ada...

Jue Hairul said... [Reply to Comments]

comey gile kekucing tu..mmg cair bila tgk, camne nak sampai hati nak bg org adopt

Shahrizat said... [Reply to Comments]

Kucing selalu macam ni kan...kalau dengan lelaki tu manja je. kucing saya pun macam tu, kalau dengan adik lelaki kemain akur je, bagi ubat tak melawan pun, dia lap diorang dengan wet wipes semua redo ke pastu kalau dia balik semua berkejar tunggu depan pintu sampai dia masuk rumah...kalau kita panggil dah macam nak putus nyawa diorang buat tak tau je...sedih tauuu...hehehehe

Irfa said... [Reply to Comments]

WPUN AKU X SUKA KUCEN SGT TP BACA BLOG PEEJ NI MCM BEST JE ;)
AKU SUKA TENGOK KUCEN CUMA TAK SUKA NAK MEMBELA JE ;)
ORANG KATA SAPA SAYANG KUCING NI MMG PENYAYANG

Madam Casper said... [Reply to Comments]

Cute sangat perangai anak2 bulu tu. Tak per murah rezeki Peej dengan adanya anak2 bulu tu.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...