Instagram : @peejburhan

Hari Raya pasangan yang relax

wah sana sini update raya.
kemain korang kan.
aku? as usual aku bukan rajin beraya ke apa.
so jangan harap la nak tengok aku ke sana sini ke apa.
banyak berlepak kat rumah mama je ulang alik
abis hari2 ada je makanan sodap.
bukak mata check hp terus dapat fb message daripada mama bagi tau menu hari itu.
tak suka kau. hahaha.

so memandang rayaku sempoi.
so aku harung semua dalam satu entry senang.
pastu kita move on ye. haha.
matiklah feeling macam la ada orang tunggu pun entry tak semenggah ini.

nway sehari sebelum raya tu aku ke rumah mama.
perjanjian pukul 10am.
takda makna aku pun tidur lambat kan.
so around 12ish macam tu aku baru sampai.
so tolong la apa patut.
mama tak larat sangat tak sihat kan.
so dia dah buat segala. aku tolong jagakan segala masakan tu la.
since mama masak awal. by 3ish macam tu dah siap segala.
aku mostly semua benda dah ada. last aku nak carik bekas kuih raya je pun.

so ke great eastern mall.
mama nak ikut. gigih tu. siap pesan if pergi jangan tinggal dia.
ok jom. noy konon nak ikut sekali. tapi tidur je kerja.
pastu bersiap lembab. ah selamat tinggal.
mama dah siap lama n penat menunggu dia.
so jom. nasib gak kita orang gerak sebab rupanya riccardo tu tutup kul 5pm. phewwww.
nasib sempat.
so dapat la bekas. yang simple je pun.
mama ingatkan nak ada bekas untuk air tu.
memang ada kat situ. tapi amik kau lepas discount rm1000+ matikkk.
aku ingat if rm300-400 tu boleh belanja la.
tapi rm1k. *gulp* ada rezeki lebih nanti anakanda belanja.
time tu tak kemampuan pulak.

then mama suruh beli alas meja la, table runner la. jenis lace.
lawa la. tapi aku nak atleast color cream.
taknak la putih ni. kang cepat kotor aku yang sakit jantung. takpa. takyah.
then round masuk british india. aaaaa apesal semua benda lawa melampau dalam tu.
bantal lawa2. lamp shade lawa2.
segala perabot dia. tapi urut dada sikit la harga.
ada satu cermin ni lawa, lepas discount rm1200. mama dah angkat2 kening suruh aku amik.
ewahhhh.
tapi tu la. masalahnya tang mana nak taruk aku tak tau.
n plan di hati nak lagiiiiiii besar punya.
wakakak tak sedor diri rumah kecik nak perabot besar2 kan.
takpa. tu ada rejeki kita carik.
so mampu tengok je la. nak beli nanti2 la.

then ke 2-3 tempat lagi.
nak carik barang konon.
tapi dah last minute ni barang apa pun yang boleh di hantar kan.
dua beranak tak sedar diri nak shopping last minute n konon ada orang nak deliver barang.
hoiii pemandu lori pun dah balik kg uolss.
so takpa la. lupakan niat di hati.

balik singgah rumah aku jap amik barang sbb masa aku buat makan2 kan pinjam memacam.
so pulangkan balik.
so gerak balik ke rumah mama utk berbuka.
tau-tau toleh belakang tengok dah begini.


mak sapa la ni.
huhuhu letih sangat la tu.
tu bukan dia tarik eh tudung tu tutup muka.
tapi tudung jenis licin. so dia agaknya tersengguk2 ke tergeleng sana sini sampai tudung jadi gitu.
funny mummy.
menu berbuka untuk raya eve.







masak nasi impit, rendang limpa n sambal daging je.
malam tu baru mama buat rendang ayam. n esoknya masak lodeh.
so menu berbuka kita makan ngan nasi dulu. terbaikkk.

last minute malam tu berkemas lagi rumah.
as usual aku tidur lewat je.
tapi pagi lagi laki aku dah kejut bangun. aaaaaa.
tak menyabar dia nak beraya ngan family dia.
dia kemain cakap nak raya rumah parents dia dulu. aku ok je.
walaupun pengalaman tahun lepas telah mengajar.
n aku dah bagi tau dia. tetap taknak dengar.
malas aku nak bertekak. kecoh lebih kan padahal umah mak memasing 15 minit je dpd rumah kita orang. hahahha.

sebab last year kan dia gigih pergi awal.
tapi orang rumah bangun pun tak.
dorang tak masak pun segala apa.
dia gigih sebab nak salam raya n bagi duit angpow kat anak2 buah dia.
padahal aku memang dah tanya sana sini, adik beradik dia akan sampai tgh hari or petang.
degil kan. memang takda siapa la. n takda apa.
so mengadap la kuih je.
aku biarkan je.
sekali after 2 hours memang takda siapa sampai.
dia dah lapar kan. tetiba dia kata jom pergi umah parents aku.
haaaaaa memang tak la. kau kata nak tunggu yang lain kan. tunggu.
malas aku kang dah pergi umah parents aku, kang nak patah balik ke sana.
walaupun tak jauh, jenuh ok patah balik sana sini.

yang adik dia kata pergi la beraya mana2 dulu.
nanti petang baru datang balik dia masak2.
aku buat dek je. aku paksa adik dia masak. hahahhahahah.
tak lama biras aku sampai, tina.

nasib si tina ni ada bawak bekalan memacam makanan. yeay boleh makan.
tinggal panaskan.
tengah adik ipar aku masak n panaskan makanan gas pulak abis.
aaaaaa. time tu dah kul 1pm ok. tak makan apa ni selain mengadap cookies.
takpaaa. pengajaran untuk laki ku. hahha.
aku perut tahan sebab aku memang dah biasa makan lewat kan.
kedai semua tutup lak tu mana kau nak carik gas kan.
merasa la dia gigih masak n panaskan lauk dalam rice cooker. hahah.
settle harus menggelupur makan.

then tunggu adik beradik lain sampai.
kata dah nak sampai.
babik sejam lebih tak sampai2.
aku ajak gerak. ohoiiii. kosser la ku.
nak jumpa dorang datang la rumah kita orang nanti.

sampai orang rumah aku semua tidur. hahaha.
kepenatan berkemas, memasak n melayan tetamu la tu.
takpa, walaupun dah makan 2 jam before, sampai umah mak sendiri harus tuju dapur terus.
makan ini. aaaa heaven.


tengok pic ni telan2 air liur balik. nasi impit ngan masak lodeh n sambal daging. terbaik wokkk.
tak lama lepas tu noy lak turun semangat raya.
gila orang semua dah ngantuk.
ye dia baru bangun n siap. ada la kul 2-3 pm macam tu.
dia kan baru balik daripada kuwait setelah terkandas kat sana sebulan lebih.
so jet lagged. 

makan n sembang kita orang bertiga.
lain semua tidur.
pastu berphoto session kami.
so bagi yang bertanya mana ayol, mana laki aku.
ahhh tidur sapa suruh. so takda dalam pic.






tak beraya mana pun.
the way i like it.
just dok rumah biar tetamu datang beraya.
ada orang datang gigih la kita prepare apa patut kan.
later kul 9pm aku gerak sebab Mr.B sibuk ajak balik.
risau umah dia tak bukak lampu. tah pape2.
tapi layankan je.
sebelum balik session amik pic.
sebelum balik papa n mama pesan nanti balik mandi ke apa semua.
datang la balik nak makan.
harusss.




memang datang balik pun around 11ish macam tu
memang ada lagi yang beraya. umah mama memang selalu macam tu.
laki aku layang sembang ngan orang.
aku n noy menghabiskan masa buat benda bongok.

Aug 15, 2013 | Sampaikan salam by peejburhan on Keek.com


haaa simple kan raya aku.
hari raya kedua lagi la.
siap pergi tengok wayang.
best nak mampuih cerita ni. scary woih.
so pergi la tengok wayang.
if malas boleh layan kat viooz.co tu.
dah keluar cerita tu.


raya ketiga again aku pergi umah mama.
tolong mama masak sebab ada ada few nak datang beraya dah bagi tau awal.
mama tak sihat sangat.
so aku la tolong.
again aku gerak sorang. laki ku tak kuasa nak ikut.
ok je. nanti siap n lapar datang la makan.


n raya ke empat hari tu ahad, filla jemput open house kat rumah abang dia.
since memang takda apa pun.
so ok je.
haha takda pic selain pic vain sendiri.
aku kan pemalas.
takpa lepas ni harap akan lebih rajin.

simple kan hari raya weolls.
tengok tahun depan macam mana.
sama gak ke or meriah merajinkan diri.
ok dah tu je.
buhbye.



11 Comments:

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

cantik baju raya =)

annapeje said... [Reply to Comments]

aaaa sedap nyer masak lodeh raya nk dtg beraya jerk umh ur mum ahahaha

ayahmamilisa said... [Reply to Comments]

sempoi tapi meriah jugakla :)nampak happy sangat ;)
terliur lak tengok kuah lodeh tu..sure mama peej masak dapdap ney..
selamat hari raya peej..mehla raya umah kite kat klang ni :) -dd-

FaznFaz said... [Reply to Comments]

aku hantu sambal, tp x pernah buat sambal daging, selalu tu ikan bilis, or ikan, or ayam....
bila tengok entry ko yg lepas2 laaa terliur tgk sambal daging... xtau laaa version masing2 camne, tp serious mabeles weh!!!!! n pernah nampak ada sekali cam ko letak kentang, tu pun dah try.... meleleh liur time type ni wa cakap lu....!!!! fuhhhhh!!!!

the-nnnana said... [Reply to Comments]

salam kak peej...,

raya saya pun samejer ngan kak peej...itulah gaya kg mak ngan ayah 2 2 kat KL...hehe... Org lua kata xsonok, tapi saya rasa sonok! hehe. apepun, selamat hari raya.

Jumiyatul said... [Reply to Comments]

hahaha! raya ni kan kalau tak gaduh2 manje dengan laki, kire tak kenangan la yer..kan?

Filla said... [Reply to Comments]

mak aiii bila ko bediri sebelah ben baru aku prasan betapa tingggi gila nya ben.. eh ke sebaliknya? muahahahah maafkan akak dik...

susumanis said... [Reply to Comments]

Selamat hari raya peej maaf zahir batin yerr, sedap sambal daging, nk resepi bole :))

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Selamat hari raya peej. seronok tengok keluarga cik burhan berkumpu. Anak beranak sporting.

H Y D E said... [Reply to Comments]

sakan beraya betul. haha

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku suke pic family yang ala2 free style tu.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...