Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: DIA


Pernah tengok citer Momok?Pontianak Harum Malam?...
atau apa2 saja cerita seram?...ha ha ha ..itu di tv,wayang…
tak nak tengok boleh tutup tv atau pejam mata sepenjang cerita.
Ini cerita aku…cerita yg menjadi pengajaran untuk diri aku sendiri dan juga untuk orang lain.

Aku percaya hantu, percaya makhluk lain ada dalam dunia ini…
ceritalah apa saja pasal hal2 mistik… pasti aku berminat nak mendengar…
silap2 ko citer smurf jadi pontianak pun boleh buat mulut aku ternganga sambil air liur tunggu masa jer nak menitik…
Tapi kejadian ini… yang satu ini… buat aku mengubah terus pandangan aku tentang ilmu mistik yg bahawasanya mereka  (makhluk lain ) juga sebenarnya secara zahiriah atau lahirian berkongsi kehidupan dengan kita…

23/05/2000-Selasa 4.30petang..
habis kelas aku meluru ke dorm untuk salin baju sukan.
Walau aku tahu hari tu hujan tapi aku tahu coach akan suruh turun berlatih jugak sebab tinggal beberapa hari jer lagi hari perlawanan.
Baju habis kena lumpur.
Bib netball pun habis terpalit sama.

6.30 petang aku rendam semua pakaian sukan aku..
sbb itu jer pun tracksuit yang aku ada ..
tapi yg penting adalah BIB tu…
so aku kena cuci dan boleh pakai hari esoknya…
Aku humban semua dalam baldi…letak klorox sikit …RENDAM…!...
aku procced mandi dan ready2 nak pegi surau.

8.45 malam… aku leka .. campak telekung terus pegi berkemah kat bilik TV…DRAMA SWASTA!!.....
tup tup sampai kul 11..
baru teringat yg aku ada sebaldi baju belum cuci.
Aku bergegas ker bilik air…lambak baju yg terendam then start memberus….
ok…success ..
siap sampai perahan yg terakhir…
aku melangkah perlahan2 menuju ke ampaian which is lokasi dia agak terlindung sedikit kebelakang tapi masa ada cahaya lagi menerangi ruang lapang kawasan ampaian tu.
Hati aku rasa berat.. langkah aku rasa berat… dada dup dap dup dap… ahhh mungkin mengah penat memberus tadi belum hilang lagi kot!!
aku teruskan langkah ke ampaian baris pertama which is berhampiran sepohon pokok rendang… pokok mangga jer pun..*saja bagi elemen seram*..
aku sidai semua baju… tetiba angin tiup… aku rasa sisa 2 angin dari hujan petang tadi masih ada lagi… sejuk…!
aku capai baldi terus balik semula ke bilik air dan kemas semua tok nenek sabun, kolget masuk semula dalam baldi…
tetiba ada satu perasan dalam hati yg macam menyuruh2 aku menoleh ke arah pokok mangga tadi.. *korang pernah tak alami perasaan ni?...perasaan macam menyuruh2..*
Mula2 aku toleh dengan hujung mata jer… tapi entah macamana secara tak sengaja aku tertoleh jugak.
Pokok mangga tadi tak berubah… masih sama macam masa aku sidai kain tadi …
Cuma yg berubah ialah ada seseorang kat situ… yg aku pasti bukan nak menyidai kain macam aku.. DIA berdiri … mengadap ke arah sana.. which is aku cuma nampak sipi jer muka dia.
Disebab kan bayang2 daun pokok… aku tak nampak jelas muka dia… rambut dia panjang mana pun aku tak berapa pasti… Cuma yg aku nampak dia berdiri kaku kat situ…macam tengah menunggu..


*gambar hiasan dari gugel*

Bohong kalau aku kata aku tak ngeri.. lutut aku gegar ok.. rasa macam aku dah lari jauh ..tapi hakikatnya aku masih terpaku kat situ… macam kena sihir… aku tenung jer pokok tu..
"Kalau kita rasa kita tergamam atau rasa kaku.. cepat2 tarik nafas dalam2 dan hembus”…itu pesan mak aku!...
aku cepat2 tarik nafas dalam dan hembus…
terasa macam tubuh aku baru tersedar.. aku mengucap.. *tu jer yg teringat masa tu*..
aku lari masuk dorm aku…
semua dorm mate dah tidur… kalau ada pun satu dua yg masih lagi dok study guna table lamp..*main lamp wajib switch off pukul 10malam*…
aku menggeletar… menggeletar yg tak pernah aku rasa sebelum ni…
perasaan menyeru2 suruh aku kembali ke tempat tadi masih membara…
aku mengucap, zikir dan baca apa2 jer ayat yg aku ingat.
Hati masih tak tenang… aku ambil yassin dan aku baca perlahan dengan nafas tercungap2 ketakutan.
Ada seorang dorm mate yg perasan kelakuan pelik aku… dia datang tanya aku kenapa… 
aku cerita kat dia…
dia suruh aku pegi paip depan dan ambil air sembahyang dan buat sembahyang sunat.

Ok ..hati aku tenang sikit… dalam doa terakhir tu aku sedekahkan al-fatihah banyak kali untuk DIA yg ada di bawah pokok tadi…
tak kiralah sapa pun DIA..
kalau dia munculkan diri untuk tujuan supaya aku boleh tolong dia…
maaf seribu kali aku pohon sebab aku bukan orangnya. SUMPAH!...
aku tak layak nak tanya “kenapa ko datang sini?..apa ko nak?..pergi ko dari sini..”
Dunia Allah ni luas…terbuka untuk apa jua makhluknya..

Trauma dari kejadian tu dahsyat sangat.
Aku tak boleh langsung kena hembusan angin…dada aku akan serta merta berdebar dan tetiba rasa macam aku tak boleh bernafas.
Mak bawak aku pergi jumpa orang pandai2.
Derang kata aku terkejut. lama2 nanti hilang.
Semuanya masih terpahat dalam ingatan aku… aku tak pernah lupakan dia dalam setiap doa dan alfatihah aku….tu ajer pun yg aku mampu …selain aku anggap itu pun salah satu amal jariah sesama manusia.

Ini bukan cerita wayang atau tv yg mana aku boleh lupakan bila aku pejam mata.
Ini kenyataan yg harus di terima oleh manusia yg kita ini sebenarnya berkongsi kehidupan dengan makhluk lain yg mungkin juga tidak nampak secara zahiriah.   
Wallahualammmm.

-Ayu-



4 Comments:

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

kalau saya memang tak la nak basuh baju malam2 then p jemur plak tu. dulu masa dok hostel, punya penakut sampai saya akan pastikan saya tidur sebelum romate yg lain tidur haha

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... [Reply to Comments]

seram nih ! lagi2 scroll punya scroll keluar gambar plak..

zara zalani said... [Reply to Comments]

Hiihihihi
nk dengar citer seram tak?ok..kita citer pendek2 ehh....mcm ni, kt asrama,ada assignment yg nak kena siapkan,so buat kt bilik kwn.dh siap, kul 4 pagi ghopernyaa...so berjalanlah aku dari blok A ke D. Cara susunan blok tu mcm X.so, dari jauh aku nampak blok aku lampu laluan tu rosak,so bergelap lah yer. Dlm satu blok ada 15 bilik kot..x igt dh.so bilik aku ialh yg ketujuh.so korang bayangkan dari bilik depan hingga bilik ke 7 perjalanan aku dlm gelap tu...tp masa ni aku mcm ok jer, x rasa pape.dh sampai bilik...dammm tutup pintu.letak buku, terus lompat ats katil yg mana katil aku bersebelahan pintu jer.so kalo aku baring kt katil,aku boleh bukak pintu tu sambil baring jer xpayah bangun....korang boleh bayang tak betapa dekatnya katilku dgn tombol pintu.sempat lah jeling kt roomate aku yg demam panas tu.lps tu bersiap lah aku nk pejam mata...dlm kesunyian mcm tu, cicak berjalan pun kita mesti dengarkan, apatah lagi kalo org berjalan pakai selipar...jennnggg..jrennngg... xde bunyi selipar atau org jalan kaki, tiba-tiba pintu bilik diketuk bertalu2...terkejut aku!tanpa sempat pikir sebab aku terkejut,laju jer tangan aku pegang tombol pintu nak bukak...TETAPIIIII...tiba2 boleh terlintas, eehh sape yg ketuk, x dgr pun org jalan???pelan-pelan aku undurkan tangan aku...dan duduk jauh sikit dr katil dan tunggu!aku dh berpeloh dah..tiba2 roomate aku yg demam panas tu bangun dan nak bukak pintu, dgn pantas aku berlari ke arah dia pegang tangan dia!kita org berpelukan..TAKUUUUTTTTT! lps tu ketukan tu hilang mcm tu jer dan lagi sekali mmg aku x dengar pun org berlalu pergi! Dah hampir 13 tahun dah...masih lagi terpikirkan...kalo aku bukak pintu tu, SIAPA YG ADA DI DEPAN PINTU???

Rose Azadir said... [Reply to Comments]

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...