Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : kelibat

Salam.

Hai peej.

its me, arda. since dah ramai yang hantar cerita2 seram dekat peej, saya pun nak share juga  cerita mistik ni.


Cerita 1: video call

Masa benda ni terjadi, yana, housemate saya tengah zaman bertunang, blom kawen lagi. Jadi bila bertunang, mesti la dilamun bunga2 cinta, sentiasa nak contact.

Nak dijadikan cerita, yana buat video call dengan tunang dia, Omar. 

Kebetulan omar dalam kereta on the way nak balik rumah dengan kawan2 dia, dua orang. Saya panggil A dengan B je la. Dyeorang baru lepas memancing.

Jadi campur dengan dia 3 orang. 
Omar duduk sebelah driver, bila buat video call mesti nampak orang belakang. 
Omar memang dah bg tau yana yang dia dgn kawan dia 2 orang. 
Tapi yana jadi pelik sebab dia nampak lagi sorang dlm kereta. 
Yana diam tak bg tau masa buat video call. 
Lepas abes video call baru dia sms bagi tau.

Apa lagi, seram la Omar. 
Dyeorg tak balik rumah terus, singgah terus rumah sedara B. 
Nasib baik sedara B ni pandai berubat orang. 
Kalau tak mesti benda tu dah ikut balik sampai rumah. 

Lepas yana cerita dengan saya, saya tanya dia. 
Kau nampak benda tu macam mane? 
dia kata, ala...benda tu macam orang juga T__T


Cerita 2: office baru tapi lama.

Office saya yang saya kerja sekarang office baru tapi sebab bangunan ni dah lama terbengkalai, dia renovate daripada apartment jadi office. 
Kalau saya bagi tau orang saya keje dekat mane mesti org cakap,"ooooo..bangunan yang dah lama terbengkalai tu eh..."

Mula-mula pindah tak ada la dengar cerita yg bukan2 tapi bila dah nak dekat setahun lebih tu baru dengar2 cerita seram daripada staff dekat situ.

Ada satu hari tu, salah seorang staff nampak pegawai ni dalam bilik buat kerja. 
Staff ni pun buat tak tau je la. 
Selang berapa jam pastu pegawai ni tak ada dalam bilik, staff ni call pegawai tu nak tanya dekat mana. 
Tau pegawai tu ckp apa?

Saya cuti la hari ni,tak masuk office pun.

Habis tu, yang dalam bilik tu siapa? 


Cerita 3: dapur.

Saya dah sewa rumah tu nak dekat 5 tahun dah. 
Memang xde la benda yg pelik2 berlaku.

Satu hari tu, kebetulan member saya call smpai lewat malam. 
Saya ni mmg suka ketawa. 
Lagi2 kalau dapat cakap dengan member yg satu kepala. 
Memang ketawa besar la. 
Nak dekat pukul 2 pagi tu saya ketawa kuat sgt agaknya, saya ternampak kelibat benda putih sekilas lalu dekat pintu dapur saya. 

Pintu dapur tu bersambung dengan balkoni, dan menghadap ke hutan. 
Tepi hutan tu tanah perkuburan. 
Masa saya ternampak tu saya buat tak tau, dlm kepala otak ni memang tak nak pikir benda tu, saya cakap dalam hati aku ngantuk sangat kot, tu yang ternampak benda yang bukan2. Punyalah pikir positif tak nak takutkan diri sendiri.

2 hari lepas tu housemate saya, Y cerita ada abg dekat office yang pandai 'tgk' orang ni. 
Y pun saja nak minta tolong dekat abg tu kot2 ada benda2 yang tak elok dekat dia. 
Abg tu bagi tau dekat dapur umah saya tu memang ada benda menumpang, benda tu duduk bawah sinki.

Saya terkejut dengar dia ckp mcm tu, saya terus contact member saya yang ada ilmu2 tolong tengokkan betul ke ada benda tu.

Kawan saya cakap memang ada tapi dia memang tak ganggu kami. 
Dapur tu laluan dia je sebab baris umah kami ada org dengki, org tu tabur tanah kubur depan umah dia. 
Jadi dapur kami tu laluan dia.

Sekarang saya dah pindah dah sebab dapat tukar tempat kerja. 
Memang tak ada apa2 yang seram sangat berlaku dekat umah tu. 
tapi kalau dah tau seram sejuk jugak kalau duduk sorang kan :)
 
Okla Peej. 
Ni je dulu cerita dari saya. 
Sebenarnya banyak lagi nak cerita. hehehe. 
Nanti saya hantar emel lagi.

Thanxz Peej :)

3 Comments:

miss shuwa said... [Reply to Comments]

mcm seriau je baca..blok umah saya ada org mati bunuh diri. ade org ckp rohnye xaman, mrayau2.. so far, alhamdulilah setakat ni..ok je.. blom lg nampak pape yg mcurigakan...

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

ok yang video call tu seram. kalau saya, terus off call kot haha takut

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

hoi seram bab bawah sinki tuh...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...