Instagram : @peejburhan

hidup dalam ketakutan

sekarang ni menakutkan betul kan.
dah la macam-macam video orang share kat fb ni.

tembak menembak tu satu hal la.
macam motif tiba-tiba nak tembak orang kan.
walaupun kita ni bukan sesiapa orang nak tetiba tembak ke apa.
tapi maut tidak mengenal siapa. wah gitu.

tu satu. satu lagi rompak n ragut.
aku ni dah la trauma kisah dulu tu tak abis lagi.
now tengok banyak video orang share kat fb jadi scary sangat kan.
nak keluar or masuk rumah sendiri pun takut semacam je.
mesti nak perati kiri kanan dulu ada tak apa-apa yang mencurigakan.

masuk kereta pun handbag sorok2.
sebab tengok video kat traffic light pun jadi kan. ishhh.
tak selamat betul la rasa sekarang ni kan.

aku dulu pernah rasa scary sebab ye la kau masuk rumah kau kena bukak gate apa bagai.
amik masa kan. so macam scary.
terasa macam eh nak buat gate electric la.
senang. tekan bukak. masuk. kita tekan tutup balik.
tapi dah few videos kat fb tengok amboi senang kemain je peragut tu rentap gate electric tu terbukak.
serious senang melampau ke bukak dia boleh macam tu je?
rasa macam baik aku pakai gate biasa n pakai padlock kan?

belum rumah lagi.
laki aku tu pun boleh tahan paranoid.
aku rasa biasa-biasa aje, tapi bila dia dah paranoid aku pun jadi takut.
aku tak boleh. aku jenis relax. tapi kalau orang saiko aku n takut lebih2.
nanti aku punya takut tu lagi melampau daripada orang yang mengsaikokan aku tu.
tolong lah aku rasa untuk pintu depan n belakang je aku ada 9 jenis lock pelbagai laki aku taruk.
pitam ok nak membukak. hahahha.
bukan la semua lock kunci tapi termasuk selak 2-3. ngan sendal lagi.
di tambah lock lagi.
kau jangan pintu tengah nak ke belakang pun laki aku lock menggila.
sampai aku nak pergi dapur belakang aku jadi malas n stress sebab mengalahkan mission dalam game nak lepas tu tau. hahha. over kan.

tapi ye la untuk keselamatan.
abis nak buat macam mana, duduk dalam kereta or rumah sendiri pun kau rasa tak selamat.
syabas malaysia.
ok memang dorang boleh kata negara kita aman.
ye Alhamdulillah aman daripada perang.
tapi tetap hati aku tak rasa aman.
tetap rasa tak selamat n ketakutan je even keluar or dalam rumah sendiri bila kau sendirian.

maybe some of u akan kata alah takda apa la.
Insyallah ok la.
yeeeee...korang belum pernah kena *bukan aku mintak la. mintak jauh*.
kalau siapa yang pernah kena, dia akan tau trauma tu macam mana.
kau tengok video yang orang share dalam fb segala pun dia punya debar tu.
tengok hari ni. ketakutan tu mau seminggu.

makin lama makin kronik je kes2 begini kan.
why takda langkah membanteras ke?

3 Comments:

miszme_ieda said... [Reply to Comments]

eee...takut plak baca...

betul gak ape mr b. buat. safety precautions katanye k.peej...
bawak pepper spray dalam hendbag ke kereta ke.. standby...

orang jahat sekarang ni bukan ada cop kat dahi kata dia jahat..
hensem kemain tetiba jahat je.. *eh, ni pengaruh muvee ke apa..haha*

tapi, safety precautions kena ada. akak plak sekarang dah start travel sensorang...better safe than sorry =)

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

mmg takut. cm ape je boleh kita takut dlm negara sendiri. pffttt...

tp aku x nak tambah rasa tu video takut and ngeri tu x pnh aku bukak. hahah

cik yaya said... [Reply to Comments]

salam peej,

lama xsinggah, kejadian org nk rompak or serang bru je tjadi last week kt sy. bru je pindah uma bru, dh terfikir nk bukak pintu dh 3 kunci siap nk beli pepper spray bagai kononnye. xsmpat beli. sumpah masih trauma. tidur pun still bukak lampu. jgn kan nk keluar rumah. still terkejut2. alhamdulilah dia xsmptla nk amik hndbag just lebam2 n luka2 je sbb melawan balik n gigit jari perompak tu. apepun bhati2 n always be alert. kjadian yg kita xsngka2 mana2 je boleh blaku just kena bfkir n btindak cepat.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...